Awak Buat Saya Suspen Jer

Semalam masa aku lepak² kat umah, Incek Jaque amik le peluang nak ramah mesra ngan anak bini nyer. Dia pegang² le perut aku yang makin boolat ini. Baby kat dalam nih pulak memang sangat aktif. Tiap² hari, kol 4.30 pagi baby dah kejut aku pepagi buta tu. Bergolek sana sini dalam perut aku ngan hati yang riang ria

Aku citer la kat Incek Jaque yang anak dia kat dalam nih tak reti dok diam. Letih aku dibuatnya nak ngendong dia seharian. Rasa macam perut aku nih nak terlondeh jer dibuatnya. Bebel ... bebel ... bebel ... Incek Jaque lak konon la jadik suami mithali, sekolahkan baby kat dalam nih. Jangan sakitkan mak, sian kat mak penat ... lalala. Coba² jadik ayah la tu

Pagi nih, aku tido ngan aman sekali. Baby diam jer ... sampai aku pulak rasa cuak. Weih, awak marah kat mak awak nih ke? Merajuk ke mak bebel² pasal awak tak reti dok diam? Dia diam jer. Takde respon. Aku cam tak puas hati la sebab selalunya baby gerak², siap melompat aku rasa kat dalam tu. Ini takde pepe ... Incek Jaque kata dia tido la tu kot. Aku risau gak ler. Mana nak tau kot² la jadi apa² yang tak diingini. Ouh takut nyer saya!

Sampai ler kol 9 nih ... baru la dia meng'activate'kan playground kat dalam nih. Bergolek sana sini macam selalunya. Yeay! Ilang sudah gundah gulana ku ini. Ooo ko sudah bikin cuak sama mak ko ya. Ok lah ... mak tak bebel laie dah. Baby nak buat apa kat dalam tu, tak kisah lah. Asalkan baby happy. Mak tahan je lah. Lepas nih kalo baby tak kenang jasa mak, harus la mak bebel laie panjang dari semalam

Sila tadah telinga

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::