31 March 2009

:: Do They Really Care? ::

Pagi tadi masa aku anto Malliq kat nursery, Malliq happy jer. Siap main gelak² laie tengok muka aku. Chewah² … dah beso kot anak mak nih. Dah pandai bawak diri la agaknya tu. So aku letak kan tilam / bantal / selimut dia kat bilik baby … siap aku letak nama kat semua menda. Oho … aku memang tak suka kongsi barang ooo … nak minjam barang orang pun aku ada agak payah sket … pokoknya kongsi² nih susah la. Tapi ada menda yang aku galakkan untuk kongsi cam makanan, buku tapi cam tilam ke, baju ke … no no no

So bila nak bai-bai si Malliq nih … aku pesan la kat budak yang jaga baby nih [Dah ler rupa dia serabai kusut masai … nasib baik ler takde bau²an yang tak sedap] si Malliq nih menyusu every 3 hours. Dia ngan selamba leh cakap … kat sini kitaorang takde pakai jam kak. Kalo budak nangis kita terus buatkan susu je. Ada ke patut? Ke aku yang over concern tak tentu arah?

Aku baru nak pesan kat dia … Malliq nih bukan lapo jer dia melalak. Takde orang pun dia melalak gak. Dia nie perangai suka orang dok berborak ngan dia … cakap ler tah pepe. Nanti dia diam la. Kadang dia haus … tapi bukan nak susu. So belum sampai 3 jam tu … aku selalu bagi dia minum air madu. Kadang tu sebab vontot dia basah. Dia nih penggeli. Basah sket pon dah meraung cam kena cubit

Semalam masa nak tido ngan Malliq, aku pesan kat dia, lepas susu je terus tido … jangan nangis² cam kat umah mak tok ke umah kita ke … esok kakak tu tepuk je terus tido tau. Dia lak elok jer habis pesanan aku tu dia menyahut. Cam paham je. Aku rasa dia paham lah kot … tapi mata dah tutup

Aku pesan laie … bila balik umah, nak tido nanti mak peluk Malliq cam selalu, tapi kat nursery Malliq terus tido tau. Dia nie lak kalo nak tido mesti kena dos ketiak hangit mak dia nih baru leh lelap [eh tak hangit la … i pakai deodorant tau] Ayah dia kalo nak tido kan … perang dunia la jawabnya. Seksa … nak tido kena ala manja² kan dia camtu. Takpelah … anak baru seketul tu lah … layan kan aje le

So, berbalik pada budak si penjaga baby nih … entah ler. Memang semua nursery camtu ke atau aku yang memang oberekting? Ahaha … maklum ler ni kan anak pertama. Dah ler tu, susah nak dapat lak tu. Aku nih yang iyer nyer memang berat hati nak anto nursery. Tapi apakan daya … takkan ler aku nak bebankan mak aku lak sampai bebila. Dah ler adek aku nak kawen laie bulan 6 nih … umah pun tunggang langgang tak siap apa laie. Oho … tinggal laie berapa hari jer ek. Argh!!! Panic Alert!

Takpelah … hari ni baru 1st day. Kita tengok kan aje lah. Kot² ada yang tak berkenan di hati nanti aku sound ler sama itu nursery nyer owner. Ini yang makin kuat aku nyer pikiran nak benti keje je nih. Orang jaga ngan kita sendiri jaga memang la tak sama. Harapkan yang terbaik aje lah. Susah nak percaya orang zaman skarang nih. Kerja asal boleh jer … tak sepenuh hati. Ada laie ke yang ikhlas menjaga anak orang lain nih?

:: Wishlist ::

Tak banyak pun aku mintak. Nak yang ini jer …

Click N Mix Handblender
By Moulinex

Tukar blade ngan senang
Klik² je

Red – Mincing
Green – Mixing
Yellow – Blending
Blue – Ice Crushing

Storage box yang cumel

Anti scratch laie

Hai … sapa la yang bermurah hati nak belikan nie?
Senang aku nak buatkan Malliq nyer makanan nanti

Kat Jusco ngan Parkson ada
$199 ke $299

Tapi kalo dapat orang bagi free
Laie best kan?

Hehe
Nama pun wishlist

I can only wish for that

:: Masa Bumi Telah Tamat ::

Lama nya blog aku ber'Earth Hour' [EH la lepas nih, aku malas nak type pepanjang] ... hahaha ini semua gara² garu² yang takde alasan dah tak update blog. Kesahnya masa EH tu kitaorang gie Tesco nak makan sambil nak beli barang untuk adek aku kat PLKN tu. Aku puji la usaha Tesco yang memadam lampu lebey kurang 70% from the whole store selama 10 menet. Takkan nak padam semua ... ada yang kena rompak lak kang

Secret Recipe pun turut sokong usaha memadam lampu dengan men'dim' kan sket kedai. Pehal lak kalo tutup terus ... tercokik orang nak makan. All in all, Malaysians nih masih bersatu hati dalam menjayakan misi nasional APA HAL MISI NASIONAL LAK NIH?

Hari Ahad, pegi jengah adek aku kat PLKN yang gabak jauh tu ... mengidam nak makan ayam goreng yang mak buat. Cheh ... padahal melantak 6 kali sehari ko. Complete course tu ... tapi masih tak leh lawan masakan mak. Pehtu gie orang kawen yadayada ... melepak kat umah mak aku ... takde aktiviti maksiat menarik nak dibuat

Hari senin pegi daftarkan Malliq masuk nursery kat opis nih. Tapi tak stay lama sebab ada hal family yang kena disettle. Yadayadayada … gedebak gedebuk dah petang rembang baru ada kat umah. Semalam saja je beli Heinz Baby Food untuk

baby 4 mths. Aku beli la Labu & Jagung Manis. Wah budak tembam nih … aku ingatkan takmo, sekali tu dia punya la excited makan. Aku lak yang cuak tengok dia dok sambar sudu tak renti² … makin tombam la ko Malliq oii

Developmental Milestones and Behaviour: 4 to 6 months

By 4 to 5 months your baby will have doubled his birth weight and from time to time your baby will have growth spurts - one around 6 weeks and another around 3- 4 months

You will notice that he or she or she will demand extra feeds at these times ~ susu ajer dah tak cukup dah bai

By 6 months his weight gain will be slowing down to about 150 g per week.

Growth

By 4 - 6 months:

Your baby will have good head and neck control and be able to hold up his head. By 6 months your baby will be able to sit up in a high chair
~ Good neck control yang teramat sangat sampaikan kalo letak soh baring ngamuk. Kalo dudukkan, bukan main laie la mata dia melilau tengok orang

He or she will recognize familiar people especially his mum
~ Ini memang takleh nak nafi lah, bayang² aku pun dia kenal

He or she will smile in response to your voice ~ dah pandai menyahut kalo aku panggil nih … bijak²

He or she will play with his hands and will watch them as well as chew on them ~ habis tangan besar penumbuk sumbat dalam mulut … meleleh² ayaq lioq … seb baik tak busyuk

He or she will be able to hold a rattle and enjoy watching things and people move ~ aritu aku belikan dia rattle singgit kat Tesco … chewah, pandai dia goyang²kan rattle tu … cam orkes orang buta pun ada gak … kalo tengok TV channel Disney takmo tengok … citer P. Ramlee … bolat je bijik mata

Teeth may appear, usually sometime after 6 months, but your baby will be able to chew very well even without teeth because his gums will be very hard ~ gusi keras dah … takut aku kalo kena geget … sakit ooo

Swallowing

For the first few months of life your baby can only suck. This is a reflex that your baby is born with. Your baby's tongue pushes forward so if any food is placed on the front of the tongue it is pushed out. This is called the extrusion reflex and disappears after 4 months. Food can only be offered once the extrusion reflex has disappeared.

Some parents think that their baby doesn't like food because he or she pushes it out of his mouth when in fact the baby is unable to swallow it until the extrusion reflex disappears.

~ masa try bagi makan semalam memula tu macam jakun tengok sudu … pehtu amik ko. Tak bagi melalak! Pandai la gak dia sedut makanan atas sudu tu [er sedut makanan atas sudu ke? lantak la janji korang paham]

Sleeping

By 6 months your baby will have a good routine of meals, sleep times and bedtime. Some babies cope better when in a regular routine, others are more adaptable. Your baby will need 2 day sleeps – in the morning and in the afternoon. The amount of sleep a baby of this age has varies, but he or she should be sleeping through the night unless he or she is unwell.

~ skrang Malliq dah ada routine kot … malam memang dah takde nak bangun tetengah malam laie. Standed kol 5.30, kol 6.30 dia bangun lah … dapat ler mak ayah tido nyenyak sket

Bathing

Baby will be able to sit in the bath with assistance. Be careful that he or she doesn’t slip. Always hold him secure with your arm around his back and holding on to his upper arm. He or she will enjoy splashing about in the bath so watch out!

~ cukup besar nie maunyer jadi Michael Phelps. Bukan reti takut air … siap berenang ko dalam bath tub tu

Image420Lekat sticker kat puting
Senang akak yang jaga tu
Kiranya cam Name Tag aaa
 

Sebab nak anto Malliq gie nursery … kitaorang pie le buat sticker nama dia. Senang keje aku main lekat² jer barang dia. Ye lah kan … kang dah reramai tu ada yang claim buat reta sendiri. Kalo nak kopak gak sticker tu … tak tau ler aku

Credits :
Heinz for Baby (Australia) : here

28 March 2009

:: Humans! Do Your Part! ::

~ THIS IS A STICKY MODE ENTRY ~

Earth Hour ... Vote Earth ... Your Light Switch Is Your Vote




This year, Earth Hour has been transformed into the world’s first global election, between Earth and global warming.

For the first time in history, people of all ages, nationalities, race and background have the opportunity to use their light switch as their vote – Switching off your lights is a vote for Earth, or leaving them on is a vote for global warming. WWF are urging the world to VOTE EARTH and reach the target of 1 billion votes, which will be presented to world leaders at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009.
This meeting will determine official government policies to take action against global warming, which will replace the Kyoto Protocol. It is the chance for the people of the world to make their voice heard.




Earth Hour began in Sydney in 2007, when 2.2 million homes and businesses switched off their lights for one hour. In 2008 the message had grown into a global sustainability movement, with 50 million people switching off their lights. Global landmarks such as the Golden Gate Bridge in San Francisco, Rome’s Colosseum, the Sydney Opera House and the Coca Cola billboard in Times Square all stood in darkness.

In 2009, Earth Hour is being taken to the next level, with the goal of 1 billion people switching off their lights as part of a global vote. Unlike any election in history, it is not about what country you’re from, but instead, what planet you’re from. VOTE EARTH is a global call to action for every individual, every business, and every community. A call to stand up and take control over the future of our planet. Over 74 countries and territories have pledged their support to VOTE EARTH during Earth Hour 2009, and this number is growing everyday.

We all have a vote, and every single vote counts. Together we can take control of the future of our planet, for future generations.

VOTE EARTH by simply switching off your lights for one hour, and join the world for Earth Hour.

Saturday, March 28, 8:30-9:30pm (Local Time)





What you can do

Turning your lights off for an hour is a great start. However, there are many other things you can do to make Earth Hour 2009 a success.
  • Sign Up NowBecome a part of Earth Hour and get useful tips and tools to reduce your carbon footprint everyday
  • Tell A Friend. Better still – tell them, your family and even your work mates. Encourage them to sign up. Email them a link to this website and mobilise even more people!
  • Tell Your StoryHow is climate change affecting your family and your community? We want to hear how you're becoming part of the solution.
  • Your Earth Hour. What will you be doing at 8.30pm on Saturday March 28? We're keen to know what you have planned for Earth Hour 2009. If you'd like to share your plans with Earth Hour and the media, then please send us an email describing with as much detail as you can what you have planned to myearthhour@earthhour.org. Don't forget to include your name, where you live (City and Country), and your contact telephone number including your country code.
  • Blogger Tool Kit: Create a blog post about the importance of global action on climate change and how participation in Earth Hour can make a difference.

Kepada para pembaca budiman ... harap dapat dipanjangkan usaha murni ini kepada semua orang dan pembaca² blog yang lain. Sila padamkan lampu [lampu jer, jangan matikan fridge lak ... kang habis suma ais cair ... korang salahkan aku nanti] anda sebagai tanda anda masih cintakan bumi ini. Selama sejam ~ dari 8.30 malam hingga 9.30 malam ~ matikan lampu tak kira di mana anda berada sebagai tanda sokongan. Selama sejam dalam kegelapan tu, anda masih boleh menggunakan kesempatan itu untuk bermunasabah diri, bertafakur, mencari ketenangan dan juga menilai erti kehidupan

Kita dari planet yang sama ... tinggalkan segala fahaman yang berbeza ... lupakan segala perselisihan pendapat

PADAMKAN LAMPU ANDA
:: Switch Off Your Lights ::


Sign up for Earth Hour


Credits :

:: Jangan Lupa ::

Jangan Lupa Ye

Padamkan Lampu

Kitaorang pun jap laie nak padam lampu
Nak kuar makan

Jumpa nanti!

* Muakhaha *

Nie la akibat hisap susu ngan gelojoh. Habis baju mak kena muak

27 March 2009

* Dah Takde Keje *

Nampak?

:: Pics @ WLW ::

Ish … buleh ke aku post nih? Percubaan mengepost menggunakan WLW dengan font ‘Anivers’ … yups font ini telah diamik dari internet. Salah satu hobi aku yang karut … mendownload fonts. Karut sebab kalo install font yang terlalu banyak … PC ko jadi lembab. Sebab nak loading fonts tu amik masa. Tapi pedulik hapa … aku suka :: UPDATES ::  Setelah menjengah blog sendiri menggunakan PC orang lain … didapati font² yang ganjil tidak akan keluar kat tempat yang takde font² ganjil tu. Oleh itu … abaikan je la nak taruk font yang glemer. Tapi korang la rugi takleh tengok font yang canteks itu. Maka nya … aku akan bertukar semula kepada default font yang aku guna dalam blog ni iaitu Trebuchet

Okey lah berbalik pada features WLW nih … salah satu yang senang guna WLW ialah nak insert gambo. Dengan menggunakan function yang ada dalam ni … kerja nak protect gambo yang kita post kat blog akan dapat kita buat ngan mudah. Keje² meletak watermark pada setiap gambo yang kita upload tu jadi senang sebab ada function watermark. So, takyah laie nak ada software lain untuk edit gambo, semata² nak letak watermark … ini adalah sweet point #1

Selain function watermark … function borders yang ada pun sangat menarik. Sila perhatikan contoh kat bawah nih …

Picture 237 Borders : Reflection

Picture 238
Borders : Drop Shadow

Picture 239
Borders : Instant Photo

Picture 248
Borders : Rounded Corners

Semua sekali ada 9 jenis borders yang kita leh pilih iaitu :
  1. Inherit from blog
  2. None
  3. Drop Shadow
  4. Instant Photo
  5. Photopaper
  6. Reflection
  7. Rounded Corners
  8. Solid, 1 pixel
  9. Solid, 3 pixel
Yang lelain aku tak letak contoh tu … sebab ianya biasa² ajer dong. Yang leh kira lain dan pelik tu aku boh kat sini lah. So ini adalah sweet point #2 … sebab macam bergaya la sket kalo letak gambo kat dalam blog nih. Takde la ala² tak berseni camtu kan. Ada la kelainan sket

Selain itu … kalo la nak lebih berseni seniman bujang lapok laie … [wah … strikethrough warna merah ka? menariks nih! :: UPDATES :: Dalam WLW jer warna merah … bila post tetap warna itam … tak menarik dah] kerja² nak mengedit gambo korang jadik black&white ke, sepia ke, contrast lah apa lah pun buleh buat guna WLW nih. Takyah ada seperate software laie dah. Jimat space hard disk dah nih

Picture 087
Borders : Solid, 3 pixel
Tilt : 10% , right
Effects : Black & White


Picture 027
Borders : Photopaper
Tilt : 10% , left
Effects : Gaussian Blur , Sepia Tone


Wah muka aku cam dalam gambo dedulu jerk ye … see, agak menarik jugak kan guna WLW nih? Sweet point #3 ialah buleh buat pics editing tanpa ada software berasingan

Ok lah … ada banyak laie function WLW nih … kita bersambung di posting yang lain pulak yer. Daa …

[Chewah chewah … dah macam kelas tutorial lak rasanya]

26 March 2009

:: WLW ~ Wallawey ::

Oho … WLW bukan lah Wallawey (Entah dalam bahasa normal nak cakap apa ek?) WLW ialah Windows Live Writer … keluaran terkini dari Mircrosoft yang skarang ada bermacam gadgets yang uber-cool dan terkini

Ini adalah versi testing … Lepas aku test menda nih ok ke tak? Aku akan rekomen kat korang bersama ngan Tuto-riyal pasal Windows Live Writer

Disebabkan aku hanya pakai windows kat opis … makanya testing hanya akan dibuat lepas time opis … atau ketika sesi lepak melepas geram bersama Mok² … hahaha mogok malas buat kerja kah? Aku kat umah pakai OSX … tak tau ler buleh pakai ke tak

Setakat ini macam ok … menda baru … masih tak biasa

Ok lah … bagi aku test dulu yaa … nanti aku kabo kan perkembangan nyer

:: Grrr Grrr Si Comey Berkata ::


Ish budak monteyll nih
Pesal la awok nih comey benau?

 Pak sedara kat belakang tu
Dia dah serabut cam Mowgli Jungle Book

~ Edisi memuji anak sendiri ~

24 March 2009

* Yeay *

Taklimat dah abis. Kitaorg dpt nasi lemak ayam rendang. Delish!

* Apa Daa *

Kat dpn aku ada 3 lelaki. Sdg hebat berbincang. Tapi bau mulutnya ... Ya Rabbi! Busuk gila ok! Nak muntah wei!

* Agenda Hari Ini *

Aku sedang menunggu taklimat ni mula. Nilai murni pun nak diodit

23 March 2009

:: Un'Sangka'rable::

Today is Our 3rd Anniversary

Tak sangka dah 3 taun kitaorang kawen
Semoga perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat
Doakan kami agar tabah menghadapi gelora rumahtangga

Ouh ... setakat nih gelora takde
Ribut taufan yang selalu singgah!

Hehehe

Keceriaan perkahwinan kami diserikan ngan Lil' Angel
Si Malliq Rayyan yang semakin montok

Makin berisi budak kecik tu
5 April dan 4 bulan
Kejap je ...

Cam biasa takde apa spesel arinih

Oh ye ... keje opis suma dah beres
Aku lega!

Lalalala :: Saya sangat happy today :: Lalalala

22 March 2009

* Makan Lagi *

Arini b'day Mak aku yg ke 57. Semoga panjang umur, murah rezeki

21 March 2009

:: Tak Bagitau Pun Takpe ::

Jika begini tajuknya
:: Ahh Pening Lalat La Arinih ::
Ini dipost menggunakan komputer

Jika begini tajuknya
* Ahh Pening Kutu La Arinih *
Ini dipost secara live dari tempat kejadian menggunakan tepon

Ok lah itu ajer ... saja je nak bagitau

:: Been A While ::

Allo korang ... minggu nih aku takde masa ler nak update sangat. Update yang ada tu pun pakai henpon jer. Nak ngadap blog pun aku tak sempat sebab si Mok² tu kecah benar this week. Haiyo ... memacam ler dia nak. Yang dia nak tu pulak takde kena mengena ngan keje kitaorang lak tu ... yennadey tol ler

Patut nyer arinih aku pie opis (Sabtu yer kengkawan) sebab si Mok² tu sebok renovate opis. Korang nak tau tak? Rancangan dia nak merenobet opis nih langsung takde dibincang ngan kitaorang pun. Tetatu jer bebudak dari ASET datang ukur pejabat, nak renovate la katanya. Wah, kitaorang berasap la satu badan sebab tetiba jer nak humban aku nih ke belakang, Mok² lak nak tempat opismet aku yang pada dia cam besar [ekceli tempat Mok² laie besar dari tempat opismet aku] pehtu dia nak tempat dia dikepung

Apa la nasib dapat bos camnie. Masa budak ASET datang ukur opis tu, Mok² takde. Lepas jer Mok² masuk opis, budak nih datang la balik nak kompem. Aku ada dalam opis, dia leh bincang berdua jer ngan budak ASET tu ... langsung tak hirau aku yang tengah terconggok kat dalam tu. Haram jadah tol ... pehtu, dia tengok aku tengah terpinga² cam heran apa jer dia nak buat kat opis tu, dia leh cakap kat budak ASET tu ... "Meh bincang kat luar kejap!" Ewah, ewah ... pandai nau la tu kan. Dia ingat dia sorang je ke keje dalam opis tu

Geram tol aku la ... skarang pegi keje rasa cam nak pegi bunuh diri jer. Langsung tak happy, langsung takde semangat ... pendek kata, kalo ler membongkang kat umah tu leh dapat duit ... aku rela membongkang sampai melecet badan pun takpe lah. Dari hadap muka sengal camtu

Muka dah ler tak lawa ... perangai tu kasi ler elok sket. Dah ler takde bahasa, PR langsung takde ... hormat orang takde ... camner la laki ko leh kawen ngan ko ek Mok²? Aku rasa laki ko tu buta la ... eh tak jugak, Mok² kalo cakap ngan jantan ... pergh! Ko dengar dia punya gelak tu ... benci sial! Gediksssss yang amat sampai ko rasa cam nak lempang jer muka dulang dia tu. Memang super GEDIK!!! Argh! Tak tau camner punya menyampah dengar dia menggedik kat dalam tepon! Sangat bencik!!!

Kalo tak pikir masa depan ... dah lama aku lempang lelaju muka dia tu. Bukan opismet aku jer yang nyampah ngan dia ... buleh kata the whole building dah start annoyed ngan perangai dia yang tak reti respect orang nyer pejabat

Next week nih ... dia kena pegi kursus [ASIK PEGI KURSUS JER KEJE KAT OPIS LAMBAK KAT KITAORANG NI HA! DEM IT LAH!] tapi dia soh aku buat surat takleh pegi sebab dia nak pegi Persidangan UMNO! Dia secara terang² cakap kat aku camnie ~ "Awak buat surat cakap saya tak dapat hadir kursus sebab saya menjalankan tugas² khas Ketua Menteri ... jangan tulis saya pegi Persidangan UMNO, itu semua salah tu ... tak boleh!"

Wei pompuan ... tau pulak ko salah ... tak boleh ... abih ko suruh aku menipu la bagi pihak ko? Camtu? Ooo yang ko kata kakitangan kerajaan pemalas, amik duit haram, buat keje tah pepe tu buleh plak... yang ko tu plak konon nyer angel dari langit? Malaikat? Nabi? Ko nih skarang bukan kakitangan kerajaan ke?

Kawan aku selamba jer sound dia ~ amik je la cuti. Pengarah nyer cuti kan berlambak. Dia tetiba hangin sound keras kat member aku nih ~ Eh, tak boleh. Cuti saya bukan nyer banyak. Nanti anak saya nak exam laie ... takde takde. Apa kena mengena anak ko nak exam ngan ko nak cuti? Ko nak dok sebelah anak ko ke bila dia jawab exam? Ooo tu pasal ler agaknya anak ko leh keje jadi PTD skarang ... ko yang tolong jawab exam dia rupanya

Sebenarnya aku tau pesal dia takmo cuti ... blan 6 coti sekolah nih dia ada planning ngan kengkawan dia nak pegi Sawahlunto. Siap buat paperwork ... apa laie, kalo dah buat paperwork tu dah tentu ler pegi atas tiket UMNO! Ah ... sebab ni ke ko masuk politik? Masuk UMNO nak pegi berjalan? Kat umah mak aku, tetiap taun dapat la orang kampung merasa pegi rombongan UMNO. Family aku tak penah ler diajak sebab bapak aku takde sapa nak bagi masuk UMNO. Semua takut bapak aku rampas kuasa ... hahaha sebab bapak aku berkaliber sangat kot. But kitaorang satu family dont give a damn pun kalo takde masuk UMNO ke PAS ke PKR ke DAP ke BEBAS ke

Tak kira parti apa ko pilih ... asalkan parti tu leh membantu, memaju dan membimbing rakyat ke arah yang lebih baik ... pegi mati la. Tepung ... asalkan nama tepung, tak kira la cap apa kat bungkusan plastik tu ... kalo dibancuh ngan betul, digaul ngan rata, digoreng ngan elok ... jadi la cekodok yang sedap ... semua orang leh makan. Betul tak? Tapi kalo dah kata INI TEPUNG PAU. Maka jadi pau je ... sapa tak makan pau, tak suka pau ... buleh blah! boleh? Tapi kena ingat ... asas nyer ialah tepung ~ GANDUM! Pau ke, cekodok ke, kek ke ... asalnya masih GANDUM! So ... ko parti cap ayam pun ... kalo asas ko betul, niat ko betul ... rakyat pedulik apa  ... dah tak pikir dah ko cap ayam ke, cicak ke. Asalkan ko buat keje ngan betul, baik, ikhlas ... jalankan jer tugas!

Skarang kalo tengok orang²politik nih suma ... BESAR KEPALA. Padahal, kita yang undi diaorang nih suruh buat keje untuk kita. Tapi skarang, kita lak jadi kuli orang² politik. Kalo aku ler ... adoi, tak tido malam aku. Mana nak tolong orang mesken, mana nak besarkan  jalan untuk orang ramai, mana nak buat sekolah, mana nak tambah facilities untuk OKU, mana nak policy untuk jaga alam sekitar. Skarang takde ... depa buat cam negara nih mak nenek dia punya jer ... dah tak hirau dah kita² ... rakyat biasa nih yang dok undi depa nih. Kalo takde orang undi ko ... jangan ler berangan ko leh jadi EXCO ke, Ketua Menteri ke, Perdana Menteri ke ... bila dah dapat jawatan ... mula la lupa daratan [oh! rhyming la plak]

Susah sebenarnya ... tapi kan kenapa masa kita sekolah, naif, innocent ... menda² camnie tak timbul? Kalo dalam satu darjah tu ada Ketua Darjah, ada Pengawas, ada memacam laie la jawatan yang mewakili pelajar dalam darjah nih ... ketua² nih takde pun yang eksyen. Takde pun yang amik rasuah gegula ke apa ... semuanya SAYA YANG MENURUT PERINTAH. Cikgu kata A, itu ler sampai mati ... takde B takde C. Cikgu kata jaga kelas ... jaga la ngan taat setia, takde cengkelat. Kalo bebudak kelas nak pepe ... Ketua Darjah la jadi wakil. Menjalankan kerja ngan taat setia ... mana hilang semua nilai baik masa kita sekolah ?

Patutnya bila dah makin dewasa, bila kita dah mula berfikir yang luas, global, glokal [what the heck la ... dah global then nak ke local? come on la!] bila kita semakin matang dalam kehidupan dan pemikiran ... kita patut buleh menilai baik buruk dalam tindak-tanduk kita. Ini tak ... yang jahanam, jahat, keji, puaka ... semua orang tua. Leh kata otai² dalam hidup. Orang kata dah BANYAK MAKAN GARAM! Cilakak la ... ini dah terlebih makan garam! Semua dah sakit otak!

Aku ingatkan orang yang dah tua, dah dewasa, dah matang ... takkan buat benda² karut camnie. Sebab aku rasa, yang layak buat menda² nih suma hanya orang yang takde pemikiran yang rasional, takde hati dan perasaan. But then, bila tengok balik ... semua yang buat keje gila nih ... orang² yang kita semua pilih! Orang yang kita beri kepercayaan untuk menguruskan sebuah negara, sebuah organisasi. Nampak skrang cam tadika pun ada. Semua perangai cam bebudak hingusan. Aku rasa budak tadika pun lebih baik

Memang ler aku tau bukan mudah nak urus sebuah negara ... tapi kalo kita jalankan keje ngan ikhlas ... takde melencong sana sini ... takde pikir nak penuhkan kocek sendiri ... susah hati tengok nasib rakyat yang tak terbela ... pada pandangan aku takde masalah. If u really put yourself into it ... there's should be no problem. Cam ko pulun sehabis buleh nak jawab exam atau menjayakan program derma darah ... kalo betul² habis all out semua ko curahkan penat lelah kat situ ... mustahil ler tak berjaya. Kalo ko TUTUP SEBELAH MATA je ... sapa nak bagi ko berjaya?

Aduhai ... ini ler padahnya kalo aku dah bercakap panjang. Lama ek aku tak bercerita camnie. Asik cite pasal si Mok² yang sengal tu je ... otak pun takde input yang bernas. Ngok betul la ... Mok² sudah mess up ngan otak kreatif aku. Mok² memang jahat. Hahaha

Mok² Mok² ... nasib baik la ko tu mak orang ... kalo tak dah lama dah aku terajang ko kuar dari opis aku. Pening pala la nak melayan ko nih ... sabar pun ada had yer Nazrulhad?

20 March 2009

* Kecoh *

Ini heli yg dok berlegar di ruang udara opis aku. Oh ye, opis aku seberang jalan je ngan umah Pak Ali Rustam. Org tgh berpiket soh dia letak jawatan.

19 March 2009

* Warak Ke? *

Ini la anak solehah. Nak pie jalan kecik2 dah pakai tudung. Tapi mak, Malliq kan boy! Oh ye ke?

* Soru Time *

Tak tau mana nak tuju kat Muar, kitaorg hala ke Pt. Jawa konon nak mkn asam pedas. Kedai pun bnyk dah tutup. Redah je lah. Kata pun jalan2 cari pasal

* Penat Dah *

Bila nak sampai ni Mak? Dah letih dok dlm keta.

Kita minom dolu!

18 March 2009

:: Apa Pandang? ::

Malliq tengah lawan mata takmo tido. Kami on d way ke Muar. Jalan2 cari pasal. Hahaha

Dipost live dr dlm viva dgn Nokia N70

:: Makan Yok! ::

Hehe petang dah nie ... bawak le berehat

dipost dgn Nokia N70

14 March 2009

:: Amigurumi Gum Gum ::

Masa aku tengah cari free pattern untuk crochet ni [ye lah, ilmu tu lebih baik dikongsi, cari la yang free!] aku terjumpa ngan satu website nih. Oii aii ... nasib baik ler aku jumpa website nih, sangat banyak free pattern yang ultra-cool! [ayat konon hebat]


Website yang hebat tu ialah lionbrand.com! Yups, lion brand ... bukan ayam brand or brand's essence of chicken yer. Hehehe ... kat sini website yang user-friendly, senang navigate, very resourceful dan sangat pemurah dengan offer free projects yang berlambak² dan ada jugak kena bayar la ... but then untuk crochet jer ada lebih kurang 900++ pattern yang free. Dah tak payah susah² nak beli buku laie. Hail to the power of sharing knowledge on the internet!

Kat website nih ada jugak ajar cara² nak crochet dan knitting. Knitting masih belum masuk ke dalam jiwa aku. Mungkin kejap laie nak keluar mencari benang untuk membuat ini ...
Oh yeah! An AMIGURUMI sotong! This pattern can be found here. So cute!

Credits:
Pictures and Free Pattern Link from : Lion Brand
More of Amigurumi Mania can be found here, here, here, here and here

These super cute critters can be found free only on lionbrand.com

13 March 2009

:: Basic Granny Square ::

Ini yang aku kerjakan sampai kol 2 pagi aritu. Disebabkan aku ni kan saya budak baru belajar, kalo salah tolong tunjukkan, maka terhegeh² la aku nak ejas yarn, nak ejas tension yarn ... takpelah kan, nama pun baru belajar ... sesama ler kita amik iktibar dan pengajaran

 

Lepas buat Granny Square nih bebanyak ... leh le korang belajar camner nak cantumkan lak pieces yang dah dibuat nih untuk jadi table cloth. Selain table cloth pun, ikut suka korang la nak guna menda tu buat apa ... terpulang deh, citarasa berbeda

Harap korang senang paham cara nak bercrochet tu. Senang jer gupanye

:: Crochet In A Jiffy ::

Untuk yang terkesima nak belajar crochet ... sini aku akan letak video untuk jahitan asas crochet cam tali air (chain), slip stitch, single crochet, double, half double dan triple crochet. Sebenarnya stitches yang ada dalam crochet ada banyak cam increase, decrease dan bermacam cara ... tapi asas stitches adalah cam aku sebut tadi lah. Bila kita nak buat sesatu projek tu, cara sambungan stitches tu yang akan membentuk projek tadi

So ... ini adalah video Crochet 101 yang akan cover (ada 11 chapter)

  1. Crochet 101 - Chain
  2. Crochet - How to crochet a chain
  3. Crochet 101 - Slip Stitch
  4. Crochet 101 - Single Crochet
  5. Crochet 101 - Half Double Crochet
  6. Crochet 101 - Double Crochet
  7. Crochet 101 - Triple Crochet
  8. Crochet 101 - Quadraple Crochet
  9. Crochet Multiple - Defining the meaning
  10. Crochet Abbreviations & Symbols
  11. Stitch & Hook Placement Close Up Details
Untuk tengok video yang selanjutnya, tekan arrow kiri kanan untuk ke next video atau korang leh biarkan video nih jalan sendiri sampai habis 11 chapters


Kalo rasa dah pandai, korang nak try projek lelain ... sila la tengok kat sini
Kalo laie pandai dan nak menang hadiah ... buleh ler tengok blog owner video nih kat sini

Selamat belajar crochet!

Credits:
Owner of the videos and the best crochet tutorials : Teresa of Savannah, Georgia, USA

p/s : peristiwa ledakan bom atom tadi tidak dapat diubati dengan bercrochet ... sebab ... bila marah habis ko tenyeh crochet ko ... jahanam la semua ... argh! peritnya hidup

:: Akhirnya Bom Atom Itu Meletup Juga Di Melaka ::

Cukup kalo aku kata ~ Hari ini adalah hari paling celaka dalam hidup aku! Selama aku menjadi pekerja ... dalam apa jua bidang pekerjaan yang aku buat, tak penah BOS aku pandang rendah kat aku ... or pekerjanya yang lain. Selama ini, bos aku even yang ntah pepe pun, masih buleh berfungsi sebagai bos. Seorang bos yang baik boleh menjalankan fungsi² berikut dengan baik, iaitu :
  1. Boleh memberikan motivasi kepada anak buah
  2. Boleh membuat keputusan yang bernas
  3. Mempunyai tanggungjawab terhadap organisasi
  4. Mampu berkomunikasi di dalam dan di luar organisasi
  5. Mempunyai halatuju yang jelas dalam menentukan pencapaian organisasi
  6. Mampu memberikan tugasan mengikut bidang tugas kepada anak buah
  7. Bertanggungjawab menjaga kepentingan anak buah dan organisasi
Ceh! Dah macam lecture management lak ...

Bos dalam opis adalah orang yang bertanggungjawab menjaga kebajikan anak buah dalam organisasi yang dipimpinnya. Ini sebab, bos macam nakhoda kapal. Kalo kapten kapalnya pun blur katak ... anak buah jadi la katak kena gelek stemrol. Kapal pun karam la sebab takde arahan dari kapten kapal

Memang la sebagai manusia yang berakal dan berpelajaran, semua pekerja buleh membuat kerja secara otomatik tanpa disuruh, mengikut keperluan. Tapi kalo dah tak payah ikut arahan, takyah menurut perintah dan sebagainya ... buat apa nak pakai bos kan? Baik buat keje ikut suka hati nenek jer. Rasa nak buat ... buat. Takmo buat ... main ler solitaire

Itu la fungsinya bos. Nakhoda kapal pun kena pandai membaca riak air. Kalo rasa cam nak ribut, dia kata hari ni jangan pegi belayar. Kalo rasa cuaca elok, haa ... pie la berlayar laju². Sama la jugak macam bos ... kalo rasa prestasi pekerjanya mundur, bagi la motibasi sket ... bukan membebel@marah@maki hamun kata muka pekerja ko cam TONG TAIK. Kalo rasa pekerjanya membuat kerja agak slow ... sila la slow talk ngan pekerja tu dan tanya kalo pekerja tu ada masalah ke apa ... bukan memekak@menjerit@meninggi suara semata² nak tunjuk ko tu HERO!

Even bukan kena kat aku secara direct ... aku sebagai pekerja di organisasi yang hanya mempunyai kakidantangan seramai 4 ketul termasuk bos, sudah tentu aku sangat terasa hati. Aku ngan opismets lain adalah pioneer unit aku nih. Unit haram yang takde warrant dari JPA tapi atas ARAHAN DARI LANGIT terpaksa jugak diwujudkan hanya kerana POLITIK. Tapi aku tak kisah, asalkan aku bekerja dan boleh menampung sara hidup aku

5 taun yang lalu ... ngan takde knowledge pasal bekerja cara gomen, kitaorang merangkak pelan² belajar. Dari tak tau ... jadi tau. Dari tau sket ... jadi tau banyak. Hanya sorang jer dari 4 orang dari kami yang purely penah keje gomen. Tapi dia pun tak tau apa gak sebab hal² pentadbiran, kewangan pun dia tak penah buat. So, aku yang mangkuk nih gak la yang pie amik inisiatif sendiri pie belajar. Tanya orang, tengok internet, belajar pekeliling sampai naik juling

Oh ye ... bos aku 5 taun yang dulu bukan bos sekarang. Bos pertama aku kat unit ni ialah lelaki gerago yang sangat pemurah ... suka hulur duit makan kat anak buah. Sebab tu masa aku memula masuk keje kat situ ... kurus, pehtu makin gemuk! Hehehe ...

Atas sebab mahu mengembangkan potensi diri ... bos aku si lelaki gerago permurah itu pun resign. Sangat sedih sebab 3 taun keje sesama. Dari nothing to something ... tapi tak seperfect bos kedua aku

Bos kedua hanya masuk selepas Mac 08. Dia adalah seorang pompuan yang memang bekerja di opis lain kat floor yang sama. So, takde masalah jugak keje ngan bos kedua. Sangat efisien dan organised. Memula tak terkejar gak ngan rentak dia yang keje cam speedboat. Tapi lelama kitaorang dapat catch-up sebab kitaorang tau dengan jelas apa matlamat bos ni. So dari situ kitaorang banyak belajar keje yang efisien dan smart. Work smart not hard  ya people. Jangan nyusahkan diri sendiri

Atas sebab alasan POLITIK yang cam haram ... masa aku dalam pantang, bos aku yang kedua nih kena transfer ke tempat lain. Bos ketiga nih la yang paling banyak bawak masalah. Salah satu nya ... dia cepat sangat melenting, perempuan kekwat

Dan hari ini ialah hari lentingngannya yang tertinggi ... setinggi puncak Taipei 101. Mungkin lepas nih leh kira Burj Al-Dubai. Hanya kerana opismet aku bertanya kenapa dia selalu mengelak tak pegi meeting KETUA JABATAN. Ada ke dia soh aku pegi ... aku bukan ketua jabatan pun. Dah ler meeting nih dichair oleh SUK ... nak mati ke?

Maka selepas itu bermula lah sesi halilintar ... dan aku ngan opismets aku yang lain hanya mampu terdiam bila dia mengeluarkan kata² berikut :
 
[Sila bayangkan seorang perempuan gemuk yang berbau dan bermuka cam bulldog yang mengeluarkan kata² dibawah ini]
  1. Saya dah lama dendam ngan awak [ini aku ngan opismet muda aku tu jer yang kena]
  2. Muka dah la macam tong taik [nanti aku operate muka cam JOKER]
  3. Sukahati saya la saya nak pegi mana ... itu hak saya sebagai bos
  4. Buat apa nak jaga hal saya ... pantat saya ke apa ke ... apa nak campur
  5. Orang melayu memang pemalas ... nak² kakitangan kerajaan ... dapat duit, lepas tu bagi anak bini makan ... anak jadi macam setan, hisap dadah, merempit ... lepas tu salahkan orang lain ... padahal kerja pemalas ... duit tu pun jadi duit haram
  6. [maki hamun, maki hamun, sumpah seranah, yadda yadda yadda]
Selepas selesai sesi laknat melaknat tu ... aku jadi sebak dan rasa terhina. Tak penah aku jumpa bos yang sungguh tak professional. Terus terang aku cakap ... dia tak layak dok kat kosi pengarah. Dia hanya layak sebagai pekerja yang diberikan arahan ... erti kata lain ... kuli batak/balaci. Emak sapa kah dia? Aku hanya harap anak² dia tak sekeji dia bila bekerja

Aku nak mintak keje kat Sabah. Ya ... Sabah. Aku sangat tertekan skarang ngan bos yang keji camnie. Harap² dapat la keje kat sana ... dok kat sini nak keje pun sakit hati ... ikhlas ke buat keje nanti? Bos aku tu ... kalo nak citer keburukan orang kan tak baik ... cuma sikit tu je la aku leh reveal ... kang lelebih aku citer, masuk jail lak

Korang kalo dapat bos camnie ... korang ada rasa cam nak lempang lelaju tak mulut yang jahat itu?

12 March 2009

:: U-Tubing To Destress ::

Oh .. ini bukan tangan aku

Dengan perangai Mok² yang makin menjadi² kebelakangan nih ... dengan stress yang sengaja dicipta oleh Mok² tu ... kitaorang kat opis makin sakit otak, sakit hati, sakit jiwa raga

Pokoknya : S A K I T

Setiap penyakit ada ubatnya dan cara aku untuk mengubati tekanan otak yang disebabkan Mok² itu adalah dengan membuat menda yang aku suka contohnya cam masak², makan², jahit² dan apa² berkaitan kraf dan kesenian [menyanyi dalam bilik air adalah pebret ... tapi dah lama tinggal]

Dulu masa zaman sekolah, aku ngan akak aku buat bag patchwork, jahit sarung bantal, jahit baju dan tah pepe ajer la yang kitaorang bikin. Tapi memang ada la buat kerja² tangan nih. Tapi zaman skarang, nak tengok orang buat menda² camnie ... cam tak penah aku nampak lak. Adek aku yang pompuan laie 2 ketul tu pun takde buat kerja²tangan cam aku ngan akak aku buat ... derang lebih banyak spend time depan PC atau bergayut kat tepon

Dulu gak [dah lama gila la] aku ada la belajar ngan akak aku mengait @ crochet @ kait-jarum-1 ... pehtu aku rasa konpius sangat tengok diagram buku Jepun tu [ONDORI paling top] tapi terang hati gak la aku nih ... cuma tak kemas dan aku rasa cam salah jer aku kait tu ... oleh kerana bosan tengok diagram yang aku tak paham tu ... aku tinggalkan la kait-mengait nih luar bidang ... baik aku layan buat menda lain

Lately nih plak, akak ipau aku belajar mengait @ knitting @ kait-jarum-2 ... blajar kat u-tube jer. Entah apasal aku tak minat sangat ngan knitting ... aku rasa aku bebal kot tak reti nak guna kedua belah tangan aku serentak. Hahaha ... takde cordination langsung

So aku pun saje je la layan u-tube cari vids yang ajar crochet. Waduh waduh ... banyak gila dan yang paling penting ianya FREE!!! Setelah menelaah vids yang ramai tu ... rupanya senang bangat je crochet nih ... senang sesangat dan aku rasa menyesal tak masuk otak masa belajar dulu tu ... kalo tak sure Malliq dapat pakai memacam masa dia lahir aritu

Skarang ... aku dapat pick-up balik cara² crochet yang betul dan baik. Semalam jer aku tido kol 2 ... mengait Granny Square ... dan aku sangat happy sebab ... untuk amatur yang buleh letak dalam kategori OKU dalam mengait nih ... berjaya menyiapkan 1 Granny Square yang cute dan kemas ...

Hehehe ... tak dapat nak amik gambo ... bateri kamera lak habis. Dang!

Kesimpulannya ... membuat kraf / hobi sangat refreshing dan berjaya menghilangkan stress. Ayoh! Mari mengait!

10 March 2009

:: Mok² ~ The Joy Killer ::

Aku nak tanya pendapat korang ... ini mintak pendapat yang serius yer ... bukan memain

Sila Jawab Persoalan Mindaku Ini

  1. Kalo BOSS ko tak berperanan sebagai BOSS, apa ko nak buat?
  2. Perlu ke BOSS tu ditegur secara direct [sound terus kat muka dia?] atau biarkan ajer perangai dia tu?
  3. Perlu ke report kat orang atasan tentang BOSS ko nyer perangai nih atau buat bodo jer?
  4. Kalo ada opismet ko yang berani nak sound BOSS ko nih ... ko nak buat apa? Nak join opismet ko nih ke atau ko biarkan opismet ko nih sensorang?
  5. Mana satu korang pilih? Kawan yang bersama susah dan senang @ BOSS yang sangat irritating?!


Aduh ... sila la tolong aku jawabkan soalan² kat atas tu yer. Kepala aku dah ting-tong neh ...

:: Bercuti Riang Ria ::

Hohoho ... lamanya blog aku bercuti dari update yer ... biasalah kan. Aku kalo dah dok kat umah bukan buleh ngadap komputer pun. Si kecik Malliq tu macam tau jer kalo Mak Ayah dia cuti. Letak kejap atas tilam pun dia bantai melalak jer ... nak soh Mak ngan Ayah dok ngadap muka dia yang comey tu lah ...

~ Khamis : 5 Mac 09 ~

Kan aku ke JayBee kan? Lawat Lembaga Tabung Haji Johor Bahru la kekdahnyer. Pengalaman menarik naik bas sampai sesat hampir 2 jam ... hahaha. Aku sempat la bukak akaun tabung haji si Malliq ngan hanya 2 hengget jer! Oh yer ... skarang ada promosi, sesapa yang takde laie akaun tabung haji tu ... sila la buka akaun skarang ngan harga $2 aje

Lepas lawat tabung haji tu, singgah Stulang Laut ... takde apa nak ceta kat sini sebab kebosanan tahap gaban ... pehtu balik. Sampai Melaka dalam kol 8.30 PM camtu

Teringat zaman rombongan sekolah dedulu ...

~ Jumaat : 6 Mac 09 ~

Aku ngan Incek Jaque coti arinih ... sebab Malliq ada appointment ngan pakar mata kat GH. Aku tak penah cite ek? Mata kiri si Malliq nih ada 2 kaler ... camner nak cakap ek? Kiranya mata hitam dia tu terbahagi 2. Satu kaler hitam, sebelah laie kaler cekelat. Dah baper kali aku terai amik gambo bijik mata dia tu ... payah nau nak dapat ... harap korang paham je lah ye ... hehehe

Berkobar la mak pak coti ... sekali tu jumpa dokter nye ... tak sampai 5 menet pun. Dia just suluh² mata si Malliq then cakap "Kita bagi appointment je lah" wah wah ... abihtu arinih bukan appointment ke? Incek Jaque cakap ... habis tu kenapa mata dia leh jadi camtu? Dokter tu just kata mungkin blood pressure. Aik? Sungguh senang jadi dokter rupanya. Ingatkan belajar sesusah bertaun² tu payah sangat jadi dokter. Dah Isnin depan kena datang laie GH. Sib baik dah coti sekolah ... yennadey punya dokter

Sudahnya ... buang masa je kitaorang coti. Lelast pie merayau sana sini sampai aku pun tak ingat buat apa yer hari jumaat lepas? Hmmmm ... buang karen betol

~ Sabtu : 7 Mac 09 ~

Hari sabtu ialah hari lalalala ... padahal Incek Jaque kena bawak budak pie bengkel lukisan kat Galeri Seni Rakyat. Aku dok kat umah pun tak aman dibuatnya. Ye lah, konon la update blog bagai ... Malliq asik soh aku dok berkepit ngan dia je. Aku nak bekpas pon tak dapek. Tunggu la Incek Jaque balik tengahari tu. Baru la aku ada free sket

Kol 1 aku masuk dapo buat cupcakes untuk bawak masa makan malam. Hari rabu aritu b'day abang ngah aku ngan adik aku si bilah tu. Diaorang b'day sama. Masa b'day Mat Cuki aritu aku belikan cake SR ... semalam aku ada beli tepung kek segera, so ingat nak try la. Murah gak la bancuhan tu ... for $8.50 buleh la dapat cupcakes yang besar dalam 22 ketul. Siap ada topping sekali ... sapa nak beli leh kirim kat aku. Rasa buleh la tahan ... buleh laaaa

Siap buat cupcakes tu dalam kol 2 ... pantas tak aku buat keje? Hahaha ... pehtu kitaorang bantai tido 3 beranak depan TV sambil hujan lebat kat luar ... fuh, memang syahdu ler sampai dah nak Maghrib baru bangun ... haru betol

Lepas Maghrib kitaorang pun pie la makan kat Atikah ... tempat biasa kitaorang la. Lalalala bagai semua ... balik lah lepas tu

~ Ahad : 8 Mac 09 ~

Apa yer aku buat hari ahad? Oh ... aku khusyuk ngadap youtube! Hohoho ... ada ler naper aku dok ngadap youtube jer sehari suntuk ... lelast lewat petang baru la kitaorang kuar umah. Padahal cakap ngan Incek Jaque, nak kuar kol 12. Hehehe ... cadangnya konon nak pie ke Muar la jejalan cari makan. Lelast kitaorang makan kat Muara Sungai Duyong je. Makan ikan bakar pada kol 5 petang! Pehtu pie umah mak aku ... lepak² jap sekali tu diperintahkan mak bawak 2 ketul anak buah aku tu [Izz n Aish] pie tengok GENG!

Nasib baik ler cepat ... dapat gak tiket. Tapi row paling belakang! Tak kisah ler janji budak 2 ketul tu dapat tengok. Malam tu pertama kali aku tengok panggung penuh ngan manusia terutamanya bebudak! Memang sangat padat ... tapi geng memang hebat!

~ Isnin : 9 Mac 09 ~

Masih berlalalala laie ... masih ngadap youtube laie. Tapi arinih kitaorang kuar umah awal sket dari semalam sebab aku nak cari menda kat town. Pie melantak dulu nasik padang. Alahai ... sudah tak sedap cam dulu lah. Lepas tu pie Dataran Pahlawan ... masuk kedai DAISO ... kedai mengimport barang² dari Jepun dan ye ... aku sangat suka kedai tu!!! Memacam gejet n menda² kawaii jepun ada kat sini. Tapi paling best ialah ... semua menda dalam kedai tu hanya LIMA RINGGIT SAHAJA!!! So ko buleh dapat memacam for just 5 bucks. Tapi kena pandai pilih la ... 5 ringgit untuk 1 batang pen comel yang dakwatnya ciput adalah tak berbaloi

Lepas pie Daiso ... kitaorang ke Bunga Raya ... tapi tak dapek nak turun sebab hujan lebat dan takde parkir. Balik ke umah mak ... Incek Jaque buat keje sket ... aku lak membuta ngan Malliq. Huhuhu tido semasa hujan adalah sangat heaven!

Malliq siap susu ngan tukar pampers ... kitaorang kuar balik ke Bunga Raya. Malliq dok kat umah jer ngan Maksu ... akhirnya dapat gak parkir. Hohoho berdua²an berpayung dalam hujan sambil berkepit² ... cam romantik la konon. Dapat jer barang² aku ... terus la balik. Sian pulak tinggalkan si bujang tu lelama

Malam lepas makan ... aku terlelap sama ngan si bujang tu depan TV. Tido la kitaorang 3 beranak sekali laie kat hall

~ Bahagianya ... ~

p/s : gambo kat dalam komputer kat umah ... maleh ler pulok nak upload
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...