Posts

Showing posts from 2009

:: Kertas Terbang ::

Image
  Tolonglah angin bawa layang kertasku Kepadanya supaya ternyata jelas Isi hatiku yang sebenar-benar ikhlas Dengan cintaku hanya dia satu [dua] Maafkan aku Andainya warkahku mengganggumu Di awal pagi ini gadisku Ku tak berdaya Menahan rinduku lebih lama Ku harap dapatlah sekiranya Ku kau terima Tolonglah kawan aku ingin tidur lena Layan bermimpi bukan jadi orang gila Terus meracau dirasuki rindu dia Ayam berkokok baru nak mengantuk Maafkan aku Andainya warkahku mengganggumu Di awal pagi ini gadisku Ku tak berdaya Menahan rinduku lebih lama Ku harap dapatlah sekiranya Ku kau terima         Kau di sisi gantikan bantal gulingku         Kau di sisi temankan ku sepanjang malam         Kau di sisi bisikan suci cintamu         Kau di sisi pabila api kamarku padam Credits: Exist : Kapal Terbang Kertas Event : Pesta Layang²

:: Gatal Otak [3] ::

Nampak nya dah 2 hari menjawab teka-teki yer D ah alang² tu teruskan je lah sampai hari ke 3 yer #5 Boleh terbang bukannya burung, Tempat jauh tidak terasa, Bunyi kuat berdengung-dengung, Gagah membelah ruang angkasa. #6 Apa benda tersangkut di dinding, Berwarna hitam seperti gagak, Kalau tiada si ibu pening, Apa bendanya cuba lah agak. Haa … kusut ek?

:: Gatal Otak [2] ::

Kali nih aku bagi yang menggigit kuku nyer ek … Kalo korang leh jawab nih memang korang pandai ah! #3 Ada nyawa kakinya empat, Pelbagai warna bergigi rapat, Bila ada tikus tak dekat, Jika anjing ia melompat. #4 Apa dia bertangan dua, Diguna orang setiap masa, Pabila mati dipulas telinga, Maka hiduplah seperti biasa. Haa … pening tak nak jawab?

:: Aku Bini Ceti ::

Image
Cerita hari nih takde gambo. Nama nyer pun tak sempat nak amik gambo. Macam aku cakap dalam pesbuk aku la … tadi petang aku dok follo Incek Jaque jadi ceti. Mengutip hutang bebudak sekolah yang tak bayo yuran. Esok last day sekolah pun ada laie yang tak bayo yuran … pening² Misi terjah ke rumah bebudak nih dimulakan pada jam 6.30 petang. Hahaha … dah Incek Jaque pun balik dari sekolah tadi lambat. Balik umah gedebak-gedebuk, update blog jap, bagi makan ikan kat Happy Aquarium, bagi makan kat Cafe World … baru ler kuar dari umah Hazab sengsara cari umah bebudak nih. Dah ler alamat seringkas tidak … masuk ler aku ngan Incek Jaque ke ceruk umah² kat dalam Bandar Hilir tu. OMG … umah zaman bukit kepong pun ada laie ko. Aku adalah sangat culture shocked! Ingatkan dah takde umah² camtu, bila terpandang jer scenery tadi aku jadi speechless. Kagum kot ngan umah² lama yang masih cantik laie. Ok lah, lain kali aku merayau laie dan amik gambo untuk korang tengok ek Punya lah sesat barat ca

:: Gatal Otak [1] ::

Hari ini … mari kita main teka-teki Sapa jawab betul takde hadiah yer … sekadar sukaria #1 Dalam ladang ada kebun, Dalam kebun ada cili, Dalam batang ada daun, Dalam daun ada isi. #2 Berbelit-belit seperti belut, Boleh lalu tak boleh jalan, Ekor di gunung, mulut di laut, Di dalam perut terdapat ikan. Haa apa laie … sila la teka

:: Ringkas Saja (Updated) ::

Pengenalan EcoGym [Body Contour Gym : German Technology] dan produk kesihatan dari Jiwa Realiti Sdn. Bhd. Tempat : RS Park Hotel, Jalan PM 9, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka Tarikh : 20 November 2009 [Jumaat] Masa : 8.30 malam Highlights : Penerangan secara detail mengenai EcoGym dan bagaimana pembelian pakej voucer EcoGym bernilai RM2000 sahaja membolehkan anda menjana pendapat sebanyak RM10,000 sebulan. Penerangan akan disampaikan oleh Presiden Jiwa Realiti iaitu Dato' Eric Yap dan beliau bersedia untuk menjawab segala persoalan BERITA TERKINI : YM Tengku Dato’ Sri Kamarul Zaman Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Tengku Intan (Chairman Jiwa) akan turut bersama pada malam tersebut. Jangan lepaskan peluang untuk bersama dengan orang No. 1 Jiwa Untuk pertanyaan : 012 - 6225609 [Nie aku nyer nombor la ~ Panggil Seno je]

:: Ok Passed! ::

Image
Percubaan mengepos entry mengguna WLW dan template baru Malliq kata “Ok la nie Mak” Alrite then … beta berpuas hati Kata sultan mangkat di j dulang itu

:: Sangkut La Plak ::

Ok ... so far so good ... ini ler cat umah yang aku pakai skarang. Terang benderang merahnyer ... ceria sket ek? Tapi lelain menatang aku nak update takleh plak nak update. Blogroll ilang, top post ilang ... counter pun takleh nak upload. Server problem la plak ... takpelah, balik umah aku sambung betulkan balik semula Happy blogging again to me!

:: Sekejap Yer ::

Image
Sorry yer ... kalo ada yang masuk tu kejap umah nih bertukar² rupa ... tengah renovate! Hehehe ... keep coming back. Aku nak start blogging balik ... so kena cari rupa baru kasi semangat baru datang. Hahaha ... ok guys

:: Baby Gone Wild ::

Image
Malliq Rayyan’s First Encounter With Mother Nature … that’s why he’s in his birthday suite! Unplanned trip last Sunday to the Asahan Waterfall. This used to be a water dam but since Melaka’s water dam had been shifted to Durian Tunggal … this river was abandoned. Lots of flies, I don’t know why. Malliq is having his McD porridge breakfast whilst his feet ‘geli²’ to touch the water If you want to bring your family for picnic … this is not a suitable place coz no facilities available at hand. No toilets, no dustbins – just you, the river and lots of big stones I tell ya. Pretty scary if you tend to be a clumsy person. The road is very slippery. I had almost tumble twice while carrying Malliq But, escaping from the ‘hiruk-pikuk’ of your life seems worth … even just for a mere 20 minutes there. Yups, we stayed there just about 20 minutes … like I’d told ya, we didn’t plan to have a picnic. And I really gotta pee! Hehehe …  

:: Bengang ::

Image
Aku mengupdate blog nih semata² kerana bengang yang teramat sangat. Nak tau apa ke menda yang aku bengang sangat tu? Ini haa … Nasi Lemak Sambal Kerang = RM 6.90 Paru Goreng = RM 3.95   Nasi Lemak [telur+bilis+kacang+timun] = RM 2.95 Ayam Kampung Goreng = RM 5.95   Ice Bandung Soda = RM 3.25 Assam Boi Juice Ice = RM 3.25   Pisang Goreng Ala Bali (small) = RM 2.50   Harap nama jer gah Makanan adalah sangat mahal. Tak berbaloi ngan harga nyer. Kenapa tak berbaloi … well kedai ni letaknya kat MELAKA … oleh itu sepinggan nasi lemak + telur rebus 1/2 biji + bilis goreng + kacang + timun adalah sangat cekik darah kalo berharga RM 2.95 … Kalo cam makanan yang pelik² cam western ke, ko nak letak harga mahal takpe. Ini dah ler makanan ruji rakyat Mesia … rasa pun takde ler sampai leh buat aku mengigau 7 hari 7 malam. Mak aku nyer nasi lemak 10 juta kali laie sedap Peratikan gambo yang kedua … aku ada tulis Ayam Kampung Goreng kan? Tapi apasal dalam gambo

:: Just Because ::

Image
Sempat laie kan? Ye lah ... raya kan sebulan maa ... Selamat Hari Raya kepada semua!

:: Tak Pernah Tau Pun ::

Image
Taun nih berkobar tau kitaorang nak raya ... siap beli pelita pacak tu 3 batang. Lampu lip-lap taun lepas masih elok ... so pakai jer sampai jahanam Al-kisah pelita ni plak, dah ada pelita harus ler ada minyak tanah baru leh idop apinya. Berposak kitaorang cari minyak tanah ... satu negeri dah ronda, semua kata takde Tiba kat mana tah ... soh cari kat Petronas. Biau ler betul pokcik pelita nih. Petronas jual minyak tanah dalam tong ke? Ada ke? Entah ler ... redah je la. Orang kata ada tu, ada la kot Memula pegi Petronas A, ilek poochit. Merepek jer Petronas ada jual minyak tanah ... karut tol. Esok je lah cari kat hardware. Tapi hati masih tak tenteram selagi pelita tak pasang Ronda lak ke Petronas B ... dikejauhan aku nampak ini Sumpah ... aku tak penah tau pun minyak tanah ada jual camnie. Selama nih aku ingat minyak tanah jual dalam bekas kecik² tu jer. Hai ... rupanya banyak menda laie aku tak tau ek Beli 2 liter ngan harga 4 hengget. Kira murah lah ... tak kira la berapa harga. Ja

:: Selamat Hari Malaysia ::

Image
Kenapa tak cuti ye? Kalo tak salah Sarawak & Sarawak je cuti Sebenarnya mencari alasan Sudah malas mahu bekerja Dah pikir nak raya je nih Oh ... kerja kerja Tak kerja takde duit Takde duit takleh raya Anyway Happy 46th Birthday Malaysia From humble citizen,

:: Kisah-kisah Malang ::

Image
#1 Tak berjaya jadi hero raya taun nih. Hanya mampu siapkan kuih raya dan kudapan yang lain. Baju raya bo-liao. Sempat potong dan cantum sket² jer. Nak completekan tak sompek. Tapi kalo nak pulun buleh jugak. Tapi kena balik kampung Incek Jaque pada hari Sabtu. Sudahnya tak sempat pulun. Misi tak berjaya kerana dok meleka rasa macam banyak masa padahal dah ler tak pro … berlagak macam tukang jahit professional Padan muka #2 PC kat opis dah tukar baru the whole set tapi tak perform. Harap set jer baru harga ribu-riban. PC kodok terchenta tu pun laie bagus performance. Bukak excel pun terkebil² sampai ‘hang’. Sangat pening kepala nak settlekan kerja yang bertimbun sebelum cuti raya Sakit hati #3 Dah apply cuti raya seminggu. Kena rejek … sampai kena conteng borang cuti kitaorang. Kot yer la takmo bagi cuti … takyah ler buat camtu sekali. Bos kata tak leh cuti sebab nanti kalo dia pegi meeting takde sapa ada kat opis … Hello! Sapa jer la nak buat meeting 1st week raya. Akhir

:: Preparation Ala Kadar ::

Image
Diam tak diam, Ramadhan tiba lagi. Kalo taun lepas aku preggy, langsung takde nafsu nak buat preparation … taun nih rasa semangat sket. Ye lah, bertaun² raya ngan mak ayah, adik beradik. Bila dah kawen, raya ngan laki … lama la gak raya ngan laki, berdua jer. So taun nih dah ada cahaya mata sendirik. Harus la hepi gitu … Agak berkobar di situ Kisah sebenarnya ialah taun nih aku bercadang nak menjual kuih raya. Itu adalah bahan² nak buat sample kuih raya … sehari ke sehari asik postpone jer … banyak sangat hal dan halangan. Akhirnya, aku amik tempahan 1-2 kengkawan jer. Taun depan jelah kot aku buat biz nih. Laie pun si Malliq kecik sangat, dia sebok melalak jer skarang … nak ajak main Ini baju raya kitaorang Taun nih aku berazam nak jahit sendiri baju raya aku. Yups … bikin sendirik jer. Cantik tak cantik belakang kira. Tapi harus la mesti pastikan canteks. Tema taun nih hijau … entah la. Lately nih aku cam suka lak warna ijau. Aku pun tak banyak baju ijau … buleh

:: Is This For Real? ::

Benarkah ini semua? Bestnya kalo dapat bebetul 500k pound sterling itu. Wow! Jamal Pak Tongkol tak payah berniaga unta lagi la nampaknya lepas nih. Wow!   ---------- Forwarded message ---------- From: Google Online Promotion < richardt@rich-art.dk > Date: 2009/8/18 Subject: Success Alert...(Thanks for using Google) To: Dear e-mail user, Your e-mail has emerged as a winner of £500,000.00 GBP (Five hundred thousand British Pounds) in our on-going Google Promotion. Your Winning details are as follows: Computer Generated Profile Numbers (CGPN): 7                      , Ticket number:                 , Serial numbers                               , Lucky numbers:                                 Contact Mr Graham Benfield, for more details through the contact below: Mr Graham Benfield, Email: promo.online.winners03@gmail.com Sincerely, Mrs. Sophie William.

:: Tiada Apa Ku Mohon Kecuali Kemaafan ::

Kepada pembaca yang tak putus² singgah ke blog ini, minta maaf kerana dah lama sangat tak berupdate. Mengalami masalah teknikal dan mental. Tidak serius dan dijangka pulih menjelang Ramadhan. Kepada yang mengorder iklan free, minta maaf kerana tak sempat masukkan iklan. Hari ini @ paling lewat esok, akan diup kan iklan kalian. Minta maaf sekali lagi.   Jaga diri, jaga kesihatan. Wabak H1N1 makin serius, harap kita semua tidak memandang ringan perkara ini. Kepada yang beragama Islam ... Selamat Berpuasa, semoga dapat menjalankan Ibadah dengan ketenangan dan ketakwaan.   Mintak maafa dari hujung blog ke hujung blok ... hehehe

:: Wajib Tonton ::

Image
Wahai orang Malaysia … even luar Malaysia Sila la tonton cerita setem nih. Best giler!!! Kalo korang takmo tengok … bak kata Lim Piranha ~ Bunuh diri laie baik 8/5 bintang ooo … terbaek nih 3 bintang extra sebab si Malliq pun enjoy sama terjerit² tengok citer nih Best best best Rasa cam nak tengok laie la,

:: Warded ::

Image
Last 2 weeks adalah minggu yang paling banyak aku monteng kerja. Ini disebabkan oleh budak butak ini … demam panas, muntah, takmo minum susu, takmo tido, menangis non-stop dan itu suma telah membuatkan mak n ayah nya hilang akal sekejap … dah ler Tok ngan Mak Tok kat China, lagi bikin kepala pusing … suma serba tak kena Akhirnya amik keputusan untuk masuk wad kat PSH [Putra Specialist Hospital] Jumaat petang. Terus masuk air, terus bagi nebulizer, terus budak butak nih tido. At last! Setelah 2 hari berjaya tak tido dan membuatkan orang lain pun tak tido sama, Malliq akhirnya tido straight knock-out, 4 jam tak bangun. Itu pun terpaksa kejutkan sebab nak bagi susu Nasib baik dah buleh tido Muka kepenatan … tengok, darah dah keluar kat tiub Disebabkan tiub nak masuk air tu Dr. cucuk kat kaki, yang si Malliq lih pulak bagus nyer bantai merangkak la apa, akhirnya tiub tu terpaksa dicabut setelah beberapa kali percubaan nak menyelamatkan tiub tu tak berjaya … since dia pun da