15 August 2013

Sembang Rambang #1

Di suatu petang, di sebuah pasaraya :

Malliq : Mak, mak ... sini la cepat
Mak : Ada apa ?
Malliq : Sini la cepat. Ada 100+ baru ... ni 100+ Lai Chi Kong (muka eksaited giler nak tunjuk kat Mak)
Mak : (Dalam hati - ada ke perasa Lai Chi Kang ? Ke 100+ perisa laici ? Haih ... kompius betul ni) Ye laaa mak datang ni ... mana 100+ baru ?
Malliq : Ni ni ... 100+ Lai Chi Kong (Lompat ! Lompat ! Gembira) Mak ... Malliq nak 100+ Lai Chi Kong ni

Mak tepuk dahi ... adoyaiii

Mak : Malliq Rayyan ... ini bukan 100+ Lai Chi Kong ... ini 100+ ada gambar Datuk Lee Chong Wei lah !!!

Sorry yer Datuk ... nama sedap2 jadi Datuk Lai Chi Kong

Sakit perut aku

28 June 2013

:: Apa Dalam Botol ::

Kurang lebih ketika itu umurnya dalam darjah 3, pertama kali bersua dengan sebiji botol kaca yang berwarna legap; lengkap bertudung plastik merah longgar dan dibalut akhbar lama

Lama direnungnya botol tersebut. Maklumlah ... pertemuan pertama kali bertentang mata. Kalau dulu hanya dengar-dengar saja ... nah, kini boleh dipegang secara nyata

Dibuka kerudung merah, terserlah aroma menusuk ke hidung. Ahh ... busuk amat ! Apa yang orang gila kan ? Hairan sungguh manusia

Diajukan soalan kepada si tukang bawa - masih hidupkah ia di dalam sana ?

Sambil menjengah-jengah ke dalam botol. Masih merenung tajam ke sudut botol yang paling dalam

Bingung seketika si tukang bawa, apa yang masih hidup ? Mana mungkin botol ada nyawa ?

Jawabnya pendek sahaja - berudu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...