Teknik Menjadi Blogger Tegar

Memula dulu aku berangan la jugak nak jadi blogger tegar. Hari² konon la gigih semangat waja la nak hapdet entry. Tapi bila dah bukak akaun, setup memacam ... perasaan tetiba menjadi sangat lemau. Terutamanya kalo kat umah sendiri tak tenet ... harap nak hapdet kat opis jer

Setelah lebey kurang 3-4 taun gak ler berblog, goblok jer lebih sebab aku asik bertukar platform. Paling sengal aku dah delete aku nyer blog ada ler 2-3 kali jugak sebab tetiba rasa cam tak best jer blog aku nih. Tak cam blog orang lain yang happening. Sejak 2 menjak nih pulak, aku jadi pembaca blog tegar. Kalo tak salah aku memula dulu aku ada la subscribe lebey kurang 150 blogs. Be it political, personal, pondan, mak orang, lelaki gersang, photography, penagih dadah, budak sekolah, pekerja bosan ... semua yang macam menarik semua aku subscribe. Setiap hari kalo tak baca blog orang sure rasa ganjil jer. Macam orang lepas berak tak basuh vontot ... Ouh, ada kena mengena ke?

Anyways ... lepas dah jadi pembaca blog tegar aku perasan 1 perkara jer. Seorang blogger yang baik tidak pedulik orang lain nak cakap hapa. Huhuhu ... pegi la mati sama orang lain, yang pasti blogger itu tetap akan menulis dan menulis like nobody cares. Aku nih banyak sangat berpikir ekceli. Takut apa yang aku tulis tak best lah. Takut orang beri pandangan yang tak best lah. Takut itu lah, takut ini lah. Takut yang tah pepe. Betapa besarnya pengaruh TAKUT tu dalam diri aku

Aku ekceli suka sangat bercakap, dalam erti kata lain berkomunikasi ngan orang ramai. Tapi sejak 2 menjak nih perkara yang TAKUT²kan aku tu berjaya menguasai aku. Ahh tak boleh jadi ini macam

So, ini ada teknik macam mana aku leh bantu diri aku jadi seorang blogger semula ... khas untuk aku. Kalo ada yang rasa teknik nih sesuai untuk korang ... sila la amik pengajaran
  • Jangan amik pusing orang nak cakap apa
  • Jangan perasan pun ada orang yang baca posting ko, so apa ko nak takut orang nak cakap apa ... betul?
  • Blog la tentang apa saja yang terlintas dalam kepala hotak, takyah nak pikir orang suka baca apa
  • Kalo nak buat posting berdasarkan fakta ... ini takleh lari dari membuat research yang soheh
  • Sila update bila rasa selesa ... kalo selesa posting dalam keadaan marah, silakan. Mungkin posting ko lebih bermakna dari tunggu perasaan menjadi reda
  • Kalo buleh post update tak lebih dari 3 hari dari tarikh kejadian. Posting serta merta semasa kejadian berlaku tak mungkin terjadi melainkan menggunakan twitter / jaiku / mobile blogging
  • Kalo buleh sila la selitkan gambo sebarang 2 dalam posting ko tu. Kadang² orang baca jer pun naik jemu. Harus la ada pikcer pikcer yang leh ilangkan kebosanan ko yang musti jenuh nak menaip ajer
  • Tapi kalo ikut teknik 1 dan 2 ... takde pikcer pun suka ko ler. Bukan wajib pun kan?
  • Sila la berpuas hati dengan apa yang ko ada. If la hidup ko sudah lame ... jangan la ko salahkan blog ko lame jugak. Harus la ko buat sumting agar ada ketidak'lame'an di kemudian hari
  • Love urself ... baru la ada makna
Itu je la teknik yang akan aku amalkan selepas ini. Pedulik la apa pun kan ... aku dah takde kawan nak sembang laie kat opis nih ... ada baiknya aku melayankan ajer aku nyer blog. Atlis kalo ada korang yang sesat² terjumpa blog aku nih, buleh ler korang tambah laie satu RSS Feed untuk dibaca!

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::