18 May 2012

:: Nilai Sekampit Tepung ::

Susah betul nak mulakan bicara bila lama dah tak menulis dan mengarang. Agak berkarat dah jari-jemari ni nak menyusun kata. Tapi takpe kita cuba … dengan perlahan dan Istiqamah

Hari ni aku nak cerita pasal tepung. Ada apa dengan tepung ? Kenapa tepung, tidak gula ? Senang je jawapan nyer … tepung tu asas kepada bermacam makanan lain – mee, kek, kuih, roti, cekodok, pau dan bermacam jenis makanan lain yang terhasil dari tepung

Maka, kesimpulannya tepung (selain beras) merupakan bahan makanan yang sangat penting dalam sesebuah kehidupan seseorang tak kira la dok kat negara mana sekali pun. Ada ke negara yang takde tepung ? Tak kisah lah tepung jagung ke, tepung kacang ke but now aku nak cakap pasal tepung biasa – all purpose flour

Sebelum aku teruskan tulisan ini, harap yang membaca dapat menilai penulisan ini dengan penuh ketenangan dan tidak prejudis. Nilai lah penulisan ini dengan kapasiti aku sebagai RAKYAT. Bukan sebagai orang yang bekerja dan berpendapatan berkala, bukan sebagai orang yang berniaga. Nilai lah sebagai rakyat – orang biasa yang hidup di atas muka bumi Allah ini

Aku terpanggil nak menulis pasal tepung ni sebabnya semalam aku ada order dari customer untuk buat blueberry cheese tarts. Kebetulan pulak tepung nak buat tart ni habis, boleh plak aku tak perasan. So, aku mintak la laki aku tolong belikan. Dia tanya baper harga sekampit tepung ? Aku cakap rasanya RM2.50 kot ? Entahlah, aku bukan ingat pun. Tak kisah la baper harga tepung tu janji order aku siap

Bila dia balik, dia pun bagi la kat aku sekampit tepung – tepung 1Malaysia. Murah la tepung ni, baru RM1.60 kata laki aku. Ooo ye ker … tak kisah la tu tapi tepung biasa takde ke ? Kedai lain suma dah tutup, kedai yang bukak ni pun tepung dia ada yang ini je. Ok lah boleh la tu … tepung rakyat marhaein yang kurang berkemampuan mesti sama je kot ngan tepung biasa

Aku pun baik punya angin, pegi la bancuh cheese tart macam biasa. Resepi yang sama, dah berpuluh kali orang order … suma bagi feedback sedap [alhamdulillah]. Butter plak guna butter yang agak berjenama sebab aku nak buat untuk regular customer aku dan seorang perempuan mengandung yang sudah agak hampir untuk melahirkan. Teringin sangat nak makan, katanya. Semestinya aku nak berikan terbaik untuk mereka ini kerana mereka membayar perkhidmatan yang aku berikan

Bila sampai part aku nak ayak tepung tu, aku pun dengan penuh bangga dan harapan menggunung gunting la plastik tepung tu. Tuang dalam bekas, timbang kuantiti sepatutnya. Aku masih waras, masih celik dan masih ada tenaga lagi [walaupun dah 2-3 hari tido tak cukup pasal order banyak] untuk aku baca berapa kuantiti tepung yang aku perlukan

Ok, cukup – time to sift (ayak lah). Bila aku nak ayak, aku perasan tepung ni tekstur dia lain macam sket. Licin sangat, tak macam tepung biasa [even aku bekerja, dan baking membaking ni part time, dah berpuluh tahun aku tengok tepung, so aku tau la tepung gandum biasa ni camner rupa dan teksturnya]. Tepung biasa ianya kesat sikit dan melekat debu tepung tu kat tangan. Tepung ni tak, tersangat licin dan tak lekat debu

Sesungguhnya aku ini manusia biasa. Ilmu setakat apa yang kita belajar dan kita tahu dan kita alami. Pada hemat aku tepung 1Malaysia ni mungkin hanya merupakan salah satu dari bermacam jenis gandum yang dijadikan tepung. Tepung cap sauh mungkin guna gandum gred A [contoh saja], tepung 1Malaysia mungkin guna gandum gred B atau C [sekadar contoh]. Begitulah logik akal aku bila harganya nyata lebih rendah dari tepung biasa di pasaran terbuka

Ok kot ni … ayat penyedap hati. Bila semua bahan disatukan, harapan aku mula berderai satu persatu. Adunan tak berapa menjadi, tepung tak serap butter. Jadi sangat berminyak, sangat tak tentu arah, sangat tension. Sangat memeningkan kepala aku okay

Dan sangat stress, sebab laki aku tukang terap adunan dalam bekas acuan dah mula membebel kenapa adunan aku ni lain lah, tak gebu lah, ini berminyak sangat lah, itu lah ini lah. Percuma jer aku kena 'ceramah'. Nak marah dia pun ada jugak sebab takkan la aku ni bodoh sangat nak pie cari bala saja buat tak betul. Dah la dah malam, esok pagi nak kerja lagi, ingat aku suka² cari masalah ke ?

Takpe, aku positif saja. Mungkin pasal butter ke ? Tapi butter mahal … takkan la buat perangai pulak ? Terlebih telur ke ? Telur tembelang ke ? Vanilla dah expired ke ? Apa masalahnya ni ??? Langsung aku tak terpikir tepung tadi la punca segala masalah aku. Aku buat jugak, sampai tersengguk². Laki aku dah pie tidokan anak. Jadinya aku mengadap la sensorang. Agak penat aku benti jap, pehtu sambung balik

Sudahnya amik masa 4 jam hanya nak siapkan 80 biji tart. Memula adunan tadi berminyak sangat kan ? Bila lelama adunan aku makin keras, makin kejung. Lagi la bertambah stress aku dibuatnya ! Masa ni aku masih tak tau apa la punca adunan aku macam hampeh. Mula la aku menyalahkan diri sendiri – tau tak mampu nak buat, buat apa amik order bebanyak. Tak payah dah amik order – dan ntah apa lagi la yang terlintas. Segala yang negatif mula menerobos kotak pikiran dan hati. Lumrah manusia memang begitu

Bakar – oven yang sama, suhu yang sama, jangkamasa yang sama. Keluarnya – simen ! Ya, simen lepa.

Ya Allah … apa saja la dugaan yang Kau berikan padaku Ya Allah ?! Tolong lah hambaMu ini Ya Allah !!!

Aku siapkan jugak cheese tart aku tu walaupun aku tau ianya sekeras batu. Aku cuba sedaya upaya aku untuk menghasilkan janji aku kepada pelanggan. Selebihnya aku berserah kepada Tuhan. Nyata ini bukan rezekiku … aku redha

Aku tidur dengan hati yang tak tenang dan serba salah. Mana mungkin aku berikan hasil sebegitu kepada orang yang telah berikan kepercayaan kepada aku untuk menghasilkan sesuatu yang layak dibayar. This could be one of those days that totally went wrong !

Selidik punya selidik, baru la aku perasan satu saja bahan yang lain dari adunan aku yang sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum ini – tepung 1Malaysia

Aku penah guna tepung cap Jusco – ok, cap Tesco – ok, cap kunci – ok, cap sauh – laie la ok, cap ntah apa cap laie suma penah guna – TAKDE MASALAH PUN. Laki aku kata – ntah² ini dah campur tisu kisar. Haaa macam kita buat projek [klik : papier-mâché] yang rendam kertas sokabo pehtu tampal kat belon buat topeng la apa tu la kan … pehtu kertas tu kan keras kan … camtu la kerasnya aku nyer cheese tart

Ini la nilai sekampit tepung yang aku nak sampaikan. Bagi aku yang ada sedikit kemampuan untuk membeli barang yang lebih baik kualitinya, takpelah … aku boleh beli tepung jenama lain yang aku rasa mahal sedikit harganya. Tapi bagi rakyat yang hanya mampu membeli di Kedai Rakyat 1Malaysia, beras mungkin ko takleh nak tipu sangat, paling kuat pun campur ngan beras yang tak layak dijual. Tepung dah jadi tepung camtu, sapa tau ko campur apa kat dalam tu ?

Makanan tu asas kehidupan. Bila rakyat dapat makan makanan yang elok, sejahtera lah masyarakat. Sebab apa aku cakap camtu ? Contohlah aku ni kerja jaga toilet je la ek. Anak aku ada 5 orang semua sekolah. Laki aku tak kerja pasal dia lumpuh eksiden kena langgar lari. Jadinya aku kena tanggung keluarga. Pendapatan bulanan aku dah tentu tak cukup untuk tampung semua. Belanja dapur pun kat KR1M. Bila aku masak, kata la aku buat cistat untuk memenangi hati anak² yang sebok nak makan tapi kita tak mampu nak beli, jadi plak cistat kejung cam tadi … apa perasaan anak ? Huh, mak aku miskin beli tepung pun cistat jadi batu. Susu pekat rasa besi. Sardin pun tah apa rasa. Eskrem pun susah nak citer [oh … aku penah beli semua benda yang ada logo 1Malaysia di KR1M. Semua benda aku dah rasa, so jangan nak tipu aku]

Bila camtu keluarga mula jadi porak peranda. Si emak rasa bersalah kerana tak mampu memberikan terbaik untuk keluarga dan mula menambah kerja sampingan. Pagi jaga toilet, malam jaga kilang. Anak pulak, mula rasa terbeban dengan 'rasa' miskin dan serba kekurangan. Lari dari realiti hidup – jadi la remaja yang hilang punca. Emak tak dapat membesarkan anak. Anak hilang panduan dan perhatian

Cuba kalau makanan yang elok dan selayaknya mampu dibeli oleh si emak. Anak berasa puas menikmati air tangan ibu. Setiap hari nak makan kat rumah. Bila perut kenyang, hati pun senang. Betul ? Si emak pun takde la rasa terbeban dengan hidup – bekerja tapi tak pernah cukup. Walaupun hanya bekerja sebagai penjaga toilet, masih mampu bagi makan kat anak². Bukan ke itu tujuan kita bekerja ? Bagi makan …

Mungkin kepada yang membaca, isu ini remeh. Isu terpencil … takde isu pun sebenarnya. Tapi aku terpikir sebab aku dah terkena. Aku teringat pada tukang² sapu kat opis aku. Ada yang datang pagi² jual bunga rampai. Walaupun aku tak nak, aku beli juga. Ada yang datang petang² bawak keropok, roti, buah jambu dan jajanan lain. Walaupun aku tak nak, aku beli juga

Bayangkan kepenatan bawak benda² tu dari satu opis ke satu opis. Dari satu blok ke blok lain. Tergamak ke nak cakap 'Tak nak lah kak'. Pernah aku tanya satu makcik ni. Pagi jual bunga rampai, petang jual jambu. Berapa makcik dapat jual menda² ni ? Agak² berapa la, cer korang teka ? Dia cakap ngan aku, keropok la kerepek la, jambu la apa la semua, dalalnya 5 sen je dia dapat ! Leh caya ??? Kalo dia tipu, aku tipu korang la. Gila ke hapa 5 sen 1 menda. Kalo 10 menda dia jual tak ke baru dapat 50 sen ? Gila Yahudi peras tenaga orang tua … aku cakap ngan makcik tu, takyah la jual laie. Orang tu untung bagai nak rak, awak penat lelah bawak beg plastik sarat barat kiri kanan jalan satu blok ke satu blok, bilik ke bilik

Itu sebabnya aku terpanggil. Aku rasa lelah makcik tu. Dia sanggup buat apa saja pasal nak tambah pendapatan dia. Teruk sangat ke negara aku Malaysia yang kaya-raya dengan sumber asli dan terkenal dikalangan pelancong kerana kepelbagaian kaumnya ni ? Sumber atas tanah ada … sumber bawah tanah ada … sumber dalam air ada … cer cakap apa jer takde kat Malaysia ni ? Malaysia kita ni kaya tapi tak makmur. Hanya segelintir yang dapat nikmat. Nikmat yang aku cakap ialah, ko kerja sampai nak putus urat pun tapi ko puas hati. Keluarga terjaga, boleh ibadat dengan tenang, jiran tetangga harmoni. Itu nikmat. Bukan nikmat dapat berjoli beli barang mewah, boleh terbang sana sini, boleh tengok ASTRO

Aku cuma nampak nikmat tu masa zaman mak ayah aku besarkan aku adik beradik. Kitaorang bukan orang kaya pun tapi makan tak penah kurang. Semua makanan elok. Dapat merasa makan yoghurt mahal, dapat makan macam² yang sekarang ni kalau nak makan agak berkira sikit la

Kita rasa Indon ngan Thai tu miskin laie dari kita kan. Tapi cer pegi sana ... makanan yang elok dan berkualiti masih mampu dibeli rakyat jelata. Beras cantik, buah segar, makanan pelbagai pilihan yang kualitinya tidak direndahkan semata-mata nak bagi nampak harga murah. Sungguhpun murah, gizi makanan tu tak dimanipulasi. Kat Indon ada sozis (sosej segera yang boleh terus makan), cheese pelbagai jenis, susu pelbagai perasa. Semuanya keluaran tempatan. Nak nampak barang import pun selected menda la import tapi memang kebanyakan produk tempatan

Tengok harga susu, cheese, coklat dan ntah segala macam barang makan … memang dalam lingkungan harga mampu milik (average bagi yang bekerja dan berpendapatan). Cer tengok harga makanan kita kat sini ? Susu 'power' yang ada segala macam DHA, AHA, Biobifidus la apa suma tu (bohong jer suma tu) harga sampai ratusan ringgit. Logik ke ? Mana kawalan harga susu budak ? Takde kan … sebab orang tau mak bapak mesti akan beli – menyediakan yang terbaik untuk anak kononnya. Mengambil kesempatan yang tidak sepatutnya

Korang pie jenjalan kat Indon tu apa tengoknya ? Beli kain la, shopping la apa la. Mana nak nampak berapa harga susu, berapa harga cheese, berapa harga barang basah lain. Eventhough nampak Indon tu cam miskin jer tapi orangnya suma makan menda elok. Elok tu maksudnya makanan yang tidak kurang kualitinya. Cer lain kali kalo pie melancong, pegi pasar basah, pie shopping mall tu masuk kat groceries dia tengok apa yang rakyat 'miskin' ni makan. Aku yang dok kat negeri maju ni pun malu pasal kat negeri maju aku pun tak camtu

Kita ada jer hasil sumber alam yang bagus. Tangkap ikan - yang gred A anto Singapore, gred B anto hotel/restoran, gred C anto Cold Storage/Jusco/Sogo/Mercato, gred D anto Tesco/Mydin/Giant/Carefour, gred E anto pasar. Jangan kata aku reka citer ... memang realitinya begitu. Tanam sayur pun sama. Senang citer apa pun sama je la. Rakyat dapat apa ? Sisa ...


Keji sangat ke rakyat, takleh makan hasil bumi sendiri ? Kalau dapat pun terpaksa membayar dengan harga yang sangat mahal ? Yang terbaik mesti mahal. Perlu ke untuk rakyat sendiri ? Mak aku pie Korea. Nak beli ginseng. Ginseng terbaik di dunia TIDAK DIJUAL sesuka hati keluar dari Korea. Hanya beberapa ratus kotak saja dibenarkan dan seorang boleh beli dua kotak saja. Ginseng yang terbaik hanya untuk RAKYATNYA sahaja. Baru la namanya Rakyat Didahulukan


Lain la kalau ikan tu merupakan industri besar²an macam kat Jepun. Cukup keperluan tempatan, lebihnya eksport. Lain la tanam sayur tu secara berhektar² macam kat US. Cukup keperluan rakyat, lebihnya eksport. Kalau tak jual ke luar negara takde pendapatan ? Haih ... banyak sebenarnya cara mendapatkan pendapatan ... nanti lah bukak topik lain

Itulah nilai sekampit tepung yang dapat memakmurkan rakyat … heran kan ? Itulah nilai hidup kita zaman sekarang. Ianya bukan hanya nilai wang ringgit yang kita bayar tetapi sebaliknya banyak perkara yang terpaksa kita korbankan

Cistat kematu … terima kasih kerana menyedarkan aku nilai sekampit tepung

08 May 2012

:: Kuih Cara Berlauk ::

Salam Mei kepada semua yang masih sudi singgah kat blog yang tak berapa nak update sangat ni. Tapi jangan risau pasal nyer ... takde cadangan nak tutup blog ni pun. Cuma tak berapa nak ada kesempatan nak update jer


So, berbalik pada tajuk entry hari ini pun ... dah leh agak la kot apa maksud sebenarnya. Ahad lepas, ada masa terluang sket. Lepas kemas² umah, tetiba tekak ni terasa nak makan kuih cara berlauk la pulak (sebenarnya masa tengah kemas kabinet dapur, terpandang acuan kuih cara - macam dah hilang ingatan rupannya ada acuan ni !)


Resepi yang mudah selain merupakan antara kuih fevret ... maka layan saja lah. Sanggup tu kisar daging sendiri



Kuih Cara Berlauk
Sumber : Abang Mat Gebu

(Edit sikit² ikut bahan yang ada kat dapur)

Bahan Untuk Inti

100 gram daging ayam, cincang halus : saya guna daging kisar sendiri

1/2 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 hirisan halia, cincang halus : tak letak
3/4 camca besar rempah kari daging (Baba's) : saya guna rempah yang pedas (paket merah)
1 camca besar sos tomato : tak letak
1camca teh cili kisar : tak letak sebab guna rempah kari yang pedas
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air
1 biji cili merah, buang biji, dadu kecil2 : digunakan untuk hiasan
Hirisan daun bawang secukupnya : digunakan untuk hiasan

Bahan Kuih Cara
75 gram tepung gandum
1 biji telur gred A
165 ml santan
2 camca besar mentega cair
Secubit garam
1 - 2 titik pewarna makanan kuning

Kaedah
  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih hingga harum, masukkan rempah kari, kacau rata dan masak hingga rempah garing. Masuk daging cincang dan kacau rata. Tuang air dan biar hingga kering. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Gaul rata, rasa dan jika ok, matikan api. Sejukkan..
  2. UNTUK ADUNAN KUIH CARA :- Satukan semua bahan2 untuk kuih cara, kacau rata dengan whisk hingga tidak berbintil2. Kemudian tapis dan rehatkan sebentar. Boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar makanan, dan kisar hingga halus. Ketepikan.
  3. UNTUK KUIH CARA BERLAUK :- Panaskan acuan kuih cara, gunakan api paling kecil. Sapu setiap cetak dengan sedikit minyak makan (saya guna daun pandan yang dipotong pendek, ikat dan carik bahagian hujungnya - memula pakai berus silicone konon² nyer ... pehtu berus tu cair. Hahaha). Masukkan adunan dalam jag dan tuang 3/4 penuh
  4. Bila tepi kuih kelihatan pucat, masukkan 1/3 camca teh bahan inti di bahagian tengahnya, tabur juga sedikit cincangan cili merah dan hirisan daun bawang. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Biar 30 saat, buka dan bila permukaan kuih kering, boleh angkat. Buat kaedah sama dengan baki bahan2. Hidangkan untuk minum petang
Saya suka buat sendiri pasalnya ... boleh boh inti daging tu penuh² ! Hehehe dasar pentamak. Kuih ini kalo masa kursus ke, jamuan ke hapa ... memang sekali hadap 5 ketul sekali jalan. Bila buat sendiri rasa pueh hati sangat pasal buleh makan banyak² tanpa rasa bersalah. Incek Hubby pun memang suka kuih ni, dia jer sorang dah habis 1 adunan. Nasib baik buat 2 adunan ... itu pun rasa cam tak cukup !

02 May 2012

:: Projek Suka Hati - Summarised ! ::






 








Huhuhu takde cerita cuma ini gambar² Projek Suka Hati yang aku buat tapi sempat nak update dalam blog. For the time being tengok gambar la dulu ek ... nanti ada lapang aku update ikut urutan yer


Mekasih !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...