30 July 2009

:: Cobaan ::

Tepon N70 aku dah kong … kejap² memory full. Dah buang segala mak nenek gambar lah, SMS lah still kata memory full – Delete some data – Cannot perform … Hadoi lah. Tekanan perasaan betul aku dibuatnya

Oleh sebab nak buat apa pun takleh dah tepon tu … hatta dolmat nak bukak inbox pun takleh, aku kecek la ngan laki aku, soh belikan tepon baru … tapi aku nih kan isteri yang baik, tak pandai meminta² huhuhu … aku mintak belikan tepon nih jer

IMG_0107 IMG_0106

Murah sajork … RM78

Siap colour screen, the paling basic function – buleh text, buleh call itu yang paling mustahak. Another factor yang paling penting ialah PALING MURAH!!! Termurah di pasaran … tak caya gie cari sokabo

Takleh ler aku nak m-blog laie. Apak aku dok send MMS gambo kat China pun buat aku sakit hati jer takleh nak bukak

Aku adalah sangat berjimat-cermat. Buktinya … sarung tepon nih pun aku kebas ntah sapa punya kat umah mak aku tu … hahaha. Orang dah takmo, aku pakai je lah. One man’s trash is another man’s treasure. Betul ke perumpamaan aku nih? Ye lah, pada orang lain itu mungkin dah takleh pakai, tapi pada aku itu adalah penjimatan berganda. Selamat duit aku … kalo tak, harus ler kena korek ntah berapa hengget laie semata nak sarung-nangka-kan tepon murah ku ini

Bagus kan penjimatan nie? Hehehe … aku adalah sudah bosan mau pakai tepon canggih-manggih. Simpan duit ooo … taun depan mau jalan² obersi seisi keluarga

Tangkai Jering Pun Bukan,

p/s : setelah diselidik, sarung-nangka-tepon tu rupanya akak aku punya. Weih long, aku amik tau! Macih yer … hehehe. kalo ada barang nak sedekah laie … sila la leburkan kat sini … hehehe

17 July 2009

:: Iklan Free – 3 A’s Collections ::

3As

Seperti yang telah dimaklumkan … Iklan Free Spot #1 dah ada pemiliknya. Seorang ibu kepada 3 orang anak lelaki. Skarang masih bekerja … tapi tak lama laie akan berenti keje dan kerja sendiri. Seorang yang ramah tamah … juga merupakan orang yang paling rajin tinggalkan komen kat blog ni

Presenting … Kakngah dengan 3 A’s Collections nya!

Nama Tokey : Aslinda Muslim

Nama Samaran : Linda

Biz Apa : CD ; Cloth Diaper ~ Kain Lampin Moden

Bila Mula Biz : July ‘09

Cerita Pendek Tentang Biz : Menjual CD pelbagai warna & corak. Ada skim ansuran utk belian 5pcs ke atas. Menyediakan juga after sale service

Homepage Biz : http://3ascollections.blogspot.com

Tempoh Iklan : 10 Julai 2009 / 1300 hingga 17 Julai 2009 / 1300

Sedikit gambo dari 3 A’s Collections

 

Sila la singgah ke 3 A’s Collections dan dapatkan Cloth Diapers korang skrang

Cintai bumi kita!

Pesanan penaja,

Nota Kaki Ayam

Setiap pengiklan juga dapat Sticky Mode Entry selama seminggu. Memang promosi tahap gila² nyer

:: Tuhan Misteri ::

A caller said …

Let’s be honest to ourselves lah … there is no such thing as inner beauty. When I marry my wife at that time my girlfriend … my eyesight was very good. Now as I get older, my eyesight is very bad lah … fair enough la. God works in mysterious ways lah. But I know that my wife assam laksa is still sweet like before …

Funny lah this guy … and its true too

I was listening to Lite FM when the DJ asked you about how you looked at your spouse after sooooo many years together. So, one after another caller said that the way how your spouse looked today is not important, but the inner beauty is what they really appreciate

What this guy said is also true … ‘kejam’ but true. Tipu la we still gonna look exactly the same masa kita baru² kawen kan? Most of us, mesti ada perubahan. But some lucky person, jadi bertambah elok lepas kawen. Before kawen memang orang kata apa … muka pecah rumah? Dah kawen, dah ada anak, makin bertambah elok je … segak, kemas, cantik

Tuhan tu adil. Sebelum kawen, aku nih kira ok² je lah. Dalam kategori manusia cukup makan. Takde la kering cam orang afrika tak cukup zat. Incek Jaque pulak kejap kurus, kejap bulat. Most of the time, he was on the heavier side lah. Lepas je aku kawen … amik ko. Badan aku naik dari kategori lightweight terus jadi super heavyweight champion. Kah kah kah. Aku tak kisah lah itu semua. Masa kurus² aku susah nak mengandung. Bila dah bulat cam apam kukus, tak sangka lak tetiba leh mengandung dan dapat la si comel Malliq tu. So … fair lah kan? As long as aku sihat, bulat pun bulat lah … aku tau aku cumel. Hihihi …

Skarang Incek Jaque pulak yang makin kurus. Size suar dari 38 jadi 34 … nyampah aku. Tapi bagus gak bila dia dah kurus. Buleh la aku soh dia memacam sebab cargas sket dia nak bergerak. Kalo tak masa zaman bulat … berat jer nak angkat badan. Walaupun takde la besau mana pun. Skarang dah slim betul. Sangat jeles. Semua suar keje nak kena cari baru. Aku pun nak kena cari baru jugak … sebab dah tak muat. Hahaha

God really works in mysterious ways. Nampak cam tak adil … but, ada hikmah disebalik setiap peristiwa tu. Cam akak aku, bila laki dia buat hal menggatal ngan pompuan lain, diaorang pun bercerai lah. Lepas cerai, rezeki dia, dapat keje kat Dubai. Skarang tengah berhoya² hidup ngan tenang di samping duit yang banyak [Hoi … derma sket kat sini]

Jadi … apa saja yang berlaku dalam hidup anda, hadapilah ia dengan senyuman. Cam aku kat opis nih. Setelah berjaya menyabarkan diri dari menetak dan mencincang si Mok² tu, aku akhirnya akan mendapat PC baru setelah 5 taun bekerja dengan penuh dedikasi. Chewah … perlu ke bagi statement dedikasi tu? Even Mok² suka buat keje yang bagi naik darah orang, tapi ngan aku dia slow sket. Takde la macam dedulu. Kalo pandang pun rasa nak ludah jer … itu ler berkat kesabaran

Pandai bagi tazkirah Jumaat yer? 

Nota Kaki Lima

Just in case you want to know :

Weight (up to) AIBA
91+ kg (200+ lb) Super heavyweight
91 kg (200 lb) Heavyweight
81 kg (178 lb) Light heavyweight
75 kg (165 lb) Middleweight
69 kg (152 lb) Welterweight
64 kg (141 lb) Light welterweight
60 kg (132 lb) Lightweight
57 kg (125 lb) Featherweight
54 kg (119 lb) Bantamweight
51 kg (112 lb) Flyweight
48 kg (106 lb) Light flyweight


Thanks to Wikipedia : here

16 July 2009

:: Aku Si Kura² Dalam Perahu ::

*Aku* telah mengetahui Haiwan Berdasarkan Tarikh Lahirnya

*Aku* lahir pada 17 October, haiwan berdasarkan hari lahir anda adalah Kura-kura

Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal

Betul kot … ini dikopipes dari facebook. Sekali sekala melayan facebook pun best gak

Mukabuku,

:: Kocham je ~ It’s Polish ::

मैं उन्हें प्यार करता हूँ ~ It’s Hindi

난 그들을 사랑해 ~ It’s Korean

私は彼らの愛 ~ It’s Japanese

我愛他們 ~ It’s Chinese

אני אוהב אותם ~ It’s Hebrew

Аз ги обичам ~ It’s Bulgarian

Λατρεύω τους ~ It’s Greek

من آنها را دوست ~ It’s Persian

Я люблю их ~ It’s Russian

Волим их ~ It’s Serbian

ฉันรักพวกเขา ~ It’s Thai

Я люблю їх ~ It’s Ukrainian

There are so many ways to say it. It doesn’t matter what language you use, its the matter of saying it to you loved ones ♥

100_1497
“I Love Them” ~ It’s English!

Truly Blessed,

Credits

Thanks to Google Translate for the above translation. You can find it here

New! Create content in other languages in an easy-to-use translation editor.
Start using Google Translator Toolkit

14 July 2009

:: Kroh … Kroh ::

Image482

Awat la nangis

Image481

Haa camtu la

Image479

Cian anak mak

Image480

Me Darth Vader

Pish Posh … Pish Posh …

Hehehe

Malliq aritu kena lung infection. Teruk sangat bunyi nafasnya. Batuk pun takmo reda. Bawak ke 2-3 klinik biasa tak bebaik. Akhirnya bawak ke specialist. Terus baik … lain kali kalo bebudak sakit, bawak je ke specialist. Kalo berulang 2-3 klinik pun tak bebaik … sama je ngan kos sekali belanja kat specialist yang terus baik. Tapi kenapa ek?

Mak musykil,

:: Oz Down Under 2 ::

Aku terlupa nak citer satu kisah kelakar lepas jer kitaorang landing kat Sydney Airport aritu. Oleh kerana ketiga² peserta rombongan Cik Kiah nih tak penah la travel sendiri … kitaorang cam ikut jer la vontot orang. Mana nak amik luggage, mana nak bawa diri kuar dari airport. Memang la kanciong … cuak seih. Aku tak malu nak kata aku cam jakun sket, sebab ater nyer … memang tak penah la pulak aku naik plane

Oleh sebab akak aku lak ada kirim makanan, dalam beg kitaorang nih penuh la segala macam. Ada nasi himpit lah apa lah … so sebagai orang jujur la kan … pegi la nak declare. Sebab masa kat airport tu ada la sign kata kena declare kalo bawak makanan watsoever kan

Tengah kitaorang dok bongok² tak tau mana hala nak pegi tu … mak aku pun kengkonon la nak tanya pak guard kat situ mana nak pegi semua kan? Mak aku pun tanya la pak guard nih …

Hello sir, excuse me” mak aku la kata. Punya la bersopan ayat mak aku

Yer makcik, selamat pagi. Boleh saya bantu?”

Kah kah kah … cuba bayangkan Mat Salleh mata biru rambut blonde, tetiba cakap melayu slanga indonesia kat ko di Ostolia. Kitaorang terkesima kejap … lepas tu mak aku pun bantai la cakap melayu ngan pak guard nih

“Oh … makcik pegi masuk lorong merah di sana”

Hehehe … lepas tu mak aku tetiba dah syok pulak. Asik keje sengih jer manjang. Ye lah … cuak la jugak tak penah pegi buta² travel nih kan. At least 1st impression tu dapat layanan pleasant … kira takde la takut cam nak pie Amerika nun

Bila luggage kitaorang nak kena periksa, entah lah, rezeki kitaorang kot, orang yang patut check beg kitaorang yang seludup banyak gila makanan tu … tak check pun. Hahaha masuk jer dalam tempat scan x-ray tu then lepas jer. Kebetulan lak masa tengah scan bagai tu, tepon aku leh bantai lak berbunyik. Lagu tepon aku masa tu aku letak ~ Perhaps, perhaps, perhaps by Cake. Diaorang kat airport tu leh bantai nyanyi dan joget² to the music. Haru betul … pehtu dia pesan, dah kuar dari tempat scan nih baru on handphone ye … aku iyer kan aje lah. Senyum je la. Nasib baik la tak kena maki ke apa …

- - - Ok sambung citer lepas naik bas pulak - - -

Bila jer bas selamat landing kat Jolimont Centre, ex-abang ipar aku dah sedia menunggu kitaorang. Thanks to Maxis Roaming yang excellent, coverage memang tip-top tapi rate agak mahal sket lah. So, dari Jolimont Centre, kitaorang dibawak la ronda² Canberra. Masa kitaorang sampai tu … pergh! Akak aku lupa nak pesan yang masa tu dah masuk winter. cakap pun mulut nih kuar asap … sejuk nak mampus. Haru betul!

DSCN0111 DSCN0112 DSCN0116

See … all the kelabu asap nyer view? Memang freezing! Masa nih naik Mount Ainslie. Dari sini buleh nampak 360 degree of Canberra. Tapi kitaorang tak nampak apa cuz of the kabus

DSCN0118

Ini la keta yang dibeli kat sana … kalo tak silap 6K kot? Eh long … correct me yar?

P3190144

One for the album under a freezing tree
Me, Mak and Iwan

Lepas Mount Ainslie, kitaorang turun la bawah dan meronda lak pulak sekitar town centre. Naik keta tak pasang air-cond … of course lah sebab sejuk gaban. Bukak la tingkap. I’d noticed something about the air … ianya sangat fresh! Heavenly lah bila sedut napas kat sana … laie satu udaranya saturate ngan bau pokok. Memang sangat nyaman …

P3190151 P3190150

Ini kat depan Australian War Memorial yang letak kat atas bukit dan menghadap Anzac Parade

Lepas dah abih ronda² … balik la ke umah akak aku yang terletak kat Streeton Drive. Very nice neighbourhood. Tak jauh dari town, takde la solok sangat … akhirnya dapat gak rehat menghilangkan kepenatan … Kitaorang ke mana lepas nih? Tunggu je lah …

Masih jetlag,

 

Previous Post :

Info Travel :

Murrays 61 Seat Luxury Coach

Ini ler bas yang kitaorang naik dari Sydney to Canberra. Comfy la jugak

Air Conditioned
Reclining seats with seat belts
Toilet, TV/Video, Air Suspension

Bus & Charter Coach in Sydney, Canberra, Brisbane, Melbourne and Gold Coast

More info visit : http://www.murrays.com.au

:: Fuhh Penatnya ::

Image332

Sila jangan tiru aksi ini

Kerana nak elak buat keje sekolah
Sanggup makan pemadam

Pura² tido

Mengantuk betul,

10 July 2009

* On D Way K *

Singgah Jejantas Air Keroh jap. Malliq bantai membuta. Mak ayah bagus melantak

:: Iklan Free – Placing ::

ads placing

Iklan free korang akan ditepek mengikut giliran cam kat atas. Contoh : Pekedai A orang pertama booking, so akan diletak kat No. 1 lah. Pekedai B orang kedua, so letak la kat No. 2 … of course. Bila tempoh seminggu Pekedai A tamat, otometik Pekedai B nyer banner akan duduk kat No. 1 nyer spot … camtu lah seterusnya. Simple je kan?

Senang je nih,

Update : Iklan Free Spot #1 dah ada pemiliknya! Cepat² sapa nak IKLAN PERCUMA! Masih ada 3 tempat kosong!

:: Sengal ::

Opismet : Weih, aku nak balik awal la. Camner nak cakap aaa?

Aku : Ko cakap je la ko ada hal … mak ko soh amik adik ko kat sekolah ke

Opismet : Takpe², aku soh apak aku SMS aku kengkonon soh balik urgent

Aku : Eh … ko nak tunjuk kat Mok SMS tu ke? Chis … lame la!

Opismet : Mesti la, rancangan jahat kena rancang bebetul. Abih tu aku nak cakap apa?

Aku : Kalo susah sangat ko cakap je getah spender ko putus ngok

*** Dua ekor munyet tengah merah muka menahan gelak sebab Mok² ada dalam opis ***

Opismet : Ko nih buduh ah buat ayat camtu

Aku : Habis tu, susah benau cari alasan

*** Dua ekor munyet takleh tahan laie lalu lari keluar dari opis dan ketawa terbahak² ***

Opismet : Ko jangan masuk selagi aku tak usung beg aku kuar dari bilik nih

Aku : Peduli hapa aku

*** Seko munyet keluar mengusung beg … masih bergelak ketawa dalam diam ***

Apa la malang aku keje ngan munyet seko tu. Nasib … nasib …

Me not munyet,

Nota Kaki Tempang : Perbualan adalah menggunakan gTalk sebab YM dah kena block

:: Fuhh Lega ::

Nampaknya perpindahan rumah ahhpening.blogspot.com adalah mudah. Selalunya, huru-hara hidup aku kalo tukar template. Kali nih, everything went smooth. Alhamdulillah ...

Skarang ada pertambahan ruang iklan PERCUMA dalam blog nih. Ini khas untuk para peniaga yang baru nak bertapak dalam dunia perniagaan nih. Ini projek sukarela sukahati, suka aku la ko peduli hapa aku nak tolong kengkawan. Esok lusa mungkin turn aku lak mintak tolong ngan orang lain kan?

Ok lah ... sesapa yang nak bertanya buleh tinggalkan komen. Kalo segan, buleh ler anto email ikut cara kat sebelah tu yer. Orang tak serius, aku tak layan

Sangat berkobar skarang nih. Korang rasa berkobar jugak tak? Hahaha ...

Lapang dada,

09 July 2009

:: Kegelapan ::

Hahaha … best betul dah tukar cat umah

Amacam? Ok tak?

At least aku mengurangkan penggunaan tenaga kepada 56%. Skrin yang terang benderang memerlukan banyak tenaga … aku nih kira bertukar kepada energy-saver template ah nih …

Keadaan tak berapa nak mengizinkan sangat aku update blog. Nanti² aku sambung …

Ok lah, ada laie nak kena godeh nih. Chalo!

Pueh hati,

03 July 2009

:: (-_-”) ::

Anna Molly ~ Incubus sedang berkumandang di corong speaker. Buat pertama kali dalam sejarah, aku tak tau apa jer aku nak tulis dalam blog aku. I wonder how the OTAI² buleh hidup dengan menulis 7-8 entries per day. Hidup diaorang tentu sangat exciting … perhaps. Kalo kata nak compare ngan hidup aku yang ala² jer nih kan. Not that I hate my life, just ianya sangat ordinary. Sama seperti hidup² orang lain atas muka bumi ini. So, takde beza antara ko dan aku … maka nya kalo tak tulis kat sini pun … tak jadi kudis kata orang
Hari Ahad nih Malliq is gonna be 7 months old! Huhu … cepat betul si bujang tu beso. Diam tak diam je dah pandai merangkak cam lipas kudung. Dia adalah true born sportsman lah aku rasa. Entah bila je dia tetiba pandai merangkak dengan sangat laju. Dan kakinya adalah seperti Michael Phelps sang perenang jagoan itu. Sangat la pantas terkuak² di atas lantai. Aku rasa kalo aku campak dia dalam swimming pool nih … harus complete 1 lap
Projek menyelamatkan buku²an masih berjalan. Ergh! Masih bertimbun dan tak bergerak² laie. Dikala tengah seronok membalut datang pulak segerombolan bebuku baru yang perlu perhatian. Waduh! Skarang buku² baru dok bertenggek jer kat tangga. Semua lalu lalang buat donno jer. Hahaha … terima la nasib yang bakal menimpa mu wahai si buku baru
Opis had been easy peasy these few weeks. Ada 1-2 glitches here and there, but most of the time adalah pleasant. Hey, aku telah berkeputusan untuk sambung kontrak aku for another 2 years. Yups … aku adalah masih takde kecekalan untuk berhenti dan bekerja dari rumah. 1 pencari rezeki masih tidak relevan dalam hidup aku. 2 pencari rezeki adalah masih diperlukan khidmatnya. Tapi … 1 pencari rezeki akan datang … buleh dipertimbangkan. Masih mencari² apakah yang sesuai dengan minat aku. Terlalu banyak menda yang minat … akhirnya hilang fokus lalu crash and burn. Terlampau berfikir pun mengundang bahaya

On a lighter note … aku masih tak percaya Wacko Jacko sudah tiada, Simpati kepada dia yang ada segalanya tapi masih kesunyian. Thank goodness hidup aku dikelilingi dengan kesyukuran. Keluarga yang havoc, kawan² yang baik² [walaupun ada yang tak baik, aku anggap semua orang baik² jer], rumah yang bersepah tapi tetap dihati, anak yang comey dan suka tarik rambut dan bulu badan manusia, suami yang memahami [ehem ehem], keta kecil yang buleh ditransform menjadi speed demon secara paksa memecut sehingga 160 km/j hanya kerana nak pecah rekod dari tol Ayer Keroh ke tol Senawang hanya 25 min saja, makanan yang pada aku sentiasa saja sedap [selera adalah selera buaya!], kesihatan yang alhamdulillah. Apa laie yang aku harapkan? Oh … Jutawan Power Root pun buleh disenaraikan lah. Cita-cita …
Bulan depan dah puasa weih. Aku lom ganti posa laie. Mengandung dan puasa membolehkan nafsu mencari alasan untuk berbuka. End-up aku tinggal posa 10 hari. Cis … sangat motibasi. Minggu depan nak posa dengan gigih. Mari posa yok!
Kawan aku cakap, dia gemuk sebab dia makan durian banyak sangat. Dulu kawan aku nih buleh tahan skerempeng gak lah. Tetiba last year aku jumpa dia, she’d gone up 2.5 times the original size. So aku terkejut lah jugak kan sebab hampir jer sama size dengan aku yang current nih. Betul ke??? Sebabnya musim durian nih aku betul punya melantak durian tak henggat dunia. Skarang aku terasa la yang badan aku nih dah gain few kilos. Pergh bukan few lah … aku rasa banyak giler naik sebab buruk dah aku rasa. Kui kui kui … nampaknya ke tolak tepi je lah offer² manusia murah hati yang ajak aku makan durian tu. Oh … so sad nya
Minggu ini sangat best sebab kerap hujan dan menyejukkan dunia. Incek … adakah kita telah tidak memerlukan air-cond laie? Tapi kalo ada air-cond pun bagus, takde la Malliq asik kena humban tido dalam keta je sebab tak tahan panas. Malliq sangat eksyen tak tahan panas dan perasan dia anak omputih yang tinggal kat negara 4 seasons. Cheh … itu statement benar … dah ramai kata dia anak omputih, menyebabkan aku rasa kecik ati sebab aku tak rupa omputih. Walaupun aku putih … rupa aku hanyalah camnie je …
The Michelin Man, otherwise known as Bibendum
Hahaha … sangat tipu kan? Katanya tadi tak tau apa nak tulis. Skarang dah lain citer. Berjela² lak bebel. Ok lah, time soru dah sampai. Kadang² susah jadi orang yang ada selera baik nih. Patuh betul dengan permintaan. Chis alasan …
Tekak orang sihat,


Credits:
The Michelin Man pix :
here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...