Posts

Showing posts from August, 2010

:: Weekend Yang Enak ::

Image
Nampak gayanya dari hari Khamis sampai ke Ahad saya berbuka puasa di rumah emak. Konon la rindukan dapur rumah sendiri. Hahaha … takpelah, saya telah mengubati kerinduaan kepada dapur rumah dengan memasak di rumah emak. Penutup berbuka puasa di rumah emak untuk minggu ini … agaknya lah. Hahaha Ini puding kastad emak. Sambil tutup mata pun buleh buat. Sebabnya senang sangat … mak saya lah yang kata camtu. Hahaha … memang senang. Dan sangat sedap. Incek Jaque makan lebih kurang 6 mangkuk. Mak saya suka jer menantunya menghabiskan makanan. Senang nak kemas   Pai Tee nih saya yang buat. Seksa betul … sebabnya satu adunan dapat dekat² 50 casings. Bayangkan saya buat 2 adunan … dah la acuannya ada satu saja. Jenuh juga nak menghabiskan. Sampai naik mengantuk. Nasib baik juga tak tertidur kat dapur. Kalau tak, mau muka saya masuk dalam kuali minyak panas Sedapnya … saya memang peminat Pai Tee ni. Kalau pergi TCRS order 4 ketul, 3 ketul saya makan. Incek jaque tak berapa suka … Haha

:: Mera Naam Malliq Rayyan He ::

Image
Hehehe … Pelakon Hindustan sedang makan fries. Oh … ada nugget juga di sudut kiri. Malliq skarang sudah 20 bulan. Kiranya 1 tahun 8 bulan … minggu depan 5 Sept, genap la 21 bulan. Alhamdulillah Malliq sihat sebabnya kalau nak beralih bulan saja mesti demam². Agaknya dah menjangkau lebih 20 bulan dah tough kot? Agaknya lah kan? Tapi apa² pun kami bersyukur sebab Malliq dah sihat sepenuhnya Sekarang nih Malliq dah pandai bercakap. Buleh tahan la untuk kanak² riang yang belum masuk dua tahun. Kadang² heran, mana saja la dia belajar perkataan² ni. Malliq ni satu jer … jangan la ajar menda tak betul, sebab dia sangat cepat belajar. Bahaya kalau ajar menda salah. Itu pasal kami nih sentiasa la kena tengok² budak Malliq ni Perkataan yang Malliq dah tau juga dah banyak. Ada juga ayat 2 perkataan dia dah buleh cakap. Dan juga faham situasi ayat tu digunakan. Contohnya, ada satu hari dia nak makan oren, saya mintak Maksunya tolong potongkan. Sebab Maksunya lambat sangat bertindak, Malliq p

:: Babak Seminggu ::

Image
Hari Khamis saya berbuka di rumah mak saja. Incek Jaque berbuka di sekolah. Ada majlis bacaan Yaasin dan solat terawih. Mulanya nak ikut, tapi nanti Malliq buat rondaan mengejut, saya juga yang kena kejar dia ke sana ke mari … buat penat saja. Tunggu la Malliq besar sket, buleh la consider semula Kami makan macam² tapi yang saya amik gambar beberapa saja. Ini semua kes kelaparan maksima … hilang ingatan terus nak amik gambar     Ini bukan saya masak. Beef lasagna … adik saya yang buat. Spaghetti Meatballs ayah saya yang masak. Saya tukang makan saja. Hehehe … Hari Jumaat pun berbuka di rumah mak. Itu pun sebab saya kena amik Mat Uki, adik saya yang belajar di Politeknik Merlimau. Makanannya pun macam² juga. Ada lamb chop, ada dim sum, ada nasi dan lauk² dan entah apa laie saya tak ingat. Tapi yang saya ingat, makan dim sum dengan banyak saja. Hahaha … gambar takde sebab kamera dah cabut lense. Rehat sekejap Hari Sabtu pulak saya masak Nasi Dagang buat pertama kalinya. Buleh tah

:: Semalam ::

Image
Seperti yang diketahui, semalam kami berbuka puasa kat luar. Kebetulan diapers Malliq dah kehabisan dan juga nak membeli barang umah. Oh ... semalam juga hari gaji. Memula konon nya nak makan crepe yang sedap tu. Lepas tu rasa macam tak kenyang ... Ubah rancangan nak berbuka di Briani Power. Memang salah la kedai tu layan saya semalam. Dah la takde tanda apa² ... ada rostrum di depan pintu (tapi tiada orang) ... kami pun masuk saja lah. Sebab tengok masih lengang lagi. Tak pernah pun masuk kedai ni. Teringin pulak nak cuba ... Kami macam rusa masuk kampung ... tercengang² dibuatnya. Duduk terus kah? Order dulu kah? Sebab baru shopping di Tesco, troli yang sarat tu di letak berhampiran pintu masuk. Kami nak duduk di satu meja. Waktu berbuka tinggal 20 minit saja. Sedang elok la ni. Tiba² datang pekerja kedai ... 'Sini dah penuh ek'   Itu jer dia cakap ... Walaupun bukan menghalau tapi terasa juga sebab kami tercangak² dalam kedai hampir 5 minit, tiada satu pekerja pun datang

:: Dijamin Sedap ::

Image
Taun lepas punya projek [ klik sini kalau tak ingat ] … baik nak jahit sendiri baju raya mahupun menjual kuih raya … semuanya tak jadi. Taun nih Insya Allah, saya sudah bersedia menerima tempahan Taun nih buat ada 4 jenis kuih sahaja. Bukan apa, si Malliq belum paham yang maknya buat kuih bebanyak tapi dia takleh makan. Hehehe … dia adalah peminat kuih makmur. Pepagi buta melantak 2 bijik. Malliq kalo menda tak sedap dia tak telan. So, ini ditelan sampai 2 biji … approved lah tu sedapnya Bagi yang berminat nak order, sila la email ke >>> jaquedira@gmail.com <<< Tempahan terakhir ialah sebelum atau pada 25 Ogos 2010 . Yang serius mau order sahaja yer Selamat mengoder !

:: Berbuka Di Luar ::

Image
Hari Isnin   - Beruang Hill Resort (RM19.90 Adult)   - Makanan sedap² walaupun sempoi jer. Menu yang ada masa kitaorang pie makan ialah : Nasi Ayam (sedap), Ayam Pop Bermadu (sedap sedap), Ikan Tenggiri Sambal (biasa), Tauhu Japanese Style (biasa), Bubur Lambuk (sedap), Mee Kari (sedap sedap), Ikan Bakar Kuah Asam (sedap sedap), Ayam Percik (sedap sedap sedap), Kuih Muih (biasa), Telur Masak Lemak (sedap), Sayur Sawi dan Cendawan (sedap sedap) ... ada laie memacam tapi saya tulis yang saya rasa worth to mention sahaja   - Tempat yang best untuk bersantai sebab tak ramai orang. Yang ada pun cuma 3 group jer. Hahaha group saya la paling kecik - 3 orang saja. Jumlah orang yang datang ada lah kot dalam 25 orang. Best kan? [Kes tempat nih orang tak tau sebab dulu apartment yang disewa oleh kilang Jepun] - ♥♥♥♥1/2 untuk semuanya. Rasa macam nak pie sana laie   Hari Selasa   - The Chicken Rice Shop (TCRS) : Jusco Bandaraya   - Sebabkan sekarang makin lama makin malas

:: Gambar Sahaja ::

Image
Oho … malasnya saya mau taip banyak². Ini mee arang bersama kuah kacang. Ekceli, kuah kacang nie ialah kuah kacang ekspress yang dibuat dengan … cuba teka ?! Bukan pakai kacang tanah goreng tapi guna PEANUT BUTTER ! Sedap tau … ini faveret Incek Jaque dan Malliq. Macam mana nak buat kuah kacang guna peanut butter nanti saya letak dalam post lain yer … Ok, Selamat Berbuka Puasa semua !

:: Hari Lapan ::

Image
Iftar hari ke-8 buat pizza pakai french loaf saja. Saya adalah malas mau mereka² doh. Bila makan panas², roti tu rangup di luar, lembut di dalam. Memang sedap kitaorang makan semalam sampai tak sedar 15 minit kendian semuanya licin. Mana tak, Malliq pun sama belasah … layan kan je lah Buatnya mudah sangat. Sesuai dengan orang yang malas atau mengejar masa dan tak cukup masa. Tengok gambar pun dah paham kan? Jadinya tak payah la saya eksplain pepanjang. Bulan puasa nih tak rajin sungguh nak menaip. Nasib baik ada gambar² yang menarik Yang 4 segi tu Tuna + Pineapple + Olives. Yang oval² tu Chicken Sausages + Pineapple + Olives. Yang takde topping cuma letak tomato puree dan garlic butter – jadilah Garlic Bread ala Rumba. Topping tuna tak letak garlic butter sebab nanti semua base rasa sama jer. So, tukar sket … ada variety. Pizza My Heart pulak ialah tajuk movie yang selalu main kat 701 Hallmark Channel. Ceritanya sweet jer, pasal 2 family yang jual pizza, bergaduh pizza sapa

:: Semoga Terliur ::

Image
Seperti yang dijanjikan … Gambar makanan yang penuh semeja Merangkak ooo lepas makan … cukup la sket jer gambar saya letak. Karang ada yang terbatal plak puasa. Hehehe

:: Baru Ingat ::

Image
Ini yang dimakan pada hari Isnin. Itu saja laporan saya !

:: Keempat Hingga Ketujuh ::

Image
Salam Ramadhan Ke-8 kepada semua Jumaat lepas kitaorang buka posa kat Senawang. Rumah abang Incek Jaque. Kalau datang sini kadang² rasa segan jugak, sebab diaorang suka serve makanan yang sangat banyak. Al-maklum lah yang kitaorang nih memang kaki makan. Jadinya menu pada hari itu adalah ... [bayangkan betapa banyaknya sampai kena buat list !] 1 - Chilli Crab                        4 - Raspberry Tiramisu                   7 - Nasi Putih 2 - Butter Prawn                    5 - Sayur Campur                          8 - Air Teh 'O' 3 - Chicken Pie                      6 - Ikan Kerisi Goreng Lapan weih ! Semua buat sendiri pulak tu ... Gambar ada tapi masih dalam kamera ... Nanti upload Gigih betul Kakak Beras saya memasak. Kitaorang dari Melaka pukul 5.30 pm. Masa tu tengah hujan-kaw-kaw-lebat-ribut-taufan-puting-beliung. Kelabu asap jugak la mata nih nak drive dalam hujan. Slow-mo jer bawak keta. Sesampai Senawang dah nak dekat kol

:: Tetamu Subuh ::

Image
Alhamdulillah, sekejap je dah sampai Ramadhan ke-3. Syukur juga masih diberikan kesempatan untuk merasai nikmat dariNya hingga ke hari ini Hari ini hari Jumaat. Kami sekeluarga menerima tetamu sebaik sahaja azan subuh berakhir. Tetamu itu memang kami tak sangka. Terperanjat besar kami bertiga pagi tadi. Ada petanda kah? Wallahualam … sesungguhnya Allah lebih mengetahui Kisah Tetamu Subuh Lepas sahur … saya tak buleh tido. Tak reti nak tido melainkan mata memang tak larat nak bukak. Jadinya saya melayan la FB sementara azan Subuh. Tengah meleka layan FB tiba-tiba terdengar SUARA . Kuat sangat SUARA tu sampai saya termenjerit panggil Incek Jaque yang sambung tido Saya : Bangun la, SUARA tu kat dalam ke? Incek Jaque : Itu kat luar la … takpe biarkan je Saya : Kuat sangat SUARA tu … [panik & risau] Incek Jaque : Dekat pintu kot … takde pepe lah Jadinya saya biarkan lah saja SUARA itu senyap sendiri. Saya menyelesaikan apa yang patut dan Malliq pun dah ba

:: Kedua dan Ketiga ::

Image
Berbuka puasa semalam adalah seperti di atas. Dari hadapan : Kurma percuma dari Incek Char Kuay Teow Melawati seperti yang ada di belakang itu. Di dalam kotak ialah Kurma Sunsweet. Di tengah² piramid rata muffin labu dan di dalam polisterin ialah nasi + gulai + puyuh goreng rempah. Air minum Teh ‘O’ Strawberi panas. Oh … Laici Lemon yang tiada dalam gambar … Char Kuay Teow tu buleh tahan sedap walaupun masa beli tu Si Tukang Masak  gelabah² macam baru hari pertama berniaga. Harga $4, ada 2 ketul udang sederhana besar. Portion yang cukup banyak … penuh sampai melimpah polisterin … Siap dapat kurma free. Tapi takleh nak makan kerana sudah berlapuk. Takpelah saya maafkan sebab awak tak tau … kot   Hehehe … hari pertama takde, kedua takde … tetiba ada sahur ketiga plak. Hari pertama sahur makan GCB Mekdi jer. Itu pun 1 GCB makan berdua [kes tak larat nak bangun sebab lewat sampai dari KLIA]. Hari kedua sahur makan megi goreng saja … kes apa laie … kes tak kosa la. Tapi masuk hari ke

:: Klik-klik #2

Image
Malliq boleh dikatakan kanak-kanak Hyper ! Nak suruh dia duduk diam selama 5 saat adalah perkara mustahil. Mission Impossible kut? Diam ketika tidur sahaja. Itu pun siap kaki tangan melayang sepak terajang Mak dan Ayah nya. Makan pun kalau dalam baby chair dia tu, kejap saja … lepas tu nak terjun keluar. Tapi … Malliq sangat cepat belajar. 5 minit sahaja dia dah buleh capture apa yang kita ajarkan. Alhamdulillah … Kata orang, budak bijak memang tak buleh duduk diam, sebab otaknya ligat berfikir. Betul juga kan? Kalau anak kita lemau jer … laie la kita susah hati. Ok lah Malliq, dunia nie luas … sila la explore – dengan berhati² ya ! Mak dan ayah akan bertahan la ngan keHYPERan awak tu. Maaf jika terserempak dengan saya yang tengah serabut menahan karenah budak kecik yang curious ini

:: Berbuka Puasa Pertama ::

Image
Hoya Hoya ! Ramainya orang … ini keluarga sahaja. Mak, ayah, menantu, cucu … meriah tu. Itu pun ada yang tak masuk dalam gambo … saya, Incek Jaque dan Malliq … tengah sebok memanjat sofa nak amik gambo dari langit … konon ! Dan juga 2 ketul makhluk yang takde di Melaka … Kaklong dan Andak Kisahnya, hari berbuka puasa pertama di buat di rumah abang saya – Abang Ngah. Menunya ialah Laksa Johor ! Hoya Hoya ! Pencinta makanan … sebut apa pun semua sedap. Slurp slurp makan tak hengat donia. Tapi … gambar laksa saya lupa nak tangkap, laju sangat laksa tu lari masuk perut saya … memang tak sempat nak tangkap Bahan² yang nak dimakan bersama spaghetti. Kuah laksa ngan timun pun terlupa nak tangkap. Lapar punya pasal. Laksa Johor memang renyah nak buat … tapi saya memang sangat suka Laksa Johor. Saya kan cucu orang Johor. Lahir, dibesarkan dan tinggal saja di Melaka. Salasilah keluarga takde pun dari Melaka. Sedap tau laksa ni … Kakak Ipar saya memang rajin. Kalau saya yang malas nih, e

:: Tiba Jua ::

Image
Ramadan yang mulia kini tiba laie Aku nak ucapkan   Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak Semoga kita mendapat ganjaran dari-Nya   Jangan gelojoh berbuka puasa nanti yer Kalau buleh kurangkan la pie PaRam ...   ¬ Takde idea nak karang apa ... tengah sakit gigi ¬  

:: Soto ? ::

Image
Bukan la nak kata aku nih pandai sangat bab masak² nih, tapi kalo makan asik sedut sohoon jer lebih dari nasi himpit ... camner tu? Dah ler sohoon segunung diletak dalam mangkuk ... nasi himpit ada la 3 ketul cinonet jer. Sebab sohoon yang banyak tu semua goreng ... jadinya kuah soto berlanar² ngan minyak ... Sakit hati betul makan. Ker memang soto camnie? Penah tak korang makan soto penuh ngan sohoon jer semata? Haih ... nak marah takleh, telan je lah ... dah bayo 4 hengget pun

:: Thank You Note ::

Image
Kepada Incek Jaque Terima kasih kerana membelikan saya sebijik kamera Walaupun hari saya dilahirkan ... lambat laie Terima kasih ! Picnik Editing 1 - Orton-ish : Jadikan hitam bertambah² hitam ... terutama untuk background 2 - Cross Process : Tint kan gambar sket ... bagi feel 70's camtu ... tatau nak explain lah

:: Klik-klik #1 ::

Image
Ini sesi mengetest kamera baru ... gambar tak berapa nak lawa kot. Maklumlah, aku nih newbie jer. Hal² berkaitan shutter speed ka, aperture ke hapa ... memang sumpah la tatau pepe. Tapi ! Semangat nak belajar tu tetap ado weih ... nanti ler aku google sket² So ... ini la hasil tembakan tak berapa nak tepat aku …     Hehehe ... rubber chicken yang sangat annoying bunyi nya. At the same time sangat comel. Itu jer subjek yang menarik depan mata. Oh ya ... gambar² nih di edit menggunakan software picnik . Yang aku edit pun takde banyak. 1st pic - jadikan collage dan letak watermark. 2nd pic - soft focus & watermark. 3rd pic - letak watermark sahaja. Kalo PC korang takde editing software untuk gambar ... buleh guna picnik untuk edit. Senang sangat dan korang leh edit gambar kat memana sebab ianya secara online Ini ada contoh gambar sebelum dan selepas di edit Nampak tak bezanya? Mana laie best pada pandangan mata korang?