Posts

Showing posts from April, 2010

:: Makan Arang ::

Image
Penat tau cari arang nih. Dah lama aku cari … ada la kot dalam 3-4 bulan. Bukan arang BBQ tu pun … Mee Arang! Huhuhu … sapa yang kenal aku, very close to me@my family … derang dah sedia maklum ngan aku yang sangat adventurous dalam hal makan² nie Asalkan halal dan buleh dimakan, semua aku try. Life is too short to pass away good food ! Culinary culture yang pelbagai, membuatkan aku sangat teruja nak explore. No wonder lah Malliq pun mengikut perangai aku Kisahnya, aku baca blog Si Boo_Licous pasal mee arang nih. Tengok macam sedap jer. Tu yang dok berposak mencari seluruh Melaka. Pueh la merayap masuk kedai sana-sini … hampeh. Until recently, Aeon Bandaraya ada buat Health Week Expo dan kebetulan CFO pun ada. Dan Mee Arang ni pun ada. Terus aku kebas sepeket … test dulu rasa dia camner. Kang takleh telan, rugi la plak … dah ler sepeket RM8.90. Takpe takpe … Mak Malliq nih kan orang kaya. Amin ! Dah nama pun arang … harus la hitam kan? Nak tiru resepi Boo_Licous … labu pla

:: Gugurnya Air Mata Seorang Ibu ::

Innalillah ... itu saja perkataan yang mampu aku luahkan ketika itu   'Mun ... anak akak dah takde Mun'   Tiba² air mata seorang ibu berguguran ... ya, aku lah ibu yang menangis itu   Kak Zaidah ... seorang kawan, juga seorang ibu kepada 3 cahaymata ... kini 2. Anak sulung di Tingkatan 1, anak kedua di Darjah 6. Anak ketiga ... 6 bulan, lelaki tunggal, telah dijemput Illahi pada jam 12 lebih pagi tadi ketika Jumaat baru menjelma. Takdir tuhan ... tiada sapa yang dapat menghalang. Sekuat mana kasih dan sayang ibu ... Allah lebih menyayanginya. Bila sekujur tubuh kecil yang siap dikapankan keluar dibawa menemui ibunya ... air mata ku jatuh lagi. Hancur hati melihatnya ... apatah lagi perasaan ibu yang mengandungkan bayi comel itu   Dulu, pernah juga aku ziarah kawan aku yang anaknya meninggal di dalam perut. Lelaki juga ... sudah cukup matang untuk melihat dunia, tapi rezekinya sampai di situ sahaja. Nyawanya di ambil semasa dalam kandungan ibunya lagi. Tapi masa tu, ak

:: What's For Lunch Today? ::

Image
Fortunately I had Pandan Wrapped Chicken's Head !   Mendapat kepala ayam ketika perut sedang galak menyanyikan lagu 'Keroncong Kebulur Untuk Ana (aku)' adalah sesuatu yang sangat HORROR ok ... sangat !   Semua orang yang tengah makan ayam pandan kat meja aku serta-merta secara otomatik meletak ayam tu kat sudut paling jauh dalam pinggan memasing ... Aku cakap makan je lah ... aku punya ayam jer kepala ayam ... korang maybe dapat kepak, dada, peha ... kan sedap tu   Tapi ... malang sungguh kepada kakak² yang duduk sebelah aku. Cer korang bayangkan ... semasa ko sedang mencucuk ayam pandan yang sebatu jauh buleh bau kesedapannya ... tetiba masa ko cucuk ayam tu buleh plak keluar cam puss (nanah) ... Aku ingat ayam yang aku dapat tu ayam basi dan busuk dan mengeluarkan ulat ... rupanya aku tercucuk mata ayam - hence the puss gushing out off the socket ... sambil disaksikan oleh kakak² yang duduk di kiri dan kanan aku   Panggil caterer ... dia leh bantai gelak jer.

:: Nak Tanya ::

Cuba korang baca ayat kat bawah ni : - - - Pihak jabatan masih tidak mengambil tindakan terhadap monyet, kera dan babi hutan yang sentiasa mengancam usaha-usaha pertanian penduduk kampung ini bagi menjayakan projek Bumi Hijau - - - Ayat tu aku amik dari minit mesyuarat. Dahsyat tol ayat diaorang nih guna buat minit mesyuarat. Betul ke ayat kat atas tu? Macam mana pihak jabatan nak ambil tindakan terhadap haiwan? Diaorang bukan tahu undang² pun ... Pendapat aku >>> Pihak jabatan masih tidak mengambil tindakan terhadap MASALAH monyet, kera dan babi hutan ( ... ) Naik biol aku menaip balik bangkitan minit mesyuarat nih ! ! !
Image
We're here!
Image
Hujan lebat yang amat di Kinrara
Image
Picnic kat mana?

Tatau laie cuz kami nak ke sini!

Jumpa korang kat sana!
Image
Sambal telur, sayur kangkung, drummet ayamas dan nasi panas

Kami nak berpiknik! Jauh ni nak pegi piknik. Jom jom ...
Image
Tako balls fevret Malliq. Makan tak toleh kiri kanan dah
Image
Happy Earth Day! Arinih aku tolong tanam 26 juta batang pokok sempena menghijaukan bumi

:: Free Suntik Vaksin H1N1 ::

Semalam kat opis, Kem. Kesihatan offer Suntikan Percuma Vaksin H1N1 for 100 orang pertama jer. Dengan hegeh² suma mengoffer diri nak kena suntik. Soalan pertama of course lah tanya efek kena injek nih kan ... orang sepital punya jawapan standard 'takde apa lah' ... 'sakit sikit lah' ... dan memacam janji manis So ... lepas dah kena cucuk, aku naik opis balik. Rasa cam nak muntah pun ada. Then tangan aku sampai LAAAAA nih sakit dowh ... tensi betul. Malam tadi nak tido pun takleh ... mintak Incek Jaqued amik ice, bungkus ngan towel then letak kat tempat cucuk tu ... baru leh tido Ada orang kata vaksin nih cuma projek LAB RAT jer. ada kata toksah amik. memacam versi ada ... WTH lah kan, dah free tu kebas je lah. Kalo kat sepital pun kena 90 or private ... 120++ Rata² yang kena suntik suma tengah kesakitan lengan. Salah cucuk ke hapa tatau aaa. Memang sengal gila tangan ko. Rata² sakit² badan nak demam. Cam budak kena cucuk masa baby la kiranya Yang penting ... bos aku pan
Image
"Mak, amik la gamba pusat Malliq pulak" ... Ini budak sudah pandai mau demand2 skarang ... Nasib baik baru sorang, kalo dah dua tiga, tak kosa mak layan

§ Aku Mahu Saiz M §

Image
Kerana pompuan ini lah aku mahu diet ... Mahu kurus 

Ekceli tadi aku dah type panjang berjela, ntah pesal tepon aku ni bengong terdelete semua

Haiyo! Skarang dah takde idea mau type balik


:: Luncheon Talk ::

Image
Live update dari Auditorium
Image
Apa punya style tido la

:: Hadiah Kejam Untuk Pengantin ::

Image
Kalo korang sebagai pengantin dapat hadiah camnie … apa perasaan yer? Happened to be, hadiah nih aku yang bagi kat pengantin tu. Pengantin nyer ialah opismate aku. Buleh dikatakan rapat juga lah. Aku sengaja cari hadiah jam loceng dengan alarm yang sangat annoying! Opismate aku nih ada masalah nak bangun awal. Skarang, lepas kawen plak kena dok umah mertua kat Jasin which is quite far lah nak sampai opis compared ngan umah parents dia yang 15 menet jer dari opis. Dekat pun selalu lambat … apatah laie dok jauh Masa hari langsung kat umah dia, aku sengaja set alarm kol 6 PM. Kah kah kah … bunyik alarm yang sangat kuat telah berjaya memekak. Dah ler kotak hadiah tu aku saja selotape keliling bagi susah nak matikan alarm. Dengar citer kawan aku kata, mak dia campak jer kotak hadiah aku dalam stor sebab bising gila Anyway … Congrats to both Koyok & Ledia. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat korang. Here’s a picture of the newly weds … curi dari FB bini nyer … mintak halal y

:: Now They Block Everything On The Internet ::

Akhirnya terjadi jugak perkara yang paling kita semua tak suka. FB kat ofis dah officially kena BLOCK! Same goes with blogger. Sebagai alasan content - Social Networking Senang² takyah ler ada internet kat opis nih. Biau INTRANET jer. Itu pun nak check e-mail opis. Nampaknya makin kaya la operator talian tepon. Berukband dan WiFi musti jadi barang hangat lepas nih. Esok aku kena cari tepon yang leh berFB dan berBlog lah jawabnya Haih ... duit laie. Nasib baik aku kaya. Hahahaha * Dipost dari igoogle - - - Nasib baik ler Google hebat!

:: Warkah Untuk Anak ::

Image
Kehadapan anakanda yang dikasihi Malliq Rayyan, Sudah 3 hari anakanda tidak mahu makan nasi atau bubur yang selalu bonda dan ayahanda berikan pada anakanda. Badan anakanda pun bonda lihat sudah semakin kudut. Main pun sudah tidak seaktif dulu. Makin hari makin susut tubuh anakanda. Bonda dan ayahanda teringat keletah anakanda yang pantang nampak nasi. Terutamanya nasi himpit dengan kuah sup. Sekarang nak makan pun kena paksa. Bonda tak suka nak memaksa ... apatah lagi paksa makan. Rupanya tekak anakanda tekak AFC. Nasi bersama Shark's Fin Soup ... habis semangkuk anakanda makan. Tako Ball ... 2 biji anakanda bedal. Takpelah bonda tak dapat makan. Rasa sikit pun bonda puas hati tengok anakanda makan dengan penuh selera. Lepas nih, bonda rasa bonda kena masak macam dalam rancangan AFC. Memang dari dalam perut anakanda suka rancangan AFC. Tak kisah lah anakanda nak makan apa pun. Bonda dan ayahanda akan usahakan asalkan anakanda nak makan dan membesar dengan sihat. Semoga anak

:: Setaun Pat Bulan ::

Image
Saya dah setaun pat bulan Saya masih menghisap puting jenama MAM yang ke berapa saya tak ingat Saya suka towel kecik yang disambung ngan puting saya ngan tali Skarang saya suka membebel … mak saya paham apa saya cakap (pandai kan mak saya?) Saya suka makan nasik … saya tak suka makan selain nasi atau bubur nasi. Mak saya kata perut saya perut melayu … tapi dah besar nanti saya nak makan semua macam mak dan ayah saya yang suka makan Saya suka ikan dan sayur²an terutamanya sayur bayam Saya sangat suka makan buah terutamanya LEMON! Oh … limau kasturi pun saya suka Berat saya skarang ialah 12kg … tinggi saya ialah 86cm Saya sangat suka berjalan … saya tak pandai duduk diam sahaja Saya sangat suka baca  buku yang mak dan ayah belikan Saya suka tido menonggeng … rasa sangat selesa Saya suka tolong mak ‘kemas’ rumah … kesian mak saya penat

:: Pat Taun Suda ::

Image
Kejap jer masa berlalu … Pat Taun Suda (Empat Tahun Sudah) Hehehe anak pun dah ada sorang. Alhamdulillah kerana jodoh kami masih ada Semoga ianya berkekalan hingga akhir hayat Kakaka … ini cerita basi sebenaunyer. Anniversary kitaorang ekceli pada 25th March aritu. Takde pepe yang special pun. Seperti biasa, kitaorang yang kaki makan nih … well – pegi makan² je lah of coz. Ini pun dah kira best sangat bila dapat spend time ngan family yang kecik ini Layan jer gambo kitaorang makan² ni yer :: The Anniversary Cake :: :: The Celebrated Couple :: :: The Happy Kiddo::   :: The Awsome Foodies :: Tempat makan kitaorang yang biasa² nih … celebrate kat SR jer. Takde la grand mana pun kan. Incek Jaque makan Laksa Sarawak [kat SR laie sedap dari LS]. Aku makan Noodle Tomyam Soup. Malliq kenit makan FNC. Selalu bajet makan hanya 2 orang … skarang perbelanjaan makan dah meningkat kepada 3 orang. Huhuhu … semoga rezeki kami anak-beranak melimpah ruah hendaknya … Am

:: Penderaan Fizikal ::

Image
Skarang nih kecoh sana-sini pasal budak kena dera. Baby kena buang … ada yang mati, ada jugak yang sempat diselematkan. Kesian sangat kan tengok baby ngan bebudak kecil yang orang kata tak tau apa tu jadi mangsa orang tua yang berakal dan sepatutnya tau la apa² yang patut Tapi kalo orang tua kena dera ngan bebudak yang tak tau pepe tu … camner ek? Tak penah korang dengar ek? Banyak sebenarnya … cuma orang tua nih kalo bebudak yang tatau pepe tu buat, biasanya diaorang let go jer … maklumlah budak tak berakal Tapi nih aku nak tunjuk bukti kes DT3215/A-08(MR) : Kes Anak Dera Mak Ini ler apa yang terjadi bila budak kecik yang tak berakal dibiarkan. Tetau jer kaki ko berlobang kena gigit. Kalo tak pikir anak sendiri memang dah lumat ler aku tenyeh. Kalo bukan anak sendiri pun takde la aku sampai tahap mendera. Pepaling koman pun kena marah ngan aku la. Sebagai orang tua yang berhati mulia … aku ampunkan jer lah Nama pun anak … Sabo je lah …. Anakku Rupanya Vampire,

:: Quickie ::

Image
Ahh ... lamanya tak update. Sangat sebok ngan menda tah pepe. Rumah dah kena serang taufan. Tonggang langgang toksah ler citer. Opis haru biru ... laie ler toksah citer. Apa² pun skarang semuanya akan kembali tenang dan normal dan ceria kembali ... hopefully Aku ada jer kat sini ... membaca jer posting² korang di alam maya tu. Cuma aku jer berdiam diri. Banyak menda yang menghalang aku dari mengupda te ... factor pertama ialah FB sudah jadi priority #1 then ... camera dah tak best ... pehtu takde mood Sesungguhnya takde sapa pun peduli kalo aku tak bagi explainations pun kan? Tetiba terasa cam nak bagi pantun : Ramai orang memandang rupa Hati yang baik dilupa jangan Update blog tidak dilupa Cuma masa menjadi halangan Ntah pepe je lah pantun aku nih kan?

:: Freedom of Speech ::

Image
Kalo semua dikontrol ... mana mau datang freedom nya? Tiada privasi Pics from here