24 November 2009

:: Kertas Terbang ::

IMG_0071 (3) Tolonglah angin bawa layang kertasku

IMG_0039 (4)Kepadanya supaya ternyata jelas

IMG_0065 (4)IMG_0066 (4) Isi hatiku yang sebenar-benar ikhlas

IMG_0075 (3) Dengan cintaku hanya dia satu [dua]

Maafkan aku
Andainya warkahku mengganggumu
Di awal pagi ini gadisku

Ku tak berdaya
Menahan rinduku lebih lama
Ku harap dapatlah sekiranya
Ku kau terima

IMG_0076 (3) Tolonglah kawan aku ingin tidur lena

IMG_0059 (4) Layan bermimpi bukan jadi orang gila

IMG_0027 (4) Terus meracau dirasuki rindu dia

IMG_0077 (2) Ayam berkokok baru nak mengantuk

Maafkan aku
Andainya warkahku mengganggumu
Di awal pagi ini gadisku

Ku tak berdaya
Menahan rinduku lebih lama
Ku harap dapatlah sekiranya
Ku kau terima

IMG_0083 (3) IMG_0086 (3) IMG_0085 (3)

 

 

 

 

Kau di sisi gantikan bantal gulingku

IMG_0068 (4) IMG_0081 (3) IMG_0074 (2)

 

 

 

 

Kau di sisi temankan ku sepanjang malam

IMG_0046 (4) IMG_0078 (3) IMG_0052 (4)

 

 

 

 

Kau di sisi bisikan suci cintamu

IMG_0053 (4) IMG_0070 (4) IMG_0062 (3)

 

 

 

 

Kau di sisi pabila api kamarku padam

Credits:
Exist : Kapal Terbang Kertas
Event : Pesta Layang²
Venue : Bandar Hilir … sebelah Eye On Malaysia
Organizer : Roger’s Kites Shop

IMG_0040 (4)

And last but least … one for the album

IMG_0044 (4)

21 November 2009

:: Gatal Otak [3] ::

Nampak nya dah 2 hari menjawab teka-teki yer
D
ah alang² tu teruskan je lah sampai hari ke 3 yer

#5
Boleh terbang bukannya burung,
Tempat jauh tidak terasa,
Bunyi kuat berdengung-dengung,
Gagah membelah ruang angkasa.

#6
Apa benda tersangkut di dinding,
Berwarna hitam seperti gagak,
Kalau tiada si ibu pening,
Apa bendanya cuba lah agak.

Haa … kusut ek?

20 November 2009

:: Gatal Otak [2] ::

Kali nih aku bagi yang menggigit kuku nyer ek …
Kalo korang leh jawab nih memang korang pandai ah!

#3
Ada nyawa kakinya empat,
Pelbagai warna bergigi rapat,
Bila ada tikus tak dekat,
Jika anjing ia melompat.

#4
Apa dia bertangan dua,
Diguna orang setiap masa,
Pabila mati dipulas telinga,
Maka hiduplah seperti biasa.

Haa … pening tak nak jawab?

19 November 2009

:: Aku Bini Ceti ::

Cerita hari nih takde gambo. Nama nyer pun tak sempat nak amik gambo. Macam aku cakap dalam pesbuk aku la … tadi petang aku dok follo Incek Jaque jadi ceti. Mengutip hutang bebudak sekolah yang tak bayo yuran. Esok last day sekolah pun ada laie yang tak bayo yuran … pening²

Misi terjah ke rumah bebudak nih dimulakan pada jam 6.30 petang. Hahaha … dah Incek Jaque pun balik dari sekolah tadi lambat. Balik umah gedebak-gedebuk, update blog jap, bagi makan ikan kat Happy Aquarium, bagi makan kat Cafe World … baru ler kuar dari umah

Hazab sengsara cari umah bebudak nih. Dah ler alamat seringkas tidak … masuk ler aku ngan Incek Jaque ke ceruk umah² kat dalam Bandar Hilir tu. OMG … umah zaman bukit kepong pun ada laie ko. Aku adalah sangat culture shocked! Ingatkan dah takde umah² camtu, bila terpandang jer scenery tadi aku jadi speechless. Kagum kot ngan umah² lama yang masih cantik laie. Ok lah, lain kali aku merayau laie dan amik gambo untuk korang tengok ek

Punya lah sesat barat cari 1st house nih. Rupanya tepi jalan besar je, tapi dah masuk ke belakang kedai. Pergh … memang ler aku tak penah tau ada rumah kat tempat² camtu. Kira tadi cam main treasure hunt lah. Berkelirat … nasib baik ler jumpa. Kebetulan pulak bapak budak tu ada … terus dia bayo. Aku takut ada parents takmo bayo pehtu ajak gado sama laki gue jer. Nasib baik ok jer. Ada pun duit nak bayo yuran … awat ko tak bayo awal² pokcik oii? Selamba jer dia bagi laki aku $95. Banyak tu, tapi leh hulur gitu jer … ingatkan liat sangat takmo bayo yuran cuz takde duit. Tengok umah dia pun tadi cantik jer. Umah batu, besar laie … ingatkan orang mesken ke

Umah kedua pun sama jugak. Yang nih takde ler sesat cam tadi cuma terlepas simpang sebab nak masuk ke taman tu takde lampu. Kes yang sama, keluarga yang berkemampuan, tapi ini kesnya anak takmo bercakap ngan parents. So parents ingatkan dah bayo yuran. Again … selamba jer hulur $95. Heran aku, duit ada pun susah tol nak bayokan anak nyer yuran sekolah

Sebagai balasan meneman ceti kutip hutang

IMG_0171 (2)Ini bayar sendiri yer bukan pakai duit yuran

Skarang … semua dah terbongkang. Aku jer yang masih steady rilek² mengupdate blog. Hehehe … nasib baik semangat belum ilang

:: Gatal Otak [1] ::

Hari ini … mari kita main teka-teki
Sapa jawab betul takde hadiah yer … sekadar sukaria

#1
Dalam ladang ada kebun,
Dalam kebun ada cili,
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi.

#2
Berbelit-belit seperti belut,
Boleh lalu tak boleh jalan,
Ekor di gunung, mulut di laut,
Di dalam perut terdapat ikan.

Haa apa laie … sila la teka

:: Ringkas Saja (Updated) ::

Pengenalan EcoGym [Body Contour Gym : German Technology] dan produk kesihatan dari Jiwa Realiti Sdn. Bhd.

Tempat : RS Park Hotel, Jalan PM 9, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka
Tarikh : 20 November 2009 [Jumaat]
Masa : 8.30 malam

Highlights : Penerangan secara detail mengenai EcoGym dan bagaimana pembelian pakej voucer EcoGym bernilai RM2000 sahaja membolehkan anda menjana pendapat sebanyak RM10,000 sebulan. Penerangan akan disampaikan oleh Presiden Jiwa Realiti iaitu Dato' Eric Yap dan beliau bersedia untuk menjawab segala persoalan



BERITA TERKINI : YM Tengku Dato’ Sri Kamarul Zaman Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Tengku Intan (Chairman Jiwa) akan turut bersama pada malam tersebut. Jangan lepaskan peluang untuk bersama dengan orang No. 1 Jiwa



Untuk pertanyaan : 012 - 6225609 [Nie aku nyer nombor la ~ Panggil Seno je]

17 November 2009

:: Ok Passed! ::

Percubaan mengepos entry mengguna WLW dan template baru

IMG_0107 (2)Malliq kata “Ok la nie Mak”
Alrite then … beta berpuas hati
Kata sultan mangkat di jdulang itu

:: Sangkut La Plak ::

Ok ... so far so good ... ini ler cat umah yang aku pakai skarang. Terang benderang merahnyer ... ceria sket ek? Tapi lelain menatang aku nak update takleh plak nak update. Blogroll ilang, top post ilang ... counter pun takleh nak upload. Server problem la plak ... takpelah, balik umah aku sambung betulkan balik semula

Happy blogging again to me!

:: Sekejap Yer ::

Sorry yer ... kalo ada yang masuk tu kejap umah nih bertukar² rupa ... tengah renovate! Hehehe ... keep coming back. Aku nak start blogging balik ... so kena cari rupa baru kasi semangat baru datang. Hahaha ... ok guys

16 November 2009

:: Baby Gone Wild ::

Malliq Rayyan’s First Encounter With Mother Nature … that’s why he’s in his birthday suite!

IMG_0159 (2) edited

Unplanned trip last Sunday to the Asahan Waterfall. This used to be a water dam but since Melaka’s water dam had been shifted to Durian Tunggal … this river was abandoned. Lots of flies, I don’t know why. Malliq is having his McD porridge breakfast whilst his feet ‘geli²’ to touch the water

If you want to bring your family for picnic … this is not a suitable place coz no facilities available at hand. No toilets, no dustbins – just you, the river and lots of big stones I tell ya. Pretty scary if you tend to be a clumsy person. The road is very slippery. I had almost tumble twice while carrying Malliq

But, escaping from the ‘hiruk-pikuk’ of your life seems worth … even just for a mere 20 minutes there. Yups, we stayed there just about 20 minutes … like I’d told ya, we didn’t plan to have a picnic. And I really gotta pee!

Hehehe …

 

:: Bengang ::

Aku mengupdate blog nih semata² kerana bengang yang teramat sangat. Nak tau apa ke menda yang aku bengang sangat tu? Ini haa …

IMG_0161 (2)

Nasi Lemak Sambal Kerang = RM 6.90
Paru Goreng = RM 3.95

 IMG_0162 (2)

Nasi Lemak [telur+bilis+kacang+timun] = RM 2.95
Ayam Kampung Goreng = RM 5.95

 IMG_0163 (2)

Ice Bandung Soda = RM 3.25
Assam Boi Juice Ice = RM 3.25

 IMG_0169 (2)

Pisang Goreng Ala Bali (small) = RM 2.50

 IMG_0164 (2)

Harap nama jer gah

Makanan adalah sangat mahal. Tak berbaloi ngan harga nyer. Kenapa tak berbaloi … well kedai ni letaknya kat MELAKA … oleh itu sepinggan nasi lemak + telur rebus 1/2 biji + bilis goreng + kacang + timun adalah sangat cekik darah kalo berharga RM 2.95 … Kalo cam makanan yang pelik² cam western ke, ko nak letak harga mahal takpe. Ini dah ler makanan ruji rakyat Mesia … rasa pun takde ler sampai leh buat aku mengigau 7 hari 7 malam. Mak aku nyer nasi lemak 10 juta kali laie sedap

Peratikan gambo yang kedua … aku ada tulis Ayam Kampung Goreng kan? Tapi apasal dalam gambo takde? Ini sebabnya … service diaorang memang cam puaka niyang rapik. Kat menu board ada tulis kalo amik ayam kampung kena tunggu 12 menet. Ok lah aku faham, konon nyer nak ayam kampung tu sedap la makan panas². Aku tunggu punya tunggu, Incek Jaque dah abih makan … aku nyer ayam tak sampai² jugak. Yang aku lak, dok tertoleh² tengok bebudak kat kaunter tu. Diaorang dah tengok aku cam angsa dok tercatuk² kepala aku tu, takde plak inisiatif nak tanya pelanggan ada masalah ke apa

Lelast aku soh Incek Jaque gie tanya pasal ayam aku … pie kat kaunter, diaorang kata ayam baru nak sembelih. Ko tak menyirap? DIAORANG TAK GORENG PUN AYAM AKU TU!!! H*R@M  J#D*H betul. I’ve wasted 30 minutes for nothing tau tak. Terus aku kensel soh diaorang pulangkan balik duit yang dah bayo for the ayam kampung. Oh yer … makan kat sini ialah self service. Bayar dulu baru makan

Aku dah baik nyer habiskan nasi lemak … baru ler hegeh² waiter dia anto ayam. Cikanos … orang nak makan ayam tu ngan nasi lemak … bukan dah habis nasi lemak baru nak makan ayam. Amenda ler … dah ler paru goreng cam KAYU goreng. Keras gila … ntah dah repeat kali ke berapa ler goreng tu. Rasa cam skateboard goreng pun ada jugak

All in all … mintak mahap ler. Sedap is subjective … tapi servis korang cam hamlau. Gua tak suka … tapi kalo paru goreng rasa cam kayu goreng … memang ler korang tak masuk dalam senarai gua

BANNED!

p/s : Kalo ler management kedai di atas membaca entry nih … sensiang aku cakap :: Sila la buat something :: Aku cakap nih bukan sebab nak dapat makan free … sebab nyer aku suka rekemen orang tempat makan yang aku rasa worth it untuk dicuba, dan sekarang aku tak suka makan kat kedai korang :: Harap Maklum ::

Food Lover,

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...