Dobi Sufi



Korang mesti pernah sekali dalam seumur hidup, pernah antau baju kat Kedai Dobi kan? FYI, semalam merupakan kali pertama aku antau baju aku kat dobi. Yer ... sila la gelak kalau ko rasa bahagia begitu. Ini semua gara² mesin basuh aku bocor (dah dekat 3 bulan ... tapi buat bodo jer) dan aku sekarang dalam mode sangat malas nak membasuh, menyidai, melipat dan menyimpan baju² secara sistematik

Aku wierd. Aku tak suka basuh baju campur². Kalo seluar ... semua seluar. Kalo baju t-shirt ... semua diasingkan ikut warna. Oh ... baju t-shirt / kemeja warna merah aku akan basuh dengan seluar sebab selalunya berpotensi untuk turun warna dan mencacatkan baju² yang lain. Dan perkara paling mustahak ... semua pakaian yang masuk dalam washing machine wajib diterbalikkan ~ inside-out. Kalo Incek Jaque basuh baju dan dia terlupa nak terbalikkan, masa sidai baju aku lak yang terjumpa ... mulut aku akan moncong 1 depa

Sidai baju pulak akan guna hanger. Kedudukan hanger pada tiang penyidai pulak semua mesti sehala dan mempunyai jarak yang lebih kurang sama antara satu hanger ke hanger yang lain. Kelas pakaian pulak mesti berada dalam kelas yang sama. Baju sama baju ... seluar sama seluar. Tudung dan undies masuk kategori lain

Penerangan kat atas sudah cukup meletihkan. Apatah laie kalo aku nak buat dalam keadaan aku yang skarang sudah masuk fasa mengeram. Macam mana aku buleh masuk kategori malas pun aku tak tau la. Lupa ... aku sangat malas mengemas umah. Kerja yang tiada makna kerana lepas kemas harus bersepah semula. Sakit hati ...

Comments

  1. gila ah. dobi pun pakai 5s. kental betul semangat nak mengasingkan tu. hahaha.

    ReplyDelete
  2. ikut cakap akak... dobi is my best BIBIK... if u upah bibik pn.. itu gak kerja dia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::