05 March 2012

:: Salam Dua Benua ::

Ini cerita pasal kawan sekolah aku. Aku pun terlibat sama, pasalnya - aku kena masak !!! Hehehe aku suka jer masak. So, takde la aku mengeluh ke. Cer soh aku buat menda lain ... konfom minggu lepas laie sebelum ko cakap aku dah tolak. Eh, bleh ke ?

Konfirm la karut kan ...

Sherry & Rik

Kawan aku ni nama dia panjang bebeno. Tatau ler camner dia isi borang UPU (zaman aku still pakai borang UPU la) Sharifah Nurulzaitul Akma Binti Syed Abdul Hamid. Sungguhpun panjang tapi aku ingat pasal nama dia unik. Kitaorang panggil dia Sherry jer

Bertemu jodoh ngan jejaka Brit yang namanya Richard Crabtree. Lepas ni si Sherry akan jadi Mrs. Crabtree. Untung nasib badan ... lepas kawen Sherry terus migrate ke UK. Harus la kena ikut suami kan ? Husbandnya broadcast engineer kat sana kalu tak salah. Ini aku dapat maklumat pun dari bebudak lain la ni ... kalo salah sorry ek Sherry !

Aku masak apa ?

Pavlova on Pahar

Tadaaa ... pavlova aku nyer rupa dah cam rupa eksrem cornetto. Ada dua ketul pavlova ni ... mengapit pengantin. Oh, si Rik ni rupanya seorang vegan (pemakan sayuran sahaja) makanya Sherry mintak tolong aku sediakan vegan dishes for meja pengantin

Greek Salad, Tomato Pasta, Sweet Potato Parcels

Sayuran yang telah diolah supaya orang yang bukan vegan pun berselera rakus. Telah terbukti apabila pengantin bangun tinggalkan meja je ... orang semua serbu. Sampai licin kena kebas. Pengantin pun tak dapat nak rasa. Sian, pengantin kan kena makan ala² sopan santun lemah gemalai kan. Takleh la haloba ... segan

Mari layan gambar je lah ... tatau dah nak bebel apa

Along Diana - tak aci tau Sherry bagi ko cook book

Asra - rambut tebuan jadi rebutan

Malliq n the wedding cake by Along Diana
 
Mahan & Aju - lama tak jumpa korang !

Malliq Rayyan, Putet n Alif Rayan yang ketermengantukan

Mahan, Yarn & My Son
 
Yang tak seberapa hadir

Malliq sebok enterframe
Kepada Sherry n Rik - All the best ! Semoga tabah menghadapi dugaan dan cabaran alam rumahtangga. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Cecepat bikin anak. Kalo anak girl, aku chop yer ! Hehehe ...

17 February 2012

:: Cuti Tahunan ::

Hullamak aii

Ini betul punya cuti tahunan ni. Disebabkan terlalu aktif kat fB, makanya blog kesayangan telah menjadi mangsa pemerdagangan orang. Eh ? Salah tu ... mangsa pengabaian

Ye lah, dulu² segalanya diluahkan ke dalam blog. Skarang, luahan di dinding fB. Lepas tu dapat plak respons serta merta dari frens. Kalo kat blog ni ... nak tunggu traffic masuk pun payah, melainkan korang blogger tersohor lah kan. Takat mcm aku ni ... sob sob

I missed to ramble in this blog. Berangan mau jadi penulis. Hehehe. Menaip setiap kata dalam blog ni telah berikan aku banyak kepuasan dan kebebasan dalam mengekspresi diri sendiri. Sayang nak berenti tulis dalam blog ni. Walaupun post yang ada hanya 766 je ... huhuhu

Tahun 2012 merupakan tahun yang sepatutnya membuka banyak ruang dan peluang bagi aku untuk perbaiki diri. Baik dari segi kerjaya, keluarga, jasmani mahupun rohani

Family wise ~ ini tahun ke enam aku berumah tangga. Anak seorang sudah bersekolah. Suami seorang yang makin bulat. Hahaha ... kami semua bahagia dengan rutin² harian yang kadangkala diselangi dengan perkara bukan rutin seperti percutian ke pantai hanya kerana budak yang bersekolah itu mau main pasir. Semua ok ... harap berkekalan sampai bila²

Jasmani wise ~ bukan ke setiap tahun azam semua orang mau kuruskan badan ? Haiyo, kurus tu aku takmo lah, kalo dah tak boleh nak kurus. Memacam dah buat ... u name it, I've done it. Tapi I prefer to be healthy. Kalo kurus tak sihat pun nak buat apa kan? Insya Allah, kesihatan aku masih ditahap baik. Alhamdulillah

Rohani wise ~ tahun ni aku cuba menjadi muslimah yang lebih baik dari tahun² sebelumnya. Mencuba mencari jawapan kepada diri sendiri. Yang ini aku tak dapat nak cerita banyak sebab its kinda personal. Nanti lah bila dah bersedia, buleh la aku cerita. Oh, tidak. Aku bukan masuk PAS ke, Arqam ke, ajaran sesat ke apa. Huhuhu no lah !

Career wise ~ ini agak sukar aku nak menjawab. Kerja mana yang tak stress kan ? But then kerja secara tak pandai, akan menambahkan kepada stress kerja yang tak akan habis tu. Bukan la nak kata aku ni pandai sangat kerja, tapi ada benda yang boleh dimudahkan. Mudahnya - kerja makan gaji macam dah kabur bagi aku. I can work under pressure but I cannot work under stupidity ! Adeh ... permulaan tahun 2012 dah huru-hara. Rasanya awal laie kan ? Baru bulan Februari. Tapi aku berharap sangat skarang dah bulan November ! Hehehe melampau la pulak nak bulan Disember plak kan. Kang tak cukup tanah nak lari

Pokoknya ... everything is good for me except for my work. Aku ada pikir nak benti keje. Nak buat full time biz from home je. Tapi banyak sangat faktor penghalang. Orang kata itu semua alasan. Just do it ! bak kata si Nike

Ok lah sambung ramblings di lain kali … I tried to be more frequent after this. Hopefully

10 January 2012

:: Perutusan Perdana Menteri Blog AhhPening ::

Tsk tsk ... betul nyer tak update


Aku just nak cakap ~ Selamat Tahun Baru 2012. Kekeke ... dah 10 hari kot berada dalam tahun 2012. Baru ada hati nak update blog sendiri. Pffttt ... sengal jer kan


Perutusan aku neh pendek jer kot sebab masa tak cukup nak taip pepanjang. Aside kerja yang semakin menimbun-membukit-melambak-lambak-memeningkan, rutin harian pun berubah sebab - Malliq Rayyan dah masuk tadika ! Yeay ... aku la manusia yang paling emosi bila anak kecil kesayangan pengubat duka lara telah bersekolah


Hahaha ... tak percaya anak sudah sekolah


Oh ... rambut juga sudah keluar uban. Erk, tambah emosi di situ


Ada pun tahun ini, azamnya adalah berkemungkinan sama jer macam azam-azam yang mungkin pernah melukakan hati ini sebab tak berjaya dilaksanakan ... apa boleh buat, kita hanya merancang Allah jua yang menentukan (adakah ini percubaan untuk meletakkan kegagalan kepada takdir setelah diri yang gagal melunaskannya ? hahaha ... biasalah berdolak dalik tu kan lumrah)


Tapi ... agar kita sentiasa bermotivasi dalam menjalani kehidupan seharian di atas muka bumi ni kan ... kena juga ada azam dan matlamat hidup supaya kita sentiasa berada dijalan yang benar dan tidak jauh tersimpang dari jalanNya


Tadaa ... letak jugak lah azam aku untuk taun nih kat sini. Mana la tau kan kot la blog aku nih langsung dah tak berupdate ... setidak²nya entry ini akan menjadi stick post entry, sehinggalah aku update. Baik tak perancangan ?


Ini AZAM 2012 aku


1 - Buat at least satu blog entry sehari (Nampak sangat la perancangan tak berjaya. Belum² dah gagal)
2 - Majukan biz baking, cooking and catering
3 - Jadi isteri/mak/anak/menantu yang lebih baik
4 - Mahu mendalami dan menghayati Islam dengan lebih baik
5 - Melancong !!!
6 - Menyihatkan badan
7 - Tambah bilangan ahli keluarga ??? (Yang ini bergantung pada rejeki)


Jadi itu lah dia. Ok lah aku nak menyambung keje yang menggunung-everest. Berpinau bijik mata aku \@_@/

09 November 2011

:: Koboi Bercuti ::

Penah jumpa atau kenal dengan seekor cowboy ? Eh, seorang la. Ok, seorang koboi ? Atau mungkin dalam cerita ini 3 orang koboi yang hilang pedoman. Penah ? Tak penah ?

Penah tak apa yang korang plan tetiba suma yang diplan langsung tak jadi hancur berkecai one cent no use hapah satu menda pun tak guna ? Betul … ianya musnah begitu saja. Penah ? Tak penah ?

The day before Deepavali, kitaorang plan nak pie mandi manda kat Water World A Famosa Resort kat Alor Gajah tu. Berkobar nyer pasal, kitaorang dari umah dah siap pakai swimsuit segala neh. Atas pakai baju jalan aaa. Gila ke apa nak pakai swimsuit jer naik keta. Mau kena tahan dek polis kang

Deepavali hari Rabu kan ? So, kitaorang gegas ler ke A Famosa. Sampai jer siap parking, beratur nak beli tiket … minah tu kata “Bang, arini Selasa Water World tutup bang. Kalo nak Safari ada”

Menyirap kay … aku takmo tengok binatang dalam tempat gersang. Betul … safari kat situ gersang. Takde greens. Haiwan duduk dalam kawasan kontang. Savannah pun ada rumput kering

Haih …

Ok lah … naik kereta semula. Aku cadangkan kita melajak terus ke Wet World Pedas/Linggi. Dah dekat benau ngan Tampin. Nak balik ke rumah takde mood sebab aku telah ON mood bercuti. Dengan semangat bercuti yang masih tinggi, kitaorang terus ke Pedas

Macam jauh plak nak sampai Pedas. Malliq plak dok bebel “Mak, nak mandi kolam !” Ye la, dah janji ngan dia nak bawak mandi kolam. Dah dekat tengahari tak masuk² jugak kolam. Lelast dia bantai tido dalam keta. Dan dalam tido dia telah bermimpi berjumpa kolam agaknya. Basah sudah … nasib baik tido beralaskan Utusan Malaysia

Dari kejauhan dah nampak Wet World Pedas. Wah, hati berbunga sebab cam lengang jer. Bila tiba di pintu pagar, kes yang sama. SELASA – TUTUP

Apa daa …

Geram punya pasal … aku cakap ngan Incek Jaque. Mari kita ke PD. Kalau pantai pun tutup hari Selasa memang la aku akan mengamuk jadi King Kong kat situ jugak

Jadinya kami ke PD. Dan kami pilih untuk ke sini

PA253485

Nasib baik la tak ramai orang kat sini. Daftar terus dapat kunci, terus masuk salin baju sebab kebuluran. Pepe hal, aku demand nak dok kat sini

PA263571

Rumah tepee !!! Gila semangat nak dok umah tepee nih weih. 1 night RM95. Ok lah sangat kan setakat kitaorang 3 ketul ni je ha. It’s more than enough, setakat nak ada tempat tido dan salin baju. Kalo mau travel kena pandai tengok keadaan. Kalo nak beraktiviti bagai, hotel ala kadar sudah cukup. Kalo betul nak rest, mau ber’spa’ lah, lepak jer dalam bilik, cari la hotel yang baik sket

Ini memang koboi yang dok sini. Patutnya Red Indians, but koboi pun buleh la. Nak tau kenapa koboi ? Sebab kitaorang datang sehelai sepinggang jer. Hahaha … bebetul ada yang ada kat badan je. Malliq cuma ada 1 baju spare. Ye la, asalnya kan nak pie Alor Gajah je. Mana tau nak sampai ke PD plak

PA253491

Lepak kat ‘Watering Hole' café. Sumpah kebuluran … malas mau pikir mau makan kat mana kat luar. Kang nak cari tempat lain plak laie. Belasah jer

PA253493PA253497PA253498

Spaghetti bolognaise – Malliq. Grilled Salmon with pasta – Mine. Sirloin steak with vege – Incek Jaque. Semua adalah sedap ! Salmon tu adalah terbaik ! Portion raksasa plak tu … dalam gambo nampak je kecik. Semua orang makan hingga licin. Kelaparan adalah pasti … harga hotel pun salah satu faktor

Lepas dah kenyang, kitaorang ke Pekan PD. Beli baju, spentot, pampers dan segala menda yang perlu la. Nama je koboi tapi jangan la keji sangat tak senonoh perangai okay

Balik dari membeli barang kitaorang pie la mencuba aktiviti yang ada kat situ. Kitaorang beli kupon untuk naik kuda dan main go-kart je. Kesuntukan masa dan ini jer aktiviti yang Malliq bleh join

PA253501PA253502PA253503

Hehe bergaya tol bujang sorang neh. Tangan tu tak lepas ngan straw. Suka naaa main ngan straw. Hapa tah best

PA253506

Yang two-seater ekzos rosak, jadi kena la pangku ini budak kecik camni. Tapi 1 round jer. Malliq pun tak kisah sangat sebab dia bukan heran pun sama ini go-kart. Main ler Incek Jaque sampai 5 round. Habis main go-kart badan ketaq … hahaha

PA253512

PA253516PA253518PA253519PA253520

Koboi mesti la naik kuda ! Dapat la naik 2 round. Jadi la … Pehtu mandi kolam. Masuk kejap jer pehtu hujan lebat ! Melepak la kami makan jajan dalam bilik

Malam tu kitaorang jumpa ngan abang Incek Jaque dan Kakak Beras kesayangan di PD. Tekak aku dah tak lalu nak makan ayam ke western ke. Ikan bakar … ada ke kat PD ? Tepi laut takkan takde orang jual ikan bakar kan ?

Guess what ? Memang susah nak cari ikan bakar kat PD ooo ! Mungkin sebab tak tau mana cari agaknya. Lelast kitaorang makan kat Mayang Sari. Then main kat pantai

PA253536PA253550PA253555

Lepas tu balik ! Huhuhu simple jer holiday koboi kitaorang. Esok tu Deepavali, check out dan balik Melaka. Habis !

Lenkali kalo nak kuar, kena standby at least sepasang baju ! Lesson learnt …

08 November 2011

:: Incek Seluar Kotak ::

Selalunya orang kata seluar katok … tau tak seluar katok tu apa ? Suar katok tu suar bermuda hat 3/4 sampai lutut tu la. Kalo suar kotak, amenda la pulak ? Hish … suar kotak tu, suar kotak la. Tak tau ? Sat aaa, aku bagi hangpa suma paham. Kalo cakap ja susah naa nak paham. Ni kasi gambo rajah

Gambo cilok dari sini

Bukan kaler putih tu … yang kaler cekelat. Kan ke kotak jer rupanya. Tapi apa kena mengenanya dengan post ini ?

PB083590

Ini kastemer order. Tapi kepala jer, suar takde. Hehehe … bukan aku yang buat muka Spongebob nih tapi laki aku Incek Jaque yang buat. Dia dok gigih ngadap dari kol 11PM sampai ke 5AM. Nampak jer poyo nak buat seksa ooo. Aku buat cupcakes nyer je. Macih Incek Jaque. Nasib baik laki den cikgu seni. Kekeke

Lepas nih apa plak projek yer ?

07 November 2011

:: Burung Marah ! ::

Lama tak update pasal makan kan ? Arinih aku nak letak pasal cupcake aku buat for anak buah aku nyer birthday dengan tema … Angry Birds ! Skarang kan glemer angry birds neh …. segala menda nak angry birds

Layankan je lah

388680_10150350759258301_553823300_8139343_1149173593_n

Suma birds je. Itu green pigs takde sebab takut takde sapa nak makan … but seriously kalo ada babi ijo tu baru cantek sket sebab kalerful

392828_10150350759388301_553823300_8139344_367440076_n

Kek nya ada oren, strawberi ngan cheese. Yang takde burung di topping ngan chocolate buttercream. Gambar ni suma adek aku yang amek. Aku cam dah lama tak amek gambo sendiri. Dah tak bernafsu nak main ngan kamera. Sian O-Pen aku … nanti lah kasi mood baru datang

28 October 2011

:: Anak ::

Situasi #1

Mak : Ini siapa ? (Sebenarnya nak tanya nama)
MR : Ni baby ...
Mak : Baby siapa ?
MR : Baby Mak !

Huhuhu ... bila Malliq Rayyan si baby tua berkata². Masih ada hati mau jadi baby


Situasi #2


Buleh kira berapa kali aku suap si baby tua nih makan sejak dah pandai bercakap. Bila aku nak suap dia makan, mati² takmo. Nak ayah yang suap. Everytime camtu la ... Mak tak payah ! Ayah suap ... Anak aku taiko ooo. Kalo tak, dia tepis jer sudu ke tangan ke yang ada makanan tu. Dari sakit hati, layankan je la. Kalo tak buat sepah meja ngan lantai je jawabnya


Sebab tak pueh hati nyer pasal, kitaorang pun edisi siasat la ... kenapa jer tak bagi aku suap dia makan


Mak : Malliq Rayyan, meh sini mak suap
MR : Mak tak payah ... Ayah suap
Mak : Kenapa Ayah YES suap, Mak NO suap ?
MR : Mak penat masak ... Ayah suap



Bila dia jawab camtu ... kitaorang terdiam. Prihatin nyer anak aku nih ... tak sangka buleh kuar jawapan camtu dari mulut dia. So skarang tugas suap baby tua nih makan memang Ayah punya kerja. Mak buleh makan senang lenang. Kakaka ...


Situasi #3


MR : Mak, Malliq nak pegi skolah
Mak : Taun depan kita pegi skolah ok ?
MR : No, nak pegi skarang

Mak : Tak boleh, baju skolah belum beli
MR : Ni Malliq dah pakai (tunjuk stokin sebelah pendek kaler putih, sebelah panjang kaler biru belang kuning)
Mak : Ni bukan baju skolah ... ini stokin pinjam
MR : Mak ... nak pegi skolah ! (dah start drama)

Mak : Mak tak nak pegi skolah !
MR : Mak ... MALLIQ nak pegi skolah !

Mak : Noooo
MR : Yesss ! (ngamuk 20 minit sebab tak dapat naik van kuning pegi sekolah !)
~ P I T A M ~
Mak : Esok dah masuk sekolah, malas nak pegi sekolah memang Mak rotan nanti ! 
.
.
.
Walaupun umur Malliq Rayyan 30 taun, you'll always be my baby ! ♥ you so much !


Biasalah ... Mak

29 September 2011