Haruskah Aku Lempang Ajer?

SMS aku terus terang dan pendek ajer ...

"Kak, sorry. Acara makan² tak jadi. Saya baru balik klinik 24 jam. MC arinih. Tunda lain hari" - Sent : 6.10 am/10-10-08

Reply yang aku dapat pun pendek jugak ...

"Adoi la ko nih ... Xprepare makan pun aku" - Sent : 6.11 am/10-10-08

Sebagai kawan yang konon makan sekali, buat aktiviti bersama, tiada rahsia, tempat mengadu dan mengumpat, ko tak kesian ke kat kawan ko yang baru balik dari klinik pada pukul 6.10 PAGI hingga terpaksa mengambil MC? Takde ke ko nak tanya kenapa kawan ko nih MC? Sakit ke ... dah nak beranak ke ... ada komplikasi mengandung lain ke?

FYI, kitaorang telah diberi tugasan untuk bawak makanan ke opis ikut giliran hari. Aku telah ditugaskan pada hari Rabu. Hari Khamis aku dah macam orang gila tolong mak aku masak untuk opismet adik aku, dan aku telah mintak tolong mak aku untuk masak sekali - aku nak buat open house kat opis secara kecil²an sebab aku dah tak larat nak layan orang datang umah aku. So aku pun bgtau ler akak yang telah ditugaskan untuk hari jumaat nih

Mana ler aku nak tau dek kerana aku bekerja ngan sangat gigih memasak semua, esoknya aku dah takleh gerak atas katil sejak kol 2.30 pagi! Kerana sakit yang amat sangat ... aku paksa diri dan Incek Jaque ke klinik. Dah balik klinik aku SMS la akak yang bertanggungjawab itu. Dapatnya ... kena marah

Korang yang nak makan kat pantry tu ... kena makan ala masakan istana dari zaman silam ke? Nasib baik jugak aku bagitau aku takleh nak datang. Kalo aku senyap jer? Korang ingat makanan yang aku dah prepare tu aku nak buat apa? Susah tol la jadik orang baik ... langsung tak dihargai

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::