Lepas Gian

Yeay ... akhirnya dapat jugak aku makan bingka jagung. Setelah dok ngidam tah berapa lama punya pendam. Semalam aku pie check-up. Pehtu kena ATT sekali (Tetanus Jab a.k.a. Suntikan Pelalian Kancing Gigi) ... Aduhai, lenguh sengal tangan aku. Sudahnya aku hari nih monteng kerja [Ampun Bos! Gue sangat tak larat]

Sehari suntuk aku cam zombie. Kejap tido ... kejap bangun. Mostly nyer tido la. Incek Jaque yang coti deepavali gigih la pasang langsir, kemas umah. Hahaha ... aku - ketidoran sajer. Serius aku sangat tak larat

Petang mak tepon kata ayah nak datang pasangkan lampu bilik belakang. Aku ngan rasa penuh tanggungjawab, gigihkan diri la buat bingka jagung nih. Ekceli, aku yang nak makan tapi bahana pembakar kuih lobang tengah tu mak yang presentkan kat aku ... aku rasa nak bagi ler kat mak aku bingka nih. Dah terlanjur ayah nak datang

Resepi nih entah dari mana aku cedok pun dah tak ingat ... sebab lama sangat tunda. Bingka nih sedap. Tak manis sangat. Just the way yang sesuai untuk pompuan preggy cam aku yang kena kontrol tahap kemanisan. Ahh, yang penting misi untuk makan bingka jagung dah berjaya

Nak resepi sila lah salin ini

1 tin krim jagung manis
1 1/2 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula
2 biji telur ayam

Itu sahaja. Campurkan semua sekali. Godak sampai rata. Masak kejap atas api dalam periuk. Then transfer dalam loyang/acuan pembakar yang korang nak pakai. Bakar sampai masak dan gareng ... aku suka kerak yang banyak. Kalo pakai acuan lobang tengah tu, api kena ejas kat paling kecik yer. Dan bila dah masak (test la guna lidi @ cake tester - bila cucuk tu bersih jer, takde laie bingka melekat) harus diingatkan supaya tunggu sampai sejuk baru ler nak potong ke nak pindah tempat lain ke. SEJUKKAN dulu ... ini amaran penting nih. Kalo tak habis berderai la bingka korang ... selamat la mencoba

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::