Adakah Aku Gembira?
Baru kejap nih bos aku angkat kaki keluar opis. Katanya dia tak masuk balik dah. Oho ... bahagianya. Walaupun takde beza ekceli. Bos aku baik hati ... mungkin kerana nalurinya sama ngan aku. P E R E M P U A N
Sejak aku kenal erti cari makan / kerja, semua bos yang aku dapat semua baik² dan sangat kamceng ngan aku. Sebabnya mudah saja ... sentiasa la ikhlas bekerja, buat ajer keje yang disuruh tanpa merungut, takde simpan feeling dalam hati (sama ada feeling nak ngorat bos @ mencik gila ngan bos) dan yang paling penting ... sentiasa la positif iaitu anggap yang baik² aja. Yang last nih paling mujarab pada aku kerana dengan mindset yang betul/positif, semua perkara akan menjadi positif/baik/betul sahaja
Tapi aku sangat malang bila masuk bab berkawan. Ini kerana aku seorang kawan yang sangat baik dan setia sampai kadang² orang amik kesempatan atas kebaikan dan kesetiaan aku. Aku tak banyak soal. Orang mintak tolong, aku tolong. Orang mintak itu ini, aku berikan ajer tanpa soal jawab. Pada aku, aku ikhlas berkawan. Takde sebab aku nak jadi polis pencen sebab aku harapkan kawan² aku pun begitu jugak
Nyata aku silap bila setiap kali berkawan, pasti ada yang ambil kesempatan. Ramainya orang yang tak ikhlas dalam dunia ini. Tapi ramai juga kawan aku yang baik² belaka. Kalau kita memilih kawan yang baik, dikatanya kita memilih bulu. Tapi kalau tidak selektif, mana mungkin kita tau yang mana satu hanya tunggu masa nak tikam dari belakang?
Skarang aku sangat gembira. Tak lama laie aku akan dapat kawan baru. Hey ... tak salahkan kalo anak aku nanti jadi kawan aku? Dari dia kawan ngan orang yang tak tentu hala ... baik ler dia kawan ngan mak dia sendiri. Aku ni fun tau!

Comments
Post a Comment