Hey!

Hey ... aku takde idea arinih nak tulis apa. Masa dalam kereta nak ke opis pagi tadi, macam² menda aku pikir nak buat. Yer, aku update blog ini kat opis. Sebab umah aku takde tenet. Buleh ajer aku gunakan talian 1513, tapi 'desktop baru' aku takde dial-up modem. Hanya ada koneksien untuk wireless sahaja. Adakah sengal? Ouh, tidak. Itu adalah investment terbesar aku selepas berkawen, membeli umah dan jugak kereta Viva. Sopping lelain barang umah kat Ikea adalah hobi yang sangat menakutkan kerana umah aku semakin hampir menjadi showroom. Ikea sangat addictive. Berbahaya ...

Makin lama aku makin asyik mengupdate blog, makin kurang komunikasi aku ngan kengkawan opis. Ini juga sangat healing bagi aku sebab aku rasa lately nih takde makna aku nak bercakap ngan orang² kat opis yang takde kaitan kerja ngan aku. Borak kosong kalo tak sakitkan hati takpe la jugak ... ini semua memeritkan. Sangat memberikan aura negatif

Sejak aku peknen nih aku notice one thing ... ini someway my baby is protecting me from doing negative things. Sejak aku peknen, aku banyak senyap dan tak join sangat aktiviti kurang sehat seperti ngumpat, gado ngan orang dan lelainnyer. Memang ketara sangat perubahan nih sampai geng pantry pun notice. Dan paling drastik aku buat ialah aku tarik diri dari join diaorang laie sebab terasa sangat aura yang negatif itu

Biarkan lah aku sendirian di dalam kubikel ku ini. Masih laie banyak kawan aku di tempat lain ... tingkat 4 ada, bangunan lain ada, daerah dan negeri lain pun ada ... di alam siber ini pun ada juger. Takde pun aku rasa kehilangan geng pantry. Lebih baik begini ...

Comments

  1. *uhuk *uhuk. batuk sket. desktop baru? takpe lah kawan boleh dicari. insya allah yang baik² semua.

    ReplyDelete
  2. oho ... desktop baru ... yer, baru
    hahaha ... mmm baru jugak la

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::