24 October 2010

:: Tak Mau Tak Mau ::

pasarmalam

Sumpah macam orang kebuluran. Sekali sekala pergi ke pasar malam … memang menyesal ! Hahaha

Donat - $2 [6 ketul]
Char Kuay Teow - $7 [2 bungkus]
Steamboat Bakar - $5 [5 cucuk]
Murtabak Daging - $2.50 [1 keping]
Nasi Lemak Rendang Kerang - $3.50 [1 bungkus]

Jumlah – $20

Tukang makan hanya 2 orang … nescaya debab la tukang² makan ini. Hahaha … Malliq Rayyan sila join mak ayah kamu !

yumiko

:: Saya Maafkan ::

Perasan tak tona suara blog ni dah berubah? Dulunya saya selalu guna AKU sebagai ganti nama untuk diri saya. Dan bahasa yang saya guna pula, bahasa sedap mulut saja. Hehehe … dan kebanyakkan cerita saya dalam blog ini adalah tentang perasaan saya yang selalu geram dengan benda yang saya tak puas hati. Suatu hari … saya pun tak tahu la kenapa, saya mula menggunakan pendekatan SAYA dan gaya bahasa yang agak terkawal sket. Bukan semua orang suka nak baca perasaan geram saya. Lagipun dalam blog saya ada memacam menda

Sejak dari perubahan itu, saya rasa emosi saya agak stabil

Mungkin juga disebabkan blog ini sebagai tempat saya melemparkan emosi yang tak berhala tuju … bila saya menaip dengan bahasa yang tenang dan emosi yang stabil, jiwa realiti saya pun turut mengikut tona yang saya luahkan di sini. Terus terang, saya orang yang susah nak marah. Tapi bila saya sudah marah … sila bersedia untuk Perang Dunia ke-3 ! Cerita ini bukan untuk mempromosi diri, tetapi tentang bagaimana dengan meluahkan perasaan secara betul dan berhemah, dapat membantu diri saya sendiri supaya lebih tenang

Susah nak marah bukan bermakna jiwa saya tenang ya. Ianya satu keadaan yang sangat menyusahkan saya sebenarnya. Dalam situasi yang sepatutnya saya marah, saya selalunya biarkan berlalu, tetapi tersimpan dalam memori. Perkataan lainnya DENDAM lah kot ? Saya tak perasan saya bersifat sebegini, cuma yang saya tahu, segala kesilapan orang lakukan pada saya yang membuatkan saya marah … semua saya ingat. Dulu² zaman tok kadok nyer cerita pun saya masih ingat. Mungkin tak bagus juga otak saya ada kelebihan mengingat nih … hahaha

Oleh sebab itu, bila segala memori tentang perkara yang mendatangkan marah ini terlalu banyak dan tak mampu ditampung … bila ada perkara kecil terjadi yang membuatkan saya marah … ketika itu lah MARAH saya tidak boleh dibendung laie. Sebab itu lah bahayanya kalau saya marah. Lebih baik jika saya lepaskan amarah saya setiap kali perasaan itu datang … dari mengumpulnya sehingga menjadi Bom Atom !

Cara menyalurkan kemarahan juga perlu di ambil kira. Sekarang, jika saya marah … saya tetap biarkan ianya berlalu tetapi saya tidak lagi menyimpannya dalam memori. Caranya ialah dengan MEMAAFKAN sesiapa saja yang membuatkan saya marah. Juga bahasa dan tingkahlaku saya dikawal agar tidak menjurus kepada yang mendatangkan kemarahan … seperti membaling barang, memaki hamun orang dan sebagainya. Dulu mulut saya laser … skarang kalau difikir², buat penat jer saya maki hamun orang sebabnya orang yang saya marah tu bukan dengar pun. Biasanya … membebel seorang diri lah kan. Semuanya bagi tekanan pada diri sendiri

Perasaan marah juga merupakan chi atau energy atau aura yang tidak baik (negatif). Bila yang negatif ini terlalu banyak di dalam badan, segala yang POSITIF tentang diri saya tidak dapat ditonjolkan. Lumrah manusia, segala kebaikan tentang sesorang … itu adalah biasa. Segala kejahatan tentang sesorang … itu yang akan diingati sampai bila² … dan bila saya mati, saya mahu orang ingat yang baik² saja tentang diri saya. Dengan cara ini juga, mengurangkan dosa orang pada saya. Takde modal laie dah orang nak mengumpat

Kalau dibaca … saya macam suka cari gaduh ngan orang ek ? Hehehe … saya di rumah, di sekolah, di kolej dan di pejabat … tak pernah ada masalah dengan sesapa pun. Kiranya … low profile. Tak berbunyi pun … bila perlu saja saya muncul. Tapi selalunya time makan la orang betul² nampak saya wujud ! Hahaha

Kita memang tak dapat lari dari perkara² yang boleh menyebabkan kita marah. Saya sekarang mengingatkan diri saya sendiri supaya lebih bertenang apabila kemarahan itu datang. Dan sebolehnya … tidak menyimpannya di dalam ingatan saya dan memaafkannya jika terjadi

Disebabkan saya sudah menjadi lebih tenang dan pemaaf … masalah lain pulak timbul. Malliq Rayyan tak takut pada saya. Bila ditegur atau dimarah … dia buat tak reti saja. Paling sakit jiwa … dia gelakkan saya balik. Ingat mak nya buat lawak kot

Nak buat macam mana nih ?

yumiko

21 October 2010

:: Food Diary ::

Mari tengok apa yang kitaorang dah bedal these past weeks. Saja nak share dan remind myself … not to repeat the food dalam masa² terdekat. Ye lah, selalu saja tak ingat apa yang dah dimakan. Tetapi selalunya sengaja Hilang Ingatan … hehehe

collage1

Ini kami makan pada 11 Oktober 2010 sempena Birthday Celebration Incek Jaque. Makanan ialah Lemon Cheesecake, Vietnamese Beef Noodle, Seafood Curry Laksa and Kid’s Burger. Skarang Secret Recipe adalah sedikit membosankan … sebab dah selalu sangat kot? Jadinya … after 3 months baru leh repeat sini

collage2

Ini pulak kami makan pada 17 Oktober 2010 sempena birthday saya. Tapi saya buat makan² sket untuk 3 orang yang hari dilahirkan sama pada bulan Oktober. Incek Jaque 11/10, Maisarah si Tepop adik saya 12/10 dan saya 17/10. Huhuhu meriah betol. Saya masak Lemon Rosemary Roast Chicken, Cucumber Riata, Butter Rice, Gulai Ikan Tongkol (abang saya tak makan ayam … ini spesial kes) dan Incek Jaque buat Air Khatira. Semua sedap … terus tekanan perasaan takut berat naik … hahaha

Birthday cake tu bukan saya buat. Tokay kek tak buat kek untuk birthday sendiri maa. Itu mak saya sponsor … hehehe

collage3

Bila dah bosan makan kat luar, lauk² simple macam ni cukup membuka selera. Makan pulak dengan nasi panas … fuuhhh. Ikan bilis goreng kicap ngan cili padi dan telur dadar. Sedap nya lauk baling² ni … hehehe. Ini dimakan pada 18 Oktober 2010. Sekarang, buleh dikatakan setiap hari juga saya masak untuk makan malam. Rajin sebab dah bosan dan tepu makan kat kedai

collage4
Dan ini pula pada 19 Oktober 2010. Kan dah kata … angin rajin sudah melanda. Ikan Keli Goreng Sambal dan Sayur Petola Rebus. Nyaman jer …

ayam 
Sempena sambutan Melaka Maju pada 20/10/2010 semalam … saya buat makanan paling senang … defrost sahaja semuanya dan humban ke dalam oven. Chicken Wings, Chicken Satay dan Fish on Sticks. Dapat makan separuh jalan jer sebab ada hal lah pulak nak kena keluar. Bila dah sampai rumah balik, semut pun dah hurung, terus hilang mood mau makan. Nasib baik cuma tinggal kepak ayam tu 6 ketul … makan laie sikit pehtu tak selera dah ….

Macam mana ngan diari makanan korang? Bila semak² … lama rasanya tak makan sardin. Terliur la pulak …

yumiko

20 October 2010

:: Creamy Cocktail Custard Pudding ::

pudding

Resepi pudding ni diminta oleh opismet saya – Kak Aziah. Ya, saya tau akak baca blog saya. Jadinya … salin saja resepi disini. Sila klik print – SEKARANG ! Hehehe … simple saja. Hari Sabtu ni boleh buat ya !

Creamy Cocktail Custard Pudding
Sumber : Buku Resepi Purbakala Mak Saya

Bahan² Untuk Puding Kastad
1 cawan tepung kastad
4 cawan air
1 biji putih telur

Cara² Untuk Puding Kastad
- Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga agak pekat. Bila hampir likat, tuang ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk. Puding akan mengeras dan sedia untuk dipotong. Jika tiada bekas besar, puding boleh juga dimasukkan ke dalam cawan @ bekas² dadih. Tuang 1/2 dari cawan @ bekas dadih kerana akan diletakkan kuah dan buah²an

Bahan² Untuk Kuah
1 tin susu cair
1 biji kuning telur
1 cawan tepung jagung
1 tin buah²an dalam tin
Gula ikut rasa

Cara² Untuk Kuah
- Campurkan semua bahan kecuali buah. Kacau atas api dan padamkan api bila mendidih

Di dalam bekas, letakkan puding yang telah siap dipotong. Letakkan kuah, dan akhir sekali letakkan buah² dalam tin. Sesuai dihidangkan sejuk. Selamat mencuba !

yumiko

19 October 2010

:: Kambing Goreng Pedas ::

kambing

Lamanya nak letak resepi Kambing Goreng Pedas nih. Yang sebenarnya … mencari buku resepi ntah mana saya dah letak. Kemas² dapur, nasib baik jumpa. Kalau tak, meraung la saya nak kena pinjam semula buku resepi mak. Walaupun saya dan adik-beradik perempuan saya berebutkan buku resepi mak (semua anak perempuan sama saja) selagi mak masih ada … kami tak berani nak usik buku² resepi mak. Yang baru, yang purbakala … itu adalah harta mak saya. Mak pun dah cakap, suatu masa nanti bila dia dah takde … dia takkan bagi buku resepinya kepada anak² tertentu … Katanya, biarkan saja buku² beliau di rumahnya. Siapa nak resepi, copy paste saja. Bawa keluar jangan sekali. Harta bersama … pandai mak saya

Tapi ada juga anak yang tak pandai jaga hati ibunya. Dah la buku resepi emak dibawa lari. Yang sedihnya … si emak masih hidup laie. Sudahnya, si emak nak buat apa² kena la pulak mintak pada si anak. Yang paling best … bila diminta resepinya … sampai dah habis raya tak dapat². Boleh ? Entah apa la perasaan si emak. Tentu kecil sudah hatinya

Kepada Liana Ezzana … jangan kecil hati ya sebab lambat letak resepi ini. Sila la cuba ! Nanti bagitau hasilnya

Kambing Goreng Pedas
Sumber : Buku Resepi Purbakala Mak Saya

Bahan²

1/2 lbs daging kambing (direbus setengah masak)
3 sudu besar cili giling ~ mak saya guna cili hidup @ basah
1 pelepah daun kari
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia (ditumbuk sampai halus)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
1 biji buah tomato
1 biji kentang (potong sebesar daging juga) ~ mak saya tak letak kentang
1 batang serai (dititik)
1/2 cawan minyak sapi @ minyak kacang
Garam secukup rasa

Cara²

1 – Daging dipotong kira² sebesar 1 inci persegi
2 – Panaskan minyak. Tumis bawang besar, halia, bawang putih, daun kari, serai dan cili giling
3 – Bila agak garing masukkan daging kambing dan ubi kentang
4 – Masukkan air rebusan daging
5 – Masukkan garam
6 – Bila ubi kentang dan daging sudah empuk, masukkan tomato biji yang diipotong bulat
7 – Reneh sehingga agak kering dan sedia untuk dihidang

Sesuai dimakan dengan nasi tomato @ nasi butter

yumiko

13 October 2010

:: Wajah Kesayangan Hamba ::

MR1 MR2 MR3 MR4 MR5 MR6 MR7 MR8 MR9 MR10 MR11 MR12

Kejap jer bujang sorang nih dah besar. Baju sudah pakai 3 years old nyer size. Umur pun belum masuk 2 taun. Macam mana ni? Hehehe … Mulut sangat becok. Dah pandai cakap. Dah kenal ABC sampai Z … 123 pun dah buleh sampai 10. Tak sangka cepat catch-up. Alhamdulillah

Gonna miss him so much … tak puas nak kendong baby mak nih. Tetau jer dah besau godang

yumiko

11 October 2010

:: Selamat Hari Dilahirkan ::

kek

Selamat Hari Lahir Incek Jaque. Semoga awak diberikan keberkatan di dunia dan di akhirat. Semoga jodoh kita berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga diberikan rezeki yang tidak membuatkan kita alpa kepadaNya

Juga kepada mak mertua ... terima kasih kerana telah melahirkan suami saya

Saya sayang anda berdua ... !

07 October 2010

:: Breast Cancer Awareness Month ::

PinkMalliq

Oktober ialah Bulan Kesedaran Barah Payudara

Malliq sedang melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara
Lelaki pun buleh kena kanser payudara aaa ... jangan pandang enteng

yumiko

04 October 2010

:: Kejang ::

fw2

fw1

PA011008

PA011018

PA011030

PA011035

Hari Jumaat : Melayan kanak² dan orang tua kepada kanak² menghabiskan duit di fun fair. Penat juga sebab naik rides yang semuanya laju … gila terkeluar otak sekejap. Gambar terakhir adalah kanak² yang buat muka bosan naik ketapi yang slo-mo. Laju nangis … pelan boring. Banyak songeh nyer kekanak. Akhir kata … pegi main tikam² dan menang macam² hadiah. Hahaha kecik ² ajar anak main tikam. Bukan saya yer …

Hari Sabtu : Saya ada kursus sehari suntuk di PJ. Sampai umah dah pukul 9.30 malam. Balik terus pergi open house member plak. Balik open house terus membongkang. Penat ooo sangat tak larat

Hari Ahad : Pun penat juga … open house – open house – open house. Macam mana mau kurus kalo camni?

yumiko

01 October 2010

:: Di Dalam Saya Ada Kawan ::

kawan

You’ve Got A Friend In Me by Randy Newman

You've got a friend in me
You've got a friend in me

When the road looks rough ahead,
And you're miles and miles from your nice warm bed

You just remember what your old pal said,
Boy, you've got a friend in me

Yeah, you've got a friend in me

You've got a friend in me
You've got a friend in me

You got troubles,
and I got them too

There isn't anything
I wouldn't do for you

We stick together, we can see it through
Cause you've got a friend in me

You've got a friend in me

Some other folks might be a little bit smarter than I am
Bigger and stronger too

Maybe but none of them
will ever love you
the way I do
it's me and you, boy

And as the years go by,
Our friendship will never die
You're gonna see it's our destiny

You've got a friend in me
You've got a friend in me
You've got a friend in me

yumiko

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...