27 February 2009

:: Kuruskan Pemandu Pelancong ::


Hahaha ... tajuk takleh nak blah! Memang hazab ler jadi pemandu pelancong. Untuk yang tak fit ... abaikan la niat murni korang tu. Kalo memang passionate nak jadi tourist guide, aku cadangkan ko masuk dulu fitness first ... dah tak semput, baru ler jadik tourist guide

Geng Kurus Kursus Paling Best

Menurut kata para penceramah dan penganjur kursus, sepanjang 4 siri dah berlalu ... group kitaorang yang paling happening diaorang dapat. Semua penceramah sangat enjoy ngan group kitaorang ... memang pecah perut menahan gelak ngan perangai memasing

Walaupun sangat lah letih dan pecah kepala nak mengingat suma benda ... it was an eye opening session for all of us. Ye lah ... nama jer dok dalam Melaka, but then tak semua tempat kita dah pegi ... dan juga tak semua menda kita tau. Banyak yang kitaorang belajar [terutamanya aku lah] pasal negeri sendiri. Korang penah ke naik bas ... ronda² negeri yang korang menetap tu? Rupanya banyak menda jugak yang aku baru tau ... best!

Background kitaorang suma rata² biasa jer ... tapi sangat versatile tau. Ada polis pelancong, ada pegawai, ada nurse, ada kerani ... kiranya memang sangat jumble up lah. Yang paling best tu si polis pelancong tu lah ... dia sangat la ringan mulut. Very the la kiranya. Dan sorang laie pakcik yang kitaorang panggil Abang Bo [botak!]

Abang Bo ... dah penat la tu

Dari dalam kelas laie kepetahan Abg Bo nih memang terserlah. Ada ajer yang nak dibetahkan ngan penceramah. Nasib baik ler ada Abg Bo ... kalo tak mau nyer kitaorang dah tersembam atas meja. Ye lah ... start kelas kol 8 malam, sure gila penat. At least ada tukang meriahkan kelas ... celik la jugak bijik mata

Persembahan budaya oleh Briged Seni Melaka

Aku amik gambo banyak gila [240 keping semuanya ... ntah apa jer aku amek] Disebabkan kesuntukan masa ... aku klik-klik je lah sana sini. Kalo nak menyalin suma ... oho tak larat beb. Itu pun kitaorang berjalan kaki dah macam KTM Ekspres Rakyat jer. Yer tuan² dan puan² ... berjalan kaki yer. Ater nama pun tourist guide ... harus lah bawak tourist tu masuk bangunan, panjat bukit, singgah kedai souvenir. Dan mulut harus la manis ... pandai sembang dan yang penting ... IKHLAS dan SABAR melayan karenah manusia yang bernama PELANCONG

Aku yang baru lepas bersalin nih terasa la sangat kepenatan. Aku tak kisah nak panjat Bukit St. Paul tu ... yang aku tak tahan nyer ialah PANAS!!! Muka aku merah padam dah masa jalan² kat Bandar Hilir turun naik kat A Famosa tu. Pergh ... panas beb! Masuk jer bas ... lega. Nasib baik ler bas nyer kondisi dalam keadaan cemerlang

Bas yang disediakan oleh ILP Selandar

All in all ... ini kursus yang paling stress penah aku pegi [ada penilaian di akhir sesi ... dan ada jugak yang fail tau ... jangan ingat kursus nih memain!] tapi sangat enjoy sebab ianya skop yang FUN ... tapi yang paling fun, bab yang pie jejalan tu lah. Macam rombongan Cik Kiah jer pusing² Melaka. Terasa la jiwa ini muda kembali ... chewah!

Bagus lah ada kursus camnie. Matlamat asalnya nak wujudkan seramai 600 orang in-house tourist guide. Ini semua nak handle kebanjiran pelancong yang datang kat Melaka lepas diannounce sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESSCO pada 7 Julai 2008. So kalo korang nak datang Melaka ... contact la aku yer ... nescaya aku akan coba jadi tuan rumah yang baik melayan korang melawat tempat menarik kat Melaka nih

Aku pun dah tak tau nak tulis apa laie ... layan je lah gambo yang aku amik tu. Sikit jer aku letak ... yang menariks jer ... yang lelain tu untuk knowledge aku sebagai tourist guide. So, enjoy the beautiful Melaka's scenery ya!

Masjid Selat ... masjid terapung
Terletak atas Selat Melaka

Ini patung Laksamana Cheng Ho
Letaknya kat Muzium Sejarah & Etnografi

Ini kalo ada sapa tak kenal ... sila hentak kepala kat lantai

Ini Taman Tanglung direka khas oleh pakar dari China

The ever famous ~ Melaka River
Pemandangan dari dalam bot River Cruise

Ini Villa Sentosa @ Kg. Morten
Satu²nya Kampung Melayu kat dalam bandar Melaka

Dari dalam bot River Cruise
Bersama Penceramah : Mr. Desmond & Pn. Noor Aida

Majestic Hotel ~ the only 6 Star hotel in Melaka
Taken from inside of the River Cruise Boat

Eye On Melaka ... versi kecik Eye On Malaysia
Letaknya kat Express Bus Station lama

Rumah Tradisional Melayu Melaka
Lain dan unik sebab tangganya batu

Perigi Hang Tuah
Airnya jernih dan tak pernah kering

Masjid Pengkalan Rama
Masjid kat Melaka semua kubahnya bersegi
Pengaruh dari China

Jom naik Melaka River Cruise!
Ini stesen kat Taman Rempah

Ini bangunan yang terdapat sepanjang Venice of the East
Sungai Melaka lah ... telah direstore menjadi canteks

p/s : Sorry la kalo gambar cam tah pepe jer ... sebab nak cepat, main petik jer takde sempat nak pause dan amik angle pun ... cuma nak tekankan keindahan Melaka. Ini baru sket ~ area town & Bandar Hilir je ... belum aku masukkan gambo kat daerah lain ... itu program Zoom! lain yer ...

p/p/s : Teringat masa aku jadi pemandu pelancong kat Aussie ... kira dasat gak aku nih! Oh ... ini cerita lain kali ... dah basi pun

26 February 2009

:: Sudah Besar Rupanya ::

Oreo Cheesecake

Bila jer budak nih beso pun aku tak tau aaa ... tetau jer taun lepas tengah gagah menjawab peksa SPM. Tetiba jer ko beso yer Uki ... hahaha tak guna punya akak

Uki atau nama saintifiknya Ahmad Syukri atau nama spesisnya Mat Cuki a.k.a Irkuys Damha ialah adek aku yang no 7 ... beza dia ngan aku ialah 11 taun. Sebab aku tak rasa dia membesar ialah ... sebab dia cam tikus mondok ... senyap je dok dalam umah. Takde sembang², takde aktiviti berkumpulan ... Uki yang loner

Bila Mat Cuki nih dah besar sket ie dah sekolah menengah ... baru ler kuar suara budak nih. Kalo tak, memang payah ler nak dengar dia bercakap. Skarang nih baru ler nak bersembang², kuar tengok wayang, lepak umah kawan. Kalo tak ... nak soh pie kedai pun sket punya hazab sengsara. Aku umpan nak belanja pun ... pemalas takmo jalan

19 Mac nih plak nak masuk kem tahanan PLKN. Huish ... jauh giler nak pie nganto ko Mat Cuki oit. Nanti la aku ajak semua adek beradek pie anto ko ... masuk Kem Ayer Keroh!!! Kalo ko nangis, aku terajang vontot ko. Ko kentots pun aku leh dengar dari umah aku weih. Jauh ler sangat!

Pada Mat Cuki ... semoga selamat menjalani latihan khidmat negara. Oh! Diana Danielle aku tak tau dia masuk kem mana. Hahaha mungkin dia tangguh laie ... pedulik la sama itu artis

Apa la ... banyak aku nak masukkan gambo ... tapi nak upload jer failed! Malam kang lah aku try masukkan balik gambo party liar kat kedai makan atikah tu ... hahaha

24 February 2009

:: Camner Nak Buat Ni? ::


Semalam petang aku ngan Incek Jaque kuar beli susu ngan pampers Malliq kat Tesco. Oleh sebab hujan, kitaorang tak tutup gate ... laie pun kejap je kuar. Tetiba sampai umah lebey kurang kol 9.30 kot, aku pandang la kat tepi gate aku nih ... apa aje warna cekelat kat tepi tu

WALLAWEIH!!!

Betul aku terkejut ada anjing dok melepak kat situ. Sebabnya kat area umah aku, anjing liar memang cukup banyak. Besar² lak tu. Aku cakap ngan Incek Jaque ... camner nak halau anjing tu? Ye lah aku nih kan kaki kepoh cepat gelabah tengah pegang Malliq. Kot² la tetiba hanjeng tu terkam kitaorang nih camner

Sekali tu aku tengok bebetul ... laaa ... kepala anjing tu termasuk dalam balang plastik! Sian aku tengok anjing tu ... tapi nak buek camno kan?

Akhirnya aku tunggu dalam keta, Incek Jaque halau anjing tu kuar ngan penyapu ... ntah mana la dah pegi anjing tu ... sian, dah ler sejuk, kepala lak termasuk dalam balang

Aku harap ada la orang lain yang tolong anjing tu. Wahai Incek Anjing ... sudahkah anda selamat? Walaupun anjing tu haram ikut hukum syarak ... tetap makhluk Allah yang bernyawa. Semua ciptaan yang Allah jadikan tu ada tempatnya di atas muka bumi ni

20 February 2009

:: Contest Yang Cool ::

No kidding. And that’s not it as there are other cool prizes you can win such as a Macbook White, iPod Touch, iPod Shuffles, a Canon 450D DSLR for the participant who send his or her postcard to the most number of recipients along with 100 Tees for the early participants!
wou.jpg

Participating is relatively simple. Check if you have all the things needed in the image above and here’s 5 steps on how you can participate in this contest.

Step 1
Snap a photograph of yourself alone or with a friend reading a book or using a laptop in an ideal, interesting or outrageous learning environment of personal choice. This will be the base of your postcard.

Step 2
Visit the contest site at http://contest.wou.edu.my/ and click on the ‘Play’ tab. Click on the Stamps in the middle to download them. Using any image editing software, digitally paste the stamps onto your postcard.

Step 3
Digitally caption your photograph with no more than 10 words, relating to the theme, “Your World, Your Classroom.” The Contest allows only the use of English and Bahasa Melayu for captions.

Step 4
Post your postcard in either a blog entry or a social networking profile (Friendster, Facebook, Myspace or others).

Step 5
Post your postcard to your friends by visiting http://contest.wou.edu.my/ and clicking the ‘Submit’ tab. Fill in all your particulars, upload your postcard and email addresses of your friends who you’d like to receive your postcard in the page and click ‘Submit’.

There, 5 simple steps to win a Macbook Air. Aren’t you thrilled?

Here’s an example of a postcard ready to be sent to a friend;
exampleacaption.jpg

For more information about Post A Postcard Contest, check out http://contest.wou.edu.my/

Oh! Aku sangat malas
Hanya copy paste dari nuffnang ajer

:: Akhir Untuk Permulaan Baru ::

Berita sedih untuk semua ... semalam Abang Aku dengan rasminya menjadi penanam anggur yang takde kebun anggur untuk diusahakan. Aduhai ... dengan bayaran rumah dan anak yang makin membesar, aku rasa kesian gak kat abang aku ni ... apakan daya, aku bukan Donald Duck Trumpet. What ever it is ... I feel for ya, bro! Kalo ko nak pepe bantuan, ko tau kan aku sentiasa ada, hanging around somewhere ... alah, umah pun dekat jer

Sementara takde dapat keje laie nih ... ko buat le pepe yang patut dulu. Tolong la bini ko buat bunga dip untuk hantaran tu dulu. Buat bek-ap. Oh yer ... abang aku dan bini nyer menjalankan perniagaan online menjual bunga untuk hantaran. Korang leh tengok kat sini DAN TEMPAHLAH memana yang patut untuk beri sokongan moral kat abang aku dan jugak support sket biz orang² kita nih

Sila la sebarkan website ini pada kengkawan yang lain yer. Harga yang ditawarkan adalah untuk mereka yang bajet² sederhana dan ada juga untuk yang harga² poket rabak. Ikut la korang nak camner, nanti abang aku n bini nyer pandai ler ejas ikut kehendak korang

So ... korang sila la jenguk yer!!!

Aku tak dapat komisen pepe pun ... tapi aku harap sangat kalo korang ada nak menempah bunga pahar, bunga dulang, bunga tangan, corsage dan hiasan bunga hidup semasa hari bahagia korang tu ... sila la singgah kat leesya creative tu yer!!!

19 February 2009

:: Time To Rest ::

Aku dah tak larat

Balik keje, sampai umah, lelap kejap dalam stengah jam, bangun mandi, siap² gie kursus sampai kol 11 malam. Balik dari kursus tengok si Malliq pulak. Semalam dia mengamuk takmo tido ... aku balik baru dia nak lelap. Kol 12 perut lak keroncong dondang sayang kebuluran. Mintak Incek Jaque belikan KFC. Makan, tido. Kelmarin, balik dari kursus kelaparan. Pie kedai makan nasik goreng cili padi ngan telur dadar. Sedap ... sekarang aku memang banyak makan. Sebab banyak jugak yang keluar. Keluar lebih banyak dari yang masuk. Kat opis aku jarang sangat makan. Itu pun selalu mintak belas kasihan Si Koyok tapaukan aku nasik. Lepas makan, 15 menet kendian akan keluar semua ... lebih dari yang aku makan. Everytime aku makan camtu la jadinya. So aku end up kelaparan sentiasa. Skarang nih aku rasa lapar, sejuk, tak bermaya. Semalam masa tidokan Malliq, dalam kelaparan tu tetiba kepala aku nih sakit bangat. Rasa cam kebas² je segala urat sendi aku nih. Tapi aku layan jugak la tepuk², dodoi² anak bujang anak aku yang mengaruk takmo tido tadi. Nasib baik ler dia senang tido ngan aku. Dapat je aku pegang, terus tutup mata. Baru jer nak tido, Malliq dah "MEK" "MEK". Eh betul, la budak nih. Sekali tu tengok jam rupanya dah kol 5.45 pagi. Tak puas betul tido. Bangun tido lak, dada aku sakit sangat cam kena pijak. Sampai skarang nih aku still rasa sakit gila! Aku rasa, cukup sampai habis kursus aku pun masuk ICU. Serious ... aku kepenatan gila nih. Aku rasa hari sabtu aku tak tau aku larat ke tak nak pegi kursus. Tengok lah, larat aku pegi ... tak larat aku amik MC

Aku penat ... full stop

17 February 2009

:: Kursus Asas Sijil Pemandu Pelancong ::

Hooray ... kursus yang out-of-the-box sket. Kursus nih makan masa 5 hari, siap ada field trip, site visit laie tu. Amacam jeles pegi mati la pedulik hapa aku tak? Yang penting ... 5 hari kursus dah settle ... tinggal laie 2 hari jer nak genapkan kuota setaun

Pada aku kursus camnie memang la tersangat bagus ... dengan harapan dapat laie merancakkan sektor pelancongan Negeri Melaka. Ye lah, lepas keje opis ... orang gomen buleh ler tolong jadi tourist guide. Skarang nih pun nak masuk Melaka time weekend memang hazab sengsara kalo tak tau jalan² shortcut nih. Mati kering la dalam keta berpanasan. Ditambah la pulak lepas Melaka ditabal Bandaraya Warisan Dunia (World Heritage CIty by UNESCO) laie la teramat sesak dibuatnya

Sesak maksudnya ... orang yang ramai. Orang yang ramai maksudnya ... duit yang banyak. Duit yang banyak maksudnya ... ekonomi dijana. Bagi Melaka yang takde sumber alam macam sawah padi ke, kelapa sawit ke, perikanan ke, perlombongan ke ... faktor tourism nih sangat la penting. Kalo tak ... Melaka takde duit la nak bayo pencen mak ayah aku. Industrial lak kecik jer ... tapi buleh la juga memakmurkan

So ... ini tentative KASPP dari 17 Feb hingga la 21 Feb 2009

17 Februari 2009 - Selasa
  • 8 pm - 9 pm : Welcome Speech
  • 9 pm - 11 pm : Safety and Security
18 Februari 2009 - Rabu
  • 8 pm - 9 pm : General Information on Government Policies & Judiciary System
  • 9 pm - 11 pm : Cultures of Melaka
19 Februari 2009 - Khamis
  • 8 pm - 9 pm : Welcome Speech
  • 9 pm - 11 pm : Historical Heritage of Melaka (UNESCO)
20 Februari 2009 - Jumaat
  • 2.30 pm - 4.30 pm : Tour Report
  • 4.30 pm - 6.30 pm : Tourism Development
  • 8 pm - 9 pm : Geography of Melaka / Malaysia
  • 9 pm - 11 pm : History of Melaka
21 Februari 2009 - Sabtu
  • 8 AM - 7 PM [11 JAM TU] : Tourism Development (Class & Site Visit)
  • 7 PM - 11 PM : History & Culture of Melaka (Site Visit)
  • Kira nih settle kasi lumpsum aaa site visit sampat ke malam
Korang yang nak datang Cuti² Malaysia tu ... ayoh la Zoom ke Melaka. Sila la appoint aku sebagai tour guide korang. Ada tauliah tau ... ni bukan cikai nyer! Hehehe ...

Pada korang yang berminat tentang kursus nih buleh la tanya lebih lanjut seperti berikut :

Akademi Pelancongan Melaka
Pn. Noor Aida Binti Hassan : 06 2519960

Harus la aku capek laie ... pagi keje ... malam kursus ... kol 2-3 pagi Malliq bangun ... fuhhh ... cepat la kurus kalo ini macam

:: Berkobar La Konon! ::

Ini aku
Yang Sekarang Sedang Tension
Sampai membuat KELAKAR pagi tadi

~ Sila gelak sekarang ~

  • Aku kena pegi kursus selama 6 hari
  • Tapi tak tido kat hotel pun, sebab dekat ajer
  • Kursus Asas Sijil Pemandu Pelancong [hebat tak?!]
  • Semalam keta Incek Jaque rosak
  • Pagi ini aku kena hantar Malliq ke umah mak dan Incek Jaque ke sekolah
  • Dan aku kena rushing untuk daftar kursus [7.50 am sudah!]
~ RUSHING ~ RUSHING ~ RUSHING ~
  • Nasib baik pagi nih jalan semua sangat tenang ... berdesup jer drive
  • Sampai jer kat tempat kursus aku tengok lengang gila
  • Sebijik keta pon takde
  • Maka aku menelefon penganjur kursus
# Halo Hai ... sapa di sana?
* Hallooo, ini Puan Amanda Peet. Buleh saya talk-talk dengan Ms. Amy Winehouse?

# You peigang kejap aaa
~~~ Lalalalala ~~~
% Haluuu Amy Winehouse in da house ... buleh i help u?
* Haa Ms. Rumah Wain ... hari ni ada kursus kan?
% Puan Peet ... itu course from 8 malam to 11 malam ye. You sleep ka? I dah fax maa ...
* Oho ... takpelah ... malam kita see u lah ye

  • Maka terpaksalah dengan rela hati kembali semula ke opis yang hanya sekangkang kera ajer jaraknya ... nasib baik la dekat
  • Bila check mesin faks ... memang telah difaks ... pada pukul 6.30 pm ... ketika semua orang telah pulang ke rahmatullah rumah
  • Ahh ... terpaksa mengadap si BSG pula
  • Nasib baik dia suka merayau dan tak masuk opis

Kepada BSG a.k.a PACAT

Pegi la ko merayau sampai ko pengsan
Takyah masuk opis pun takpe
Dengar suara PACAT ko tu pun sudah sangat annoying!!!
Kitaorang dah tak leh sabar ngan perangai ko
Tunggu masa je ko buat slack
Time tu ko tau ler
Nyesal gila ko nanti

16 February 2009

:: Dengue Fever Remedy ::

Ayah aku dapat email ni ... and he asked me to pass this around. Rupanya ada juga cure untuk demam denggi nih. Seperti yang kita sedia maklum pun : Tiap-tiap penyakit di dunia ini ada ubatnya, melainkan MATI

Bila sebut pasal mati nih pulak, aku baca kat sokabo yang ayah kepada Datuk Siti Nurhaliza iaitu Pakcik Taruddin telah pun pulang ke rahmatullah kerana penyakit jantung dan pelbagai komplikasi lain ... kepada Siti dan Keluarganya ... salam takziah saya ucapkan

So ... sila la baca camner nak obati penyakit demam denggi nih ... sila sebarkan ye. Maklumlah, kan sekarang nih tengah top demam denggi nih. Mintak la dijauhkan ... Amin

I would like to share this interesting discovery from a classmate's son who has just recovered from dengue fever. Apparently, his son was in the critical stage at the ICU when his blood platelet count drops to 15 after 15 liters of blood transfusion.

His father was so worried that he seeks another friend's recommendation and his son was saved. He confessed to me that he gave his son raw juice of the papaya leaves. From a platelet count of 45 after 20 liters of blood transfusion, and after drinking the raw papaya leaf juice, his platelet count jumps instantly to 135. Even the doctors and nurses were surprised. After the second day he was discharged. So he asked me to pass this good news around.

Accordingly it is raw papaya leaves, 2pcs just cleaned and pound and squeeze with filter cloth. You will only get one tablespoon per leaf. So two tablespoon per serving once a day. Do not boil or cook or rinse with hot water, it will lose its strength. Only the leafy part and no stem or sap. It is very bitter and you have to swallow it like "王老吉 Wong Low Kat". But it works.

*Papaya Juice - Cure for Dengue*

You may have heard this elsewhere but if not I am glad to inform you that papaya juice is a natural cure for dengue fever. As dengue fever is rampant now, I think it's good to share this with all.

A friend of mine had dengue last year. It was a very serious situation for her as her platelet count had dropped to 28,000 after 3 days in hospital and water has started to fill up her lung. She had difficulty in breathing. She was only 32-year old. Doctor says there's no cure for dengue. We just have to wait for her body immune system to build up resistance against dengue and fight its own battle. She already had 2 blood transfusion and all of us were praying very hard as her platelet continued to drop since the first day she was admitted.

Fortunately her mother-in-law heard that papaya juice would help to reduce the fever and got some papaya leaves, pounded them and squeeze the juice out for her. The next day, her platelet count started to increase, her fever subside. We continued to feed her with papaya juice and she recovered after 3 days!!!

Amazing but it's true. It's believed one's body would be overheated when one is down with dengue and that also caused the patient to have fever papaya juice has cooling effect. Thus, it helps to reduce the level of heat in one's body, thus the fever will go away. I found that it's also good when one is having sore throat or suffering from heat.

Please spread the news about this as lately there are many dengue cases. It's great if such natural cure could help to ease the sufferings of dengue patients.

Furthermore it's so easily available.
Blend them and squeeze the juice! It's simple and miraculously effective!!

:: Menguatkan Semangat ::

Haduhai ... skarang sudah kol 2 pagi la ... Naper aku masih belum tido? Sebenonyer aku ada Pojek Maha Besar/Kerja Sampingan yang sedang dalam proses pembikinan

Patutnya last week laie aku dah siapkan, tapi bahana BOSS yang kureng itew ... maka tertangguh la suma pojek side-income aku

Ekceli banyak sebenonyer pojek side-income aku nih. Walaupun blom buleh take ober keje main-income aku, Insya Allah kalo aku berusaha dengan giat dan tabah ... harusla aku konsentret je ngan keje² nie sajork lepas tu. Tak kuasa nak ngadap BOSS yang tah pepe

Ok lah ... masuk beradu mentera beradu berudu dulu aaa ... nanti akan aku update pojek apa kah yang sedang dalam pembikinan tu

Sementara itu ... layan la dulu posting² aku di sini sebelum ianya berpindah ... eh eh, cam nak terlepas cakap ek? Hehehe ... tunggu aje lah

12 February 2009

:: Kenapa La ::

Help! Aku takde mood arinih nak update blog aku
Laparnya!

Mekdi Mekdi

:: Katak Oh Katak ::

Pada suatu hari, sekumpulan katak kecil membuat persiapan untuk suatu pertandingan mendaki. Matlamat dakian ialah untuk sampai ke puncak satu bukit yang tinggi dan curam.

Hari yang dinantikan pun tiba, dan berhimpunlah seluruh haiwan di dalam hutan itu untuk menyaksikan pertandingan tersebut.

Bila semua katak-katak kecil sudah bersedia, dakian pun bermula …

Sebenarnya, tiada seekor haiwan hutan pun yang percaya mana-mana katak kecil itu akan berjaya.

Sepanjang pertandingan, kedengaran suara-suara seperti:

"Oh, Ianya terlalu sukar!"

"Tak ada faedah pun sebab tak ada yang akan berjaya!"

"Tak ada seekor pun yang akan berjaya. Bukit itu terlalu curam dan tinggi!"

Semakin lama pertandingan, satu persatu katak kecil yang bertanding jatuh ke bawah.

Buat katak-katak kecil yang masih dalam pertandingan, semakin tinggi mereka daki, semakin kuat laungan hadirin "Kamu tak akan berjaya. Henti sahajalah. Bukit terlalu tinggi dan curam!"

Semakin kuat laungan hadirin, semakin banyak katak kecil yang berhenti dan jatuh.

Sehinggalah akhirnya, hanya tinggal seekor sahaja yang terus mendaki dan sampai juga ke puncak bukit itu.

Seluruh hadirin dan semua katak-katak kecil yang bertanding ingin tahu apakah rahsia katak yang berjaya ini.

Seekor katak kecil yang telah berhenti awal pun bertanya katak yang berjaya itu.

Sebenarnya, pemenang itu seekor katak yang cacat pendengarannya.

Teladan cerita ini:

Jangan sesekali mendengar rentetan dan teguran negatif orang pada rancangan kita kerana ianya bertujuan melunturkan semangat dan juga impian kita.

Apa sahaja yang kita dengar dan baca boleh mempengaruhi tindakan kita nanti!

Kerana itu, selalu berfikiran positif, dan, pekakkan telinga bila orang kata kita tak boleh mencapai impian kita! - Cerita Teladan … Pekakkan Telinga Bila Org Kata Kita Tak Boleh

Credits:
Cerita katak ini dicilok : disini

11 February 2009

:: Buduh La Kalo Cuba Gak ::

Gambar nih ekceli amik masa nak balik kampung Incek Jaque kat Tanjung Karang, Selangor sana nun. Masa nih tengah isi minyak kat Shell Ayer Keroh. Kat sini diaorang ada buat mini-karnival apa tah yer ... sempena Chinese New Year kalo tak silap

Dikesempatan itu jugak ada la satu booth kat tepi tu .... menarik sebenarnya ... aku pun mula la [klik klik] kamera aku dari dalam kereta jer. Maleh ler aku nak turun sebab nyer panas gila kat luar ... then si Malliq pun tengah tido dalam keta. Aku takmo ler turun

Sedang aku asyik klik² kamera aku sana sini dari dalam keta tu, aksi aku nih telah diperhatikan oleh orang yang jaga booth tu. [oh malunyer!] Pakcik tu siap melambai² panggil aku suruh turun amik gambo secara dekat ... beria² benau dia panggil aku ...

Hokey aaa pakcik ... aku antau macai aku jer turun. Tak kuasa acik nak berpaneh ... booth apa kah yang menariks itus? Sila la beri tepukan gemuruh untuk booth AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) kerana mendisplaykan barang² yang SUPER REAL untuk tatapan umum

Ini la pakcik yang melambai² itew
En. Maizan nama nyer
Penceramah Bebas AADK Caw. Seremban

Aku rasa la ... kalo aku nak amik dadah pun terus kensel lepas tengok barang² nih suma [uwek uwek] geli aaa ... kotor nyer lah ... pehtu entah ler ... memang tak selera lah {kenyataan ini terpakai hanya untuk orang yang otak nyer waras sahaja yer ... orang yang otak dah rosak sebab dadah dah tak heran pun, sebab otak dah tak buleh berfungsi}

Ingat yer adik² yang baru nak mengenal dunia nih ... jangan sesekali ... don't you ever dare mencoba² amik dadah. Menda paling buduh dalam dunia nih la ... kalo buat jugak ... memang buduh lah

Banyak laie menda berfaedah korang buleh buat ... kalo tensen pun jangan amik dadah. Kalo takde sapa nak dengar rintihan perasaan korang yang gundah gulana tu ... tulis jer blog ... tumpahkan ler luahan hati korang dalam blog tu. Mana ler tau ada orang suka baca isi hati korang

Tekanan memang ler tekanan ... sapa jer idop dalam dunia nih takde masalah. Yang penting, sayangi lah diri anda. Sentiasa ingatkan family dan penting sekali ... ingat la pada Tuhan. Solat yang lupa ... kerana ianya tiang agama [Ustazah Norbaiyah ke aku nih?]

Kalo korang takmo ingat Tuhan ... itu korang punya pasal la ... nanti mati sendiri mau ingat aaa. Tapi tolong la jangan menyusahkan orang lain dengan amik dadah. Bila dah amik dadah nih mula la merompak lah, mengacau lah. Pokoknya ... takde pekdah pun amik dadah. Menambahkan masalah laie ada

Kalo jiwa kusut hati racau ... acik cadangkan korang buat blog jer ... laie bermanafaat. Letak la nuffnang dalam blog ko ... untung² dapat duit leh korang pie makan² ngan family. Atau buleh beli kasut sketchers ... [huhuhu]

INGAT PESANAN AKU YER - JANGAN JADI MANUSIA BODOH MENYELESAIKAN MASALAH DENGAN MENGAMBIL DADAH. SILA LA MENULIS DI BLOG ... JANGAN JADI GOBLOK

Sekiranya ada orang AADK yang membaca blog ini ~ amik la saya sebagai penceramah bebas AADK cam En. Maizan tu buleh ke? [haru betul!] Hik hik hik ...

:: Pose Tido ::

So cute ... itu jer aku nak tulis

:: Tiada Makna ::

Saya suka makan tangan saya

See ... ini la idong saya

'MEK'
Walaupun takde gigi saya masih cute

Oh ... nampak itu Kool Fever kat dahi Malliq? Ekceli dia tak demam pun. Tapi badan dia panas sangat! Pada aku panas la ... aku ingatkan dia demam. So bawak pie klinik, dokter kata tak demam pun. Selalunya badan baby memang akan lebih panas dari suhu badan orang dewasa

Setelah diperiksa ngan Ahlil Nujum Marang Perapu Kepunden Parang Skeper ... baru la aku tau yang Malliq tak sesuai ngan susu yang aku bagi dia skarang nih. Susu yang dia minum tu menyebabkan dia panas dalam [volcano nak meletup la nih] dan kegatalan mata

So aku telah bertukar kepada susu jenama tempatan ... yang harganya murah ajer RM21.60 sekilo. Nasib baik la Malliq ok ngan susu tu. Dan suhu badan dia dah ok² ... dan dia tak laie menggosok mata ngan mittens dia. Nak tau susu apa Malliq minum? Dia minum susu Dulac by Dumex ... kotak kaler pink yang ada gambo itek kuning [gambo susu tak sempat amek]

Aku bukan sengaja bagi susu murah kat anak aku. Ye lah, susu murah nih pun dah ada FOS, DHA, AA, GA dan tah pepe laie mak nenek lah. Aku rasa sama jer ngan susu cap lain yang sekilo harganya sampai seratus lebih! [giler je] Sekilo susu tepung formula yang dibuat dalam negara pun buleh cecah sampai ratusan hengget! Macam beli emas jer

Walaupun susu anak aku murah ... aku bagi dia makan makanan tambahan. Aku bagi dia makan galactis+. Sebab aku dah tak menyusu badan laie ... aku bagi la Malliq makan galactis+ nih. Kandungan nyer sama jer ngan kandungan susu ibu. So macam tipu² bagi Malliq susu badan la. Yang best nyer ... galactis+ nih perasa oren pisang. Baunyer ... sedap!

Emm ... untuk galactis+ ngan dulac nih akan aku update masuk entry lain yer

:: Plis La La La Dong ::


[haiyo!] TV kecik itam putih aku nih dah lama berjasa tau. Ekceli beli TV nih sebagai peneman aku yang kekonon akan membizi masak kat dapo nun. Lebey kurang 3 taun jugak lah kot usia TV neh ... cap ayam jer tapi very the helpful tau

Bila aku dah bersalin ... masa berpantang kan aktiviti bergerak kena la dikurangkan [chewah ... macam la aku berpantang ngan taat setia!] aku hangkut ler TV kenit cap ayam nih masuk dalam bilik mengeram aku kat belakang tu. Dapat la gak aku layan TV ngan radio kalo aku buhsan² tu

Lately nih TV cap ayam aku nih suka buat hal tau ... takmo kuar gambo. Yang kuar hanya garis² cam dalam gambo tu. Suara ada tapi gambo takmo kuar [geram!] bila dah takmo kuar gambo tu mula la jiwa raga ku panas ... ye lah sebab suara jelas [terang dan nyata] tapi aku hanya nampak garisan² jer ... hangen satu badan

Bila dah hangen ... mula la tangan tu [dush! dush!] TV kecik tu habis aku ketuk² lepuk² ... wakakakaka

Naper ek bila remote takmo tukau channel, TV takmo kuar gambo, radio pekak sebelah, monitor kuar kaler kuning ... mula la kita bantai² appliances tu ... tapi yang peliknya elok pulak lepas tu? Any reason for that?

[finally!] Lepas sakit tangan aku membelasah TV cap ayam aku tu sampai tersedak, aku berjaya la mengeluarkan gambo nyer ... tapi tak dan berapa menet jadik laie cam memula tadi! [haduhai ...!]

So soalan aku untuk korang ialah :

1. Semalam kol 9 PM, TV2 ada movie apa yer? Aku sempat tengok ada Bruce Willis ngan Kim Basinger jer ... itu movie lama rasa nya ... sebab Bruce Willis masih berambut lebat

2. Ada sesapa nak belikan aku TV cap angsa flet skrin tak? Sian kat aku ...

:: Kangaroo Mama ::

Apa aku buat tu? [oh buruk nya!] Aku sedang prektis menjadi mak kangaroo. Selain menjadi 'MEK' ... aku jugak merupakan jelmaan kangaroo. Walaupun aku tidak berpoket malah tidak berkantung ... tapi aku punya otak untuk bikin kantung palsu ngan kain pelekat

Sapa laie kalo bukan anak bujang aku la yang jadi baby kangaroo yang dok melepak kat dalam tu ...

Tengok tu ... ilek jer

Bahagia betul tido dalam kantung

As I said before ... Malliq memang budak baik. Kalo kat umah mak aku ... dia sket pun tak meragam. TAPI ... bila balik jer umah aku, waduh waduh ... kejenye asik nak mak ngan ayah nyer ngadap muka dia 24 jam jer

Pantang letak kejap ... mula la dia 'MEK' 'MEK' kalo takde orang layan dia. Malliq memang payah nak melalak. Kalo lapo pun just merengek sket² jer. Oleh sebab dia asik 'MEK' 'MEK' jer sampai aku tak buleh nak buat apa ... aku pun masukkan dia dalam kantung kain pelekat ni

Dengan senang hati dia tido ... aku pun buat la keje. Basuh pinggan, masak [masa gambo ni di ambil aku tengah masak sambal kentang] Malliq buleh pulak tido ngan aman even aku bergerak sana sini ... bergoyang² dia kat dalam tu ... tapi sikit pun tak menggugat keamanan dia

Nampak nya aku kena la beli baby sling ke ... baby pouch ke ... baby carrier ke ... tapi kalo kuar buleh lak dia tido ngan aman dalam stroller. Kat umah jer nak berkepit ngan mak ayah 24 jam. Fuh ... kurus cepat la aku camnie

Malliq ... sila jadi anak yang soleh yer. Penat mak tau! 9 bulan mak angkut ... dah kuar pun mak angkut laie ... tapi dah kuar laie berat ... skarang berat dia dah 5.7 kg ... sehat betul ko Malliq

:: What's For Dinner Tonite? ::

Malam semalam aku masak [Super Lazy] Spinach Wantan Noodles

Memula ... beli la spinach wantan noodle
Yang ini aku beli kat Jusco

Lepas itu rebus la ia ... lebey kurang 3 menet
Oh yer ... selesai rebus, air rebusan nya simpan tau!

Juga ... rebus la sayur sawi
Sayur lain nak letak pun ikut la tekak korang

Kendian ... goreng ayam yang dah dipotong kecik²
Any part will do ... ikut sukahati korang
Bila ayam sudah layu ... masukkan bahan² kat bawah ni
1. Kicap Pekat
2. Sos Tiram
3. Cukup Rasa
4. Air rebusan wantan tadi

Masak la ayam ni sehingga kuah nya pekat² berkanji
Dan rasa la kemasinan nyer
Aku tak kuat masin
Most of the time aku masak tak guna garam pun
Bila dah siap pekat ... curah la kuah tu atas wantan yang dah direbus bersama sayur tadi

Oh yer
Memang aku kalo letak resepi
Tak letak sukatan

Hehehe
As I said ... this is SUPER LAZY maa
Ikut la taste buds memasing

This is how i eat my spinach wantan noodles
Sambil mengadap TV itam putih kecik dalam bilik
Menonton Spa Q

Happy mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...