Alasan Laie Kah?

Yeay ... petang tadi dengan rasminya umah aku sudah ada streamyx balik. Sangat teruja macam la tak penah ada tenet pun b4 this. Petang tu jugak, mesin basuh aku yang kebocoran telah berjaya diangkut oleh repairman. Adeh, bila la pulak aku nak mendobi nih. Kalo hari-hari anto ke dobi pun maunyer roboh gunung emas. Kena la basuh secara manual lepas nih. Boleh la aku membasuh baju sambil berkemban dan bersuka ria menyanyi. Tapi tidak di sungai sebab sungai sekarang penuh toksik

Setelah berhempas pulas setting wireless connection kat desktop nih ... kol 6 petang baru ler dapat pakai tenet yang secured. Cheh, takde pun orang lain dalam kawasan perumahan aku nih yang pakai wireless. Sini yang ramai orang tua, kalo yang muda pun suma baru kawen dan sebok kerja. Perumahan aku macam Twilight Zone ... sangat mendamaikan

Bila dah ada tenet, aku sungguh suka sebab aku leh update blog aku dengan rakusnya ... yeargh! Mana dia entry aku yang konon nak post tapi dok terperap itu? Mana kah gambar yang berlambak di ambil tapi terperuk jer tak buat pepe tu?

Aku sangat bersemangat ... sangat teruja ... tapi bila aku sign-in ke akaun blogger dan nak update, kepala otak aku jadi sebal, buntu ... dead end. Mati kutu aku dibuatnya ... tak reti dah nak type apa. Tak tau nak buat apa. Even nak surf apa kat web pun tak tau

Adakah ini perasaan gayat? Macam orang baru kawen la ... malu-malu cam bodoh, tapi lepas tu main hetam jer asal suka? Ahahaha ... itu hanya expression aku jer lah. Tapi memang sangat terasa keganjilan nyer bila aku duduk kat opis baru aku kat umah ni. Bersama meja dan kerusi baru, desktop baru, browser baru dan internet connection yang baru. Segalanya baru bagi aku ... masih perlukan keserasian

Oh yer ... satu laie sebab aku jadi sengal dan buntu untuk update blog aku ialah ... Incek Jaque dok ngadap aku. Dia dengan penuh minat tengok apa aku nak type. Ye lah, selama ini dia dok baca blog ini ... yang dikarang dan diupload oleh aku semasa aku kat opis. Skarang nih menda dah ada depan mata so dia pun cam excited la nak nengok apa jer aku buat

Ketika post ini ditype ... aku telah berjaya menghalau Incek Jaque tido ... nak berdengkur sampai roboh siling bilik nih pun takpe la ... asalkan jangan ngadap aku! Sangat panas bilik ini ... mungkin perlukan air-cond yang super cool supaya aku lebih rajin menulis

Hendak 1000 daya, takmo 10 juta dalih ~ kerana perbezaan yang ketara oleh itu DALIH telah memenangi pertandingan ini

Comments

  1. tahniah di atas keberjayaan anda meng aktifkan tenet anda di rumah.. dan tahniah karena manjadikkan saya purposely bukak tenet di hari minggu just to baca yr blog!!ceh ouughh tidakk.... you broke my virginity!!

    ReplyDelete
  2. ouh kak iz ... sesungguhnya saya tidak bersalah dalam hal ini. hohoho macih ler singgah membaca

    ReplyDelete
  3. dalih menang? oh rematch rematch!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::