Posts

Showing posts from June, 2007

Lelaki berubah ketika isteri hamil

Image
LONDON: Sedar atau tidak, lelaki juga menunjukkan perubahan peri laku ketika isteri mereka mengandung wanita kerana simpati dengan susah payah pasangan masing-masing, menurut satu kajian. Ada di kalangan bakal bapa mengalami kekejangan, sakit belakang, bertukar mood, bertambah selera makan, alahan, keletihan melampau, kemurungan, mudah marah, pitam dan sakit gigi, kata penyelidik. Malah, ada juga mengalami perut buncit yang kelihatan seperti wanita hamil, menurut kajian terbesar mengenai masalah itu di Britain. Semakin lama kehamilan berlaku, semakin teruk gejala yang dialami lelaki berkenaan. Ini berdasarkan pemantauan 282 bakal bapa berusia dari 19 hingga 55 tahun ketika kehamilan pasangan mereka oleh pakar di Hospital St George di Tooting, London. “Seorang bidan memberitahu, ada lelaki selalu mengadu loya pada tahap awal kehamilan pasangan mereka,” kata Dr Val Collington, Ketua Jabatan Perbidanan di Universiti St George. Hasil kajian dibandingkan dengan kumpulan kawalan 281 lelaki y

Hak Muslim: Talak bukan hak mutlak suami

Image
Isteri berhak tuntut cerai jika hubungan tidak boleh diperbaiki Matlamat perkahwinan ialah untuk hidup dalam kasih sayang dan rahmat (mawaddah wa rahmah) yang berterusan antara pasangan suami isteri. Tetapi, kadang-kala rumah tangga tidak dihiasi dengan kasih sayang dan tidak mendapat rahmat Allah SWT kerana satu pihak atau kedua-duanya tidak mengikut adab serta hukum hakam dalam perkahwinan atau tidak melaksanakan tanggungjawab yang dituntut syarak. Kerenggangan dan kegagalan pasangan itu sedikit demi sedikit akan melebar hingga tidak dapat diperbaiki sekali gus, menghancurkan keharmonian rumah tangga. Sebagai jalan penyelesaian, Islam memberikan jalan keluar iaitu talak atau perceraian. Talak asalnya adalah milik suami seperti firman Allah SWT bermaksud: “Atau pihak yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan mas kahwin sepenuhnya).” (Surah al-Baqarah, ayat 237) Pihak yang memegang ikatan nikah dalam ayat ini ialah suami. Walau bagaimanapun, talak bukan hak mutlak suam

Dasat tul...

Image
Krabby Patty Crab Cakes SpongeBob Cake Watch the step-by-step videos Mr. Krabs' Clam Chowder Mrs. Puff's Pastry Fish Bikini Bottom Seaweed Pie Peanut Butter Fish Bowls