Posts

Showing posts from July, 2010

:: Small Celebration ::

Image
Malliq n Incek Jaque Kami pie makan² di ZEN Secret Recipe, meraikan rezeki yang terlebih sket. Hehehe … sebab CIMB dah bekukan akaun aku sebab tak pakai buku akaun untuk kuarkan duit, lepas 3 minggu baru la cek dalam akaun leh kuar. Belanja la 2 kekasih hati aku nih makan   Malliq adalah poyo. Nak makan pun sebok ngan puting laie. Lepas tu perasan dewasa sebab nak main garfu ngan pisau. Eksyen jer lebih nih. Kita nak amik balik, tak bagi. Dah la garfu tu dia buat korek telinga dia. Haru punya budak         Gourmet Laksa, Watermelon Juice, Iced Green Tea, Orange Ginger Juice, Bangkok Cha Cha, Fish and Chips, Apple Crumple and Strawberry Trifle. Makan 3 beranak. Sekali sekala makan meriah … Kitaorang asik nyusahkan budak kat situ jer sebab si Malliq dok sebok menjatuhkan cutlery. Memang nak kena babab budak kecik nih

:: Melawat Zoo Negara ::

Image
Lawatan nih sebenarnya bagi mengubat duka lara tak dapat tengok Konsert Double Trouble – Search & Wings kat Indoor Stadium Bukit Kiara Bulan Mei aritu. Tiket suma dah siap beli dah … kebetulan masa nak konsert, hujan la plak. Raining tau bukan Band HUJAN tu   Bukti yang kitaorang dah sampai sebenarnya Kerana hujan, parking yang takde, orang sesak [dengar citer 20K++ orang yer?], tambah pulak bawak si Malliq … kitaorang dengan rela hati mengensel event tersebut. Ada ke si polis suruh kitaorang parking seberang hi-way. Mak aiihhh … kalo aku zaman cinta-berani-mati ngan Incek Jaque berdua jer buleh ahh. Ini ada si Malliq. Jangan nak buat pasal ek. Nyawa kami ialah anak kami. Konsert tengok kat TV pun buleh [pujuk hati sendiri … kakaka] Maka … Esoknya kami ke Zoo Negara. Huih … kami orang tak penah sampai Zoo Negara. Ini pertama kali. Berkat OVI Maps Incek Jaque … sekelip mata jer sampai. Hehehe ajaib betul. Bagus juga beli tepon yang ada GPS … takde le buang masa sesat barat …

:: Moist Eggless Cake ::

Image
Ini Cokelat Ini Oren Sapa yang takmo letak telur dalam kek, leh la pakai resepi yang aku letak nih. Resepi nih Kakak Biras aku yang bagi. Rasanya dia ok kot kalo aku letak resepi tu kat sini. Laie pun sharing is caring. Kalau nak buat untuk jual … rezeki masing² kan? Lebih afdal, ibu² leh la guna resepi ni untuk makan² dengan family. Rasanya dijamin sedap, mudah dan murah. Yang penting … MUDAH. Takyah kuarkan mixer ke hapa … Moist Eggless Chocolate Cake 1 1/2 cawan tepung 1 cawan gula 1 sudu kecil garam halus 1/3 cawan serbuk koko 1/2 cawan minyak masak 1 cawan air ATAU 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu segar ATAU 1 cawan susu segar 1 sudu kecil cuka putih Caranya mudah saja. Segala yang berasaskan tepung … ayak bersama. Masuk dalam mangkuk adunan. Lepas tu, masukkan semua liquid based pulak dalam mangkuk berisi tepung tadi dan gaul. Gaul pulak tak payah susah². Pakai saja jari jemari [make sure dah bersih sebersihnya ya !]. Bak kata Sifu aku, ka

:: Tulang Ajaib ::

Image
Ini bukan di Laundromat. Bukan di kedai dobi Ini mesin dan dryer kat umah aku. Kerana kami berdua memang malas nak sidai baju [jujur mengaku] … aku paksa Incek Jaque yang kebetulan rela hati hati kena hasut ngan bininya supaya membeli mesin pengering baju … yang kat atas tu lah. Mesin kat bawah dah berumur 4 taun lebey kurang. Masih berkhidmat dengan cemerlang Aku suka pakai front loader. Baju lebih selamat dan lebih bersih. Jujurnya [sekali lagi] dari kecik tau² nak basuh baju pun, mak aku punya mesin suma front loader. Jadinya dah terbiasa lah kot. Kalo pakai top loader … mesti baju aku ada masalah ‘keputihan’ … hahaha … macam serbuk sabun tu melekat² kat baju lah. So … I don’t like Masalah plak pakai front load nih ialah … anak aku si Malliq suka sangat main mesin basuh. Celik² mata bangun tido cakap “Dapo” … dapat pandang kejap jer mesin tu pun jadilah. Kalo pie shopping … jangan la lalu depan electrical section. Mau dia mengamuk kalo tak berenti depan mesin yang front loa

:: Budak Lasak ::

Image
Tengok apa si bujang ini buat. Masa ni kitaorang makan kat Mekdi. Camnie la gaya si Malliq kalo dah overdose nak tido. Dah ngantuk gila tapi melawan mata. Dia plak tak berapa sihat … makan ubat batuk jenis laloq. Laie le pala otak dia sebu. Bila dah ngantuk, mula la buat perangai. Memula dok sebelah aku, elok jer makan nuggets, fries suma. Lepas bagi minum Ribena terus dia meroyan Dapat toys Happy Meal tu ntah mana dia campak. Kitaorang tak cari pun. Lantaklah ko … dia pun bukan heran ngan menan nih suma. Menan dia kat umah … mesin basuh, tudung saji, batang vakum, batang mop, penyapu … rajin nau tolong KEMAS umah Ayahnya sampai dah naik fed-up … hahaha. Lepas makan terus blah. Masuk jer keta pasang iar-cond kuat² terus si bujang tu tido … lepas tu kol 3.30 pagi, leh plak dia bangun ajak aku baca buku. Dah ler aku pun demam, selesema, batuk suma cukup … layan je lah. Lepas tu aku dah tak larat, bagi susu sebotol, humban dalam buai, pasang auto rocker tu … goyang la sampai

:: Projek Suka Hati #4 ::

Image
Cantek sangat la pulut kuning tu. Hehehe … ini namanya dah takde keje. Terlebih rajin la kekdahnya. Susunan pulut kuning nih sempena birthday anak buah aku yang kedua – Darwish @ Aish @ Adik. Dia nih anak akak aku yang bongsu. Umor 4 taun. Mulut tersangat becok … sampaikan bapak aku penah ter’eksiden’ gara² dia pok pek pok pek non stop dalam keta sampai orang jadi sasau. Aku kalau bawak dia naik keta … jenuh suruh dia diam. Cakap tak berenti macam radio rosak Kisahnya masa dia umur dalam 2 taun camtu, semua orang risau naper dia cam takleh nak bercakap laie. Even sket² pun takde. Yang kuar cakapnya suma bunyik Korea [Ini kes masa dia baby, dok dalam kandang depan TV … mak aku plak baru² pencen dok melayan citer Korea hari² dari pagi sampai ke malam … kakaka] Satu hari tu budak kecik nih asik demam jer. Pegi klinik dah beratus habis pun tak bebaik. Sampai dah baper bulan jugak lah … kejap baik demam, kejap baik …. kang demmmmmaaam balik. Sampi naik risau semua orang Aku buat cup

:: Westernised Menu ::

Image
Ini makanan di MMC Masa Malliq kena warded akibat H1N1 Nurse kat situ suruh aku isi borang Senarai makanan sepanjang diwarded Satu hari Untuk dinner aku mintak western food Sebab b/fast - Melayu Lunch - Cina Malam aku saja la tukar omputih Akhirnya ... makanan yang di atas yang sampai Kentang rebus Nuggets & Fish Cakes Salad Kecewa betul So much for western food ! Oh ... Ini hospital lah Haiyo

:: Projek Suka Hati #3 ::

Image
Ini Homemade MM Fondant MM@Marshmallow fondant ini saya buat sendiri Belajar ngan biras saya Saya memang kamceng ngan Kak Iz Biras saya tu lah Saya kamceng ngan dia sebab dia suka masak² Dan saya suka makan² Hehehe Dia juga hebat di ranjang dapo Kalah saya Ada saja idea nak mencipta makanan sedap Bila la saya buleh kurus Sebab itu saya suka belajar dengan dia Kerana Kak Iz juga tak lokek ilmu Terima kasih Kakak Biras ! Eggless Orange Cake + Buttercream + Fondant Ini cupcakes untuk sepupu aku Sempena majlis pertunangan dia pada 12-06-10 Aduhai ... dah sebulan jadi tunangan orang weih Baru ada masa nak upload ler Deco yang simple tapi manis [*>_<* sweet *>_<*] Sangat manis sampai semut sempat bersarang di bawah cuppies Cuppies ini di bawa ke Batu Pahat Kereta adik pulak parking bawah pokok mangga Jadinya bila sampai Nasib baik la gatal nak bukak Tengok² penuh semut sampai hitam kotak tu Terlampau banyak semut Nasib baik jenis semut bod

:: Pancit Daa ::

Image
Kejam sungguh si paku itu Besau kan? Kisahnya Incek Jaque langsung tak perasan tayar keta dah kepet Time nak amik aku ... Pakcik Jaga tegur tayar tu dah penyet Ini macam kalu ... kalo tampal jer memang takleh la jawabnya Nampak gaya kena tukau tayar baru ... Tak suka betul Perbelanjaan Luar Jangka nih Selamat menukar tayar ye Incek !

:: Garrett Goumet Popcorn ::

Image
All pics are from Garrett Gourmet Popcorn Website Terliur sudah? Yang pasti ... aku yang terliur sebab aku penah makan popcorn sedap ni Ini kisah masa pie US (Universal Studio kat Singapore je ... bukan United States) last month [hahaha ... aku belum post laie ek pasal trip tu?] Masa beratur nak masuk US tu ... aku ternampak la satu store kaler belang² biru camnie ... Comel kan? Lepas tu buleh plak dia tulis ... Oprah's Favourite Popcorn Aiseh ... Kalo Oprah dah jadi favourite ... harus la sedap kan? Lepas dah putus urat kaki meronda satu US tu ... kitaorang pun nak balik la. Tapi wajib kena singgah kat GGP tu dulu. Beli la sket buat rasa. Kalo tak kempunan plak kang ... meleleh air liur tetiap malam. Laie haru kan? Beli la [alamak ... apa tah size aku beli tu?] Tapi yang aku ingat it cost me about SGD$12. So lu kira la sendiri baper hengget duit Mesia. Kiranya ini popcorn yang termahal penah aku beli. Tapi bukan dalam tin ...