17 February 2012

:: Cuti Tahunan ::

Hullamak aii

Ini betul punya cuti tahunan ni. Disebabkan terlalu aktif kat fB, makanya blog kesayangan telah menjadi mangsa pemerdagangan orang. Eh ? Salah tu ... mangsa pengabaian

Ye lah, dulu² segalanya diluahkan ke dalam blog. Skarang, luahan di dinding fB. Lepas tu dapat plak respons serta merta dari frens. Kalo kat blog ni ... nak tunggu traffic masuk pun payah, melainkan korang blogger tersohor lah kan. Takat mcm aku ni ... sob sob

I missed to ramble in this blog. Berangan mau jadi penulis. Hehehe. Menaip setiap kata dalam blog ni telah berikan aku banyak kepuasan dan kebebasan dalam mengekspresi diri sendiri. Sayang nak berenti tulis dalam blog ni. Walaupun post yang ada hanya 766 je ... huhuhu

Tahun 2012 merupakan tahun yang sepatutnya membuka banyak ruang dan peluang bagi aku untuk perbaiki diri. Baik dari segi kerjaya, keluarga, jasmani mahupun rohani

Family wise ~ ini tahun ke enam aku berumah tangga. Anak seorang sudah bersekolah. Suami seorang yang makin bulat. Hahaha ... kami semua bahagia dengan rutin² harian yang kadangkala diselangi dengan perkara bukan rutin seperti percutian ke pantai hanya kerana budak yang bersekolah itu mau main pasir. Semua ok ... harap berkekalan sampai bila²

Jasmani wise ~ bukan ke setiap tahun azam semua orang mau kuruskan badan ? Haiyo, kurus tu aku takmo lah, kalo dah tak boleh nak kurus. Memacam dah buat ... u name it, I've done it. Tapi I prefer to be healthy. Kalo kurus tak sihat pun nak buat apa kan? Insya Allah, kesihatan aku masih ditahap baik. Alhamdulillah

Rohani wise ~ tahun ni aku cuba menjadi muslimah yang lebih baik dari tahun² sebelumnya. Mencuba mencari jawapan kepada diri sendiri. Yang ini aku tak dapat nak cerita banyak sebab its kinda personal. Nanti lah bila dah bersedia, buleh la aku cerita. Oh, tidak. Aku bukan masuk PAS ke, Arqam ke, ajaran sesat ke apa. Huhuhu no lah !

Career wise ~ ini agak sukar aku nak menjawab. Kerja mana yang tak stress kan ? But then kerja secara tak pandai, akan menambahkan kepada stress kerja yang tak akan habis tu. Bukan la nak kata aku ni pandai sangat kerja, tapi ada benda yang boleh dimudahkan. Mudahnya - kerja makan gaji macam dah kabur bagi aku. I can work under pressure but I cannot work under stupidity ! Adeh ... permulaan tahun 2012 dah huru-hara. Rasanya awal laie kan ? Baru bulan Februari. Tapi aku berharap sangat skarang dah bulan November ! Hehehe melampau la pulak nak bulan Disember plak kan. Kang tak cukup tanah nak lari

Pokoknya ... everything is good for me except for my work. Aku ada pikir nak benti keje. Nak buat full time biz from home je. Tapi banyak sangat faktor penghalang. Orang kata itu semua alasan. Just do it ! bak kata si Nike

Ok lah sambung ramblings di lain kali … I tried to be more frequent after this. Hopefully

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...