29 September 2011

:: Mari Main Api ::

Ini entry wordless Thursday

* * * B I S U * * *

27 September 2011

:: Bukan Tuhan ::

Ini kisah benar … Bukan rekaan aku. Terjadi kepada Paksu aku yang tinggal di Tapah. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya

Kisahnya, Paksu aku nih dah bertahun² mendaftar haji. Tahun lepas, nama Paksu nih dah masuk la senarai nak pie haji. Alhamdulillah ! Jadi segala preparation semua dah siap. Pegi kursus dah apa suma dah la. Pendek kata semua dah ready tinggal nak pegi je

Satu hari, Paksu pie buat medical check-up. Dapat plak seko doktor pompuan ISLAM yang pada hemah aku sangat tak patut jadi doktor. Lebih layak jadi tukang sapu sampah. Atau … lebih layak hanya mereput di tepi jalan

Kenapa ?

Paksu aku nih masa di check up, didapati platelet dalam darah terlampau tinggi ke terlampau rendah camtu lah. Senang citer, tak normal and not fit to pass the check up. Macam² cara Paksu aku nih buat la nak betulkan balik darahnya sampaikan dia berulang Tapah – Melaka nak buat ozone therapy

Bila jumpa balik dengan doktor tu … keputusan masih sama. Jadinya Paksu aku nih pun redha lah. Takpelah mungkin belum rezeki. Dan Paksu pun cakap la dengan doktor tu – “Mungkin belum rezeki Pakcik. Takpelah, Pakcik doa lah supaya kesihatan Pakcik nih bertambah baik”

Korang agak apa yang doktor pompuan ISLAM ni akan jawab ?

Well … apa sahaja jawapan yang korang teka adalah SALAH

Jawapan sebenar adalah : “Apa pakcik ? BERDOA ? Kalau doa Pakcik makbul, bagitau saya” Diiringi dengan gelak ketawa mengekek² yang beria² menggelakkan Paksu aku

Cam celaka jer kan ?

Ada ke patut seorang doktor memperkecilkan usaha pesakitnya untuk sembuh … Dan nak sembuh sesuatu penyakit tu, hatta makan ubat yang terbaik pernah dihasilkan pun, kalau tidak diizinkan Tuhan, kita takkan sembuh. Betul ?

Kalau aku ada masa tu … doktor tu mungkin sudah masuk ICU kerana tercekik steteskop

Itu tahun lepas

Maka, persiapan haji yang dah siap tu, tidak dipersiakan. Paksu aku pegi menunaikan Umrah awal tahun ni. Mmm, buat Umrah lepas plak ? Tak heran ke ? Masih kena buat medical check up jugak kan ?

Anyway … Alhamdulillah, tahun ini nama Paksu berjaya lagi masuk senarai. Penerbangan pertama 29 September 2011. Berlepas dari KLIA tengah malam. Semua gembira, semua seronok nak hantar sebab dah lama tak hantar sedara nak naik haji

Tup tup … dapat SMS kata Paksu tak dapat pergi SEKALI LAGI. Kisah yang sama seperti tahun lepas. Doktor yang sama seperti tahun lepas

Aku rasa cam nak cekik² je doktor tu

Wahai doktor sampah … ko tau tak Mekah tu adalah tempat dimana segala keajaiban berlaku ? Ko tau tak kat Mekah tu Insya Allah semua doa dimakbulkan Allah ? Ko tau tak berapa ramai orang kalo buleh nak mati kat Mekah ?

Kalo aku jadi doktor tu – “Pakcik, saya benarkan pakcik pergi atas tanggungan sendiri. Saya harap pakcik doa la banyak² kat sana harap pakcik sihat dan selamat menunaikan ibadah dan kesihatan pakcik bertambah baik”

Salah ke cakap macam tu ? Tau tak berapa ramai yang nak pergi ke Mekah tu hanya buleh berangan je sebab tak cukup kewangan, nama tak masuk senarai dan macam² laie halangan ? Ini nama dah masuk, tiket suma dah siap, bleh plak ko sekat camtu. Macam tengah makan, nasi dah kat tangan, sikit lagi nak masuk mulut, buleh ko tepis

Bak kata ayah aku – “Kalo nak mati kat sana pun, biar je la. Untung² bila pegi sana sihat”

Cerita mak aku plak – “Kawan mak si OU tu, bapak dia sakit terlantar. Teruk gak la. Bila dekat nak pie haji tu dah ok sket. Bila sampai sana, yang mati bukan dia … tapi mak dia yang sihat walafiat. Lepas jer siap semua dah dapat haji, dia pengsan terus meninggal”

Ini cerita MakNgah aku plak – Dia kena breast cancer. Lepas tu dah merebak kena tulang belakang sampai tak buleh berjalan, tak buleh bangun … hanya terbaring je. MakNgah ni adik mak aku. Jadinya mak aku nih janji ngan MakNgah kalau MakNgah sihat, dia nak bawak pegi Umrah. Saja je mak aku psycho MakNgah aku supaya ada dia ada sumtin to look forward to. Kalo tak, asik termenung mengenang nasib macam tau esok nak mati

Bila ada semangat untuk sihat, badan pun mula bagi respon. Dari terbaring dah boleh duduk. Dari takleh jalan dah buleh mengesot. Lelama MakNgah dah buleh berdiri dan berjalan dipapah. Alhamdulillah … berjaya gak MakNgah pegi Umrah. MakNgah yang sakit tu bila sembahyang tak boleh berdiri. Dia sembahyang duduk dengan kaki berlunjur sebab tak boleh lipat. Bila sampai sana, kuasa Allah, dia buleh lipatkan kakinya bila sembahyang. Kiranya sembahyang duduk bersimpuh la kan

Kat sana MakNgah nih lebih sihat dari orang yang sihat. Kita tengok pun tatau dia sebenarnya tengah sakit. Bila dah sampai sana tu Insya Allah apa saja yang kita minta akan dimakbulkan. Mak ngan MakNgah aku siap dapat kucup Hajar Aswad

Jadinya … kat sana tu ada segala macam rupa manusia. Yang takde kaki, yang jalan ngesot, yang berpimpin, yang tepok, yang buta, yang pekak, yang sakit, yang sihat. Kenapa semua yang sakit sebok nak pegi Mekah ? Sebab dah tentu la nak Allah mendengar keluhan kita yang sakit. Kalau dapat berdoa di Kaabah tu kan lebih afdal sebab kan ke tu Rumah Allah

Bodoh punya doktor. Kalau takmo tanggung risiko, biar je la pakcik aku tanggung sendiri. Dah la ko gelakkan Paksu aku nak berdoa … Kita nih semua dari keturunan manusia yang bernama Nabi Adam. Agaknya ko tu evolve dari monyet, tu pasal ko gelak

Haih … oh terlupa ! MakNgah aku taun nih dapat naik haji tau ! Lepas dia balik Umrah, dia terus sihat dan buleh berkuat menjaga cucu laie. Alhamdulillah …

Kepada yang bakal menjalani Ibadah Haji … selamat pergi dan selamat kembali. Kalau tak kembali ke Malaysia, sekurang²nya telah selamat kembali ke sisi Allah. Itu yang lebih mulia. Semoga memperoleh haji yang mabrur

Amin

06 September 2011

:: Selamat Hari Raya ! ::

Adalah sangat L A M E ok. Seminggu dah kenyang ketupat, rendang, lemang baru nak wish raya ! Sangat tak berhati perut peparu limpa ek – yups, semua dah kena masak time raya aritu

Cerita raya taun nih adalah dipenuhi dengan makanan berprofil tinggi dan kepenatan melampau²

#1 : Canadian Lobster

27082011772

Ini lobster. Dimasak pada 3 hari terakhir Ramadhan kot. Aku hilang ingatan lah. Aku kirim kat wife BF aku yang keje kat Putrajaya sebab supplier lobster nih tak anto sampai Melaka. Kalo korang berhajat nak makan lobster, leh cari kat sini – Facebook Lubuk Lobster

270820117742708201177627082011778

Lobster fresh frozen dari Canada. Telah berangan nak makan lobster Canada sejak dari form 4 bila ayah aku pie Canada dan pulang bercerita kesedapan memakan lobster Canada kat kitaorang. Takleh bawak balik sebab ayah aku pie sana keje, bukan lepak makan angin. Tapi sakit hati jugak la, dengar je citer, rasa nya idak. Huhuhu

Seko dalam RM50 – RM58 … not more than RM60 seekor. Maka dengan rakus aku telah merembat 4 ekor terus. Memandangkan umat manusia yang ramai kat umah mak aku

Oleh kerana ini kali pertama berdepan dengan krustasia bersepit besar ini, maka nya amik jalan selamat. Masak rebus jer dan makan ngan garlic butter. Gambar dah siap nan ado pasal semua galak makan tak hengat donia, lupa terus nak amik gambo

#2 : Kambing Golek

P1120912

Mmmmbbbeeeekkkkk! Yer … kitaorang teleh mengorbankan seko kambing Boer dan menggolekkan sendiri kambing tersebut. Ayah aku tetiba request nak buat kambing golek pada hari ke 6 terakhir Ramadhan. Layan kan aje !

P1120940P1120942P1120967P1120981P1120989P1120993

Ini bukan takat golek, gelek ada, gerek pun ada. Sekejap je masaknya. 2 jam golek dengan api besar. Berjam jam jam jam jam jam jam tak tido kalo bara api. Huhuhu panjang citer menggolek kambeng neh. Tapi sangat berbaloi – sodap tak hengat

Bagi pencinta kambeng … taun depan aku buat biz kambeng gelek. Huhuhu sapa berkenan, leh email kat aku. Gerenti sedap ooo … tatak bohong

#3 : Air Long Chan

P1130009

Memula amik 6 crate, pehtu tambah laie 1 crate. Kekejap minum Long Chan. Kekejap kokak botol oren bodoh neh. Sampai naik berpinau bijik mata minum Long Chan. Kekeke … meriah gila makan kambeng golek sambil minum  Long Chan … mana mau dapat ooo

Makanan lain macam biasa la : Ketupat, Ayam Masak Merah, Rendang Daging Campur, Sayur Lodeh, Sambal Udang, Babat Kicap Lada Hijau, Ayam Sambal, Cheese Tart, Dodol dan Wajik Sirat

Pehtu semua tergolek cam ulau sawa kenyang … Burp !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...