31 October 2008

Happy 40th Posting

Sebagai menandakan aku berjaya buat posting ke 40 dalam masa sebulan, aku tertarik nak tepek satu news yang aku amik dari paper The Star

Honey, did I win RM20mil?

By NG CHENG YEE

PETALING JAYA: Instead of hugging each other with joy, a couple slapped each other after the husband found out that he had won a RM20mil lottery jackpot.

They slapped themselves to make sure they were not dreaming as they could not believe he had won, especially after the wife retorted: “You must be joking and in your dreams!”

The winner found out that he had won the Mega Toto 6/52 Toto with his set of numbers – 17, 19, 20, 32, 39 and 41 – after checking the results in a Chinese daily.

The man, in his 40s who is involved in the food business, simply could not believe it and kept on checking the results repeatedly before breaking the news to his wife.

According to a statement issued by Toto, the winner has been trying his luck over the past decade.

His set of numbers was inspired by the trend of previous winning numbers he had been diligently observing. He had been spending about RM50 on a range of self-picked numbers which he repeatedly bought.

On how he would spend the windfall, the man said he would give half of his winnings to his wife and “buy a bigger car”.

The wife said they would settle all their outstanding financial obligations and do their best to help out family members and relatives who were less well-off before donating to charitable bodies.

“I will now pamper myself and loved ones with luxurious overseas holidays.

“I can’t wait to sign up for a Europe tour because I have not been to that part of the world,” she said.


*** 20 Juta tu. Baru jer aku berangan nak dapat duit senang semalam ... tapi orang lain lak yang dapat. Mungkin kalo aku berangan lebih giat laie, mesti aku lak leh dapat duit lebih banyak dari tu kan?


Sila bagi satu flying kick untuk aku yang tah pepe nih. Tahniah kerana berjaya tepek post yang kadarnya sama ngan posting untuk setaun lebey kat blog aku yang lain. Syabas! ***


Kalo korang la kan ... apa jer korang nak buat ngan duit 20 juta tu?

30 October 2008

Akhirnya

Setelah memeras otak konon nyer nak bikin template sendiri sampai kelaparan, akhirnya aku decide nak guna template yang aku amik kat web jer. Tadi ada satu design tu sangat lawa aaa tapi author to convert dari Wordpress nyer theme. Memang canteks tapi tu lah ... ada function yang cam sengal takleh nak edit. Aku nyer bijik mata dah naik berpinau dah nak betulkan coding tu ... tapi skarang aku tak rajin. Tengok ler nanti

Bila dah mengalter template nih macam biasa ler kan, semua ko nyer widget ilang. Aku nak isi balik semua ... aduhai. Tunggu ler aku rajin esok. Skarang nih perut aku lapar ... takleh nak konsentret berpikir nih

Emm, aku rasa aku pakai jer lah uniform nih. Rasa malas dah nak tukar. Simple n nice jer pada mata aku. Tapi kalo pada masa hadapan, mungkin tetiba aku datang rajin nak buat sendiri ... ohoho, tak tau ler bila nak datang rajin tu kan?

Ok lah ... dah time tido pun. Esok nak keje laie. Kan best kalo takyah gie keje, dok umah, layan TV, layan tenet, layan umah, sesambil tu cari biz online nak buat ... ko rilek je, tapi duit masuk cam air. Takde hal nak sopping ribu-riban, holiday obersi tutup mata jer

Kuatnya berangan ... itu tandanya soh pie tido tu

Tukar Laie Ka?

Buat sementara waktu, aku akan guna template nih. Nampak gaya blog nih dah 3 kali tukar uniform. Aku masih laie cari identiti yang sesuai ... setakat nih, tak kompem laie nak guna yang mana. So, harap bersabar yer Sabariah ... nama blog pun PENING. Apa mau heran ...

Sila tinggalkan komen yang berfaedah. Aku sendiri pening uniform mana nak pakai ... mungkin kena pakai uniform sama ngan baby aku kot iaitu TOGEL ... buleh ka?

Awak Buat Saya Suspen Jer

Semalam masa aku lepak² kat umah, Incek Jaque amik le peluang nak ramah mesra ngan anak bini nyer. Dia pegang² le perut aku yang makin boolat ini. Baby kat dalam nih pulak memang sangat aktif. Tiap² hari, kol 4.30 pagi baby dah kejut aku pepagi buta tu. Bergolek sana sini dalam perut aku ngan hati yang riang ria

Aku citer la kat Incek Jaque yang anak dia kat dalam nih tak reti dok diam. Letih aku dibuatnya nak ngendong dia seharian. Rasa macam perut aku nih nak terlondeh jer dibuatnya. Bebel ... bebel ... bebel ... Incek Jaque lak konon la jadik suami mithali, sekolahkan baby kat dalam nih. Jangan sakitkan mak, sian kat mak penat ... lalala. Coba² jadik ayah la tu

Pagi nih, aku tido ngan aman sekali. Baby diam jer ... sampai aku pulak rasa cuak. Weih, awak marah kat mak awak nih ke? Merajuk ke mak bebel² pasal awak tak reti dok diam? Dia diam jer. Takde respon. Aku cam tak puas hati la sebab selalunya baby gerak², siap melompat aku rasa kat dalam tu. Ini takde pepe ... Incek Jaque kata dia tido la tu kot. Aku risau gak ler. Mana nak tau kot² la jadi apa² yang tak diingini. Ouh takut nyer saya!

Sampai ler kol 9 nih ... baru la dia meng'activate'kan playground kat dalam nih. Bergolek sana sini macam selalunya. Yeay! Ilang sudah gundah gulana ku ini. Ooo ko sudah bikin cuak sama mak ko ya. Ok lah ... mak tak bebel laie dah. Baby nak buat apa kat dalam tu, tak kisah lah. Asalkan baby happy. Mak tahan je lah. Lepas nih kalo baby tak kenang jasa mak, harus la mak bebel laie panjang dari semalam

Sila tadah telinga

29 October 2008

Kalam Akhir

Akhir kata untuk hari ini ...
  1. Aku sangat letih
  2. Aku happy
  3. Aku berjaya makan bingka jagung
  4. Kepala baby aku dah masuk 'dock'
  5. Baby aku sangat panjang
  6. Kaki aku yang bengkak itu dah makin surut
  7. Semoga aku tidak capek kat opis
  8. Aku suka update blog aku walaupun sket malas
  9. Aku ada banyak gila gambar karut
  10. Aku suka amik gambar karut
  11. Aku nak start jayakan misi tertangguh
  12. Aku nak tido
  13. Aku nak pasang air-cond kat bilik tapi bajek tak cukup laie
  14. Aku panas
  15. Aku nak pie toilet
Ok lah ... adios! Jumpa laie ...

Preview Sket Dulu

Apakah itu? Oho ... sila la tunggu dalam beberapa hari ajer laie. Skarang nak citer pun dah lewat. Esok aku kena gigih kerja sebab tadi dah monteng. So, entry nih akan diupdate laie tapi aku janji takde la sampai lepas aku beranak. Paling lewat pun dalam Jumaat / Sabtu / Ahad nih. I promise u lah ... U jump I tengok jer. Hahaha ... takde kena mengena pun!

Lepas Gian

Yeay ... akhirnya dapat jugak aku makan bingka jagung. Setelah dok ngidam tah berapa lama punya pendam. Semalam aku pie check-up. Pehtu kena ATT sekali (Tetanus Jab a.k.a. Suntikan Pelalian Kancing Gigi) ... Aduhai, lenguh sengal tangan aku. Sudahnya aku hari nih monteng kerja [Ampun Bos! Gue sangat tak larat]

Sehari suntuk aku cam zombie. Kejap tido ... kejap bangun. Mostly nyer tido la. Incek Jaque yang coti deepavali gigih la pasang langsir, kemas umah. Hahaha ... aku - ketidoran sajer. Serius aku sangat tak larat

Petang mak tepon kata ayah nak datang pasangkan lampu bilik belakang. Aku ngan rasa penuh tanggungjawab, gigihkan diri la buat bingka jagung nih. Ekceli, aku yang nak makan tapi bahana pembakar kuih lobang tengah tu mak yang presentkan kat aku ... aku rasa nak bagi ler kat mak aku bingka nih. Dah terlanjur ayah nak datang

Resepi nih entah dari mana aku cedok pun dah tak ingat ... sebab lama sangat tunda. Bingka nih sedap. Tak manis sangat. Just the way yang sesuai untuk pompuan preggy cam aku yang kena kontrol tahap kemanisan. Ahh, yang penting misi untuk makan bingka jagung dah berjaya

Nak resepi sila lah salin ini

1 tin krim jagung manis
1 1/2 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
3/4 cawan gula
2 biji telur ayam

Itu sahaja. Campurkan semua sekali. Godak sampai rata. Masak kejap atas api dalam periuk. Then transfer dalam loyang/acuan pembakar yang korang nak pakai. Bakar sampai masak dan gareng ... aku suka kerak yang banyak. Kalo pakai acuan lobang tengah tu, api kena ejas kat paling kecik yer. Dan bila dah masak (test la guna lidi @ cake tester - bila cucuk tu bersih jer, takde laie bingka melekat) harus diingatkan supaya tunggu sampai sejuk baru ler nak potong ke nak pindah tempat lain ke. SEJUKKAN dulu ... ini amaran penting nih. Kalo tak habis berderai la bingka korang ... selamat la mencoba

26 October 2008

Sila Takjub

Ini
tambah lak ngan yang ini
Tak mustahil kan anak aku leh ropa camnie?
Sila la gelak bersama-sama di hari Ahad yang indah ini

Apa Salahnya Bergambar Keji

Korang kalo nak tipu pun agak2 la ek ... mustahil la dalam idop korang tak penah amik gambo yang agak keji hasilnya untuk ditatap pada masa hadapan. AAA ... keji maksud aku ialah gambo yang korang rasa macam ... aduhai, naper la muka aku camtu aaa! Sebagai contoh yang lebih jelas ialah cam gambo aku kat bawah nih ...

Dengan muka yang tembam dan spek mata yang dah sampai ke pipi ... berminyak toksah cakap la kan ... tetiba ada lak telinga extra kat atas kepala tu. Aduh! Memang la tragedi. Tapi sungguhpun rupa ku keji ... moment candid yang berjaya dicapture itu sangat khelass

Takpelah aku sekali sekala menjadi bahan humor. Seronok jugak bila kenang balik. Hehehe. Yang aku dokong tu ialah anak akak aku yang menjadi jurugambar tak bertauliah amik gambo aku camnie. Siap ko long ... nanti aku carik gambo ko yang keji dan tepek kat sini pulak

Korang ada gambo keji camnie?

Slideshow Album Gambar

Aku dapat features nih dari blog kawan cyber aku ~ Watie ... menariks kan? Sangat senang kalo korang nak share gambar yang maha banyak ... macam aku. Rasanya kalo aku upload suma gambo yang aku amik ... mau letup bandwidth picasa web album aku.

Kalo korang nak guna kemudahan nih ... sonang ajer. Sila la ke ~ http://picasaweb.google.com/lh/getEmbed

Kat bawah nih ialah sample album aku pie jejalan ngan family Incek Jaque ke umah akak dia di Terengganu. Sila la enjoy! Oh yer ... abaikan jer muka aku yang bulat itu. Masa trip ke Kemaman nih aku baru peknen berapa bulan ek ... dalam lebey kurang 3 bulan camtu la ...

Kalendar Persekolahan 2009

Dicedok tanpa segan silu dari Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 04.01.2009 31.01.2009 20
Hari Persekolahan 01.02.2009 28.02.2009 20
Hari Persekolahan 01.03.2009 12.03.2009 10
Cuti Pertengahan Penggal 13.03.2009 21.03.2009 9
Hari Persekolahan 22.03.2009 31.03.2009 8
Hari Persekolahan 01.04.2009 30.04.2009 22
Hari Persekolahan 01.05.2009 28.05.2009 20
Cuti Pertengahan Tahun 29.05.2009 13.06.2009 16
II Hari Persekolahan 14.06.2009 30.06.2009 13
Hari Persekolahan 01.07.2009 31.07.2009 22
Hari Persekolahan 01.08.2009 20.08.2009 15
Cuti Pertengahan Penggal 21.08.2009 29.08.2009 9
Hari Persekolahan 30.08.2009 31.08.2009 2
Hari Persekolahan 01.09.2009 30.09.2009 22
Hari Persekolahan 01.10.2009 31.10.2009 21
Hari Persekolahan 01.11.2009 19.11.2009 15
Cuti Akhir Tahun 20.11.2009 02.01.2010 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78

Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 05.01.2009 31.01.2009 20
Hari Persekolahan 01.02.2009 28.02.2009 20
Hari Persekolahan 01.03.2009 13.03.2009 10
Cuti Pertengahan Penggal 14.03.2009 22.03.2009 9
Hari Persekolahan 23.03.2009 31.03.2009 7
Hari Persekolahan 01.04.2009 30.04.2009 22
Hari Persekolahan 01.05.2009 29.05.2009 20
Cuti Pertengahan Tahun 30.05.2009 14.06.2009 16
II Hari Persekolahan 15.06.2009 30.06.2009 12
Hari Persekolahan 01.07.2009 31.07.2009 22
Hari Persekolahan 01.08.2009 21.08.2009 15
Cuti Pertengahan Penggal 22.08.2009 30.08.2009 9
Hari Persekolahan
31.08.2009 1
Hari Persekolahan 01.09.2009 30.09.2009 22
Hari Persekolahan 01.10.2009 31.10.2009 22
Hari Persekolahan 01.11.2009 20.11.2009 15
Cuti Akhir Tahun 21.11.2009 03.01.2010 43
Jumlah 285
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 208
Jumlah Hari Cuti Penggal 77

Kumpulan A Kumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
*** Selamat merancang percutian anda! Aku ingat pun taun depan nak gie holiday aaa. Sian Incek Jaque tak penah gie memana. Laie pun taun depan kan dah ada baby. Harus la adventure sket kan nak pie jejalan

Ada orang suka cakap ngan aku ... pie la jejelan sementara masih berdua. Nanti dah ada anak susah. Entah ler, aku tak berapa setuju ngan pendapat nih sebab kita yang mengatur perjalanan hidup kita ... so ada anak ke tak itu ikut kepandaian ko mengatur hidup la kan? Ko nak trip ko susah ke, ko nak trip ko senang ke. Abih kalo gitu, dah ada anak nanti, ko takyah ler kuar umah ... dok ngadap je la anak ko. Itu macam ka?

Ouh aku dah hidup berdua ngan Incek Jaque 2 taun dah. Kalo kata malas ... memang la malas. Takyah nak tunggu ada anak. Hahaha ... pokok pangkal semua dalam hati memasing la ek ***

25 October 2008

Hahaha

See ... kalo ler aku nyer earnings tak meningkat jugak ... aku tak tau ler nak cakap apa. Sangat penuh ngan ads by nuffnang. Walaupun tak harap ... tapi kalo leh dapat ... amik je la kan

Rezeki jangan ditolak ... musuh jangan dicari

Positip positip positip ... oh yer ... aku nak masukkan satu laie kategori kat sidebar aku nih. Pepe pun lepas deepavali baru kategori nih akan di'up'kan. Menariks tau ... sila jangan serik untuk datang singgah ke belog (ini pinjam Hanis Zalikha) ini sebab ada ler perubahan drastik yang akan berlaku tak lama laie

Ohohoho apa itu? Sila la bersabar yer ...

Mood Yang Merudum Seperti Bursa Saham

Baru kol 8.02 pagi ... dah 2 hari lebey kurang aku tak mengupdate aku nyer blog. Tetiba sangat bz tak tentu hala. Kaki yang makin bengkak pun macam gila dah ... kejap surut, kejap macam belon. Chappati yang dah siap digelek terbiar jer kat dapur bersama sambal sardin kat atas dapur nun. Hari nih ... sure semua harus masuk dalam tong sampah. Nasib baik aku ngan Incek Jaque dah pulun semahunya Rabu lepas

Apa aku nak buat nih? 2 hari nih cam takde mood. Keje tetiba berlambak kat opis, sedangkan selama nih bahagia jer goyang kaki. Hahaha ... goyang kaki sebab aku selalunya siapkan kerja macam ribut, then dah siap suma leh ler relaks. Tapi 2 hari nih, bz la pulak nak menyiapkan opis aku menghadapi odit 5S. Walaupun aku bukan keje kilang Toyota

Semalam jugak ada ler makhluk nih ... tetiba jer carik pasal nak gado ngan aku. Kebaikan aku suka sangat disalah erti kan. Panjang la kalo aku nak citer tapi aku sameri (summary) je la ek
  • Kat opis ada puak-puak : aku takde puak ... cuma puaka jer. Hahaha, aku malas la nak berpuak ~ aku kawan ngan semua orang
  • Tapi ada 1 puak yang selalu aku join sebab puak nih berada di level yang sama ngan aku ... majority ahli puak berada di floor yang sama dan aku join sebab masa makan aku (minum pagi ke lunch ke) selalunya puak nih yang ajak aku join ... aku ikut jer sebab puak lain tak ajak aku join pun
  • Oleh kerana aku nampak macam selalu mengikut puak ini, aku telah dilabel jugak sebagai ahli puak puaka ini ... ohohoho bunyik macam kejam kan? Tapi tunggu la apa yang diaorang buat kat aku
  • Lama ke lamaan aku join puak nih ... aku rasa tak selesa sebab biasa la kalo dah hidup berpuak, mesti ada ngumpat lah, kutuk lah, tak puas hati ngan puak-puak yang lain ... padahal pada aku, itu suma mainan perasaan jer sebab ... sapa suruh ko layan menda2 takde pekdah camtu kan? Masuk telinga kiri, kuar telinga kanan ... kalo ko nak kentutkan pun takde sapa nak marah
  • Kengkadang sampai tahap ober-ekting sebab aku rasa puak lain takde pun kacau puak yang aku join nih tapi THE TRIBE LEADER selalu ajer rasa tak puas hati ngan puak-puak lain yang ada
  • Aku sorang yang positif ... aku anggap semua orang baik, so aku kawan ngan semua orang, dan so far, yang aku tahu ... aku takde cari pasal ngan orang, dan aku rasa takde orang pun yang nak bermusuh ngan aku
  • Even dengan musuh puak puaka yang aku join nih pun aku kawan jer sebab kenapa aku nak bermusuh pada orang yang tak buat pepe kat aku kan? Sangat bodo la kalo aku tetiba nak marah/sombong tak tentu pasal. Ini suma hanya akan menambahkan aura negatif pada aku
  • Oleh kerana itu, aku dianggap tidak berpendirian kerana aku dilihat seperti ahli puak yang cuba menikam puak sendiri
  • Adakah kerana aku mempunyai pendirian untuk bersifat natural dalam segala hal pun dianggap sebagai musuh hanya kerana aku tidak mahu mempunyai aura jahat seperti ahli puak lain?
  • Aku join pun bukan aku dilantik sebagai ahli kelab pantry ... aku join atas dasar kawan yang dah ajak aku join. Kalo tetiba puak lain ajak aku pie makan ke apa, aku mungkin akan ikut ... tengok keadaan gak la, tapi aku tau itu suma takkan berlaku sebab puak lain tau THE TRIBE LEADER musti melenting kalo diaorang ajak aku join
Tatkala ini aku rasa macam selebriti yang menjadi rebutan pulak. Hahaha ... sangat perasan. Tapi betul tau, sebab aku nih baik, orang selalu berebut nak kawan ngan aku. Tapi lepas tu buat aku cam hamba tebusan sebab aku jenis manusia yang tak kisah nak tolong pepe yang kawan mintak. Tu yang aku selalu cam bosan tu. Tu pasal gak aku amik langkah selamat ngan kawan jer ngan semua orang

The Law of Attraction ada sebut : Apa yang ko mintak ... itu la yang ko dapat. Aku mintak / anggap semua manusia sekeliling aku nih baik ajer ... dan itu la yang aku dapat. Selama aku kerja, semua yang ada sekeliling nih pun baik ajer ... tapi kalo sifat lahiriah orang yang berpuak itu sudah tercalit noda hitam ... yang putih kat tepi2 pun musti kena tempias jugak

Aku nak ada fokus dalam hidup. Tak lama laie aku akan jadi mak. Aku takmo dah dok berpuak2, ngumpat hal orang yang takde kacau diaorang pun, rasa dendam pada orang yang tak sudah2, benci kat orang yang pada aku sangat melampau. Sampai bila jer kita nak ada perasaan kalut tu dalam hati? Sampai bila jer kita buleh hidup dalam sifat yang tak patut kita ada tu? Sampai bila jer kita nak jadi sama2 jahat macam orang yang kita kata jahat itu?

Mungkin korang akan kata ... alah, ko tak kena, senang la ko cakap. Eh ... sapa kata aku tak penah kena khianat? Sapa kata aku tak penah marah dan benci orang. Ada la sorang tu, kalo ikut hati yang amarah dan jahat ... dah lama dah aku pie letupkan dia ngan C4 ... ouh tak. Mungkin ada 2 orang. Hahaha ... tapi aku amik langkah, memaafkan orang2 itu kerana selagi aku dendam, selagi tu ada perkara yang macam tak sudah dalam hidup aku nih. Rasa macam ada batu besar yang dok menghempap otak aku, hati aku, jantung aku. Kalo ko memaafkan ... batu nih ngan sendiri beralih dan ko secara otomatik berasa tenang. Lagipun, apa ko nak rugi ngan memaafkan orang? Bukan kena bayar wang pos ke, komisen ke ... kalo ko rasa perbuatan diaorang yang bersalah pada ko tu perlu dibalas ... biarkan la Tuhan yang membalas untuk ko. Kalo ko pun buat perkara keji macam diaorang, hanya kerana nak GET EVEN, kan ke ko dah sesama jahat ... berperangai keji jugak macam orang2 jahat itu?

Marah memang buleh marah ... kita manusia biasa. Bukan nabi yang sentiasa dilindungi Tuhan dari melakukan silap dan kejahatan. Tapi kalo simpan dendam, itu tandanya tak redha. Biarkan je la pepe yang terjadi tu sebagai motibasi hidup. Kalo semua nya indah ... itu maknanya ko tengah tido dan bermimpi la tu. Sila la bangun dan hadapi realiti hidup. Mimpi pun kengkadang dapat mimpi yang dahsyat ... macam jumpa Freddy Kruger ke, orang curik spenda ko ke, jatuh gaung ke ... see, mana ada yang BAAAIIIKKK ajer setiap masa

Yang penting, musibah yang melanda tu amik ler iktibar. Mungkin betul salah orang lain. Tapi mungkin jugak sebab kita yang alpa dan mudah lupa nih yang suka kata orang lain yang buat salah kat kita. Terima je keadaan itu dan sentiasa la berterima kasih di atas pengalaman yang diberikan

Kalo orang berniaga ... mana ada terus kaya raya, terus hebat macam Donald Trump? Kalo tak rasa kegagalan ... macam mana ko nak tau nikmat rasa kejayaan? Kalo ko tak rasa kekecewaan ... mana ko nak tau rasa manisnya kebahagiaan? Macam ko niaga ... semua dari mula elok jer. Tak penah rasa bankrupt, tak penah rasa biz ko nak longkop, tak penah rasa rugi, tak penah rasa pekerja ko nak lari ... semua baik, semua aman, semua tenang. Ko rasa memang la bagus ... tapi lelama ko tentu bosan sebab ko rasa semua baik jer ... macam malas nak buat pepe dah. Cuba kalo banyak rintangan dan halangan ... ko sentiasa akan buat bermacam perkara untuk naik dan teruskan perjuangan. Itu kan lebih manis sebab bukan semua leh survive lepas kejatuhan yang amat dahsyat

*** Kenapa tetiba aku tengok jam dah kol 8.46 pagi? Hohoho sangat panjang tazkirah sabtu aku nih. Apa pun, apa yang aku bebel nih adalah lahir dari pengalaman aku sebagai manusia yang asik dibuli kengkawan. Mungkin sebab aku suka membuli anak buah aku ... so ini lah balasan yang aku terima. Kah kah ... aku bukan buli aaa, aku suka menyakat orang. Sungguhpun bebelan aku yang berjela ini hanya curahan rasa hati. Takde niat nak singgung sesapa, takde niat nak bikin aib sama itu puak-puak puaka yang ada kat opis aku tu. Kalo ler korang tetiba jadik pandai dan terjumpa blog aku nih ... korang pikir la sendiri apa yang aku tulis nih. Aku tak nyesal pun tulis sebab apa yang aku tulis nih semua kebenaran hakiki yang patut korang perhalusi

So ... terasa lapar la pulak. Dari marah orang tak tentu pasal, baik ler pegi makan. Buat apa nak sakit hati ... mati cepat

22 October 2008

Trip To Batu Pahat

Ahad lepas ... aku ngan Incek Jaque, memfollo parents aku balik ke Batu Pahat. Taun nih aku tak sempat nak beraya ke Batu Pahat ... dah alang2 mak ngajak ... I will follo u je lah ...

Sebenonyer ada orang kawen kat Seri Medan. Nie kira kampung mak aku aaa sebab dia besar kat sini. Tempat yang kitaorang nak pegi nih ekceli umah nenek tiri aku nyer adik or is it abang? Entah ler, aku bukan tau sangat sebab mak aku nih banyak nau sedara mara. Yang aku tau ... itu kira sedara je lah. Tiri ke, angkat ke, pinjam ke ... sedara la kira nya kan?

Ini le tempat yang kitaorang nak pegi tu ... nama nyer SEJAGONG, PARIT JAYOS 3. Waa, dasat tul la nama tempat. Al maklumlah kampung orang Jawa. Aku pun tak penah sampai tempat nih. Kiranya kalo dari Pekan Seri Medan tu, Sejagong nih ke atas laie ... makin masuk ke dalam aaa camtu

Aku ada tanya kat Incek Jaque, kalo dah jauh ke dalam camnie ... camne ajer la diaorang nih suma isi minyak moto? Gila ko ... masuk ke dalam nih ada le mau 45 menet ke 1 jam gak la. Isi penuh kat pekan, masuk sini balik dah tinggal separuh. Camner je camtu ... gila rugi. Rupanya aku ler sengal ... ada menatang ni ha dalam kampung

Sila la kagum bersama saya. Mana la aku penah tengok menatang nih. Kalo camnie ok la jugak orang kampung nak isi minyak motor. Ok lah ... saya tidak berasa heran laie

Sebelum ke kenduri kawen, kitaorang singgah umah sepupu aku yang baru bersalin raya ke-8 aritu. Nama baby boy dia Muhammad Zaim Waldan Bin ... alahai, aku tak henggat la apa nama bapak nyer. Yang aku tau aku panggil dia Wan. Ohohoho sangat mintak mahap yer. Baby nih dipanggil Waldan ajer. Jangan silap sebut jadik well done lak. Sepupu aku kata Waldan tu sempena syaWAL dan ramaDAN. Tapi tengok dalam buku nama maksud WALDAN tu pulak anak yang baik ke apa ... lebey kurang camtu la. Tak kisah la nama ko apa Waldan oii, janji ko donga cakap mak ayah ko tau ... pesanan dari Acik ko yang garang tapi baik hati dan cumel ini

Waldan yang sangat halus ... aku nak riba pun ada seram juga

Ini Amin ... ibunda nyer Waldan

Itu jer gambo yang sempat diupload. Ada laie banyak gambo tapi aku skarang nak pegi membancuh chappati untuk lunch. Nanti aku post ceta pasal chappati lak aaa ...

Emergency Leave

Hai korang ... arinih aku EL. Sebab nyer ...

Waaa ... sila la simpati kat saya

Makin membengkak kaki ku ini since hari raya ... sudah berapa hari tu? Kira la sendiri. Ini semua gara-garu duduk terlalu lama dalam kereta. Ye lah kan, nama nyer pun beraya. Dah pueh ler aku buat memacam nak ilangkan bengkak nih ... takmo gak ilang

Dah 2 malam hidup ku dalam sengsara sebab aku kena SIMPUL BIAWAK / KEJANG URAT. Sangat seksa sebab bila aku nak betulkan jer, kebengkakkan kaki ini telah menghalang urat tu untuk relax. Udah nyer ... dalam masa lebey kurang 45 menet, aku kena simpul biawak nih dekat 20 kali. Bayangkan ler ... seksa tak seksa namanya. Sampai sedu sedan aku melalak. Incek Jaque pun sampai mati akal ... dah tak tau camner nak tolong aku

Malam tadi kena laie ... aduhai. Aku nak relaks arinih. Tahan je lah, tinggal 45 hari jer laie aku nak harung semua nih

21 October 2008

Ke Garisan Penamat

Tinggal berapa hari ajer aku nak bersalin. Sangat teruja nih ... even ada la sket perasaan nervous breakdown. Ye lah, 1st time nak jadi mak. Tapi aku happy sangat sebab lepas nih ada la penyeri dalam umah aku tu. Kalo tak aku pun bosan ... Incek Jaque tengok muka aku ... aku tengok muka dia ... pehtu gadoh. Hahaha, kebosanan tahap gaban

Semalam sebagai last prep nak bersalin nih, kitaorang pegi la membeli beg untuk sepital. Wah, sangat spesifik gitu. Beg nak beranak la lebey kurang. Untuk disumbatkan segala menda yang nak diangkut ke sepital. Ingat nak cari kat Parkson je lah kot ... senang, tak ramai orang dan dekat ajer ngan ghumah. Sepanjang hari semalam leh kata cuaca sangat ok la sebab hujan then sejuk² jer gitu ... malas nak keluar pun ada gak tapi sebab dah janji nak cari barang² tu suma sementara aku lom sarat ... kitaorang pun gerak² gerak khas

Hujan di petang hari ... tido best nih


Incek Jaque ngan muka ngantuk nya

Hujan dah tak lebat sangat ... mata pun masa nih macam malas² jer nak bukak. Bahagia betol kalo dapat selimut tebal dan berdengkur ... ZZZ

Sampai jer kat Melaka Mall ... terus pegi makan. Lapau ler kekdah nyer tu sebab dedua tak makan laie. Terus ke tempat paling senang nak makan ~ 1901 ... food for friendship katanya

This is mine ... Sausage Combo Double Mix


Flesh Olen yang sedap


Ini Incek Jaque punya ... Midwest Oval


Kitaorang sangat bersopan kan?

Jangan lupa yer ... lepas makan harus la tolong kemas sket². Sian la kat orang yang nak ngemas meja tu. Lepas dah pueh ler berpusing sana sini nak membeli apa la bagai ... kitaorang end up ngan beberapa barang jer as banyak barang dah beli sket² since the day dah tau aku peknen. Ye lah, kalo nak beli sekali pulun ... mau benkrap aku. Lain ler kalo aku nih kaya raya ... insya allah kaya raya la aku lepaih nih ... doakan ler aku kaya raya



Incek Jaque tengah tekun membelek beg ... dia nih cerewet sket padahal aku yang nak pakai beg tu nanti ... tapi aku tak kesah ler sebab semua nih akan dibereskan oleh Incek Jaque ... hohoho sangat happy la aku. Pilih la Incek Jaque oii ... ambo ikut jer mana yang awok berkenan. Belang² pun cumey ... merah pun okeh sajor. Bini mu nih liberal ... tak kesah ler apa pun asalkan leh berfungsi ngan cemerlang

Lepas dah bersoppin’ sakan ... kitaorang pegi makan kat tempat spesel kitaorang. Tempat ni kitaorang pegi bila nak celebrate sumtin spesel jer sebab harganya pun buleh tahan rabak gak la. Tapi takde komplen sebab makanan kat sini memang sedap gila ... berbaloi la ngan harga yang melangit itu. Apa yang spesel nyer? Ouh ... Incek Jaque bawak datang makan sini for my b’day treat la. Dan juga sebagai melunaskan 2 janji tertangguh iaitu ~ to celebrate my pregnancy & his kenaikan pangkat ... dah lama gila tangguh, hari nih baru dapat pegi

Kitaorang pegi ke sini la ... Bert's Garden. Memang tak ramai orang pegi as this place fofular ngan tourist luar jer. Locals tak ramai makan kat sini ... PRICEY! But what the heck ... aku suka makan, so we just don't bother bout the price

Signboard nak masuk ke Bert's


Incek Jaque yang dah kelaparan


Air kelapa yang tak berapa muda


Nasik lemak yang buleh tahan


Garlic Asparagus


Butter Prawn ... sedap giler


Kam Hoi Crab? Aku tak ingat spelling dia


Kejap ada


Kejap laie dah takde


Bil nya ... $102.90


Kalo mau pergi ... sila la terjah tempat nih


Selepas perut pun dah sendat ngan makanan tu suma ... kitaorang pun balik la ke rumah. Ngan penuh semangat ngemas kan beg baru tu. So ini la yang bakal disumbat dalam beg tu

Tak tau mana elok, beli jer pad tu lelain jenis


Itu jer yang beli semalam. Hari nih mungkin sambung beli laie
Beg merah tu dari Baby Kiko. Nampak jer cam kecik tapi sangat luas

20 October 2008

Etika Duduk Di Rumah Parents

Aku sengaja nak post menda nih secara public. Sebagai pengajaran kepada semua orang yang masih tinggal ngan parents memasing. Tak kisah la parents sendirik atau mertua. Secara spesifiknya aku tujukan khas posting nih untuk adik aku.

Secara amnya ko menumpang kat umah parents ko. Kalo ko masih sekolah, keberadaan ko dalam umah tu adalah tanggungjawab parents ko untuk menyara hidup ko yang masih takde kerja. Takde kerja means takde la duit kan ... so its fair enough parents yang tanggung makan minum ko, kebajikan ko dan sebagainya. Itu memang tanggungjawab parents

Setelah ko dah ada keje dan masih tinggal bersama parents ... tanggungjawab parents masih sama. Iaitu menanggung ko yang tongong ini, makan minum ko, kebajikan dan sebagainya. Selagi masih dok bawah bumbung yang sama, parents akan tetap menjalankan tanggungjawab as parents tanpa banyak songeh

Tapi ... sanggup ke ngko yang dah keroje nih dibiarkan diri tu ditanggung sepenuhnya oleh parents yang dah pun pencen dan masih menanggung kos pembelajaran adik² ko yang bersekolah itu? Ouh ... gaji ko sebagai engineer tinggal $160 hengget sebulan? Well ... bukan ke mak ko dah siapkan ko bekal supaya ko leh bawak gie keje dan juga sebagai langkah untuk ko berjimat? Ko lak sengaja eksyen takmo bawak makanan yang orang tua tu dah siapkan pepagi buta tu. Ngko tau ke kol baper parents ko bangun pagi setiap hari, just to make sure anak² semua ada makanan setiap pagi? Pukul 3.30 pagi tau tak ... ko tau tak bila ajer parents ko nih tido? Tell me now, berapa orang dalam mesia nih, setiap pagi parents mereka sediakan sarapan yang bermacam² jenis selama ko hidup atas muka bumi nih WITHOUT FAIL? Even kalo parents ko takde pun ... akak atau abang ko akan tetap sediakan bekpas untuk adik² just because dah biasa ada sarapan pepagi dan juga ajaran parents ko

Setelah ko tidak perlu membayo duit keta, membayo bil api + air, apa salah ko hulur sket bantuan kemanusiaan dalam umah tu? Ini tak ... umah tak tolong kemas, keta tak tolong cuci, anak buah tak tolong jaga, sembang ngan parents pun tak ada, basuh pinggan 2 bijik terus lari, parents ko mintak tolong pun macam nak mintak duit 10 juta dari ko

Pasal kawan ko nak datang beraya tu ... ada ke ko bincang ngan parents ko? Ko kata kengkawan ko datang mengejut. Abih tu yang pepagi buta ko cakap kawan ko nak datang tu ... mengejut sangat ka? Mengejut tu macam ko tengah berak tetiba kawan ko tanpa notis bukak pintu toilet tu dan bagi salam. Kalo dari pagi ko dah tau kawan ko nak datang, itu bukan mengejut hawau. Dan tentunya ko dah tau spesis apa kawan ko yang nak datang tu. Spesis bujang ka ... spesis dah kawen berkeluarga ka ... atau spesis pompuan yang nak dibuat menantu. Ko cuba la cakap secara spesifik kat parents ko ... kan senang. Ini kawan nak datang pun ko kemas umah ala kadar. Sampah ko sumbat bawah sofa. Lelast ... mak ko jugak yang menyapu sampah sarap bawah sofa tu, even masa tu dia penat baru jer sampai dari kampung

Adab orang bujang yang dok kat umah parents, kalo kawan ko datang melawat ke, beraya ke memang ler akan cari parents ko. Lain la kalo parents ko memang takde kat umah ... ko leh abaikan yang parents ko masih idop. Ini parents ko masih bernapas, ko takde hakal ke nak pie panggil parents ko turun? Penat ke, tak penat ke itu bukan alasan ko tak panggil parents ko. Sebagai tuan umah, parents ko dah ilang air muka ngan kengkawan ko. Macam parents ko tak sudi kengkawan ko tu datang

Kesimpulannya ... ko jadi anak, lelaki lak tu, sila la guna OTAK ko yang tuhan dah bagi tu ... pikir la sket camner nak amik hati parents ko. Camner nak senangkan hati parents ko. Parents ko bukan mintak duit ribu riban tiap hari kat ko. Parents ko bukan paksa ko berenti keje soh jadi kuli dalam umah tu. Kalo ko tolong pun bukan umah orang lain pun. Umah parents ko ... umah ko jugak la. Cuba kalo parents ko cakap pepe tu jangan asik nak bantah jer. Cuba pikir dulu amenda yang diaorang cakap tu. Parents ko nih tiap hari pikir pasal anak² tau. Ko tu ada pikir pasal parents ko?

Kalo ler kejap laie ko terima panggilan tepon ... mengatakan parents ko meninggal ... ko rasa, hidup ko tenteram tak? Kalo aku, aku redha sebab aku dah buat apa yang aku mampu untuk gembirakan hati parents aku even dulu aku mengaku aku banyak jugak sakitkan hati parents aku. Dan aku leh bet skarang parents aku takde kecik hati@sakit hati@jauh hati ngan aku sebab aku dah buat memacam untuk parents aku ... tapi ngko? Ko rasa dah terbalas ke jasa membesarkan ko selama nih pada parents ko? Ko leh bet ke parents ko pergi ngan senang hati dan tak terkilan ngan ko?

Ko ada pikir menda² tu suma?

Kebetulan?

Sedang aku membelek² akaun NuffNang aku ... ada ler sorang reader dari community yang sama dok teropong blog aku. So aku pun saja menjengah ke blog reader nih and guess what ... hehehe dia pun pakai template yang sama ngan aku. Woohoo tak sangka leh jumpa orang yang pakai template yang sama

Mempunyai citarasa yang sama, ropa bentuk dia pun lebey kurang jer sama ngan aku. Ahaha ... jodoh ka?

Fatin Itu Saya ... sekarang berada di Sydney ~ belajar laie

19 October 2008

Madagascar ~ Escape 2 Africa Contest

Ini ada peraduan untuk dapat tiket free nengok citer animation yang tak asing laie dari Dreamworks ~ MADAGASCAR : ESCAPE 2 AFRICA. Peraduan nih dapat dari blog akak merah kita yang diva itu ... tak lain tak bukan Red Mummy la.

Answer these 2 questions in your Madagascar’s entry.
  • Character Alex - what animal is that? - Alex tu kawan saya iaitu seekor singa (LION tau bukan LIONel Richie)
  • I should be getting the free tickets because ……… (in less than 15 words - you may write in English or Malay) : (write in malay la senang sebab dah kol 1 pagi, otak dah takleh nak pikio) : saya dah nak beranak tak lama laie jadi untuk hiburkan hati sendiri yang sedikit nervous
Yer akak diva ... sila la pilih saya sebagai pemenang yer. Dengan tak malu nyer ... tapi kalo malu tak dapat kan kak? Kalo jadi pemenang pertama leh ler laie 8 orang ikut aku pie nonton ini wayang gambar bersama ngan Red Family. Korang yang lain kalo nak menang sama singgah ler ke e-umah akak merah tu dan follo ler instruction yang dah terpampang kat situ. Selamat mencoba yer semua ... !

18 October 2008

Alasan Laie Kah?

Yeay ... petang tadi dengan rasminya umah aku sudah ada streamyx balik. Sangat teruja macam la tak penah ada tenet pun b4 this. Petang tu jugak, mesin basuh aku yang kebocoran telah berjaya diangkut oleh repairman. Adeh, bila la pulak aku nak mendobi nih. Kalo hari-hari anto ke dobi pun maunyer roboh gunung emas. Kena la basuh secara manual lepas nih. Boleh la aku membasuh baju sambil berkemban dan bersuka ria menyanyi. Tapi tidak di sungai sebab sungai sekarang penuh toksik

Setelah berhempas pulas setting wireless connection kat desktop nih ... kol 6 petang baru ler dapat pakai tenet yang secured. Cheh, takde pun orang lain dalam kawasan perumahan aku nih yang pakai wireless. Sini yang ramai orang tua, kalo yang muda pun suma baru kawen dan sebok kerja. Perumahan aku macam Twilight Zone ... sangat mendamaikan

Bila dah ada tenet, aku sungguh suka sebab aku leh update blog aku dengan rakusnya ... yeargh! Mana dia entry aku yang konon nak post tapi dok terperap itu? Mana kah gambar yang berlambak di ambil tapi terperuk jer tak buat pepe tu?

Aku sangat bersemangat ... sangat teruja ... tapi bila aku sign-in ke akaun blogger dan nak update, kepala otak aku jadi sebal, buntu ... dead end. Mati kutu aku dibuatnya ... tak reti dah nak type apa. Tak tau nak buat apa. Even nak surf apa kat web pun tak tau

Adakah ini perasaan gayat? Macam orang baru kawen la ... malu-malu cam bodoh, tapi lepas tu main hetam jer asal suka? Ahahaha ... itu hanya expression aku jer lah. Tapi memang sangat terasa keganjilan nyer bila aku duduk kat opis baru aku kat umah ni. Bersama meja dan kerusi baru, desktop baru, browser baru dan internet connection yang baru. Segalanya baru bagi aku ... masih perlukan keserasian

Oh yer ... satu laie sebab aku jadi sengal dan buntu untuk update blog aku ialah ... Incek Jaque dok ngadap aku. Dia dengan penuh minat tengok apa aku nak type. Ye lah, selama ini dia dok baca blog ini ... yang dikarang dan diupload oleh aku semasa aku kat opis. Skarang nih menda dah ada depan mata so dia pun cam excited la nak nengok apa jer aku buat

Ketika post ini ditype ... aku telah berjaya menghalau Incek Jaque tido ... nak berdengkur sampai roboh siling bilik nih pun takpe la ... asalkan jangan ngadap aku! Sangat panas bilik ini ... mungkin perlukan air-cond yang super cool supaya aku lebih rajin menulis

Hendak 1000 daya, takmo 10 juta dalih ~ kerana perbezaan yang ketara oleh itu DALIH telah memenangi pertandingan ini

Happy Birthday To Me!

Tak sangka lak dah tetua bangka camnie pun ada gak orang nak celebrate b'day aku. Huhuhu, macih la pada adik aku si Iwan yang mensajes supaya beraya kat umah aku sambil celebrate b'day. Ekceli takde ler celebrate buat majlis besar ke bagai. Aku ada la masak mee kari, cendawan tempura, ada fruit punch then air karbonat. Namanya pun masih bulan Syawal gitu kan?

Ingatkan memula nak ler buat air bandung soda ... malas pulak di saat akhir. Ini kira rajin jugak la tau sebab masa aku peknen nih memang aku tersangat la malas nak memasak

Jangan marah aaa ... siap dapat kek laie. Sedap pulak tu ....

Oh ... mamat yang dilelong ini menyebok laie

Fruit punch & kopi Kluang yang kaw ... kena tambah stok nih

See la aku yang makin kembang ... ouh tidak, so bulat like the cake

Dapat present laie u ...

Mak belikan aku pembakar kek nih. Sangat suka!
Kepala otak aku nih dah dok terbayangkan 'Bingka Jagung'

Entah apasal sejak aku peknen nih, aku suka sangat makan jagung. Padahal nyer ... b4 this aku sangat mencik sama jagung. Anak aku nak makan kot ... ?

16 October 2008

Akhirnya - Leesya Creative

Akak ipau aku nih kecik molek jer orang nyer. Tapi korang jangan memain ngan dia ... garang tau cikgu sorang nih. Chewah, aku pun tak tau dia garang ke tak ... ahahaha, nak tau kena tanya ngan abang aku la kan. Akak ipau @ Kak Ngah aku nih ada ler propose kat aku buat online biz sebab aku dok heboh nak berenti keje kan. Lelast, dia yang mula dulu. Skarang dia baru mula online biz nyer di sini - Leesya Creative

Biz nyer ialah mengambil tempahan untuk bunga pahar / dulang / corsage dari stokin. Oh yer ... stokin terpakai / busuk / sekolah tak masuk dalam kategori ini yer sahabat sekalian. Stokin yang nipis kaler² tu la ... susah sangat nak paham meh sini aku bagi contoh gambau. Sila tatap sepuas hati ... kalo berkenan sila la tempah walaupun aku takde amik komisen

Pepehal korang leh ler ke http://leesyacreative.blogspot.com atau sila la email akak aku yer : leesyacreative@gmail.com

Oh ... yang ini hanya props sahaja. Tapi kalo ada sesapa nak bid, permulaan harga aku bukak la dalam 5 Dirham sahaja. Ciri² nya : tak kuat makan, suka roti canai, geng mamak, berbau harum perfume Diesel, pemurah, memahami dan berjiwa sensitip ... kalo berkenan sila la ke sini untuk berkenalan. Juga tidak terima sebarang komisen dalam soal mencari jodoh

In Case You Didn't Know



Students can buy Adobe® Creative Suite® Design Premium at RM399 only.

At an affordable price, there's nothing stopping you from using the same solutions the pros use.

Adobe® Creative Suite® Design Premium software offers essential tools for producing everything from professional page layouts to rich interactive experiences. Work more productively in a unified, intuitive environment, moving designs from print to web to mobile. Since you rarely work in just one medium, Design Premium includes everything you need to create an original logo, add background imagery, and produce a printed piece with matching web page and animation.

A bright future awaits. Adobe would like to play a part in helping students achieve it. So take advantage of special price and buy now!

For more product info, click here

*** Aku jugak seorang student ... nasib baik aku ada Kad Matrik ***

Merajuk

Mmm ... boleh dikatakan otak aku sekarang dah makin berkarat. Skill menulis dan melukis aku semakin pudar. Jiwa kreatif aku mungkin telah berhijrah ke Russia dan merajuk takmo balik. Hei, jangan la ko merajuk. Badan aku makin berat la, jauh lak tu aku nak pujuk ...

Macam mana nak datangkan semula kreativiti ini? Kalo dah merajuk ... tentu buleh pujuk kan? Skarang kat umah dah ada mesin kreatif baru ... cuma orang yang tak kreatif yang pakai. Membazir ajer nanti. Ketuk kepala ni kuat² pun masih tak kreatif. Mungkin kena pegi holiday baru ok kot?

Ada mungkin kah kreatif ku ini akan terus menyepi? Stimulasi tak cukup kot? Atau kurang b-tamin C ... Perlu pertolongan korang ... macam mana nak dapatkan kreativiti aku semula? Tolong jangan beri cadangan yang involve duit. Aku nak simpan duit untuk beranak ... itu laie satu sebab aku makin tak kreatif?

Kenapa penting sangat kreativiti ini? Aku mencintai seni dan segala yang canteks pada pandangan mata. Aku kan Libra ...

Tick Tock Tick Tock







Banyak betul la ticker yang ada ... tapi ada yang Week 31, ada Week 32. Mana satu yang betul nya? Untuk elak sebarang kontroversi meh sini aku ajau kan.

Yang Week 32 ialah count secara formal yang digunakan kat memana sahaja dalam dunia nih. Iaitu ikut 1st day of last period yang korang dapat. Macam aku, LMP (Last Menstrual Period) ialah pada 1st March 2008. Oleh itu count yang doktor gunakan ialah dari hari pertama tersebut.

Dengan mengambil kira tarikh 1 Mac tadi sebagai rujukan ... aku dijangka bersalin pada 08 - 12 - 08. Masa tu sudah Raya Haji maaa. So tinggal ler 51 hari ajer laie aku nak preparekan diri ini.

Laie satu tarikh? Ouh ... itu adalah ikut suka aku sebab memulanya doktor kata due aku pada 13 Disember. Aku kalo buleh takmo anak aku lahir sama tarikh dengan perempuan² evel witch itu. So aku saja jer anjak ke 14 Disember. Aci tak? Hahaha ... aku yang nak beranak, so suka hati aku la kan?

15 October 2008

Abang & Aku ~ Kesah 1

Aku : apa daa ... tetiba network takde
Abg : aik
Aku : sengal tol
Abg : wah IE aku tutup sendirk .. haha tah pehal la pulak ni
Aku : itu dah macam citer the matrix
Abg : takde pulak white rabbit depan pintu opis aku
Aku : hey white rabbit kan dah kena haramkan ... melamine berlebihan
Abg : oh aku lupa. wakakakakkaka

Dan setelah itu Morpheus di admitkan ke hospital kerana dia telah terlebih dahulu memfollo Si Arnab Putih. Disyaki rambutnya yang tiada itu adalah kerana kesan melamine yang mengundang celaka. Sila telan blue @ red pill untuk kesan jangka masa panjang yang lebih kaw ... seperti kopi Cap Kapal Api atau mee udang Har Mee. Kalo mau slurrp sila jumpa dengan Incek Bomba ... objek mudah terbakar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...