Posts

Showing posts from November, 2010

:: Projek Baru ::

Image
Saya ada projek baru sekarang ! Hehehe gembira tau … sebabnya dah hampir 15% BERJAYA Chewah … Projek apa je lah yang saya buat ni ? Tadaa ! Saya memang suka berkebun. Tapi keadaan rumah saya tak membenarkan saya menjalankan hobi yang bagus ini. Terpaksalah saya cari alternatif lain untuk bercucuk tanam. Dan jawapannya ialah – Hidroponik. Dulu kat umah mak saya pun ada buat, tapi entah sapa la yang jadi penjaga. Masa ni saya takde kat umah, pegi belajar. Lelast tak terjaga … jentik² pulak yang dibelanya. Akhirnya … terkubur je la cita² nak makan hasil tanaman sendiri Saya beli Sistem Hidroponik Kazz. Uniknya sistem ini ialah penggunaan bajanya yang mesra alam. Ikan pun boleh hidup dalam bancuhan baja ini. Jadinya … takde la laie jentik² berkeliaran. Sayur sihat … korang pun selamat Complete set Dalam tong plastik tu ada menda² di atas ni lah. Sebungkus benang, cawan plastik, 8 pasu kecik, ramuan membuat baja dan 3 jenis biji benih : sawi, salad dan kangkung. Semua fevret saya tu …

:: Runsing ::

Image
  Saya tengah runsing. Memacam ada dalam kepala otak saya ni. Serabut sungguh Tapi … bila tengok bebudak ni tido … rasa tenang je. Walaupun nak suruh tido tu sempat la putus nyawa sekejap   Aman je tido Senang kan jadi kanak² … takde menda nak dipikir dan dirisaukan

:: Rezeki Pembuka November ::

Image
Ayah saya tepon masa lunch tadi … bawa khabar gembira. Walaupun nampak macam cikai jer, tapi … bukan semua orang buleh dapat tau. Memerlukan daya penglihatan dan analisa yang tinggi … huhu sampai camtu sekali kekdahnya Apakah ? Hehehe … Sabtu lepas sekolah lama saya SKJDP (Sek. Keb. Jln. Dato’ Palembang) adakan Hari Kantin. Saya beli kupon $20 – kongsi berdua dengan adik saya lah. Oleh sebab itu, saya dapat isi borang “Teka Jumlah Gula-Gula MENTOS”   Sebenarnya saya pergi ke Hari Kantin tu sebab bawak anak buah saya yang sekolah kat situ. Bayangkan … dah baper taun saya tinggalkan sekolah tu. 18 tahun yang lalu. Huhuhu kalau ada anak sudah habis sekolah menengah pun. Ramai juga ‘rombongan’ saya … family saya, family abang saya (dia pun ex-student sekolah ni), adik saya 2 orang (pun ex-student) dan anak buah 2 orang. Maaf, gambar semasa kejadian Hari Kantin takde. Saya takde mood amik gambar. Skarang tengah mood makan saja. Hahaha Tak harap pun menang apa² … orang suruh isi … saya p