23 January 2009

Super Easy Lunch Pizza

Masuk oven

Kuar oven

Bahan nyer mudah ajer

Kepingan puff pastry ~ guna jenama Kawan
Tomato puree ~ guna jenama Delichef
Black pitted olive ~ yang itam² tu
Chicken Sausage ~ Ayamas Mushroom
Crabsticks Filamen ~ guna jenama Kami
Nenas ~ dalam tin je senang
Cendawan butang ~ pun dalam tin
Mozarella Cheese ~ guna yang buku, buleh parut sendiri banyak²

Bila dah tepek suma bahan atas puff pastry
Macam dalam gambar pertama tu
Aku drizzle sket ngan EVOO
[Extra Virgin Olive Oil]
Baru bakar supaya rasanya lebih solid

Ye ke?

Hehehe
Yang penting sedap dan aku kenyang

Malliq & Achilles' Heel Nya

Ingat tak post ini?
Pasal Malliq dan kelemahan nya?

Hehehe

Malliq kalo tido nak berkepit jer
Mana leh tahan ... nanti susah orang nak jaga

Sebagai Mak Ayah yang kreatif
Kitaorang dah dapat carikan pengganti
Supaya tak menyusahkan orang yang jaga dia nanti

Ini dia!

Nama nyer Octavius
Bila letak camnie
Malliq rasa macam ada orang peluk dia

Nasib baik la belum pandai laie
Kalo tak mesti Mak Ayah dah kena dakwa

Ini buleh kira menipu kanak² ke?

Double Prosperity

Aritu Incek Jaque beli McD kat drive-thru
Aku order ~ Double Cheese Burger Plain Extra Cheese
Incek Jaque nak makan Double Prosperity Burger

Bila sampai umah
Aku tengok burger Incek Jaque lain macam

Rupanya salah burger daa
Dapat prosperity burger biasa jer

Kitaorang pegi balik kat drive-thru
Dapat double prosperity

For free!

Aku pegi umah mak
Incek Jaque ada meeting
Aku kongsi makan burger tu ngan Mat Cuki

Tapi

Pedas giler lada hitam tu
Tak sedap

Tak dapat pun takpe
Tapi dah dapat ... makan je lah

Itu Dahulu

Kurusnya aku dalam gambar ni
Ini gambar 6 taun lepas

Skarang ...

Nak amik gambo pun dah malas
Tak salah aku masa ni 60 kg kot

Paling kurus aku penah timbang
Ialah 50 kg

Arwah nenek aku ingat aku masuk kem askar
Sebab aku terkenal sebagai cucu yang sentiasa berselera makan
Tetiba balik kampung pipi tembam dah takde

Walaupun aku 50 kg
Aku takde merangka
Masih banyak daging
Tak masuk kategori aneroxic

Itu masa memula berjauhan ngan family
Gie belajar

Aku cepat nampak BESAR
Kerana rangka aku
Dan athletic built
Swimming, Taekwon-do, Sports

Aku sangat cergas

Itu dahulu

Sekarang aku sangat malas

17 January 2009

Baru Tau

Aritu ... Isnin lepas
Aku dengan penuh semangat tengok citer ni
Selalunya tak tengok ngan tekun
Baru aku tau Sergeant Hassan itu orang Jasin
Dan cerita perang² itu berlaku di Melaka
Siapa buat salah ngan askar Jepun
Mereka akan dihantar ke bandar untuk dipenggal
Masa aku sekolah, top betul
Citer sekolah aku tu tempat jepun potong kepala
Siap ngan keramat kat belakang sekolah
Kitaorang tak takut pun
Lebih pada teruja nak explore
Kengkonon leh jumpa hantu lah kot

Last² memang jumpa hantu

Hantu cikgu disiplin
Yang sedang naik hantu
Dan merotan anak murid yang penuh rasa sifat ingin tahu

Best kan masa zaman sekolah?

Cuti Kejap

Sempena bercuti sebab berpantang
Aku pun bercuti menulis dan mengupdate blog

Ternyata ianya merugikan

Laie pun aku tengah sibuk melayan kerenah Malliq
Cuma semalam aku berjaya jumpa kelemahan* dia
Dan hari ini aku telah berjaya tidur dengan nyenyak

* Kelemahan apa kah?
Nanti aku blogkan *

Mungkin selepas ini baru lah aku buleh update blog ngan aman

Harap² begitulah hendaknyer

Oh yer ... minggu lepas aku sangat bosan
Lalu aku telah membuat kuih seri muka sebanyak 2 talam
Dan jugak seperiuk Bubur Asyura Ekspres

Langsung takde gambar
Kamera kesayangan ku telah hilang dari pandangan
Tapi kuih dan bubur sangat sedap
Nanti aku letak resepi nyer ya

Bubur Asyura@Bubur Lambuk
Dalam kes aku dah jadi bubur lambak sebab banyak gila
Jadi rezeki 2 jiran kesayangan aku
1 rumah diseberang jalan dan 1 rumah disebelah kiri
Oleh kerana berlambak
Aku buat acara makan² hujung minggu di rumah mak

Malam itu kami semua makan nasi dagang
Hujung minggu yang tenang

Selepas beberapa hari
Aku jumpa semula kamera kesayangan aku

Chis ... terlepas sudah acara indah
Dan hilang dah kenangan kuih seri muka
Itu kali pertama aku buat kuih seri muka
Rasa sangat seronok sebab menjadi dan sedap bangat

Entah bila nak buat kuih seri muka laie

Bila dah lama bercuti
Perasaan sangat sengal dan malas tahap gaban
Untuk menghadap kubikel

Oh yer ... aku telah mendapat bos baru

Percaturan politik memang keji

Tapi apa nak buat ... kita makan gaji

Itu yang membuatkan aku nak bekerja saja dari rumah
Aku nak jaga Malliq lah
Macam tak yakin jer nak hantar kat orang lain

Sampai sekarang aku hanya bebel mau berenti keja
Tapi masih tak tau nak buat keje apa dari umah
Akak ipau aku dah mula biz kecik² dia

Aku?

Ahh ... pening

Mungkin aku terlalu banyak berfikir

Dulu hidup aku buleh dikatakan cemerlang gemilang terbilang jugak
Tapi masa tu aku tak pikir banyak
Aku banyak ikut hati@instinct

Memang aku banyak dapat apa aku nak
Tapi banyak juga hati dan perasaan orang aku sakitkan

Susah yer jadi manusia

Dulu masa akal pendek
Di kala zaman kanak²

Aku selalu marah

Kan senang kalo aku jadi ikan/burung/pokok
Tak payah nak pikir masalah

Entahlah

Sampai skarang aku masih berpikir

...
...
...

Senangkah hidup aku seandainya aku jadi ikan/burung/pokok?
Oh yer ... jadi salah satu dari itu tidak perlu upaya untuk berfikir

Ye ke tidak perlu fikir?
Mana korang tau?
Penah jadi ikan/burung/pokok?

05 January 2009

Hip Hip Hip

Hip Hip Hippo ???

Hooray lah

Malliq Rayyan arinih sudah sebulan

Alhamdulillah kerana membesar tanpa banyak ragam

Malliq Rayyan dalam pangkuan mak
Baru berusia 2 hari ~ hari keluar sepital
(Aku naik wheelchair sebab aku kan C-Sect)

Malliq bersama sepupunya Aish
Berusia 3 hari ~ Hari Raya Korban
(hari sepatutnya due bersalin)

Malliq yang kekuningan (jaundice)
Berusia 5 hari ~ baju bukan main besar
(itu baju Aish tu ... recycle jer ... baby cepat besar)

Malliq kena timbang ngan nurse
Berusia 11 hari - 3 kilo ajer
(berat lahir 3.2 kilo ... turun sket)

Malliq kekenyangan lepas menyusu
Berusia 11 hari ~ baru pandai isap susu badan
(aksi kena tembak ... pose mahal nih)

Malliq suka tido bungkus² camnie
Berusia 13 hari ~ di rumah Mak Tok
(heran tol ... lena lak tu tido sampai ke pagi)

Malliq sangat suka isap susu sambil pegang muka
Berusia 15 hari ~ sudah setengah bulan
(agaknya takut orang curik botol susu dia)

Malliq tido atas rocker yang Atok belikan
Berusia 19 hari ~ Alu! Salute!
(juga suka tido letak tangan kat kepala ... pikir apa jer)

Malliq suka tido tutup kepala
Berusia 20 hari ~ Dutch Baby!
(sangat comel ... anak aku ke?)

Malliq bersama 2nd Cousin nyer Waldan
Berusia 22 hari ~ Waldan dah 3 bulan
(rugi tak rakam video aksi boxing 2 orang baby nih)

Malliq sangat suka time mandi
Berusia 23 hari ~ panjang je leher
(kalo mandikan dia ... tak berbunyi langsung ... senyap je)

Malliq memang kuat tido
Berusia 23 hari ~ siap tido ngiring peluk bantal tu

(anak zaman sekarang ... cepat tol pandai)

Malliq dah pandai tido tiarap
Berusia 24 hari ~ nyenyak jer

(pipi yang gebu ikut mak nyer)

Malliq dalam car seat
Berusia 27 hari ~ nak ke rumah Mak Tok

(mau celebrate New Year!)

Malliq nyenyak walaupun Ayah mengacau
Berusia 28 hari ~ ekceli 4 minggu

(tido hanya lapik kain jer ... tak guna bantal)

Malliq suka buat mulut camtu u u u ...
Berusia 29 hari ~ oh! dah besar la saya

(kejap jer dah nak sebulan)

Kejap jer masa berlalu kan? Aku nyer jahitan masih sakit laie ... tetiba anak aku dah pun berusia sebulan. Aku masih ingat laie saat Malliq masih dalam kandungan aku. Pegi memana suma bawak dia dalam perut. Tetiba dah kuar, aku rasa kehilangan. Masa minggu² pertama aku bersalin, selain gembira aku rasa sedih sangat. Sebab aku sedih ialah ... aku sudah hilang saat² bahagia aku mengandungkan Malliq. Rindukan perut yang bulat dan besar. Rindukan betapa berat membawa perut tu. RIndukan kaki yang bengkak. Rindukan masa² baby kat dalam tu bergerak dan menendang perut tu. Entah lah ... mixed emotions sesangat masa memula tu. Sebab tu kalo buleh skarang aku rasa cam takmo kongsi jer Malliq tu ngan sesapa. Aku sentiasa nak dia dekat ngan aku ... sebab dia dah boleh dikatakan part of me selama 9 bulan tu kan ... no way la aku nak biarkan dia jejauh. Macam tangan ko la ... tetiba orang kerat then buang tangan ko yang ko dah hidup bersama seumur hidup ko ... sure la rasa ganjil tetiba takde kan?

Still ... aku harap dia akan sentiasa berada dengan aku. Yeah sure, dah besar nanti pasti akan lupakan mak ayah ... tapi sementara itu ... aku hanya ingin dia sentiasa bersama ngan aku. Pada aku ... he'll always be my baby

Ouh ... sungguh susah rupanya menjadi mak. Jangan la korang sakiti hati mak korang. Skarang aku dah jadi mak ... tak dapat aku bayangkan perasaan mak aku bila aku suka buat dia marah. Huhuhu ... sure tensen tak cukup napas

Mak ... Acik mintak maaf yer

Idola Kecil

Hehehe ... aku skarang kurang idea nak menulis, apatah laie nak menaip. Sila lah layan gelagat anak abang aku yang bakal berumur setahun pada 31 Januari ini

Presenting Aleeysya Khaeyrah
(betul ke ejaan nih? panjang bebenau)

video

video

video

Oh yer ... sila abaikan suara sumbang yang sedang berkaraoke itu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...