Posts

Showing posts from January, 2011

:: Aku Cuti ! ::

Image
Bye ! Aku cuti sampai raya cina ! Aku pun nak Gong Xi Fa Chai ! Hehehe … takde lah. Nak rehat² dan menyelesaikan beberapa urusan. So, kalo mood ok, aku update lah. Kalo tak, korang tengok je lah kaki aku tu yer … Tatata !

:: Teka Umur ::

Image
Ni semua anak aku nih. Hehehe takde lah, anak aku sorang jer kot … yang kecik sekali tu. Yang lelain tu anak buah Inche’ Suami. Masa nih dia orang datang tido umah aku masa cuti sekolah. Tengok macam tak ganas kan? Tapi semua keje asik makan jer nih. Hehehe Kalo korang pembaca yang terer … bagi kat aku setiap umur bebudak nih. Anak aku takyah la kot. Korang kalo tak tau anak aku umur berapa memang tak patut. Sapa dapat teka dengan tepat umur diaorang aku akan bagi hadiah MISTERI yang akan diumumkan kemudian Sesi teka-meneka bermula dari 28 Januari 2011 hingga 29 Januari 2011. Sapa jawab lepas tarikh tu … mintak maaf la yer. Tekaan yang tepat sahaja akan dapat hadiah !

:: Lauk Senang ::

Image
Senang jer lauk kitaorang. Nasi, lobak putih ngan ikan sanma. Ikan apakah ? Sedap tau ikan nih. Nama dia sanma … bukan salmah ek. Jangan pepandai nak tukar nama I/C ikan neh. Nama omputih dia Pacific Saury @ mackerel pike. Ikan nih glemer kat Japan jer kot. Kita tak makan ikan nih sebab apa tak tau la pulak. Ikan nih orang Jepun makan time summer, sebab masa summer jer ikan nih banyak. Cam musim derian ah Ikan nih cantik tau. Kalernya silver kebiruan gitu. Dan panjang² dengan mulut tajam. Panjang sekor ikan lebih kurang dari pergelangan sampai ke siku gak lah. Ikan nih rasa cam ikan terubuk, jenis ikan berminyak. Banyak kandungan DHA dan Omega-3 sebab dok kat laut sejuk. Sesapa mengandung tu makan lah ikan banyak² ! Bagus untuk baby dan juga untuk mak yang mengandung jugak sebab ikan nih ada lemak tak tepu yang bagus untuk jantung 10 ekor sanma dengan harga RM1.74 … so lebey kurang seko 20 sen. Best tak best ? Hahaha. Bagus beli camnie sebab memang murah gila. Bukan ikan nih dah b

:: Heaven On Earth ::

Image
Mana ada syurga kat dunia nih. Kalo ada pun camner nak tau itu syurga ? Pernah ke rasa nikmat syurga tu camner ? Pening kan ? Hahaha toksah lah pening² … Meh layan dessert yang sedap nih. Walaupun tak tau syurga tu camner tapi kesedapan dessert nih memang tak terkata. Cewah … pokoknya memang sedap bangat ! Kalau nak buat, sila doublekan resipi sebab memang gerenti tak cukup Ampun lah sebab presentation memang out. Tunggu lightbox tak sesiap ! Nampak gaya kena sendiri jugak buat. Biasa la kalo mintak tolong kat orang kan ? Vanilla beans tu beli masa kat Makassar aritu. 1 botol jatuhnya lebey kurang RM7 untuk 3 beans. Beli kat sini aritu satu bean RM3. Kalo kat Tesco ada gak jual tapi 1 bean RM9 … hilang akal ko. Satu botol ada 3 beans RM27. Tak kosa la nak beli kat Tesco tu. Dah la vanilla beans nyer kontot², mahal plak tu. So kalo sesapa berkenan nak kirim sila bagitau yer Vanilla Pudding Source : Joy Of Baking Resipi sila tengok kat atas tu ye. Tengok jer situ siap ada bagi tips

:: Ini Betul Punya Selam ::

Image
Aritu kan Senam Selam kan ? Kali nih kitaorang betul² pie selam² kat laut. Huhuhu tabahkan hati jer nak pie pantai hari sabtu pagi ! Aku kol 5 dah bangun yer … prepare makanan nak piknik katanya Makanan piknik versi tamak haloba nih. Kenkonon tiru resipi KFC lah tu … Zinger Crunch amenda ntah. Kan ker azam aku taun nih takmo makan kat luar. Tu yang buat sendiri jer semua. Kiasu betul ! Resipi kendian ek Memang kiasu habis … Sampai kat pantai nih dalam kol 9.30 kot. Pantai takde orang ! Yippie leh jimba² … sangat la ! Yang mandi diaorang berdua jer. Aku volunteer jadi jaga. Banyak la pulak menda, wallets, kamera … memang takde orang kat pantai tapi orang jahat nak mencuri nih memang ada jer kat memana. Rela aku tak mandi dari kena rompak Huhuhu … khusyuk betul makan sampai tutup² mata. Sebenarnya masa dok dalam air tu dia dah termuntah sebab ayahnya pandai sangat pegi soh dia menyelam. Apa daa, budak 2 taun nak menyelam apa. Mana la reti … tertelan air laut sampai termuntah T

:: Aku Tension ! ::

Image
Memang hancur la gambo makanan aku ! Asal boleh jer snap. Skarang nih memang takde mood nak setting bagai. Allo inche’ suami … bila nak buat lightbox gua daa ? Tekanan je … Berbalik pada kek yang dah nak habis neh … ni namanya Kek Tennssey. Aku amik kat majalah Wanita kot. Aku rasa editor salah eja la. Takkan la Kek Tensi ? Tension kah ? Aku bajet nama kek nih Kek Tennessee cam nama tempat kat US tu lah. Sedap sangat kek nih. Inche’ suami makan tak berenti … nasib baik aku sempat halang. Memang tak rugi try sebab 10 minit dah tinggal suku. Nyam nyam … resepi pun simple je Kek Tennssey Source : Majalah Wanita Bahan A 120 gm tepung campuran kek span (sponge mix) 2 biji telur 40 ml minyak masak 40 ml air Bahan B 250 gm cream cheese 1 tin besar fruit cocktail 1 tin susu cair 4 biji kuning telur 1/2 cawan tepung jagung Cara 1 – Campur semua Bahan A, kecuali minyak masak. Gaul hingga gebu 2 – Setelah gebu, campurkan minyak dan gaul hingga rata 3 – Bakar hingga masak dan

:: Fail Proof Meatloaf ::

Image
Macam yang aku cakap … skarang kan memang aku masak kat umah. Oleh sebab kengkadang tu dah tak tau amenda je nak masak … mula la tekak tu meraban nak makan memacam. Skarang nak cari ilham masak senang je … click² je dah dapat memenuhi nafsu tekak yang kepingin nak makan daging ! Ini resepi meatloaf yang paling sempoi … Gerenti jadi punya lah Easy Meatlof Source : allrecipes.com Ingredients 1 1/2 pounds ground beef 1 egg 1 onion, chopped 1 cup milk 1 cup dried bread crumbs Salt and pepper to taste 2 tbsp brown sugar – tak pakai 2 tbsp prepared mustard – tak pakai 1/3 cup ketchup Directions 1 – Preheat oven to 175C 2 – In large bowl, combine beef, egg, onion, milk and bread crumbs. Season with salt and pepper to taste and place in lightly greased 5X9 inch loaf pan OR form into a loaf and place in a lightly greased 9X13 inch baking dish 3 -  In a separate bowl, combine the brown sugar, mustard and ketchup. Mix well and pour over the meatloaf 4 – Bake for 1 hour * * *

:: Quickie Quiche ::

Image
Lama tak letak resepi kat sini. Ini ialah quiche yang paling senang nak buat. Takyah buat crust. Bancuh-campak-bakar-ngap ! Percaya atau tak, aku bancuh menda nih kol 1.30 pagi sebab anak² buah yang masa tu datang tido umah masa cuti sekolah, manjang kelaparan. Maklumlah bebudak laki. Asik lapau je. Letak jer … sekejapan lesap Sedap dan senang … memang lah aku punya type of recipe sebab tak kosa nak renyah². Memang dasar pemalas ! Hahaha … layan je lah recipe Quick Quiche Source : allrecipes.com Bahan² 4 batang sosej – aku guna Nutriplus Honey Chicken Frank 2 cawan keju cheddar parut 2 sudu besar mentega, cairkan 4 biji telur, dipukul 1/4 cawan bawang yang dicindang 1 sudu kecil garam 1/2 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan susu – aku guna susu kotak Full Cream Cara² 1 – Sosej dipotong dadu dan digoreng. Toskan minyak 2 – Panaskan oven 175C. Griskan bekas (remekin atau pie dish atau apa² bekas yang korang ada … belasah je. Aku punya bekas tu seramik 5 hengget je) 3 – Keju

:: Kalau Berkalau ::

Image
Berangan memang best kan ? Kalau (itu – ini X sana / sini) = Mimpi² hahaha. Equation yang tah pepe jer. Tapi motip sebenarnya ialah berangan tu memang best ! Sebab takyah pakai duit pong. Berangan je lah sampai meleleh air lior ka, sampai juling mata ka … no limit ! Kisah berangan nih mula bila aku nih asik dapat email SPAM menang loteri. Bila dikira² semua ada dekat 20 Juta Pound kot aku menang. Hahaha … gila tu. Lebey kurang RM97.5 Juta tu weih. 70 keturunan aku hidup senang lenang dah. Provided tau manage duit tu ngan betul lah Kalo aku bebetul ada £20M ~ RM97,577,677.51 apa je nak buat ek ? Meh kita try kira … buleh ke duit nih survive sampai 70 keturunan aku ? Bayo hutang piutang – RM500K Bayo PTPTN laki bini – RM50K < siap ada extra aku bayo kira derma lah ASB 3 beranak maksimum – RM200K X 3 = RM600K ASB mak, ayah, mak mertua, pak mertua – RM200K X 4 = RM800K ASD Malliq Rayyan (tatau maksimum berapa, hentam je nih) – RM200K Beli umah kat memana obersi sebijik – RM10M Beli um

:: Senam Selam ::

Image
Bersenam ! Hiah ... Hiah ... Berapa ramai antara korang yang rajin bersenam ? Aku ? Macam entry yang lepas ... takde makna dee aku nak bersenam. Dapat plak partner yang tak berapa nak bersenam. Nasib dia baik kadar metabolisma masih ditahap tinggi. Tak macam aku yang metabolisma punya kamus dah hilang dari direktori otak ... cari² tak jumpa. Maka nya, kalori dok terpengap dalam badan … tak tau nak buat apa Sangat iri hati dengan manusia bermetabolisma tinggi/normal Hohoho … pose berani mati neh. Garang tol … mata atas ! Ini budak bukan bermetabolisma tinggi. Ini budak hyper active berlebihan energy. Sangat cargas tanpa batas Pada 31 Disember 2010, sempena hari cuti Harimau Malaya menang bola kelmarin, mak aku ajak makan bekpas nasi asam weih ! Mana nak dapat - - - pepagi buta subuh alam dah pegi makan asam pedas ikan tenggiri ngan ayam goreng dan sayur yang sangat lazat neh kat tempat lain. Kedai Asam Pedas Pak Moktar nih memang bukak time sarapan jer. Ingat laie kekecik dul

:: I Noticed ! ::

Satu yang saya perasan ... bila saya tukar nada bahasa blog saya kepada laras bahasa standard persuratan melayu ... pembacanya dah turun kepada suam² kuku. Aduhai ... laras bahasa ? Laras senapang saja yang saya tau kot ... Pada hemat saya, bahasa yang betul perlu dalam sesuatu penulisan Hehehe ... lagak professor bahasa ! Malang sekali saya bukan A Samad Said mahupun Faisal Tehrani. Saya cuma sapa-kau-tak-herani ... *malu* Oleh sebab itu ... bukan sahaja untuk menarik kembali pembaca membaca di blog saya ... saya sendiri pun kengkadang terkucil tangan nak menaip bahasa melayu standard nih. Almaklumlah ... kita bukan pakar bahasa pun Maka ... terima saja lah aku seadanya ! Senang sket nak ekspresi jiwa berkecamuk ... kalau ber'saya'² lontaran nya agak terbatas Ok ... case closed. Aku mau jadi aku yang sebenar. Ber'saya'² bukan jiwa aku yang tepat. Mungkin cubaan ber'saya'² itu mahu menunjukkan kematangan usia ? Ternyata hati aku masih begini seperti puluha

:: 3 Biji Lampu ::

Apa kena la ngan tenet kat Mesia nih ... ke saya sorang jer yang bermasalah ? Asal nak buat keje jek tenet lemau. Aduyai ... masalah negara betul lah Sejuknya cuaca skarang nih kan ? Angin bukan main 'Dingin' laie ... huhuhu skema kot Entah apa la saya nak bebel laie Emm pasal keje ... bizi lah jugak. Biasa la awal taun Anak ... si Malliq secara rasmi dah tak minum susu baby laie. Dia skarang minum susu kotak Dutch Lady yang Kids [1-6 years old] perasa stoberi saje. Entah pesal le tetiba jer takmo. Tapi bab makan dah ok la. Cuma yang memeliknya, nak pedas ! Tak pedas bo layan ... memacam hal. Skarang masak suma kena pedas² sket. Masak kicap pun pedas. Baru ler taat setia nak makan. Kalo masak tak pedas ... makan sesuap pastu lari Skarang plak Malliq gila traffic light ! Apakah ? Pelik je lah hai budak nih ... masa kecik² ajar dia kira² traffic light tu ... kan ada countdown sebelum nak hijau tu kan. Jadinya skarang dah jadi obses plak nengok traffic light. Ajak main l

:: Hoyeah ! ::

Image
Yeay ! Tukar baju laie … kaler biru la plak Redup sket mata memandang Space nak tulis pun kecik tapi kurang lah serabut sebab menda² gajet kat tepi nih dah susun balik comey² Ok lah … tetiba semangat nak update. Tengok lah kalo line tenet ok petang² kang Daa !

:: Saya Murah Hati ::

Image
Aritu kan saya ada buat sukaneka teka-kira kat sini kan … Peneka pertama Syuhada @ snowygirl-syuhada.blogspot.com teka RM210 : Jawapan dia salah la pulak Peneka kedua kakngah @ lindarosman.com teka RM120 : Jawapan dia BETUL ! Oleh kerana Syuhada tu susunan nombor buleh lah diterima pakai … saya bagi jugaklah keychain Makassar tu pada 2 orang yang sudi nak meneka teka-kira saya Sila email alamat korang kat jaquedira@gmail.com untuk claim hadiah ye ! Terima kasih kerana sudi join teka² saya ni

:: Jawi lah pulak ::

سلمت ڤاڬي, ساي چوما نق اوجي ڤرايسين دبڤ   ني   . کوت²   له تتيبا   جي   نق فييليڠ²   ارب

:: Saya tak kaya, tapi saya ok ! ::

Sempena tarikh cantik nih … saja je la nak tepek satu post kat sini 2-3 hari nih badan tak berapa nak sihat. Tak tau lah naper … cuaca tak menentu kot. Sungguhpun begitu (pergh ayat skema) aktiviti kat umah berjalan seperti biasa. Kerja pun macam biasa … hidup saya biasa² jer kot. Takde yang luar biasa … tapi, saya happy jer. Ayat biasa² tu cam sedey jer kan ? Hahaha … biasa² bukan makna saya tak bahagia dan hidup sengsara. Biasa² macam orang biasa yang lain. Luar biasa kang amenda jer luar biasa ? Huhuhu … tak dapat la nak explain kat sini Ada perkara menarik yang nak saya kongsi sempena tahun baru 2011. Sebelum New Year laie, saya dah stop makan kat luar ! Gila tabah tau … hari² masak kat umah. Hek eleh … itu pun nak kecoh ke ? Huhuhu … sebenarnya ada la sebab kenapa saya kecoh. Lebey kurang 1 bulan lebih jugak lah kitaorang makan apa yang saya masak kat umah jek. Dari sarapan sampai supper suma saya buat. Complete set siap dessert tau. Al-maklumlah, laki den suka mengunyah Ki

:: Hey ! ::

Yer, saya masih hidup laie Alhamdulillah ... Ada ke sesapa rindukan saya ? *Bluek* Dikala ini saya hanya dapat update menggunakan email sahaja. Kerana di opis, ini sahaja yang lepas ... lain suma kena blocked ! Kat umah, internet takde ... p-i-t-y Ok ... itu sahaja