25 June 2009

:: Extreme Addiction ::

WLW

Setelah menggunakan Windows Live Writer nih aku rasa kalo nak type blog … mesti nak type kat sini. Kalo pakai dashboard ke … menda lain selain WLW rasa cam tak menarik je … You can do so much with WLW. Aku paling suka function gambo lah … buleh buat memacam. WYSIWYG (What You See Is What You Get) memang sangat bermakna cuz camne ko letak kat WLW nih … camtu le yang akan kuar kat blog ko

Sapa belom guna … sila la try!

Buleh download kat sini >>> Windows Live Writer 2009: Now Available for Download <<<

Disebabkan aku pakai Mac kat umah … WLW takleh guna. Tu antara sebab aku kureng bernafsu sket nak update blog aku sebab WLW ialah window-based. Neways … do give it a try. Aku bukan nak promo Microsoft ke apa, cuma menda baik yang buleh senangkan keje korang nak update blog … baik ler kita kongsi bersama

Kongsi ilmu,

Posting Mengenai Topik Yang Sama :

24 June 2009

:: Oz Down Under 1 ::

Ini entry hutang paling lama nak settlekan. Makan 2 taun. Dari aku belum preggy sampai ler dah kuar si Malliq tu. Skarang Malliq pun dah nak masuk 7 bulan … pergh. Sungguh ler lama. Tapi … ada sesapa ke yang tunggu entry nih? Korang tak tunggu tu memang ler … sebab korang tak tau. Yang menunggu tu ialah Mak aku. Huhuhu … sorry la Mak. Entah bila ler saya nak print gambo Mak tu … layan ler dulu kat sini yer … Ampun!

P3180090P3180116 
Sebelum berangkat dan di dalam airplane

Ini kisah kami 3 beranak menjalankan misi ziarah akak aku yang ketika itu dok kat Canberra, Oz. Ada lah sket masalah, jadinya Mak aku ngan Iwan, adik aku, nak le pegi jengah akak aku. Tetiba jer aku kena paksa pegi sekali … sebabnya diaorang tak berani nak pegi sendiri². Cheh … macam ler aku berani sangat

Kenapa tak berani nak pegi sendiri²? Sebabnya … kitaorang pegi secara backpacking. Takde le backpacking beno cumanya segala transportation, segala lodging adalah sendiri². Takde ikut agent ke apa. Memang totally sendiri² independent lah. Sungguhpun sangat tak tau … tapi travel camnie adalah sangat bagus cuz sangat jimat!

Tiket aku fully sponsored by adik aku. Dek kerana takut nyer pasal, sanggup bayarkan tiket aku. Gilo budak nih. Dan dia takde masa nak buat research. Segala tugas dari cari tiket kapal terobang, cari bas from Sydney to Canberra, cari local bus nyer schedule, trip to museum, tourists attraction nyer tempat dan sebagainya … aku ler kena buat. Since orang dah sponsor … I’m really glad to do just bout anything! Terima kasih yer Wan

DSCN0096 DSCN0095 P3190128
Ini kat Sydney Airport a.k.a Kingsford Smith Airport

DSCN0102 DSCN0099 DSCN0100
Sementara tunggu bas nak ke Canberra … lepak kat Krispy Kreme dulu

 DSCN0101 DSCN0103 DSCN0104
Sempat laie ber cam-whoring … kat luar adalah sangat sejuk

So … sampai Sydney around 9 am. Bas sampai kol baper ek masa tu … aduhai. Memang ler hilang ingatan sebab it was 2 years ago. Hahaha … aku rasa around 2 pm kot. Kitaorang lepak² je lah kat airport. Bila bas sampai … naik bas dok asing². Mak aku dok sebelah this bloke yang encem. Student Uni. Aku dok sebelah Asian guy yang kerek. Sempat laie sepak kaki aku. Dah ler pasang walkman cam nak pekak nyer kuat. Iwan lak aku tak sure dia dok sebelah sapa

Bas nih double decker … aku dapat dok kat tangga. Tapi bawah takde penumpang … isi luggage jer. Ada la pulak seko budak nih … ada toilet kat bawah tangga nih. Bantai berak … bila bukak jer pintu toilet lepas selesai kerja dia tu. Meletup bau nyer satu bas! Yang paling hazab aku la! Tahan jer la … 3 jam nyer journey! Mak aku sepanjang jalan bantai berborak ngan mat salleh tu. Langsung tak ngantuk. Hehehe … excited la tu

Lebey kurang kol 5 pm, sampai ler kat Canberra. All the way from Sydney tu … Masya Allah! Tak tergambar cantiknya pemandangan kiri kanan. Aku tak dapat nak amik gambo bukit-bukau, meadows, biri², pokok² dan langit bagai sebab si Asian guy kerek nih dok kat tingkap. Ada dia pandang slack kat aku kang … ye lah, mana ler aku penah sampai Ostolia nih. Tak penah mimpi pun … aku hanya dapat simpan dalam memori je lah … sangat nice

Kisah selanjutnya akan disambung. Hehehe … kasi suspen sket. Memang ler kangaroo adventure

Tour guide tak bertauliah,

:: Apa Salah Bergambar Keji ~ Retro Style ::

Hari Raya

Ini adalah gambar yang paling nostalgic sekali. Memang agak keji sebab ayah aku (disyaki) amek gambo aku tengah baik punya layan hingus meleleh. Hahaha … yer kengkawan. Yang mungil dan tembam dan segar bugar itu tak lain dan tak bukan ialah aku. Dengan rambut kenteng² tu … I wonder lah naper bila besar stret jer rambut aku

Masa nih aku berapa umur pun tak ingat lah … ada lah kot dalam setaun kot? Humakaiih … aku adalah baby yang membesar ngan sihat. Kah kah kah … tak sure lah umoq baper

Tok Gigi Mas is actually my mak punya mother. Nenek la kiranya. Tapi kitaorang nih masa kecik² bantai semua orang panggil Tok jer. So sebab semua panggil TOK … kitaorang ada varieties of TOK such as :

  • Tok Gigi Mas – my mom’s mother : she got 2 gold teeth … biasa la orang dulu²
  • Tok Medan – my mom’s father : cuz he lived in Seri Medan
  • Tok Meja Panjang – Tok Medan’s sister : cuz she got this long long low legged table (cam meja jepun tu) serving tons and tons of kuih raya and goodies. Paling suka terjah ialah lengkong yang keras tu … apa nama ek. Tetiba hilang ingatan
  • Tok Wan – my dad’s father : nama dia Hassan … tapi takde kena mengena kot sebab orang² kat Perak panggil Wan … entahlah … aku tak pasti
  • Tok Kiah – my dad’s mother : sebab nama dia Rokiah
  • Tok Usop – my mom’s stepfather @ Tok Gigi Mas 2nd husband
  • Tok Ngah – my dad’s aunt
  • Tok Ayam Kicap – my mom’s uncle : this one sure sounds funny cuz everytime Hari Raya … kalo pegi umah dia sure ada ayam kampung masak kicap … very the sedap one, no lies! Tapi skarang cuz age factor, dah takde dah ayam kicap nih … kinda miss that for sure
  • Tok Lang – my dad’s aunt
  • Tok Sarilah – my mom’s step mother @ Tok Medan’s 2nd Wife
  • Rendang Tok is not part of the family but I’m sure glad to have one right now cuz I’m hungry … hehehe

Semua Tok dalam senarai di atas dah takde … Kecuali Tok Usop, Tok Ayam Kicap, Tok Lang dan Tok Sarilah. Aku rasa ada laie Tok yang aku tak ingat. Tapi Tok² kat atas nih yang selalu kitaorang pegi ziarah masa hari raya

Rindunya ngan Tok² aku yang dah takde tu. Kalo hari raya tu ada cam sket kureng aaa. Nasib baik ada ramai pakcik makcik, sepupu sepapat, anak buah, ipar duai meramaikan suasana. Tetiba feeling syahdu la pulak … sob sob

Cucu atok,

23 June 2009

:: Kadang Kala Ianya Mudah ::



Bacalah sebanyak mungkin

:: Kenapa La Bodoh Sangat Nie??? ::

Hati ada sedikit terbakar. Bukan sikit tapi sangat membara sampai hampir rentung la jugak

Hei Pn. Mok² Pacat yang jahat itu ... kamu tak reti buat kerja kah? Macam mana budak opis lain buat OT tapi claim ngan opis kita nih??? Sapa ajar? Binawe tol ... camner la ko leh jadi bos nih ha? Kot yer pun ko ngan Pakcik Ali Ketam tu bespren ... ko agak² la sket yang ko nih buleh buat keje ke tak ... otak ada, tapi akal takde. Cam LEMBU la ... otak ada, masak lemak memang sedap. Tapi akal baghal. Aku rasa kucing yang bodoh piang tu kalo training hari² pun laie pandai dari ko

Tak terkata dah weih !!!

Aku adalah sangat tensen skarang! Huh ... geramnya!!!

Dah la salah budak tu buat ... dah ler tak gheti² nak bincang ngan staff ko nih. Haaa padan muka dah banyak salah. Amik obat ... now - go and clean up your own mess B!T(H ... nasib baik la ko tak melenting. Kalo tak memang aku maki ko kaw² nyer cecukup!

Rasa nak ludah orang,

19 June 2009

:: Laporan Bergambar ::

Entry mungkin akan jadi berjela² dan merapu² dan penuh gambar² … Enjoy saja dong!

Picture 035 Ini Makcik Kenit (Masitah nama nyer)
Adik mak aku
Sedang menunggu akak aku kuar dari airplane

Balik dari Dubai … transit kat Karachi
Sekali tu ada mamat India nih sakit perut

Flight delayed 45 mins

Haru betul

Sampai umah, Makcik Kenit cam nak pitam
Habis satu kepala ditampal koyok
Tak biasa jalan jauh katanya

Picture 038 Picture 040 Picture 039 Picture 046 Picture 049 Picture 044
Ini citer kawen² adek aku
Sangat penat cuz aku jadi chef ~ masak lauk pengantin
Hey … takde sapa ke amik gambo lauk² aku yang grand tu?

Kecewa …

Gambo kawen² takde cuz aku bizi
Dan abang aku telah jadi Incek Fotog tak bertauliah

Oho … biarkan saja orang² ber’D-SLR’ amik gambo

Ayah aku tengah pegang seko belalang daun yang sangat besar
Aku adalah sangat terkejut sebab belalang tu terbang direct ke muka aku then membelok ke Incek Jaque

Lepas tu Malliq asik meragam
Ayah aku cabut kepala belalang tu dan campak masuk longkang

“Kalo ko nih pelesit … ko balik le kat tuan ko takde kepala”

Apak aku sangat brutal
Kalo Mat Rempit Pelesit jumpa dia, harus kena cabut kepala cam sotong agaknya

Picture 078 Picture 077 Picture 075 Picture 082 Picture 083 Picture 081
Picture 088 Picture 087 Picture 090
Sian Malliq
Melalak² kena botakkan kepala

Pagi sebelum kenduri kawen² dan bersanding adek aku tu
Mak aku buat sket majlis Marhaban dan cukur jambul

Gambo masa majlis tu ada kat abang aku
Nanti lah aku amek

Ini lepas kenduri dah habis
Right before Maghrib … habis pala Malliq dah gondol

Yang menggondolkan ialah akak aku

Aku ngan Incek Jaque jadi tukang distract je
Pujuk² Malliq soh diam

Last sekali … ini je la obatnya

Picture 100
Rupanya lapar daa …
Elok je bagi susu dia tak kesah pun orang cukur pala dia

So … udah butak … hehehe

Picture 120
“Mak saya sangat kejam
Ada ke saya yang comel nih nak dimasukkan dalam washing machine
Tapi apa pun … saya tetap sayang mak saya”

Hehehe … konon² Malliq la cakap tu

Ini gambar kat kedai letrik paling murah kat Melaka
Pengantin nak beli washing machine, peti ais ngan ekon

Bila dah botak … sangat la lain mukanya
Kadang² rasa cam Alien pun ada

Hahaha

Picture 108
Mata yang juling² air tu menambahkan laie kecomelannya
Nuthing is perfect … right?
Hensem sangat nanti pun susah Mak nak menjaga

Butak ke, Alien ke, juling ke
Mak tetap sayang Malliq

Love you to bits,

Takde la berjela² sangat pun kan?

16 June 2009

:: Memindang Menelur ::

IMG_0033 IMG_0031 IMG_0032 IMG_0037 IMG_0034 IMG_0036 IMG_0043 IMG_0041 IMG_0039 IMG_0045 IMG_0051 IMG_0046

Sapa nak beli telur pindang? Ini gerenti sedap tak menyesal punya.

Bahan² Telur Pindang

  • Daun senduduk
  • Daun jambu batu
  • Daun manggis
  • Ketumbar
  • Jintan Manis a.k.a Jintan Kasar
  • Kulit bawang merah
  • Asam Jawa
  • Cuka
  • Serai
  • Lengkuas
  • Kicap Pekat
  • Kicap Masin
  • Garam (jika perlu)
  • Dan of course lah telur
  • Masak ngan api yang kecil selama 3 hari 3 malam

Takde sukatan khas. Semuanya guna GERAK HATIhentam saja lah labu. Hanya yang berbakat saja buleh guna gerak hati. Hehehe … memang takde sukatan. Kitaorang masak nih main agak² jer … dan juga melalui pengalaman. Kalo mak² kita masak selalunya mana ada sukatan. Kalo dah biasa masak … sure dah buleh agak. Kalo aku lak masak guna hidung. Bau tu buleh tau masin ke, tawar ke … entah lah ek. Ikut bakat memasing lah yer …

Ini telur pindang untuk majlis kenduri kawen adik aku yang berlangsung pada Ahad, 14 Jun 2009

Tokey Telur Pindang,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...