28 February 2010

:: Jawapan Teka-Teki Puaka ::

Ini soalannyer …

#1 : Apa persamaan Micheal Jackson ngan Micheal Jordan?

#2 : Banyak² ikan, ikan apa yang sambut Thaipusam?

#3 : Norman, Yusry dan Edry naik motor ... kena tahan polis. Kenapa?

#4 : Ada penjual roti ni, setiap hari akan pusing satu taman sebanyak 5 kali. Satu hari dia pusing taman nih sebanyak 6 kali. Lepas tu kena tahan ngan polis. Kenapa?

#5 : Apa nama Sudirman masa dia kecik²?

#6 : Ada lapan ekor cicak sedang tengok lipas breakdance atas wayar telefon. Lipas tak jatuh tapi semua cicak jatuh. Kenapa?

#7 : Banyak² haiwan, haiwan apa paling glamer?

Ini pulak jawapannyer …

*1 : Dedua Micheal tak kenal korang
*2 : Ikan paus sambut Thaipusam sebab “Whale Whale”
*3 : Norman, Yusry & Edry kan 3 orang … mana bleh naik moto 3 orang
*4 : Sebab polis nak beli roti
*5 : SudirBOY
*6 : Sebab cicak tepuk tangan tengok lipas  buat stunt
*7 : Ikan gelama @ Babi sebab buat apa pun mesti akan tersebut BABI

Hehehe … Thanks KakNgah kerana sudi menjawab

Saya bukan puaka,
mysigna

:: Ti – Ra Miss U ::

Ohohoho

Sapa la pulak kan Ti dan Ra nak miss² dalam blog aku nih? Kalo nak tau … Ini la diaorang

Presenting

IMG_0126This is Ti

IMG_0127 This is Ra

IMG_0129 Miss u … cuz dah lobang kena makan

Percubaan membuat sendiri Tiramisu adalah sakses (success lah). Lepas nih takyah lah singgah SR laie … jimat ongkos dan jimat masa dan disayangi ramai … hahaha. Serius … sangat senang. Main baling² jer suma bahan. Tutup mata pun buleh buat lah … Sila salin resepi yer … Ini resepi aku sendiri sebab banyak bahan takde, so belasah jer yang mana ada

Yumiko’s Tiramisu

  • 1 pack Forno Bonomi Savoiardi Ladyfingers [I used only 24 fingers – half pack]
  • 125 gm Tatura Cream Cheese
  • 2 cups Heavy Whipping Cream
  • 1/2 cup cold coffee [any kind diluted with hot water and let cool]
  • 4 tbsp powdered sugar
  • 1 heap full tbsp cocoa for dusting
  1. Beat cream cheese and sugar in a bowl until combined
  2. In a chilled bowl, beat whip cream until firm peak formed (if bowl not chilled, whip cream must be really cold)
  3. Fold cream cheese into the whip cream mixture
  4. Arrange ladyfingers side-by-side in a serving dish, pour 1/4 cup cooled coffee until the biscuits absorb the coffee
  5. Cover the biscuits with cream. Repeat step 4 to form more layers as desired
  6. Top with a layer of cream mixture. Dust the top with  cocoa, fully covered
  7. Refrigerate at least 4 hours before serving

Senang kan? Ladyfingers tu kalo korang nak tau rupanya camner … dia macam biskut kering jugak cuma lembut (berongga – untuk absorb liquid) dan ada lapisan gula atasnya

  Pic di gugel dari sini

IMG_0131 IMG_0132

Tiramisu sebenarnya guna mascarpone cheese. Rasanya lebih intense … tapi aku puas cari takde … terpaksa opt kepada cream cheese. Rasa still sedap, mantap dan … nak ulang hadap makan sampai licin  mangkuk tak sedar diri.

Oh yer … ladyfingers ni pun aku terjumpa kat Seremban : Amore E Bake. Tempat cinonet jer, tapi kepadatan dengan barang yang super hard to find ok! Vanilla pods pun ada weih … tu yang tetiba kena rasuk ngan roh Nigella Lawson tu. Memang ler masuk dalam diary every week aku singgah Somban! Kak Iz, lepas nih kita serbu Bangi plak ek! Thanks for the vanilla pods!!! Tengah cari resepi nak guna vanilla pods tu. Incek Jaque kata letak jer dalam keta … takyah beli AmbiPur dah

Sabo je la …

Roh MakNenek Nigella,
mysigna

Nota Hilang :

Amore E Bake Blog : here
Store Address : 282 G, Jalan Haruan 5/7, Oakland Industrial Park, Seremban, Negeri Sembilan

23 February 2010

:: Teka Teki Puaka ::

#1 : Apa persamaan Micheal Jackson ngan Micheal Jordan?

#2 : Banyak² ikan, ikan apa yang sambut Thaipusam?

#3 : Norman, Yusry dan Edry naik motor ... kena tahan polis. Kenapa?

#4 : Ada penjual roti ni, setiap hari akan pusing satu taman sebanyak 5 kali. Satu hari dia pusing taman nih sebanyak 6 kali. Lepas tu kena tahan ngan polis. Kenapa?

#5 : Apa nama Sudirman masa dia kecik²?

#6 : Ada lapan ekor cicak sedang tengok lipas breakdance atas wayar telefon. Lipas tak jatuh tapi semua cicak jatuh. Kenapa?

#7 : Banyak² haiwan, haiwan apa paling glamer?

05 February 2010

:: Susi Suhi Sushi ::

Tetiba jer angin jepun aku datang
Bangun pepagi buta nak buat ni lah ...

Nak Kena Maki-Sushi

Memula sediakan bahan² memaki

Telor dadar nipis²

Crabstik ngan Kyuri

Tepek suma edisi tamak haloba tak hengat dunia

Make sure ada assistant yang suka mengacau

Gulung² ... gulung² ... *pling!

Sedia untuk dimakan

Sangat senang dan mudah untuk memaki tanpa mendatangkan dosa
Malah menambahkan pahala di hari Jumaat kerana menyediakan sarapan untuk keluarga
Selamat mencuba!


Nota gulung² :
* Maki-sushi @ Makizushi/Makimono ialah sushi yang digulungkan - Read More Here!

:: Sian Si Malliq ::

Semalam dengan jayanya kol 9.30 PM aku dah terbongkang! Kah kah kah ... penat doh! Dah ler tekak ada ala² nak kena serangan demam. Balik jer keje semalam merayap ke jusco nak beli ayam. Memula terasa nak makan ayam golek ayamas ... tapi pikirkan seko ayam jer dah dekat nak 20 hengget ... kensel jer sudah. Bakar ayam sendiri laie bagus

Nak jadi kesah masa kat jusco nih, aku tengah nak amik plastik kat rak sebelah nak amik lemon, si Malliq plak tengah berdiri dalam shopping cart tu ngan bapak dia. Tengah aku paling jer tak sampai semenet ... GEDEGANG!!! Pusing jer belakang si Malliq dah tertiarap atas lantai ngan cart tu semua terbalik. Huish ... berderau darah aku. Apa lagi si kecik tu meraung la ... satu jusco bleh dengar! Semua dekat² situ pandang cam nak salahkan kitaorang yang tak tengok anak bebaik la kan

Kalo pikir logik la kan ... camner la cart yang beso tu, 4 roda, berat plak ... buleh budak setaun 2 bulan terbalikkan? Malliq ... ko nih jatuh dari Planet Krypton tak bagitau mak ek? Superman kot anak aku nih? Kui kui kui ... bila check balik, cart tu memang cam cacat sket ... senget sebelah then roda nya pun cam ala² nak tercabut. Ini kalo aku saman jusco mesti dapat sopping kat jusco free seumur hidup kan?

Sian tol aku tengok si Malliq nih ... melekap jer kat aku. 10 menet gak ler baru benti nangis. Dah ler kalo nangis ala² drama ... air mata pergh takmo kalah. Laie teruk dari pompuan. Gedebak gedebuk ... terus balik umah. Sampai umah kol 7 terus buat Lemon Rosmary Chicken. Wah nama takmo kalah. Ayam seko baru 9 hengget. Lemon sebiji baru singget. Daun rosmary baru 2 hengget. Semua aku guna separuh ... baru 6 hengget jer modal. Pehtu dapat roast ciken yang sodap bangat! Layan betul makan ... gambo jer tak amek. Bateri sudah kong ... lain kali aku buat aku amik gambo lah ek

Mak Superman,

03 February 2010

:: Rururu ::


Ini wajah terbaru aku
Mulai hari ini dikenali
Yumiko
Nama Pena/Blog lah

Senotip Synte dah bersara

Sila beri tunjuk ajar!

:: Tak Perasan La Pulak! ::

Punya lah caught up dengan kerja sampai tak perasan yang aku dah berjaya menggoblog secara full time kat ahhpening.blogspot.com nih selama setahun

Walaupun entry nyer agak ciput [full time la konon], tapi ok lah sebab aku yang berpenyakit M nih mampu gak la nak tulis kat sini sampai beratus² entry setahun. Kakaka ... bangga doh! Pencapaian ulung tu. Kalo dulu kat blog aku yang lain tu ... mati pucuk jer semua. Belum sempat pepe dah kojol ...

Pada tahun 2010, sempena Melaka Maju 2010 aku berazam la nak tingkatkan usaha aku menggoblog laie dengan cargas. Motibasi ke motip ke hapa ... tak kisah lah. Semoga aku berjaya dalam apa juga aku buat

Gambatte-ne!

02 February 2010

:: Katakanlah ... ::

Katakan la, korang ada keta. Keta nih plak every week mesti masuk bengkel. Every time masuk bengkel plak korang amik cuti sebab keta masuk bengkel nak untuk diservis je - rosak banyak katanya

Ini menunjukkan keta korang tu layak humban dalam sungai ke atau korang jer buat alasan sebab takmo gie keje?

Haih .. susah betul kalo tuan empunya keta tu adalah bos korang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...