26 February 2016

:: Siaran Tertunda ::

Setahun tertunda ... Rasa kekok pulak nak membebel kat blog ni. Di suatu masa dahulu, menjadi tempat 'curhat' yang tidak pernah mengecewakan. Tempat berkongsi suka dan duka

Sejak ada fb, dan agak aktif ... aku ambil keputusan untuk tutup terus fb aku tu. Makin lama makin semak pulak. Terlalu banyak interaksi luar kawal. FB tu memang aku tak nafikan banyak faedahnya, tapi aku rasa makin lemas dengan 'over sharing'

Masalah di fb ... apa yg lalu di wall ko tu, ko terpaksa tengok. I mean ... mmg ko boleh block itu ini yang ko tak suka, tapi sebelum ko blok, ko terpaksa juga tengok dulu kan ?

Muntah darah !

Biarlah aku membebel kat sini. Takde orang baca ke, takde orang like ke ... ini rumah aku. Aku tak paksa ko masuk dan baca pun. Kalo kat fb tu ... nak tak nak pun kena pandang dulu sebelum aku tendang keluar. Takmo tengok pun terpaksa tengok jugak ...

Semoga taun ni aku rajin sket update blog. Redha je ler ngan bebelan aku ni ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...