Korang mesti pernah sekali dalam seumur hidup, pernah antau baju kat Kedai Dobi kan? FYI, semalam merupakan kali pertama aku antau baju aku kat dobi. Yer ... sila la gelak kalau ko rasa bahagia begitu. Ini semua gara² mesin basuh aku bocor (dah dekat 3 bulan ... tapi buat bodo jer) dan aku sekarang dalam mode sangat malas nak membasuh, menyidai, melipat dan menyimpan baju² secara sistematik Aku wierd. Aku tak suka basuh baju campur². Kalo seluar ... semua seluar. Kalo baju t-shirt ... semua diasingkan ikut warna. Oh ... baju t-shirt / kemeja warna merah aku akan basuh dengan seluar sebab selalunya berpotensi untuk turun warna dan mencacatkan baju² yang lain. Dan perkara paling mustahak ... semua pakaian yang masuk dalam washing machine wajib diterbalikkan ~ inside-out. Kalo Incek Jaque basuh baju dan dia terlupa nak terbalikkan, masa sidai baju aku lak yang terjumpa ... mulut aku akan moncong 1 depa Sidai baju pulak akan guna hanger. Kedudukan hanger pada tiang penyidai pulak semua me...