10 February 2009

:: Mainan Tido ::

Aku selalu mimpi mengarut. Aku penah mimpi berdating ngan Keanu Reeves (kenapa la mimpi je?) ... bawak kereta takde brek ... seberang laut duduk dalam payung ... Ifa Raziah temankan aku pie klinik untuk check-up [ini paling karut aku rasa] ... dan yang paling kerap aku mimpi ialah mimpi idea berniaga ... ini memang sangat kerap

Yang paling bosan ialah ... idea berniaga tu sangat brilliant! Memang aku leh jadi billionaire! Tapi by the time aku nak tulis ke ... nak ingatkan balik mimpi tadi ... [hey!] nama pun mimpi kan? Harus la ianya hilang bila aku sedar ... [oh!] mimpi rupanya ... zzZZzzZZzz

Oleh itu aku tak suka kalo aku tido termimpi apa² yang best. Sangat sedih bila aku sedar ... hanya beberapa menet jer aku concious about apa yang aku mimpi tu. Bila aku bergerak atau bercakap ... dalam erti kata lain nya bila otak aku dah mula berfungsi ... lenyap la sudah mimpi yang best itu. Terutamanya bila bermimpi Keanu Reeves ... sangat tak best bila dah lupa apa aku buat ngan Keanu Reeves dalam mimpi tu ... hohoho

Sejak aku sedar betapa ruginya idea² yang hebat hilang setelah aku bangun tido ... sejak 2 menjak nih aku pun cuba la sedaya upaya nak ingatkan apa yang aku mimpi. Dengan harapan ada jugak la manafaat aku bermimpi ... nyata, memang aku buleh ingat apa yang aku mimpi. Nak tau apa aku mimpi?

Aku mimpi aku sedang jadi penonton. Entah kat mana la ... aku sedang perati sorang perempuan nih. Korang tau sapa pompuan tu? Hahaha ... sure la tak tau kan? Pompuan tu ialah Mek Salam Pantai Timur tu ... tak kenal? Yang jadi pengacara Nasi Lemak Kopi 'O' ngan Aziz Desa pepagi kat TV9 Dekat Di Hati tu lah ...

Ini Mek Dulu

Apa sedang Mek buat? Ini setelah sedaya upaya aku ingat la ek ... kalo tak salah aku la ... aku tengah tengok Mek berlari² ... dari badan dia XXL ... sampai le ke saiz S. Maksudnya aku tengok Mek nih berlari ... sambil tu badan dia dari besar ... mengecut ler jadi kecik. Bila dah jadi saiz S ... membesar balik badan dia ke saiz XXL. Aku tengok dia berlari camtu ada la kot 5-6 kali macam orang berlari buat saie' tu ... camtu la

Pehtu dah habis dia lari ... dia cakap "Ampunkan Mek! Ampunkan Mek! Mek dah tipu semua orang! Mek dah takmo tipu orang laie dah! Ampunkan Mek! Ampunkan Mek!" Dia kecek kelate ler ... dan ini pun dia ulang 3-4 kali ... Pehtu aku pun terjaga

Apa ke he aku leh mimpi camtu? Apa kena mengena Mek tu ngan aku? Apa jer Mek tu dah buat sampai mintak ampun camtu sekali? Yang aku dok tengok tu pasai apa?

Karut kan? Bila aku terjaga tu ... aku sengaja soh otak aku ingat mimpi nih sebab aku pun musykil naper aku leh mimpi Mek SPT tu. Mungkin sejak 2 menjak nih aku dok sebok nak kurus. Hahaha ... tapi takkan ler camtu gaya lak mimpi kan. Kalo aku terlalu memikir pasai kurus, sure la aku mimpi aku nih jadik gemuk cam Nutty Professor tu ke, aku jadi aneroxic cam Kate Moss ke ... ye la, hal² berkaitan ngan berat badan la kan

Aku lak mimpi Mek meraung mintak ampun! Erk ... konpius aaa

Kepada Mek Sayyidah ... andai kata awak terbaca entry nih [huh! berangan la aku Mek nak baca blog nih] ... saya pun heran naper leh saya mimpi camtu ... saya pun tak tau apa yang awak dah tipu sampai awak mintak ampun camtu

Tapi pepe pun aku respect la ngan Mek nih. Tak makan nasi nak dekat setaun gak la. Makan tom yam ngan buah²an jer. Aduhai ... tabah gila. Aku skarang kecoh makan Phyto Fibre. Pehtu kecoh gak beli Quaker Oats nak makan time dinner. Huh ... haram! Makan tetap maintain. Dinner tetap selera ... pedulik la sama itu oat

Langsung tak kuat semangat ... camner nak kurus cam Mek nih?

Ini Mek Skarang ... Kurus Kan???

Atau ... adakah mungkin sebab si Malliq suka panggil aku 'MEK' [Malliq tak menangis tapi suka merengek panggil 'MEK' 'MEK' ... selagi aku tak datang ... dia 'MEK' 'MEK' ler sampai aku tercegat depan muka dia baru nak diam] itu sebabnya aku mimpi si Mek ni?

Entah ler ... sapa boleh bagi tau sebabnya?

Credits:
Gambar dicilok dari myspace Mek : disini
Cerita Kurus Mek : disini dan disini

6 comments:

  1. byk mimpi ni.. alamat dia ialah suruh buat buku mimpi..ko tafsir sendiri je.. wakakaka

    ReplyDelete
  2. mek buat pengakuan berani kt dlm mimpi ko tu la...

    ReplyDelete
  3. :: fandi ::
    Nampak gaya aku kena jadi Nujum Pak Belalang daa

    :: kakngah ::
    Pengakuan apa kah itu? Musykil juga

    ReplyDelete
  4. hehehhe.. bahawa diet dia yg secara sihat ittew adalah palsu belaka..

    ReplyDelete
  5. hahaha kelakar giler baca post awak ni!! thanks for sharing!

    ReplyDelete
  6. :: kakngah ::
    mungkin jugak la kan Mek tu diet tak makan nasi ... tapi entah ler ... Tuhan je la yang tau

    :: Emila Yusof::
    hehehe saya pun rasa kelakar baca posting nih ... memang selalu sangat mimpi mengarut

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...