27 January 2011

:: Lauk Senang ::

sanma

Senang jer lauk kitaorang. Nasi, lobak putih ngan ikan sanma. Ikan apakah ? Sedap tau ikan nih. Nama dia sanma … bukan salmah ek. Jangan pepandai nak tukar nama I/C ikan neh. Nama omputih dia Pacific Saury @ mackerel pike. Ikan nih glemer kat Japan jer kot. Kita tak makan ikan nih sebab apa tak tau la pulak. Ikan nih orang Jepun makan time summer, sebab masa summer jer ikan nih banyak. Cam musim derian ah

P1052353

Ikan nih cantik tau. Kalernya silver kebiruan gitu. Dan panjang² dengan mulut tajam. Panjang sekor ikan lebih kurang dari pergelangan sampai ke siku gak lah. Ikan nih rasa cam ikan terubuk, jenis ikan berminyak. Banyak kandungan DHA dan Omega-3 sebab dok kat laut sejuk. Sesapa mengandung tu makan lah ikan banyak² ! Bagus untuk baby dan juga untuk mak yang mengandung jugak sebab ikan nih ada lemak tak tepu yang bagus untuk jantung

P1052352

10 ekor sanma dengan harga RM1.74 … so lebey kurang seko 20 sen. Best tak best ? Hahaha. Bagus beli camnie sebab memang murah gila. Bukan ikan nih dah busuk ke apa. Ikan cantik² laie. Kalo dah dok kat situ tak bergerak, hari ke-2 biasanya diaorang akan lelong. Nasib baik aku tak ilang akal pie borong semua. Hehehe

Sanma nih sedap kalo panggang kosong je sebab rasa ikan nih dah takyah letak pepe. Serious ! Sangat sedap. Kalo korang terjumpa ikan nih kat memana, do give it a try ! Tak rugi

More on sanma fish : here

yumiko

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...