:: Kuruskan Pemandu Pelancong ::


Hahaha ... tajuk takleh nak blah! Memang hazab ler jadi pemandu pelancong. Untuk yang tak fit ... abaikan la niat murni korang tu. Kalo memang passionate nak jadi tourist guide, aku cadangkan ko masuk dulu fitness first ... dah tak semput, baru ler jadik tourist guide

Geng Kurus Kursus Paling Best

Menurut kata para penceramah dan penganjur kursus, sepanjang 4 siri dah berlalu ... group kitaorang yang paling happening diaorang dapat. Semua penceramah sangat enjoy ngan group kitaorang ... memang pecah perut menahan gelak ngan perangai memasing

Walaupun sangat lah letih dan pecah kepala nak mengingat suma benda ... it was an eye opening session for all of us. Ye lah ... nama jer dok dalam Melaka, but then tak semua tempat kita dah pegi ... dan juga tak semua menda kita tau. Banyak yang kitaorang belajar [terutamanya aku lah] pasal negeri sendiri. Korang penah ke naik bas ... ronda² negeri yang korang menetap tu? Rupanya banyak menda jugak yang aku baru tau ... best!

Background kitaorang suma rata² biasa jer ... tapi sangat versatile tau. Ada polis pelancong, ada pegawai, ada nurse, ada kerani ... kiranya memang sangat jumble up lah. Yang paling best tu si polis pelancong tu lah ... dia sangat la ringan mulut. Very the la kiranya. Dan sorang laie pakcik yang kitaorang panggil Abang Bo [botak!]

Abang Bo ... dah penat la tu

Dari dalam kelas laie kepetahan Abg Bo nih memang terserlah. Ada ajer yang nak dibetahkan ngan penceramah. Nasib baik ler ada Abg Bo ... kalo tak mau nyer kitaorang dah tersembam atas meja. Ye lah ... start kelas kol 8 malam, sure gila penat. At least ada tukang meriahkan kelas ... celik la jugak bijik mata

Persembahan budaya oleh Briged Seni Melaka

Aku amik gambo banyak gila [240 keping semuanya ... ntah apa jer aku amek] Disebabkan kesuntukan masa ... aku klik-klik je lah sana sini. Kalo nak menyalin suma ... oho tak larat beb. Itu pun kitaorang berjalan kaki dah macam KTM Ekspres Rakyat jer. Yer tuan² dan puan² ... berjalan kaki yer. Ater nama pun tourist guide ... harus lah bawak tourist tu masuk bangunan, panjat bukit, singgah kedai souvenir. Dan mulut harus la manis ... pandai sembang dan yang penting ... IKHLAS dan SABAR melayan karenah manusia yang bernama PELANCONG

Aku yang baru lepas bersalin nih terasa la sangat kepenatan. Aku tak kisah nak panjat Bukit St. Paul tu ... yang aku tak tahan nyer ialah PANAS!!! Muka aku merah padam dah masa jalan² kat Bandar Hilir turun naik kat A Famosa tu. Pergh ... panas beb! Masuk jer bas ... lega. Nasib baik ler bas nyer kondisi dalam keadaan cemerlang

Bas yang disediakan oleh ILP Selandar

All in all ... ini kursus yang paling stress penah aku pegi [ada penilaian di akhir sesi ... dan ada jugak yang fail tau ... jangan ingat kursus nih memain!] tapi sangat enjoy sebab ianya skop yang FUN ... tapi yang paling fun, bab yang pie jejalan tu lah. Macam rombongan Cik Kiah jer pusing² Melaka. Terasa la jiwa ini muda kembali ... chewah!

Bagus lah ada kursus camnie. Matlamat asalnya nak wujudkan seramai 600 orang in-house tourist guide. Ini semua nak handle kebanjiran pelancong yang datang kat Melaka lepas diannounce sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESSCO pada 7 Julai 2008. So kalo korang nak datang Melaka ... contact la aku yer ... nescaya aku akan coba jadi tuan rumah yang baik melayan korang melawat tempat menarik kat Melaka nih

Aku pun dah tak tau nak tulis apa laie ... layan je lah gambo yang aku amik tu. Sikit jer aku letak ... yang menariks jer ... yang lelain tu untuk knowledge aku sebagai tourist guide. So, enjoy the beautiful Melaka's scenery ya!

Masjid Selat ... masjid terapung
Terletak atas Selat Melaka

Ini patung Laksamana Cheng Ho
Letaknya kat Muzium Sejarah & Etnografi

Ini kalo ada sapa tak kenal ... sila hentak kepala kat lantai

Ini Taman Tanglung direka khas oleh pakar dari China

The ever famous ~ Melaka River
Pemandangan dari dalam bot River Cruise

Ini Villa Sentosa @ Kg. Morten
Satu²nya Kampung Melayu kat dalam bandar Melaka

Dari dalam bot River Cruise
Bersama Penceramah : Mr. Desmond & Pn. Noor Aida

Majestic Hotel ~ the only 6 Star hotel in Melaka
Taken from inside of the River Cruise Boat

Eye On Melaka ... versi kecik Eye On Malaysia
Letaknya kat Express Bus Station lama

Rumah Tradisional Melayu Melaka
Lain dan unik sebab tangganya batu

Perigi Hang Tuah
Airnya jernih dan tak pernah kering

Masjid Pengkalan Rama
Masjid kat Melaka semua kubahnya bersegi
Pengaruh dari China

Jom naik Melaka River Cruise!
Ini stesen kat Taman Rempah

Ini bangunan yang terdapat sepanjang Venice of the East
Sungai Melaka lah ... telah direstore menjadi canteks

p/s : Sorry la kalo gambar cam tah pepe jer ... sebab nak cepat, main petik jer takde sempat nak pause dan amik angle pun ... cuma nak tekankan keindahan Melaka. Ini baru sket ~ area town & Bandar Hilir je ... belum aku masukkan gambo kat daerah lain ... itu program Zoom! lain yer ...

p/p/s : Teringat masa aku jadi pemandu pelancong kat Aussie ... kira dasat gak aku nih! Oh ... ini cerita lain kali ... dah basi pun

Comments

  1. hotel majestic tu kat mana mun? x pernah lak aku mendengarnya..sah2 nampak sangat dah lama tak balik..

    oh ya, kalau nak tmpat karaoke yg best, sila ke jetty dibelakang holiday inn tu, murah pun murah..nyanyi2 terapung atas air :D

    ReplyDelete
  2. cantik la bj br blog ko ni. ngences aku tgk sofa merah tu..
    ILP selandar.... hhmmm... rmh nenek aku kt selandar la. weeknd ni, nk blk sana. ank pklong aku kawen. aku pn berkurun abad dah tk turun bndr melaka. ms muda remaja dulu, aku koje hotel 5* kt melaka la. zmn2 basten lama tu.. kt situ ade 1 kedai jual ABC ada isi buah kabung. sedap siot...

    ReplyDelete
  3. :: Miss Brat ::
    memang ko dah lama tak balik pun. hehehe Hotel Majestic nih kat belakang Putra Specialist Hospital, tempat Agong check-in masa Melaka Endurance Race aritu

    :: kakngah ::
    baju baru blog nih canteks aaa? dah 2 orang puji ... ok lah aku tak tukar laie dah

    moh ler turun town ... memacam dah ada

    ReplyDelete
  4. ohhhhh! sah2 mak & bpk aku slalu masuk spital situ dulu, blkg spital ada hotel pun aku x tau bagus2 new info utk aku :)

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan senotip...
    leh ke aku panggey cam gitu...

    Suker baca blog kak seno...kakak ke...? kiter nak add kak seno yek....
    jgn marah..

    nietapah.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. :: Miss Brat ::
    ko pie sepital sah² mak pak ko sakit. mana ler ko nak perasan. laie pun otel nih baru jer ... dlm last year kot

    ReplyDelete
  7. :: Nietanozie ::
    wah ... ada gak orang suka baca blog aku nieh. huhuhu malu ai

    selamat berkenalan nietanozie

    akak ke adik ke tak kisah la beb! gua rock ... hahaha

    [ada kena mengena ke???]

    ReplyDelete
  8. hahaha ye gak ek..dulu kawasan tu tmpt letak parking jer

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::