12 November 2008

Mana Saya Tau Pak

Lately nih ... dalam lebey kurang 2-3 minggu nih ... kitaorang tido malam memang tak nyenyak. Dah ler panas giler, aku lak sampai semput² tak cukup napas bila nak tido. Padahal nyer ... bilik aku pasang kipas siling - full speed, kipas kenit betul² kat tepi aku - full speed, tingkap dibukak seluas tidak, pintu bilik pun menganga jer

Tido mesti berpeluh² ... memang bangun pagi basah kuyup. Aku pun heran bin ajaib ler ... pesal jadi teruk camtu sekali kan? Aku pun mintak la bapak aku tolong tengok² kan umah aku ... kot² ler kena laie macam taun lepas. Masa tu, ada orang letak menda kat area tong sampah umah aku ... habisnya, umah aku kena tabur ngan garam kasar untuk tawarkan ... Orang yang letak menda tu pun jiran tetangga jugak tapi kitaorang malas lah nak kecoh² ...

Dijadikan cerita ...semalam kitaorang pie la jumpa seseorang nih ... yang pandai la menengok menda² nih suma kan. Bila bukak story jer ... hohoho bukan pasal umah la yang menyebabkan aku kepanasan. Pembawakan budak rupanya ... anak aku pantang makanan pedas dan panas. So dia skarang tengah kepanasan kat dalam. Aku lak sejak peknen, tekak dah kembang melilau ... pedas jer yang lalu kat tekak aku nih. Cili padi, cili idop, sambal kicap ... manjang memang nak pedas jer. Alahai baby ... mana la mak ko nak tau. Tekak mak kembang, nak makan apa pun payah ... tak makan kang, awak jugak yang terbantut pembesaran

Satu laie yang menyebabkan ketidakselesaan dalam umah tu ialah kerana kitaorang telah mengubah² perabot. Aku tak tau ler pulak masa peknen takleh alih² perabot. Orang tu kata ... pembawakan budak nih memacam. Ada yang takleh paku dinding, ada yang takleh cat umah, ada yang takleh alih perabot, ada yang takleh bunuh binatang, ada yang takleh sembelih ayam, ada yang takleh memacam ... ikut rezeki memasing

Sejak peknen, aku dah baper kali ubah² furiniture aku. Divider besar gedabak tu aku dah alih ke tepi, katil dah ubah posisi, meja makan dari dapo belakang dah masuk dining depan, bilik belakang dah total make-over ... memang ler sangap. Patut ler anak aku cam resah jer kat dalam nih ... rupa²nya dia tak selesa ngan umah yang bertukar rupa. Macam kita jugak la ... bila pegi tempat baru jer, nak tido pun tak tenteram ... camtu la gak ngan baby nih

So semalam dah dengar explaination tu, kitaorang lega la sket. Takut² kena laie orang buat cam taun sudah. Cuma, kitaorang dilarang laie mengubah perabot dalam umah tu sampai ler baby nih umur masuk sebulan camtu. Mana la aku nak tau ada pantang-larang camni. Ini kan zaman moden ... kunun la. Tapi aku percaya jer asalkan baik. Dah orang suruh tu untuk kebaikan ... ikut ajer lah

Pertama kali dalam sebulan, aku berjaya tido ngan aman semalam. Takde sesak napas, bangun pagi pun segar bugar ... nyaman jer bilik tu. Entah apa jer orang tu buat semalam. Macih yer ...

Tadi aku soh Incek Jaque belikan aku buah delima untuk sejukkan badan. Apa laie yang buleh sejukkan badan yer? Sian pulak aku kat baby nih. Awat hang tak kabo awai² hang tak makan pedas? Kalo dia leh kabo ... aku lari dulu

1 comment:

  1. Fact - sewaktu mengandung, metabolisma badan kita mmg tinggi. Dalam keadaan normal sewaktu mengandung, jantung berdegup lebih ekstra dari orang normal. kalau kita stress,lagi la laju. Jadik, Panas sewaktu mengandug tu mmg perkara biasa, nikan pulak mengalih2 perabut. macam eksesais la.. manala badan tu x panas. bila badan panas, anak pn aktif la... Tahukah anda... ada suku kaum orang asli di Malaysa, sewaktu mengandung langsung tak boleh makan cili. not a single butir! For 9 mth!
    Fact - Cili api boleh merangsang seks... pasal panas..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...