18 November 2008

Apa Alasan Anda?

Skarang nih makin ramai orang tulis blog. Ada yang ramai followers ... ada yang hidup segan mati tak mau. Ada orang tulis blog secara part-time, ada jugak yang tulis blog secara full-time. Setengah penulis blog, menulis blog kerana minat mereka yang ingin berkongsi pengalaman dan pelbagai kisah. Setengah penulis blog, menjadikan blog mereka sebagai punca pendapatan, bukan kerana minat

Aku pulak tulis blog nih sebenarnya nak hiburkan diri sendiri. Berkongsi gambar, berkongsi cerita, berkongsi pengalaman/luahan perasaan. Abang aku cakap ... ada juga orang yang baca blog ko mungkin terhibur ngan apa yang aku post

Terus terang nyer ... aku ucapkan terima kasih kalo korang suka/terhibur membaca posting aku yang kadang² karut tu. Ye lah, blog ini adalah untuk aku. Aku tulis sebab aku suka nak tulis dan berkongsi. Kalo korang tak suka, nak buat camner kan?

Tulis blog pun sebenarnya terapi bagi aku. Kat sini aku buleh cakap apa sahaja. Macam confession box la lebey kurang. Kerana confession box ini aku yang punya, jadi suka hatilah nak mengarut apa pun kan? Takde lah aku mengarut apa pun. Kengkadang apa yang aku tulis tu, korang pun takmo baca pun

Tapi kengkadang, ada jugak readers yang marah² si penulis blog kalo tak update isi perut blog mereka. Walaupun ini menunjukkan mereka tu mati-keras-kipas (Die Hard Fan) si penulis blog, kita perlu paham juga kerana blog adalah kepunyaan peribadi. Lain la kalo sesuatu blog tu dikhaskan kategorinya seperti - tutorial ke, politik ke - lebih kepada unsur memberikan informasi pembelajaran dan pengetahuan am. Kalo tak update sudah tentu la harus kena marah sebab info yang ada tu, sudah tentunya ketinggalan bullet train

Kalo pasal komen pulak, ada komen² oleh pembaca yang sengaja cari pasal ngan penulis blog. Memberikan komen secara annonymous adalah perkara paling keji pada hemat aku la. Komen jer secara jujur sebab penulis juga menulis tentang sesuatu yang jujur pada mereka. Tak tau ler kalo ada penulis yang menulis secara tipu²

Pokok pangkalnya ... sama ada korang tulis blog kerana minat atau cuba menjana pendapatan melaluinya ... lakukan la dengan niat yang baik. Penyampaian fakta harus la tepat. Kalo bersifat peribadi ... lakukan la dengan jujur dan bukan menyamar. Berikan komen yang ikhlas dan jangan la hanya tau menghentam orang tak tentu pasal. Cermin diri sendiri dulu sebelum mengata orang

Aku suka kalo korang leh support penulis lain tentang apa yang mereka lakukan untuk blog mereka. Sokongan dari pembaca adalah nadi penulis blog untuk lebih gigih mengupdate blog mereka

Akhir kata ... jadi lah seorang yang rasional ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...