24 November 2008

Risau Seorang Ibu

Semalam aku cuti ... sebab aku mengalami tekanan perasaan. Aku nak merileks kan kepala otak dan jugak badan aku nih ... Kol 4.30 pagi semalam jugak aku dok menangis cam orang sewel atas katil. Tak tau ler aku yang bengong ke, atau memang camtu ke tapi seriously dari kol 11 malam ahad sampai ke 4.30 pagi tu aku tak rasa baby aku gerak. Selalunya baby aku nih bergusti kat dalam nih sampai bersegi² perut aku nih. Semalam langsung ... senyap jer. Aku panggil²pun takde respon. Aku cakap², usap² pun takde pepe pergerakan

Mungkin sebab laie 12 hari jer nak melahirkan aku rasa stress kot? Tapi aku tau aku tak stress. Aku happy jer nak menyambut orang baru. Tak sabar nak tengok rupa baby aku camner. Cuma masa hari ahad tu mungkin sebab aku kepenatan kot

Ye lah ... mana tak nyer. Pepagi dah mengangkut mak, adik aku si Bilah, anak buah 2 ketul ngan sepupu yang 2 ketul laie tu (Shahrul & Aiman diletakkan kat umah mak aku untuk belajar secara intensif masa cuti sekolah) pie membeli barang kat Mydin. Memang buleh putus nyawa bawak bebudak nih sebab semua jantan, pehtu semua membuas jer ... berlari sana-sini, pehtu buat perangai ... yang sepupu 2 ketul tu lak dok ngikut anak buah aku si Izz yang menjadi kepala dongga ... chief mafia

Sebab aku tak larat dah nak marah, aku halau suma tunggu dalam keta masa nak bayo. Terpaksa bawak masuk dalam Mydin tadi sebab nak membeli baju. Si Aiman tu datang nyer sehelai sepinggang sebab takde masuk perancangan nak stay kat umah mak aku

Keluar jer Mydin, aku nampak si Izz tengah panjat keta Oddessy mak aku tu. Bayangkan ler mana tak menyirap darah ko. Dia bukak pintu, memanjat nak naik ke bumbung. Aku tak heran kalo dia jatuh ... memang padan muka, tapi nanti menyusahkan orang lain. Sampai je kat keta aku terus pulas telinga dia ... wah, laie nak jeling² kat aku pulak. Masa tu memang kalo ada rotan, aku dah sesah cecukup

Sampai umah mak, aku terus siang ikan. Tolong mak aku masak. Harap si Bilah, haih ... kekejap ilang. Mak aku pun dah malas nak suruh budak seko tu. Lepas makan lunch, aku terus pengsan. Penat sangat rasanya ... bebudak kenit suma sebok main game kat belakang. Lantak lah ... aku dah penat sangat masa tu. Kejap laie je lah aku tengokkan

Lepas maghrib, makan, bebudak nih sambung laie main game. Padahal mak aku dah suruh kuarkan buku latihan dah. Ini suma Izz la, yang lain suma tengok tuan umah main game ... mana leh tahan kan? Lepas makan jer mula la kuar taring ... Korang nih tak tau laie ke yang Acik ko nih garang nak mampus? Laie mau cari pasal ka?

Dengar jer suara aku ... mencecet semua kuarkan buku memasing. Tapi alahai ... si Izz mula la buat perangai. Kalo soh baca buku ke, mengaji ke, tulis ke apa ke ... dengar je perkataan berkaitan BELAJAR mulalah hantu malas dia kuar. Buat² ngantuk lah, mata sakit lah, itu lah ini lah. Si Shahrul ngan Aiman tu takde hal lah. Laju jer diaorang buat keje. Tapi masalah lain la pulak, nak tulis takde pensel. Aduhai ... benak kepala otak aku camnie. Aku mintak Izz kuarkan dia punya pensel ... jangan kata pensel, beg sekolah dia pun dah tak tau mana dia dah campak ... langsung tak jumpa. Memang ler sakit kepala otak aku tengok perangai dia tu

Yang dia berjaya jumpa hanyalah 3 batang pensel yang tumpul dan sakit mata aku menengok nyer. Lantas aku terus ajak Incek Jaque pie Tesco cari pensel and few barang lain kat sana. Beli lah pensel 2 kotak, sharpener yang pusing² tu, then ntah apa laie mak aku kirim

Sampai umah mak terus aku cari segala menda yang aku buleh tajamkan, aku buat la sampai semua pensel, kaler pensel suma leh tikam orang. Mintak mak aku cawan tak pakai nak buat letak pensel yang aku dah tajamkan tu. Baru puas hati aku nengok. Takde alasan laie nak malas²

Aku pun tak perasan kol baper aku balik umah. Yang aku tau ... sampai jer umah aku terus mandi, salin baju ... kroh kroh kroh. Tido sudah ... letih aku jadi mak angkat tiri nih ...

Sebelum tido tu aku dah sound Incek Jaque yang aku tak berapa rasa baby gerak kat dalam nih. Dia kata baby aku takmo kacau mak dia yang letih kot. So dia dok la dendiam kat dalam tu. Tapi aku tak puas hati ngan jawapan tu ... sampai le ke 4.30 pagi, aku nangis sebab baby masih mendiamkan diri

Kol 5 kitaorang pie Klinik Family 24 jam tu ... gegar pintu klinik. Aku story kat doktor lebih kurang, dia pun cuak sebab aku cakap aku tak rasa baby gerak. Masuk bilik scan, terus cari jantung baby ... Alhamdulillah! Jantung baby berdegup ngan sangat kuat. He's a strong boy, dia tido laie nih ... doktor tu cakap la. Check la kot ada tali pusat terbelit kat leher ke - takde ... semua clear. Air ketuban banyak ... uri pun jauh kat atas. Semua dalam keadaan baik. Masa scan tu meleleh gak air mata aku ... ye lah, sapa jer tak risau

Doktor kata jangan risau sangat. Semua ok ... baby pun kuat. Cuma kepala dia dah betul² kat bawah so pergerakan dia limited sket sebab sempit. Aku tak kesah dah doktor nak cakap apa, aku dah nampak sendiri jantung baby tadi ok ... aku dah bersyukur sesangat. Terbang la 40 hengget sebab buat scan pepagi buta ... Incek Jaque cakap takpe, 40 hengget leh cari tapi kalo baby jadi pepe ke ... 40 hengget pun takde makna

Aku bukan apa ... nak tunggu dapat baby nih pun dekat 2 taun jugak lah. Pulak tu laie 12 hari jer laie aku nak lahirkan dia. Kalo ler jadi pepe ... tak ke terkilan sampai mati. Macam mana la aku tak nangis. Lantak la orang nak kata aku gila ke risau tak tentu pasal. Asalkan aku puas hati ... baby aku pun ok, kitaorang happy, korang peduli apa kan?

Aku terus SMS bos aku, mintak cuti 2 hari. Aku nak rileks. Kat opis pun bala gak tu. Ada jer makhluk tuhan yang paling dengki (bukan paling seksi aaa) nak cari pasal nanti. Aku nak tenangkan otak aku ... nak rehatkan badan. Even keje aku takde la stress mana pun tapi suasana kat opis tu buat aku yang happy go lucky sentiasa nih pun leh jadi depress

Betapa susahnya menjadi seorang ibu ... walaupun jadi mak angkat tiri (kes anak buah n sepupu aku) ke, mak betul ke ... kesabaran memang sentiasa diuji. Memang la wajar kalau orang kata ~ syurga di bawah telapak kaki ibu ~ bukan senang nak jadi ibu ...

Aku hanya mampu berdoa agar anak yang bakal aku lahirkan nih nanti jadi seorang anak yang sentiasa menyenangkan kedua ibu bapanya ini

"Mak tak mintak baby balas jasa mak melahirkan baby ngan emas menggunung, cukuplah sekadar dengar cakap mak ayah, buat menda yang mak ayah n baby happy, buat menda yang orang lain pun happy, jadi anak yang taat dan ceria, hormat ngan sesapa jua (bukan orang tua jer kita perlu hormat), sentiasa membuat kebaikan, belajar ngan tekun dan paling penting kena lah ingat asal usul kita yang bermula ngan Tuhan"

Aku harap anak aku memahami isi hati aku ni ...

3 comments:

  1. pergh..! kekadang kene let-go juga. kekadanglah.

    ReplyDelete
  2. tolongg... jangan stress waktu2 camni.. not good for both of you.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...