Posts

Showing posts from November, 2008

Di TAG oleh Akak Ipar

Image
Aritu dapat award ... aritu gak kena tag ngan akak ipau aku ... Mari kita tengok apa tag nya ... The rules is : 1. Put the logo in ur blog 2. Add a link to the person who shared it with u 3. Nominate at least 7 other blogs 4. Leave a message for ur nominee on their blog Sapa aku nak nominate nih ek? Ok lah ... sesapa yang jantina nyer pompuan ... sila la buat yer. Yang separuh² pun kalo nak buat gak ... silakan

Kui Kui Kui

Hai korang Kalo tak berapa nak update sangat blog nih Ketahui lah anda ... saya bukan robot Ha ha ha ~ Harap Maklum ~ Pesanan Penaja Iklan Sabun Cap Labi² : Kalo lama gila tak update tu ... maknanya aku dah bersalin la tu. Sementara aku lom bersalin laie ... insya Allah blog ni akan sentiasa di hapdet. Sikit ke banyak ke ... bergantung kepada tahap kerajinan mental dan fizikal penulis. Hehehe ... Oh yer, hari nih gaji ya dong! Mau pegi membeli breast pump di Parkson jap laie ... daa

Risau Seorang Ibu

Semalam aku cuti ... sebab aku mengalami tekanan perasaan. Aku nak merileks kan kepala otak dan jugak badan aku nih ... Kol 4.30 pagi semalam jugak aku dok menangis cam orang sewel atas katil. Tak tau ler aku yang bengong ke, atau memang camtu ke tapi seriously dari kol 11 malam ahad sampai ke 4.30 pagi tu aku tak rasa baby aku gerak. Selalunya baby aku nih bergusti kat dalam nih sampai bersegi² perut aku nih. Semalam langsung ... senyap jer. Aku panggil²pun takde respon. Aku cakap², usap² pun takde pepe pergerakan Mungkin sebab laie 12 hari jer nak melahirkan aku rasa stress kot? Tapi aku tau aku tak stress. Aku happy jer nak menyambut orang baru. Tak sabar nak tengok rupa baby aku camner. Cuma masa hari ahad tu mungkin sebab aku kepenatan kot Ye lah ... mana tak nyer. Pepagi dah mengangkut mak, adik aku si Bilah, anak buah 2 ketul ngan sepupu yang 2 ketul laie tu (Shahrul & Aiman diletakkan kat umah mak aku untuk belajar secara intensif masa cuti sekolah) pie membeli barang kat M...

Blog Award Pertama

Image
Blog award aku yang pertama - dianugerahkan oleh Kak Emila Yusof ! Syarat award ini adalah seperti berikut yer : Sapa yang dapat award nih leh letak dalam blog memasing Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang Bagi award nih kat 7 orang bertuah Tinggalkan la mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat orang tu Sapakah 7 orang bertuah aku nak award nih yer? Follower ada 6 orang ... laie sorang laie ... sapa aku nak bagi ek? Jap lah bagi aku pikir ... Ok lah aku nak bagi award nih kat orang² yang kat bawah nih : Semua follower aku yang 6 ketul tu : H.E.H / Qaseh Qasturi / Miss Bratty / Seediq_Sigaraga / IrkuysDamha / Fandi Lemongrass dan Anak² Diva Merah VirusPadu yang Mabuk² Eedany & Fridge Magnets Incek Saiful Nang Hanis Zalikha Crazy n Beautiful Rose Mat Gebu SuperMummy Terlebih sudah ka? Ah ... tak kisah ler kan bukan kena bayo pun. Dan kepada semua pembaca yang lain ... aku ada pojek baik punya kalo korang nak participate. Tapi bukan skarang lah ... ten...

Pada Pagi Ini

Image
Pada pagi ini sedang aku nak login ke dalam gMail Terkejut beruk lah aku tengok menda kat bawah nih Cantek kan login page gMail nih Aku memerlukan stimulasi di pagi hari Sebab aku skarang takleh laie nak minum kopi Ouh ... berita baik kah??? Macam ada yang menarik jer lah ... Apa yer? Hehehe ... Girls will always be girls Even dah tua bangka dan hampir beranak ini Yeay! Aku suka gMail I ♥ gMail Gedik nyer lah Oh yer ... takyah tukar bahasa gMail adalah Universal

Entry Tak Puas Hati

Image
Nota : "Posting ini ditulis bersama² dengan linangan ayer mata ... huhuhu" Chis ... abang aku telah berjaya membuatkan aku geram je pepagi buta. Takde apa ekceli nya ... tapi kenapa dia buleh tukar tapi aku takleh pulak? Takkan ler ada main pilih² bulu lak si Google nih ... tak adil aaa camni. Sangat memilih kasih!!! Apa ajer aku merapek nih? Sila tengok kat bawah :: dengan perasaan jeles tahap gaban :: Ini gMail abg aku Ini lak gMail aku Nampak tak perbezaan yang nyata itu??? gMail aku takleh tukar theme! Dah ler buruk koman spana ... sangat mencik. Siap dia leh print screen & email kat aku sebab aku cam tongong kata kat dia mana buleh tukau theme gMail nih Tapi abg aku pakai gMail versi Bahasa Melayu ... selected je ke ke??? Why Oh Why? Aku kena tukar bahasa gak ke? Ini betul² diskriminasi nih ... Sebagai penutup, kata² terakhir nih aku tujukan pada abang aku ... BLAH LA WEIH. Wawawa ... ko telah robek hatiku sebab aku tunggu lama gila nak donload gambo ko email tu. Da...

Dah Takde Keje Ka?

Image
Selain dari bizi ngan keje² opis ... aku jugak bizi ngan menda² karut yang takde kena mengena ngan opis pun ... Skarang tengah sibuk outsourcing sumber pendapatan ... Zaman skarang satu sumber je memang tak cukup. Terpaksa la cari lobang² lain yang buleh dikaut ... Oho ... yang kat atas nih salah satu sumber pendapatan. Petang tadi buat sampling untuk member aku. Printing gambo guna Canon Selphy. Memang agak mahal kalo print gambo guna Selphy nih tapi resultnya sangat mabeles. Takde istilah gambo cair, warna pudar, kualiti takde. Gambo korang leh tahan sampai 100 taun tau. Sangat worth it, terutamanya gambo kawen korang ... takde le cam gambo Mak Pak kita ... dah kuning² dalam sticky album tu kan? First time jugak aku print hasil keje aku. Size yang aku print kat atas tu ialah 4R ... equivalent ngan size poskad biasa. Tetiba cam cantek pulak bila dah print tu ... mungkin buleh buat design poskad lepas nih ... Sementara bisnes lom jalan ngan kencang ... ini je la model yang aku mampu h...

Bizi Neh ...

Image
Sejak dua menjak nih aku bizi lah ... nak update sesangat pun tak sempat ajer. Ye lah, aku kan tak lama laie nak beranak dah ... keroje opis kena la aku kasi settle sensiang. Kalo tak mau nyer opismet aku kejau aku sampai ke sepital ... Tengok ler ketas yang tebal tuh ... huhuhu ... berpinau bijik mata nak siapkan. Cubicle aku sangat lah cikadak nyer kecik. Masa memula aku keje sini, pinggang aku selalu jer sakit. Skarang dah imune dah ... tak tau ler kalo saraf aku dah rosak, takleh nak detect laie kecacatan ... Atas monitor aku tu ada kalender ... yang aku dok tick² tiap hari bila nak bersalin lah, appointment ngan doktor untuk check-up lah, cuti lah, ponteng lah. B'day pun berlambak aku conteng kat situ Kamus aku ekceli ada 3 ... sapa tah dah rembat aku nyer Kamus Dewan. Aku takleh hidup tanpa kamus. Kalo PC aku ada Dictionary @ Encarta, kamus takde pun takpe. Yang penting musti ada source yang reliable ... I'm gonna miss my sempit-bone breaking-back aching cubicle when I...

Sempurna - Andra & The Backbone

Kau begitu sempurna Di mataku kau begitu indah Kau membuat diriku akan selalu memujamu Di setiap langkahku Ku kan selalu memikirkan ... dirimu Tak bisa ku bayangkan hidupku tanpa cintamu Bridge: Janganlah kau tinggalkan diriku Tak kan mampu menghadapi semua Hanya bersamamu ku akan bisa Coda: Kau adalah darahku Kau adalah jantungku Kau adalah hidupku Lengkapi diriku Oh sayang engkau begitu Sempurna ... Sempurna Kau genggam tanganku Saat diriku lemah dan terjatuh Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Hik Hik

Kelakau la pulak buat posting dalam english . Hehehe ... dek kerana dah lama tak menulis dalam english, aku rasa ganjil jer Dulu siap buat keje² translation berbayar untuk company dan esemen Incek Jaque laie Mungkin ada 1-2 menda yang menarik untuk aku post dalam english . Tapi selebihnya bahasa melayu tetap dekat dihatiku Bahasa rojak/cacamarba/sukahati ada lah pilihan pertama since ianya spontan dan bersahaja ... oh ye ke? Asalkan korang paham dan maksud nya tercapai ... memana pun buleh lah Ok lah geng ... sakit tangan aku kena ATT Booster Jab tadi. Skarang wa nak tido ngan aman ... semalam tak berapa nak aman sebab aku mimpi hantu datang nak amik baby dalam perut aku nih. Hohoho ... sangat horror ok!

Friso Brings My Family Out

Image
I grew up in a big family of 8 siblings: 4 girls + 4 boys. It's not an easy task for our parents to handle us hooligans. Nonetheless, they had done a wonderful and I believe an astounding job raising us all to became what we all are now Ever since I'm small, living with my family is like a family day - everyday. We always had something to do together - making up mess, made the maid cried, even made our mom cried, made each other cried but most importantly is having the blast of it all, regardless how many slashing of 'rotan' we get on the palm As the result, we are very close to each other and we can agree on a matter without arguments (oooh ok, just a little bit lah) But as we grew older (and sure enough to be wiser) we had gone separate ways. There's one working overseas, others are near but don't see each other a lot, some got married and you got your own thing to do and so much more excuses Sometimes I feel like going back to the old days when we are much yo...

Apa Alasan Anda?

Skarang nih makin ramai orang tulis blog. Ada yang ramai followers ... ada yang hidup segan mati tak mau. Ada orang tulis blog secara part-time, ada jugak yang tulis blog secara full-time. Setengah penulis blog, menulis blog kerana minat mereka yang ingin berkongsi pengalaman dan pelbagai kisah. Setengah penulis blog, menjadikan blog mereka sebagai punca pendapatan, bukan kerana minat Aku pulak tulis blog nih sebenarnya nak hiburkan diri sendiri. Berkongsi gambar, berkongsi cerita, berkongsi pengalaman/luahan perasaan. Abang aku cakap ... ada juga orang yang baca blog ko mungkin terhibur ngan apa yang aku post Terus terang nyer ... aku ucapkan terima kasih kalo korang suka/terhibur membaca posting aku yang kadang² karut tu. Ye lah, blog ini adalah untuk aku. Aku tulis sebab aku suka nak tulis dan berkongsi. Kalo korang tak suka, nak buat camner kan? Tulis blog pun sebenarnya terapi bagi aku. Kat sini aku buleh cakap apa sahaja. Macam confession box la lebey kurang. Kerana confession bo...

Apa Alasan Anda?

Skarang nih makin ramai orang tulis blog. Ada yang ramai followers ... ada yang hidup segan mati tak mau. Ada orang tulis blog secara part-time, ada jugak yang tulis blog secara full-time. Setengah penulis blog, menulis blog kerana minat mereka yang ingin berkongsi pengalaman dan pelbagai kisah. Setengah penulis blog, menjadikan blog mereka sebagai punca pendapatan, bukan kerana minat Aku pulak tulis blog nih sebenarnya nak hiburkan diri sendiri. Berkongsi gambar, berkongsi cerita, berkongsi pengalaman/luahan perasaan. Abang aku cakap ... ada juga orang yang baca blog ko mungkin terhibur ngan apa yang aku post Terus terang nyer ... aku ucapkan terima kasih kalo korang suka/terhibur membaca posting aku yang kadang² karut tu. Ye lah, blog ini adalah untuk aku. Aku tulis sebab aku suka nak tulis dan berkongsi. Kalo korang tak suka, nak buat camner kan? Tulis blog pun sebenarnya terapi bagi aku. Kat sini aku buleh cakap apa sahaja. Macam confession box la lebey kurang. Kerana confession bo...

Header Baru

Image
Setelah mengambil masa kira2 3 jam ... dapat jugak la aku hasilkan header baru aku. Canteks tak? Huhuhu ... kira canteks la yer. Itu pun hegeh2 aku godeh Illustrator nak bikin tu. Nasib baik Incek Jaque ada subscribe Illustrator nyer tutorial ... sangat informative Sesapa yang berminat ngan graphic design atau sesaja nak belajar guna Photoshop @ Illustrator ... buleh ler pegi ke links berikut : Photoshop Tutorials Illustrator/Vector Tutorials Sangat kagum tengok kreativiti manusia ciptaan Tuhan nih ... Ini dari tutorial yang aku belajar tu ... dan yang kat bawah ialah yang aku buat guna tutorial tu lah ... Hahaha ... sangat berlagak gitu. Ini ler aku punya minat sejak dari dulu laie. Tapi sejak dah keje kat tempat yang takde kena mengena ngan minat aku itu ... aku nyer kreativiti telah luntur. Sib baik ler otak aku dan PASSION terhadap designing masih menebal Mana laie canteks? Aku rasa aku punya laie lawa kan? Kah Kah Kah ... kalo rasa nak muntah ijau ... silakan sekarang!

Apa Salahnya Bergambar Keji - Part 2

Image
Kalo dia dah beso esok Aku propose tunjuk gambo nih kat GF dia Agaknya ... dapat tak keta sebijik?

Budak Sekolah

Image
Korang tau tak haiwan liar apa yang hampir pupus skarang? Sila jangan makan ikan dan ketam - jadilah vegetarian ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Dan kalau anak korang nak jumpa kawan yang dia kenal dari chat room apa korang nak buat untuk keselamatan dia? Patut ler asik kena rogol jer bebudak skarang ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Cara jawab soalan bila masa dah hampir tamat Agaknya ... nak kena lempang baru tau kot

1st Time

Image
Semalam pegi makan kat Johnny's ... apa ke menda yang 1st time nyer? Padahal dah beratus kali dah aku tabur duit kat Johnny's nih ... Ooo 1st time ngambik gambo dalam Johnny's kekdahnyer Semalam amik sket jer Seaweed Jellyfish Fresh Meat Fish Noodle Crab Balls Sayur Tang-O Kerana kebulur aku tambah ini ... Fried Prawn Rice Incek Jaque amik Spicy Fried Prawn Rice Tak aci ... ada telur tabur yang banyak Disudahi dengan Banana Spilt - kongsi jer

Amalan Mengandung

Image
Ramai betul yang sayang kat aku. Hehehe ... buktinya, ramai yang concern sesangat pasal aku masa aku peknen. Ramai yang mensajes memacam menda untuk kebaikan aku ngan baby yang aku kandungi ini. Aku lak jenis ngikut jer. Orang kata bagus aku cuba. Kalo baik, aku amalkan. Setakat nih, aku takde pulak alergik ke apa la. So, aku continue yang mana baik. Kadang² aku saja alternate, gilir² lah. Nak pulun semua ... perut aku satu jer. Ini antara bahan makanan dan supplement yang aku amik/amalkan sepanjang aku peknen. Air Kelapa Khasiat : bila baby dilahirkan, kulitnya akan bersih saje Buah / Jus Manggis Khasiat : antioksida yang bagus, juga untuk sejukkan badan NeuroGain PB Khasiat : membantu perkembangan dan pertumbuhan otak baby Baby yang dilahirkan lebih aktif, alert, bijak dan mudah belajar Buah/Jus Delima Khasiat : sama fungsi cam manggis Orang kata baby nanti kuarnya bersih, putih kemerah²an So the comel la ... Brand's Innershine Pati Prun Khasiat : fi...

Mana Saya Tau Pak

Lately nih ... dalam lebey kurang 2-3 minggu nih ... kitaorang tido malam memang tak nyenyak. Dah ler panas giler, aku lak sampai semput² tak cukup napas bila nak tido. Padahal nyer ... bilik aku pasang kipas siling - full speed, kipas kenit betul² kat tepi aku - full speed, tingkap dibukak seluas tidak, pintu bilik pun menganga jer Tido mesti berpeluh² ... memang bangun pagi basah kuyup. Aku pun heran bin ajaib ler ... pesal jadi teruk camtu sekali kan? Aku pun mintak la bapak aku tolong tengok² kan umah aku ... kot² ler kena laie macam taun lepas. Masa tu, ada orang letak menda kat area tong sampah umah aku ... habisnya, umah aku kena tabur ngan garam kasar untuk tawarkan ... Orang yang letak menda tu pun jiran tetangga jugak tapi kitaorang malas lah nak kecoh² ... Dijadikan cerita ...semalam kitaorang pie la jumpa seseorang nih ... yang pandai la menengok menda² nih suma kan. Bila bukak story jer ... hohoho bukan pasal umah la yang menyebabkan aku kepanasan. Pembawakan budak rupanya...

Every Morning

Image
Selalunya aku sampai opis ... lebey kurang 7 - 7.15 pagi ... oleh itu aku akan sarapan dulu. Sarapan aku hari ini ialah ... mee goreng ngan telur mata lembu. Murah jer ... RM1.80 Sambil ditemani oleh orang ini ... Mr. Burns yang pemalu Selamat bekerja pada hari Rabu!

Makna Nama Baby

Korang yang masih belum buat poll kat tepi nih laie, sila la undi nama mana yang best untuk baby boy aku. Ini aku sertakan makna nyer sekali. 1. Maliq (master, king) Rayyan (luxuriant; one of the gates of paradise) 2. Shariq (radiant, bright) Muzaffar (victorious) 3. Qays (firm) Naushad (happy) 4. Dean (religion) Mika’il (nama malaikat) 5. Fahyim (very clever) Dayyan (a mighty ruler) Saje² suruh korang undi ... takmo undi pun takpe. Tapi undi lah undi lah ... hehehe

Konflik Perasaan

Minggu lepas kan aku MC 2 hari sebab masuk wad then aku sambung cuti rehat 2 hari ... jadinya 1 hari je lah aku pie keje kan ... iaitu hari Isnin. Bila dah dok kat umah tu memacam benda aku buat. Kiranya menjadi surirumah yang cemerlang aaa Aku nih memang pemalas sket. Hahaha, bukan membuka pekung di dada tapi malas aku tu bersebab. Balik keroje dah penat. Pehtu aku tinggal dalam umah tu ngan Incek Jaque jer. So, masak ke kemas ke hanya berlaku ketika kitaorang berdua ada mood je lah. Kalo idak ... lantak ler nak tonggang langgang ke apa Bila dah jadi surirumah cemerlang tu, maksudnya aku nih gigih la masak, kemas umah, basuh-sidai-lipat-iron kain baju, mop lantai, menyapu, lap dapo dan lelain lagi. Akhirnya, cuti rehat ... aku tak rehat pun kat umah. Ke hulu-hilir buat kerja. Lelast, penat sendiri Tapi syok nyer buat keje sendiri kat umah nih, aku leh rilek²... sambil buat keje tu sambil melayan TV. Kalo kat dapo aku melayan radio. Kalo dah mengah ... aku take 5 jap kat katil bilik be...

Mata Atas Malaysia?

Image
Apa itu Mata Atas Malaysia? Ini la ... Eye On Malaysia Mata Atas Malaysia tu kiranya direct translation Eye On Malaysia (EOM) lah. Tak komersial langsung kan ... harus la kekal nama nyer dalam English gitu. EOM skarang kan dah beroperasi kat Melaka. Aku semalam pun takde la teruja nak naik EOM tu sebab dari kejauhan pun aku tengok gondola tu kecik jer. Musti la gila bapak nyer tinggi ... harus aku kejang otot kat atas tu nanti. Tunggu je la lepas aku beranak ... masa tu kena tunjuk hebat depan anak. Hahaha ... Nak kata excited sangat ke apa, aku pun tak tau la. Incek Jaque nih ... ada² je lah Sila jangan berotak lucah. Kitaorang takde buat perkara sumbang dalam kereta. Kalo berlaku sumbang pun ... peduli hapa kan? Sudah halal maa. Takde lah ... ingat tak dalam entry Ikan Bakar aku tulis ada extra 1 Splashing masa nak bayar tu? Incek Jaque punya pandai ... sangat berkobar goncang botol Splashing tu, bila bukak jer penutup, habis semua air dalam botol tu menyembur keluar! Habis la keta a...

Ikan Bakar

Image
Semalam tetiba rasa nak makan ikan bakar. Padahal memula tu aku terasa nak makan kek pisang. Ada kena mengena ke pisang ngan ikan bakar? Eh, ada apa ... ikan bakar tu kan dibalut ngan daun pisang. Heh heh heh ... pandai jer aku cari alasan Lepas kerja, balik umah dulu ... membuta. Aku ngan Incek Jaque tak larat sangat sebab dah berapa malam takleh tido lena sebab kepanasan. Aku lak mata cam dah kena staple ... memang mandom gila letih Lepas maghrib kitaorang chalo ke tempat ini ... tempat makan ikan bakar yang menjadik pebret kitaorang Kenapa kitaorang suka makan kat sini? Tempat makan yang luas dan lapang dan tak berkepuk Masakan yang sedap dan pantas Servis yang tip-top Harga yang buleh tahan murah Tukang kemas meja yang sangat efisien Walaupun yang makan hanya 2.75 orang jer ... biasa la ek nafsu tamak. Jangan ler heran ... orang lain pun sama jugak Sotong Goreng Tepung Siakap Bakar Berlada Siakap 3 Rasa Kailan Ikan Masin Sepahat Halia Cili Padi Semua nih dimakan bersama Nasi Lemak ...

Yuhuu

Aloo Di sini aku ingin umumkan ... aku lom bersalin laie! Ceh ... sudah bikin gempak yer? Selama 1 minggu aku berehat ... memang betul punya rehat sampai blog pun tak hapdet Aku akan hapdet dengan gigih lepas nih Tapi jap laie aku nak pie makan ikan bakar Lepas makan la aku hapdet yer Tatata pembaca sekalian ... tunggu ler hapdet dari aku

Happy Birthday Izz

Image
Hari Jadi ... hari seseorang itu dijadikan atau dilahirkan? Patutnya hari lahir lah kan? Sebab kalo kata dijadikan ... pelik la pulak rasanya Apapun ... kali ni kitaorang sambut birthday anak buah yang notti iaitu Danish (Izz) merangkap adiknya sekali iaitu Darwish (Aish). Izz 6 taun & Aish@Adik 2 taun. Obviously kitaorang tak celebrate pun b'day Adik sebab budak kecik tu bukan paham apa pun ... so combine la sekali ngan b'day celebration abang nya All the yummies tu, Mak Tok nyer yang buat. Mak aku la tu ... Pulut Kuning + Kari Ayam + Blueberry Muffins. Puding Karamel tu aku yang buat yer ... itu lazat tu tau. Centre piece tu ... khas datang dari mana laie kalo bukan Secret Recipe Sila Senyum! Kyra pandang apa tu? Aish, Izz, Kyra & Pak Ngah Antara tetamu yang hadir Pak Ngah , Pak Teh, Mak Teh, Mak Ngah & Uncle Atan Lagi tetamu yang ada ... family jer Atok, Mak Su, Mak Tok, Aish, Pak Uda & Izz Aish ... sudah mabok ka? Mak Teh, Pak Teh, Mak Su, Pak Uda , Pak Ta...

FLASH FLASH UPDATES

OOO pembaca sekalian. Tadi aku pie check klinik, Dr. aku tu kata aku nie dah turun air dan hendaklah ke sepital ngan kadar segera jurus ke-8 peringkat 17 ... Kemungkinan aku ditahan kat sepital adalah tinggi ... dan mungkin jugak aku akan beranak tak lama laie. Adeh ... tiket James Bond dah beli untuk opening Khamis nih ... sempat ke tak aaa? Kalo kata aku dah terberanak awal ... aku lelong aaa tiket tu jawabnya Patutnya malam nih aku nonton wayang Madagascar 2 : Escape to Africa bersama Redmummy Family and Readers ... tapi apa nak buek. Beranak ler dulu ... lain kali leh jumpa ek Kak Red? Mintak ampun ler tak dapat nak join ... tetiba jer nih Sempat laie nak beranak aku anto post yer? Hohoho ... itu la namanya blogger tegar! Adios pembaca ku yang budiman Dah rileks, dah makan soto, dah makan buah delima, dah minum jus manggis, dah mandi, dah siap ... to the sepital we go! Wish Me All The Best Yer! Muahhhh!

Tell Me Why

Pesal aaa sejak dua menjak nih ramai pulak la yang cari gado ngan aku? Adakah kerana lepas nih aku akan mendapat sesuatu yang lebih baik dari skarang? Atau kerana aku yang memang bersalah ... so, memang padan muka aku? Dok diam pun orang cari pasal ... cuba aku nih vogue, diva, hover dsb ... mau aku kena baling ngan asid jer agaknya ... Bukan senang nak jadi orang yang baik kan? Aku cuma berharap sesuatu yang lebih baik jer sedang menunggu aku disebalik onak-duri-ranjau-belukar-semak-samun-buluh-rotan-semambu-balak-gajah-angsa-klcc-lautan pasifik-gurun sahara-tembok besar cina (wei ... berapa banyak daa) yang menghalang kegembiraan aku dari bersinar [chewahh!] Bukan senang nak dapat pahala + Bukan susah nak dapat dosa

Kejutan Part 1

Memang aku terkejut tak hengat ... Memang aku tak sangka sesangat ... Ingatkan dah takde peluang ... Tetiba dapat email kol 2.30 petang ... Apakah yang terkejut itu wahai cik adik ... Ouh, akan ku postingkan bila ku balik ... Sekarang hanya mampu senyum sampai ke telinga ... Ini la rezeki budak kat dalam perut namanya ...

Nafsu Beruang

Aku kelaparan di waktu lunch Tapi sangat la malas nak turun ke cafe Kirim kawan baik belikan kuih 5 keping keledek goreng 6 keping kuih keria Aku telan semua Sekali henjut Burrpp ... Tapi ... kenapa aku masih lapar?

Nafsu Beruang

Aku kelaparan di waktu lunch Tapi sangat la malas nak turun ke cafe Kirim kawan baik belikan kuih 5 keping keledek goreng 6 keping kuih keria Aku telan semua Sekali henjut Burrpp ... Tapi ... kenapa aku masih lapar?

Nuff Is Not Enuff Nang - Update

Image
Sehingga kol 1.35 PM waktu Mesia, website NuffNang masih tergendala. Apa terjadi sebenarnya ... Ker aku sorang jer yang kena camnie?

Sekadar Hiburan

Image
Sila berikan keutamaan tempat duduk kepada 4 golongan seperti dibawah : Orang Yang Sakit / Patah Tangan Orang Yang Membawa Kanak² Orang Mengandung Orang Yang Sakit / Patah Kaki / Cacat Orang Jepun memang la memelik jer ... tapi aku rasa korang dah tau kan?

Nuff Is Not Enuff Nang?

Image
Apa yang terjadi pada nuffnang? Anybody knows?

Nuff Is Not Enuff Nang?

Image
Apa yang terjadi pada nuffnang? Anybody knows?