:: Kedua dan Ketiga ::

iftarkedua

Berbuka puasa semalam adalah seperti di atas. Dari hadapan : Kurma percuma dari Incek Char Kuay Teow Melawati seperti yang ada di belakang itu. Di dalam kotak ialah Kurma Sunsweet. Di tengah² piramid rata muffin labu dan di dalam polisterin ialah nasi + gulai + puyuh goreng rempah. Air minum Teh ‘O’ Strawberi panas. Oh … Laici Lemon yang tiada dalam gambar … Char Kuay Teow tu buleh tahan sedap walaupun masa beli tu Si Tukang Masak  gelabah² macam baru hari pertama berniaga. Harga $4, ada 2 ketul udang sederhana besar. Portion yang cukup banyak … penuh sampai melimpah polisterin … Siap dapat kurma free. Tapi takleh nak makan kerana sudah berlapuk. Takpelah saya maafkan sebab awak tak tau … kot

sahurketiga 

Hehehe … hari pertama takde, kedua takde … tetiba ada sahur ketiga plak. Hari pertama sahur makan GCB Mekdi jer. Itu pun 1 GCB makan berdua [kes tak larat nak bangun sebab lewat sampai dari KLIA]. Hari kedua sahur makan megi goreng saja … kes apa laie … kes tak kosa la. Tapi masuk hari ketiga takleh tahan la … perut saya sampai opis jer dah mula nyanyi² kerana catuan makanan. Jadi saya dengan gigih masak nasi. Masak nasi pun senang sebab pakai microwave jer. Laie pun yang nak makan 2 orang je. 15 menet nasi pun siap masak. Lauk adalah ikan bilis + lada benggala kicap dan ayam ungkep. Sangat layan … saya tambah 2 kali. Incek Jaque tak tambah sebab perot dia tak trainning makan pagi. Lebihan nasi dan lauk saya buatkan bekal si Malliq

bekalan

Bekas makanan ni beli kat Daiso. Sebab comel sangat [mak yang over suka] rasa macam nak beli semua … dan kerana harganya yang murah iaitu $5 saja makin rambang la mata. Beg tahan panas tu pun beli kat Daiso. Comel jer …

bekal

Ikan bilis tu saya gunting² sebab pakai ikan bilis besar. Saya tak cukup kreatif macam kawan saya >>> Klik Sini <<< yang rajin mendeko Bento anaknya setiap pagi. Ada keinginan tapi takde idea. Lauk simple cam nie la yang buatkan perut saya tambah lapar bila tengok gambar. Haih … petang nanti ada sesi berbuka puasa bersama Ipar di Senawang. Mau bawak apa ya? Kakak Biras … apa menu berbuka anda hari ini?

yumiko

Comments

  1. Cantik la gambar.
    guner kamera aper yer?
    olympus pen ker?

    ReplyDelete
  2. Adik beras nak makan apa? kakak beras ingat nak masak nasik as main dish (lauk belum decide) & Chiken Pie utk side dish & trifle for lized..

    ReplyDelete
  3. :: lydiarahayumahmod ::
    Terima kasih ... gambar² lawa ini semuanya di ambil menggunakan Olympus PEN E-PL1. Salam perkenalan

    :: izzy ::
    Yer kakak biras ... adik biras tak kisah makan apa pun. I'll help u prepare the food okies?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::