:: Keempat Hingga Ketujuh ::

Salam Ramadhan Ke-8 kepada semua

Jumaat lepas kitaorang buka posa kat Senawang. Rumah abang Incek Jaque. Kalau datang sini kadang² rasa segan jugak, sebab diaorang suka serve makanan yang sangat banyak. Al-maklum lah yang kitaorang nih memang kaki makan. Jadinya menu pada hari itu adalah ... [bayangkan betapa banyaknya sampai kena buat list !]

1 - Chilli Crab                        4 - Raspberry Tiramisu                   7 - Nasi Putih
2 - Butter Prawn                    5 - Sayur Campur                          8 - Air Teh 'O'
3 - Chicken Pie                      6 - Ikan Kerisi Goreng

Lapan weih ! Semua buat sendiri pulak tu ... Gambar ada tapi masih dalam kamera ... Nanti upload

Gigih betul Kakak Beras saya memasak. Kitaorang dari Melaka pukul 5.30 pm. Masa tu tengah hujan-kaw-kaw-lebat-ribut-taufan-puting-beliung. Kelabu asap jugak la mata nih nak drive dalam hujan. Slow-mo jer bawak keta. Sesampai Senawang dah nak dekat kol 7 gak lah. Kitaorang bawak HoneyDew jer. Teruk kan? 1 berbalas 8 ! Tu yang buat saya tambah segan *>_<*

Lepas melantak tak hengat ... kitaorang terus gerak ke Tanjung Karang dalam kol 9.30 ... Nasib baik la hujan dah tak berapa nak lebat. Tapi cermin keta jadi kotor yang amat. Terpaksa benti kat Petronas cuci cermin keta pakai Shokubutsu Shower Cream kol 11 pm ! Gila betul ... Tapi terpaksa jugak sebab memang dah tak nampak depan

Alhamdulillah sampai kat umah mak mertua dalam kol 11.45 camtu. Diaorang pun dah tido, tapi terpaksa bangun sebab Malliq ajak main. Mamat tu ntah apa la. Dah tido dalam keta, sampai gate buleh plak la celik bijik mata dia

Sabtu dan Ahad biasa² jer. Saya tak amik gambo kat umah mertua. I segan U. Kang diaorang kata saya buang tebiat semua menda nak amik gambo. Diaorang tak biasa ngan menantu blogger dia nih. Kekeke ... I had a double life, mind u. Lain la kalau saya nih RedMummy

Cuma nya hari Sabtu kitaorang pergi ke Ikea mencari barang sket. Akhirnya dapat juga beli Multilock tu. Hari Ahad lepas berbuka, kitaorang balik Melaka

Isnin : Sahur tak ingat apa ... berbuka lauk amik dari Tanjung
Selasa : Sahur belen berbuka ... berbuka di See U Steamboat

Nota : Hujan lebat dan ribut masa Jumaat tu rupanya telah menyebabkan 3 orang di Jasin terkorban. Khemah PaRam terbang melayang ... kalau korang ada tengok dalam berita ... Subhannallah. Syukur masa kitaorang travel tu selamat perjalanan kami

Alhamdulillah


Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::