:: Berbuka Puasa Pertama ::

P8110381

Hoya Hoya ! Ramainya orang … ini keluarga sahaja. Mak, ayah, menantu, cucu … meriah tu. Itu pun ada yang tak masuk dalam gambo … saya, Incek Jaque dan Malliq … tengah sebok memanjat sofa nak amik gambo dari langit … konon ! Dan juga 2 ketul makhluk yang takde di Melaka … Kaklong dan Andak

Kisahnya, hari berbuka puasa pertama di buat di rumah abang saya – Abang Ngah. Menunya ialah Laksa Johor ! Hoya Hoya ! Pencinta makanan … sebut apa pun semua sedap. Slurp slurp makan tak hengat donia. Tapi … gambar laksa saya lupa nak tangkap, laju sangat laksa tu lari masuk perut saya … memang tak sempat nak tangkap

LaksaJohor

Bahan² yang nak dimakan bersama spaghetti. Kuah laksa ngan timun pun terlupa nak tangkap. Lapar punya pasal. Laksa Johor memang renyah nak buat … tapi saya memang sangat suka Laksa Johor. Saya kan cucu orang Johor. Lahir, dibesarkan dan tinggal saja di Melaka. Salasilah keluarga takde pun dari Melaka. Sedap tau laksa ni … Kakak Ipar saya memang rajin. Kalau saya yang malas nih, entah bila siap … tapi nak makan punya pasal, mungkin sanggup jer kot? Hahaha … tak berani nak cakap

Uniknya Laksa Johor ialah … makan ngan tangan. Sebab tu kuahnya pekat … tapi pelik kan … makan ngan spaghetti. Ayah kata Laksa Johor nih makanan DiRaja – sebabnya ikan dah siap buang tulang … tinggal nak ngap jer. Dan sebab itu juga makan ngan spaghetti. Hentam sajalah Ayah

P8110354

Saya bawak muffin labu sahaja. Memula rancangan sebenar ialah nak buat pudding. Tengok kat dapo ada sebiji labu si Luncai yang dia lupa nak bawak semasa terjun dari perahu, maka saya pun pakai la dari labu tu busuk disebabkan oleh si tikus membaiki labu. Eh, apakah? Karut sekejapan saya nih … Makanan adalah banyak disebabkan ada tambahan 3 dapur. Mak bawak muffin nanas, adik rumah sebelah bawak air barli dan jelly kelapa. Gambar ada ke tak ya? Saya tak ingat lah

P8110384

Huhu . sebok jer tangan mamat nih. Ada la gambar makanan di sebalik tangan kurus ini. Sebenarnya budak ini sangat dengki sebab saya ada kamera baru. Itu yang dia pun sebok nak enter frame dalam kamera saya … Oklah takmo kecewakan adik yang berbadan kurus ini [tapi mengaku sudah gemuk] mari kita tepek gambarnya. Satu pun cukuplah [menjaga hati]

P8110360

Gemuk kah? Kalau dia gemuk, saya ni entahlah. Hahaha … asalkan saya sihat pun sudah cukup bagi saya. Alhamdulillah. Bagaimana puasa pertama korang?

yumiko

Comments

  1. terima kasih kerana memuji saya..hehehe...
    sib baik ada satu pembantu yang boleh di harap dan seorang budak kecik yang kejenya tgk tv dan main...kalau tak pensan...hihi....

    ReplyDelete
  2. :: alamaya ::
    Haa Kakak Ipar sudah bagi komen. Itu tandanya kena masak laie ... hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::