:: Klik-klik #2
Malliq boleh dikatakan kanak-kanak Hyper ! Nak suruh dia duduk diam selama 5 saat adalah perkara mustahil. Mission Impossible kut? Diam ketika tidur sahaja. Itu pun siap kaki tangan melayang sepak terajang Mak dan Ayah nya. Makan pun kalau dalam baby chair dia tu, kejap saja … lepas tu nak terjun keluar. Tapi … Malliq sangat cepat belajar. 5 minit sahaja dia dah buleh capture apa yang kita ajarkan. Alhamdulillah …
Kata orang, budak bijak memang tak buleh duduk diam, sebab otaknya ligat berfikir. Betul juga kan? Kalau anak kita lemau jer … laie la kita susah hati. Ok lah Malliq, dunia nie luas … sila la explore – dengan berhati² ya ! Mak dan ayah akan bertahan la ngan keHYPERan awak tu. Maaf jika terserempak dengan saya yang tengah serabut menahan karenah budak kecik yang curious ini
Comments
Post a Comment