:: Tetamu Subuh ::
Alhamdulillah, sekejap je dah sampai Ramadhan ke-3. Syukur juga masih diberikan kesempatan untuk merasai nikmat dariNya hingga ke hari ini
Hari ini hari Jumaat. Kami sekeluarga menerima tetamu sebaik sahaja azan subuh berakhir. Tetamu itu memang kami tak sangka. Terperanjat besar kami bertiga pagi tadi. Ada petanda kah? Wallahualam … sesungguhnya Allah lebih mengetahui
Kisah Tetamu Subuh
Lepas sahur … saya tak buleh tido. Tak reti nak tido melainkan mata memang tak larat nak bukak. Jadinya saya melayan la FB sementara azan Subuh. Tengah meleka layan FB tiba-tiba terdengar SUARA. Kuat sangat SUARA tu sampai saya termenjerit panggil Incek Jaque yang sambung tido
Saya : Bangun la, SUARA tu kat dalam ke?
Incek Jaque : Itu kat luar la … takpe biarkan je
Saya : Kuat sangat SUARA tu … [panik & risau]
Incek Jaque : Dekat pintu kot … takde pepe lah
Jadinya saya biarkan lah saja SUARA itu senyap sendiri. Saya menyelesaikan apa yang patut dan Malliq pun dah bangun dari tido. Saya pun pegi pada Malliq dan bermanja² seperti hari² sebelumnya. Tiba-tiba SUARA itu muncul lagi. Kali ini saya suruh Incek Jaque pergi tengok di balik pintu. Mungkin SUARA itu mahukan sesuatu. Kemudian … sedang Incek Jaque dan Malliq memerhati ke luar …
Astagfirullah ! Pemilik SUARA itu rupanya sedang elok memerhati kami bertiga dari tangga !
Hilang sekejap nyawa … ingatkan ada di luar … rupanya sudah masuk ke dalam rumah
Malliq tak takut pun. Dia sangat gembira kehadiran pemilik SUARA itu. Aku sedikit gusar … maklumlah aku ada ‘sejarah’ silam dengan pemilik SUARA. Tapi kami relakan kedatangannya. Malliq sangat manja dan mesra dengan pemilik SUARA. Haih … Malliq tu takut apa, ular sawa pun dijolok tekaknya. Kedatangannya di pagi Subuh Jumaat di Ramadhan ke-3 seakan memberikan pengertian tersendiri kepada kami bertiga
Anehnya … pemilik SUARA pun sangat mesra dengan kami. Mundar mandir di dalam rumah, bagaikan di dalam rumahnya sendiri. Sedikit pun tidak kelihatan rasa bimbang dan takut kepada kami. Dengan kata sepakat, kami memohon pemilik SUARA untuk beredar, kerana kami sudah terlewat untuk ke pejabat. Pemilik SUARA pun mengerti dan kami menutup pintu, mengharapkan rezeki yang di bawa tetamu subuh itu tidak pergi bersamanya …
Jeng Jeng Jeng …
Nak tengok siapakah pemilik SUARA yang menjadi tetamu subuh kami tadi?
Sekali kucing daa … kakaka !
Abaikan pemandangan yang sepah² tak semenggah tu yer. Kucing sapa pun tak tau lah. Kitaorang bagi kucing tu makan makanan sahur kitaorang tadi. Memang kucing tu kelaparan. Malliq plak pencinta kucing. Selamba jer dia golek² ngan meow tu. Kucing tu plak tengok saya amik gambo, dok sebok nak datang kat saya. Wakakaka mencecet la saya lari. Saya bukan takut … tapi seram ! Hahaha ada la kes ngan kucing … takyah aaa citer. Buat malu saya jer
Harap² tetamu berkaki empat ini membawa rezeki bersamanya … Amin
Comments
Post a Comment