26 August 2010

:: Semalam ::

Seperti yang diketahui, semalam kami berbuka puasa kat luar. Kebetulan diapers Malliq dah kehabisan dan juga nak membeli barang umah. Oh ... semalam juga hari gaji. Memula konon nya nak makan crepe yang sedap tu. Lepas tu rasa macam tak kenyang ... Ubah rancangan nak berbuka di Briani Power. Memang salah la kedai tu layan saya semalam. Dah la takde tanda apa² ... ada rostrum di depan pintu (tapi tiada orang) ... kami pun masuk saja lah. Sebab tengok masih lengang lagi. Tak pernah pun masuk kedai ni. Teringin pulak nak cuba ... Kami macam rusa masuk kampung ... tercengang² dibuatnya. Duduk terus kah? Order dulu kah? Sebab baru shopping di Tesco, troli yang sarat tu di letak berhampiran pintu masuk. Kami nak duduk di satu meja. Waktu berbuka tinggal 20 minit saja. Sedang elok la ni. Tiba² datang pekerja kedai ... 'Sini dah penuh ek'
 
Itu jer dia cakap ... Walaupun bukan menghalau tapi terasa juga sebab kami tercangak² dalam kedai hampir 5 minit, tiada satu pekerja pun datang pada kami. Ada penjaga pintu ... tak mau guna. Sudahnya semua pelanggan yang dah duduk pandang kami macam salah kami. Eh ... siapa yang tahu kedai kamu sudah penuh? Atas meja yang tulis RESERVED hanya ada 2 ... lain suma masih kosong. Memang la lepas nih saya tak masuk laie kedai ni. Nak makan briani sedap, balik sajalah Batu Pahat
 
Membawa hati ... kami pusing² tak tau mana nak berbuka. KFC je lah senang. Lalu pula di depan Secret Recipe ... Fuhhh penuh ! Hehehe ... sebenarnya KOSONG ! Sudah lah ... sini jer senang. Siap dapat air sirap dan kurma free. Walaupun yang free tu tak seberapa, layanan tu paling mustahak. Sudah lah kamu mau ambil duit dari kami ... servisnya hampeh. Makanan kalau sedap, layanan pun bagus ... bayar mahal pun takpe. Puas hati keluarkan duit
 
Tapi kalau dapat yang bayar sikit dan semuanya bagus pun baik juga ... tapi mana ada yang sempurna

yumiko

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...