29 August 2010

:: Mera Naam Malliq Rayyan He ::

malliqfries

Hehehe … Pelakon Hindustan sedang makan fries. Oh … ada nugget juga di sudut kiri. Malliq skarang sudah 20 bulan. Kiranya 1 tahun 8 bulan … minggu depan 5 Sept, genap la 21 bulan. Alhamdulillah Malliq sihat sebabnya kalau nak beralih bulan saja mesti demam². Agaknya dah menjangkau lebih 20 bulan dah tough kot? Agaknya lah kan? Tapi apa² pun kami bersyukur sebab Malliq dah sihat sepenuhnya

Sekarang nih Malliq dah pandai bercakap. Buleh tahan la untuk kanak² riang yang belum masuk dua tahun. Kadang² heran, mana saja la dia belajar perkataan² ni. Malliq ni satu jer … jangan la ajar menda tak betul, sebab dia sangat cepat belajar. Bahaya kalau ajar menda salah. Itu pasal kami nih sentiasa la kena tengok² budak Malliq ni

Perkataan yang Malliq dah tau juga dah banyak. Ada juga ayat 2 perkataan dia dah buleh cakap. Dan juga faham situasi ayat tu digunakan. Contohnya, ada satu hari dia nak makan oren, saya mintak Maksunya tolong potongkan. Sebab Maksunya lambat sangat bertindak, Malliq pun cakap “Amik Pisau” dan menuju ke tempat mak saya letak pisau kat sinki. Kiranya dia dah tak sabar nak makan dan nak potong sendiri buah oren tu. Hahaha … memang kami semua takjub, tapi bahaya la kan?

Kalau kat traffic light pulak, kami dah biasa buat countdown dari merah ke hijau. Kan kat traffic lights skarang ada letak nombor kan? So nampak jer traffic light, Malliq pun mula la mengira. Tapi dalam bahasa dia lah. ABC dan 123 dia tak pandai sangat nak sebut. Tapi bila kita sebutkan, dia buleh ikut

Kat traffic light juga dia dah paham. Kalau lampu merah dia akan cakap “Meiwah, Cetop [Merah, Stop]” siap ngan tangan² buat stop sign. Kalau lampu hijau plak “Hijau, Jalan”. Kalo Incek Jaque agak slow nak gerak dia menjerit “Go!!!” Hahaha

Banyak laie yang dia dah buleh sebut. Dan kadang² terkeluar juga perkataan² baru dari mulut dia. Tapi satu laie perangai dia, kalau kita tanya … “Malliq ini apa?” sambil tunjuk kat apa² menda … memang dia buat tak tau je. Tapi lepas kita dah malas nak tanya … tetiba jer dia cakap nama menda yang kita tanya tadi

Dan skarang dah pandai mintak makan ! Kitaorang terperanjat satu hari tu tetiba jer Malliq ngamuk² dan tetiba cakap “Makan” Kakaka … terus lintang pukang masuk dapur, masak sepantas kilat. Kalau tengahari plak pandai mintak “Nasikkkk” Huhuhu dah besar rupanya anak mak nih …

Malliq pun dah pandai dah sebut “Mak”, “Ayah”, “Kakak”, “Abang” … Nasib baik juga Malliq sebut penuh tak pelat. Dan ayat kegemaran dia skarang ialah “Mak, Longkang”. Hahaha … asal nampak longkang jer sebut camtu. Sebut banyak kali pulak tu, sampai ler Mak tengok muka dia dan jawab sumtin’ … baru lah nak berenti. Macam² je la Malliq nih

yumiko

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...