:: Hari Lapan ::
Iftar hari ke-8 buat pizza pakai french loaf saja. Saya adalah malas mau mereka² doh. Bila makan panas², roti tu rangup di luar, lembut di dalam. Memang sedap kitaorang makan semalam sampai tak sedar 15 minit kendian semuanya licin. Mana tak, Malliq pun sama belasah … layan kan je lah
Buatnya mudah sangat. Sesuai dengan orang yang malas atau mengejar masa dan tak cukup masa. Tengok gambar pun dah paham kan? Jadinya tak payah la saya eksplain pepanjang. Bulan puasa nih tak rajin sungguh nak menaip. Nasib baik ada gambar² yang menarik
Yang 4 segi tu Tuna + Pineapple + Olives. Yang oval² tu Chicken Sausages + Pineapple + Olives. Yang takde topping cuma letak tomato puree dan garlic butter – jadilah Garlic Bread ala Rumba. Topping tuna tak letak garlic butter sebab nanti semua base rasa sama jer. So, tukar sket … ada variety.
Pizza My Heart pulak ialah tajuk movie yang selalu main kat 701 Hallmark Channel. Ceritanya sweet jer, pasal 2 family yang jual pizza, bergaduh pizza sapa yang paling sedap. Satu family nama Montebello dan satu family laie nama Prestolani. Ceritanya ala² Romeo & Juliet versi comel. Takde sapa² mati dalam cerita ni. Try la cari. Buleh la layan kalau bosan² tunggu waktu Subuh lepas sahur
Nyata, apa² yang dimasak di rumah lebih sedap … dan paling penting JIMAT !
suka nya aku blog ko ni..bg aku idea nk msk apa..am agreed, msk kt umah terbaekkk n jimat..i likeee
ReplyDelete:: Najwa ::
ReplyDeleteThanks kerana suka ! Masak kat rumah memang terbaik
nak try nih...ringkas giler...heheh
ReplyDelete