:: Berbuka Di Luar ::
Hari Isnin
- Beruang Hill Resort (RM19.90 Adult)
- Makanan sedap² walaupun sempoi jer. Menu yang ada masa kitaorang pie makan ialah : Nasi Ayam (sedap), Ayam Pop Bermadu (sedap sedap), Ikan Tenggiri Sambal (biasa), Tauhu Japanese Style (biasa), Bubur Lambuk (sedap), Mee Kari (sedap sedap), Ikan Bakar Kuah Asam (sedap sedap), Ayam Percik (sedap sedap sedap), Kuih Muih (biasa), Telur Masak Lemak (sedap), Sayur Sawi dan Cendawan (sedap sedap) ... ada laie memacam tapi saya tulis yang saya rasa worth to mention sahaja
- Tempat yang best untuk bersantai sebab tak ramai orang. Yang ada pun cuma 3 group jer. Hahaha group saya la paling kecik - 3 orang saja. Jumlah orang yang datang ada lah kot dalam 25 orang. Best kan? [Kes tempat nih orang tak tau sebab dulu apartment yang disewa oleh kilang Jepun]
- ♥♥♥♥1/2 untuk semuanya. Rasa macam nak pie sana laie
Hari Selasa
- The Chicken Rice Shop (TCRS) : Jusco Bandaraya
- Sebabkan sekarang makin lama makin malas bersahur, jadinya setiap hari saya kebuluran. Tetiba terasa nak makan Pie Tee. Tetiba tekak terasa nak makan Steam Chicken TCRS. Semalam kuar umah kol 6.30PM. Malliq plak buleh tetiba muntah dalam keta. Jadinya patah balik umah, salin baju, then ke Jusco balik. Sampai TCRS, terus order (nasib baik masih ada kosong) ngam² makanan semua sampai terus Azan Maghrib berkumandang. Jusco Bandaraya best ... siap pasang azan kat PA System, jadinya kita takyah teragak² dah buleh berbuka ke belum
- Makan dengan pelahap semalam. Stim Ciken 1/2 ekor, nasi 2, air minum 3, wantan shrimp soup large (6 ketul), kailan regular dan semestinya - Pie Tee regular (4 ketul sahaja tapi saya makan 3 ketul !) Lain kali kalau nak order, jangan la suruh orang kebulur order. Total semalam RM70++ ... hahaha tak pernah makan sampai camtu nya banyak kat TCRS. Tapi kan ... saya rasa Ipoh Bean Sprouts laie sesuai makan ngan stim ciken. Adeh ... kelaparan la pulak cerita pasal ayam
Malam nie makan luar laie ... entah mana pulak nak berbuka arinih. Gambar takde sebab malas nak amik ngan kamera besar. Huhuhu ... segan
Comments
Post a Comment