:: Weekend Yang Enak ::
Nampak gayanya dari hari Khamis sampai ke Ahad saya berbuka puasa di rumah emak. Konon la rindukan dapur rumah sendiri. Hahaha … takpelah, saya telah mengubati kerinduaan kepada dapur rumah dengan memasak di rumah emak. Penutup berbuka puasa di rumah emak untuk minggu ini … agaknya lah. Hahaha
Ini puding kastad emak. Sambil tutup mata pun buleh buat. Sebabnya senang sangat … mak saya lah yang kata camtu. Hahaha … memang senang. Dan sangat sedap. Incek Jaque makan lebih kurang 6 mangkuk. Mak saya suka jer menantunya menghabiskan makanan. Senang nak kemas
Pai Tee nih saya yang buat. Seksa betul … sebabnya satu adunan dapat dekat² 50 casings. Bayangkan saya buat 2 adunan … dah la acuannya ada satu saja. Jenuh juga nak menghabiskan. Sampai naik mengantuk. Nasib baik juga tak tertidur kat dapur. Kalau tak, mau muka saya masuk dalam kuali minyak panas
Sedapnya … saya memang peminat Pai Tee ni. Kalau pergi TCRS order 4 ketul, 3 ketul saya makan. Incek jaque tak berapa suka … Hahaha bagus juga. Tapi semalam Pai Tee nih menjadi rebutan. Semua orang suka … katanya sedap laie dari TCRS. Mana tak … isi udang bukan main berlambak² dalam tu. Lepas tu sumbat segala fillings sepenuh² tidak … tentu lah sedap
Tak caya?
Hehehe … tak rugi saya hampir tertidur kat dapur semalam. Ayah orang pertama bagi ‘Ibu Jari’ pada saya. Lepas tu semua pakat letak tangan ramai². Sukanya bila orang suka makanan yang kita masak. Terutamanya budak baju belang² bernama Mai ni … dia makan paling banyak ! Dan dia juga lah yang teringin nak makan Pai Tee nih lepas baca cerita saya pergi TCRS. Hahaha … berjaya menggoda orang. Tapi saya yang kena masak ? Aik … takpelah saya suka jer
Ini resepi Pai Tee yang sedap tu. Ambil dari buku resepi purbakala mak saya
Kulit Pai Tee
1 biji telur (dipukul sedikit)
113 gm tepung gandum
56 gm tepung beras
236 gm air
Garam secukup rasaInti Pai Tee
250 gm udang basah
3 ulas bawang putih
2 batang lobak merah
1/2 biji sengkuang
2 batang timun
Sedikit air, sos tiram, minyak bijan, perasa (jika mahu)Cara Membuat Kelonsong Pai Tee
Telur dan air disatukan ke dalam bekas Masukkan tepung ke dalam campuran telur dan air Masukkan garam Gaul sehingga rata menggunakan whisker Panaskan minyak dan celupkan acuan ke dalam minyak panas supaya tak melekat Celup acuan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan Buat sehingga habis (lebih kurang 50 kelonsong)Cara Membuat Inti Pai Tee
Lobak merah dan sengkuang disagat Timun dipotong batang mancis (buang empulurnya dahulu) Tumis bawang putih dan goreng hingga naik bau Masukkan isi udang, sos tiram dan minyak bijan Goreng hingga agak masak, masukkan sengkuang dan lobak Masukkan sedikit air (5 sudu besar) kerana sengkuang berair. Inti tidak boleh ‘berkuah’ kerana kulit Pai Tee akan bocor Masukkan perasa dan goreng hingga hampir kering Setelah sejuk, masukkan timun dan inti yang dimasak ke dalam kelonsong Siap untuk dihidang bersama sosSaya guna sos cili Thai sahaja
Oklah … sesiapa yang berkenan boleh la cuba untuk berbuka atau minum petang. Memang berbaloi penat anda. Selamat mencuba !
Comments
Post a Comment