Posts

Showing posts with the label O-Pen

:: Klik-klik #2

Image
Malliq boleh dikatakan kanak-kanak Hyper ! Nak suruh dia duduk diam selama 5 saat adalah perkara mustahil. Mission Impossible kut? Diam ketika tidur sahaja. Itu pun siap kaki tangan melayang sepak terajang Mak dan Ayah nya. Makan pun kalau dalam baby chair dia tu, kejap saja … lepas tu nak terjun keluar. Tapi … Malliq sangat cepat belajar. 5 minit sahaja dia dah buleh capture apa yang kita ajarkan. Alhamdulillah … Kata orang, budak bijak memang tak buleh duduk diam, sebab otaknya ligat berfikir. Betul juga kan? Kalau anak kita lemau jer … laie la kita susah hati. Ok lah Malliq, dunia nie luas … sila la explore – dengan berhati² ya ! Mak dan ayah akan bertahan la ngan keHYPERan awak tu. Maaf jika terserempak dengan saya yang tengah serabut menahan karenah budak kecik yang curious ini

:: Klik-klik #1 ::

Image
Ini sesi mengetest kamera baru ... gambar tak berapa nak lawa kot. Maklumlah, aku nih newbie jer. Hal² berkaitan shutter speed ka, aperture ke hapa ... memang sumpah la tatau pepe. Tapi ! Semangat nak belajar tu tetap ado weih ... nanti ler aku google sket² So ... ini la hasil tembakan tak berapa nak tepat aku …     Hehehe ... rubber chicken yang sangat annoying bunyi nya. At the same time sangat comel. Itu jer subjek yang menarik depan mata. Oh ya ... gambar² nih di edit menggunakan software picnik . Yang aku edit pun takde banyak. 1st pic - jadikan collage dan letak watermark. 2nd pic - soft focus & watermark. 3rd pic - letak watermark sahaja. Kalo PC korang takde editing software untuk gambar ... buleh guna picnik untuk edit. Senang sangat dan korang leh edit gambar kat memana sebab ianya secara online Ini ada contoh gambar sebelum dan selepas di edit Nampak tak bezanya? Mana laie best pada pandangan mata korang?