:: Pemberitaan Singkat ::

Berita Utama

Memula sekali nak mintak ampun dan maaf pada :: Miss Brat :: dan juga :: NietaNozie :: sebab sampai skarang masih belum pos laie korang punya hadiah tu. Tapi korang jangan risau … paling lewat Isnin akan dihantar hadiah itu. Mintak mahap sekali laie

Berita Tempatan

Hari Selasa (14 April 2009) aku ngan family bergegas ke Tanjung Karang sebab Pak Mertua aku masuk sepital cuz blood sugar nyer sudah sama tinggi ngan Burj Al-Dubai. Alhamdulliah hari nie dah leh kuar sepital tapi terpaksa mencucuk diri sendiri ngan insulin 3 kali sehari setiap hari. Sangat tak best

Berita Luar Negara

Semalam Melaka cuti … Melaka Bandaraya Bersejarah. Ada gendang Nusantara … oh/ini sama jer ngan tahun² sebelumnya. Selamat ulangtahun hari bersanding yang ketiga untuk aku. Hahaha …

Berita Lawak Jenaka

Hari ini sangat letih otak. Masuk opis dengan perasaan yang tah pepe. Terlupa untuk punch card dan membawa laptop+LCD projektor yang nak kena pulang kat opis IT. Nasib baik aku tak terlupa nak hantar Malliq ke nursery. Dan nasib baik jugak aku tak lupa untuk makan dan mandi

Berita Sukan

Petang ini dijangka akan memasak lemak cili padi ayam pencen yang dah 3 minggu dok dalam freezer. Itu pun kalo cuaca dilaporkan baik dan para atlet buleh menunjukkan bakatnya di padang tembak. Jika angin bertiup sepoi² bahasa syahdu dan kelam … ayam akan disimpan laie 3 minggu mengikut gegaran gempa yang tak tau bila ajer gunung berapi akan meletus

Sekian … terima kasih [ini bukan tulis surat rasmi daa … ini ulasan berita lah!]

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::